Sunday, December 25, 2011

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA






Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Thursday, December 22, 2011

Kuih Kaswi

resepi nie di ambil dari internet ... selamat mencuba..

Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )
BAHAN A :-)
350 g gula melaka (mat guna 300 g)
240 g gula pasir
450 ml air
2 helai daun pandan, disiat dan simpul
BAHAN B :-)
190 g tepung gandum*
120 g tepung ubi*
60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
900 ml air
2 camca besar air abu (alkaline water)
3/4 camca besar air kapur
1 camca besar pewarna coklat
BAHAN C :-)
1 cawan kelapa parut putih
Secubit garam
Cara-cara
Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
1. Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
2. Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
3. Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. 4. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.


KATA2 DARI MAT GEBU:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel. Harap maklum.

Friday, December 16, 2011

Kelebihan Solat Sunat Subuh


Waktunya ialah apabila telah masuk waktu subuh. solat sunat ini dilakukan sebelum melakukan solat fardhu subuh.
niat: sahaja aku solat sunat fajar/sebelum subuh 2 rakaat, kerana Allah Taala

Suatu ketika, Rasullullah saw terlewat datang ke masjid untuk solat subuh. Baginda sampai di masjid dan terus sahaja mengimani solat. Selepas solat, Rasullullah SAW memberitahu sebab kelewatannya, kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Kemudian baginda menunaikan dua rakaat sebelum Subuh.
“bukahkah tuan sudah terlewat benar, wahai Rasullullah?” Bilal bertanya, seakan membawa maksud, sudah lambat pun ,masih menyempatkan diri untuk solat sunat dua rakaat?’
Jawab Rasullullah saw, “Sekiranya aku terlambat lebih daripada itu, aku akan tetap solat dua rakaat dengan sempurna”

Antara solat sunat yang sangat dituntut adalah solat sunat subuh. Ada riwayat mengatakan bahawa Rasulullah sangat menjaga solat sunat subuh ini walau pun terlewat untuk mengerjakan solat subuh.


Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:

"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".

Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:

"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."

Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.

Wassalam.

Friday, December 2, 2011

Kenapa Kek Boleh Merekah?


Adakalanya kek yang kita buat boleh merekah. Kadang-kadang apabila hampir masak , ia merekah dan rekahannya sangat luas. Ada beberapa faktor yang menyebabkannya:

1. Suhu Oven Terlalu Tinggi – Suhu yang biasa membakar kek ialah 180 darjah celcius. Namun begitu setiap jenis oven mempunyai kepanasan yang berlainan. Apabila suhu terlalu panas, bahagian luar kek menjadi keras sedangkan bahagian dalamnya belum lagi kembang. Apabila bahagian dalam mengembang, ia akan menolak keluar dari permukaan kek maka terjadilah rekahan.

2. Terlebih Serbuk Penaik atau Soda – Jika serbuk penaik atau soda bikarbonat tidak disukat dengan betul, ia tidak seimbang dengan jumlah tepung yang digunakan. Akibatnya ia akan menjadi terlalu kembang dan boleh mengakibatkan rekahan.

3. Kek Terlalu Kering – Ini berpunca dari kandungan tepung yang berlebihan dalam resipi atau adunan kekurangan cecair. Keadaan ini menyebabkan kek kering dan boleh menyebabkan rekahan pada kek terutama kek mentega.

4. Acuan Terlalu Kecil – Kadangkala acuan yang digunakan terlalu kecil untuk menampung adunan yang disediakan. Sebaik-baiknya adunan hendaklah dituangkan hingga 1/2 acuan sahaja kerana adunan akan naik dan mengembang.

Untuk memastikan kek tidak merekah, pastikan perkara-perkara disebut di atas diperbetulkan. Letak kek di bahagian tengah oven supaya tidak terlalu panas. Masa membakar yang biasa bagi kek mentega ialah 1 jam dan kek span atau sifon pula lebih kurang 45 minit.

Sunday, November 20, 2011

TITISAN MUTIARA JERNIH BERLINANGAN..~




Kadangkala hidup ini tidak selalunya indah...
Namun ku berdoa ke hadrat ILLAHI...
Moga aku memperolehi peluang kehidupan ini...
di isi dengan warna-warna ceria. Insha ALLAH...
Ku rindu ALLAH...

Ya ALLAH... Aku ingin mendapatkan cinta-MU semula. Betapa aku berdosa selama ini. Aku tercari-cari hala tujuku sendiri. Aku buntu sebelum ini. Ku berdosa kpd-MU ya ALLAH... Aku tidak mendapat ketenangan itu lagi. Aku semakin jauh dengan-MU. Disebabkan cinta manusia, ku terleka. Ku asyik dgn kehidupanku yg penuh dgn fitnah dan kealpaan. Ku tahu cinta itu fitrah. Namun ku akui... aku tidak mampu utk menanggung cintaku terhadap insan yg belum tentu lagi menjadi milikku. Hanya ENGKAU mengetahui segala-segala perjalanan hidup hamba-MU. Cintaku hanya untuk-MU ya RABB... Aku ingin melabuhkan cintaku untuk-MU sebelum aku mendapatkan cinta drpd insan lain. Ketika dahulu... ku amat tenang dengan cinta dan kasih sayang-MU tanpa ada cinta manusia. Ku snts bermunajat kpd-MU agar cintaku untuk-MU meninggi tanpa ada rasa kesangsian. Ku yakin cintaku hanya pd-MU ya ALLAH... Cintaku hanya satu iaitu hanya ENGKAU shj di hatiku... setiap masa, ku yakin dgn diriku krn adanya ENGKAU yg sentiasa dekat dgnku.

Srikandi yg bagaimanakah ku ingin miliki? wanita solehah yg bagaimanakah ku ingin contohi? Muslimah yg bagaimanakah ku ingin beri kepada generasi yg akan datang? sedangkan diri ini belum sempurna lagi utk dibaiki... ku harap, moga ALLAH mengampuni segala dosa-dosaku... Biarlah cinta drpd insan lain ku tinggalkan. biarlah aku hidup keseorangan. namun ku tidak gentar dan takut kerana ku yakin ALLAH snts di hatiku. ALLAH sangat sayangkan hamba-NYA. itu sebabnya ku diberi kesedaran sehinggakan aku benar-benar menangis kerana ku amat jauh dengan ALLAH. ALLAH mencemburui krn aku mengagungkan cinta manusia selama ini. Ku abaikan ALLAH. Ku tidak ingat ALLAH yg snts memelihara dan melindungiku selama ini walaupun ku asyik dgn cinta drpd insan lain.


Terima kasih kpd seorang sahabat yg telah menyedarkanku apa itu cinta yg sebenarnya. klu tidak krn dia... aku semakin tercari-cari arah hidupku. Aku sayangkanmu sahabat krn keperibadianmu yg sentiasa prihatin akan diriku. Itu semuanya krn ALLAH telah memberi petunjuk kpdku... ya ALLAH... Sayang-NYA ALLAH kpdku. Sayang-Nya ALLAH sehinggakan dia menemukan aku dengan sahabat perjuangan yg snts menasihatiku malah mengingatkan ku akan kenangan sewaktu ku mula-mula mengenal Islam yg tersangat indah di jiwaku. Kenangan itu tidak akan ku lupa krn kenangan itu yg memberi sinar utk ku meneruskan kehidupan. SubhanALLAH... betapa cinta-NYA ALLAH kpd hamba-NYA. Walaupun adakalanya aku tidak mengingati ALLAH, namun ALLAH snts memberi petunjuk kpdku dalam apa jua bentuk kesedaran agar aku tidak tersilap langkah menghadapi kehidupan yg penuh pancaroba ini...

Kadangkala ku terfikir... walaupun pernah ku berbuat dosa sehingga ku terlupakan ALLAH... Namun, ALLAH snts ada menemani diriku ini... Aku dapat rasakan kehangatan kasih sayang DIA terhadapku. Apabila ku bersedih... pasti ALLAH mengisi kekosonganku... tak dapat ku gambarkan dgn kata-kata... daripada situ... aku dapat merasai ALLAH sygkan ku sgt2... cuma aku tidak mengetahui krn terlalu lekanya aku dgn hal duniawi. ya ALLAH... ampunilah daku yg hina ini... Pernahku jatuh tersungkur sehinggakan aku berputus asa utk meneruskan pembelajaranku... namun, ALLAH ada dengan membantuku utk aku kuatkan semangat. Aku dapat semangat itu semula setelah aku menangis di hadapan-NYA. Secara drastik aku bersemangat meneruskan pembelajaranku... Kasihkan ALLAH kpd hamba-NYA? dan sekarang... ku sentiasa ingat yg ALLAH snts di hatiku ini... Aku syg sgt kpd ALLAH... ALLAH kekasih hatiku yg utama.

Aku tidak perlu takutkan cabaran yg akan datang... Biarlah ku lupakan cinta drpd insan lain dahulu. Kalau ada jodoh tak ke mana... Dan ku tahu, ALLAH menjanjikan yg terbaik buat hamba-NYA. insha ALLAH... ALLAH sayangkan kita semua. Percayalah... ALLAH menguji kita krn ALLAH sygkan kita... Tidak perlu menyesali dgn apa jua perkara yg kita hadapi di dunia.. Suatu hari nanti, kita pasti akan bahagia krn ALLAH ingin melihat sejauh mana kesabaran dan ketabahan hamba-hamba-NYA. Kasihnya ALLAH kpd kita... Aku terharu dgn apa yg ALLAH beri kpdku. Sehinggakan ALLAH sentiasa mengingatkanku akan kasih sayang-NYA yg utama agar aku tidak hanyut dgn kehidupan di dunia. Ku sayangkan ALLAH. Ku terlalu cintakan ALLAH... Ku telah mendapat kesedaran ini yg begitu berharga buat diriku... Alhamdulillah..

"Menjadi mawar berduri itu lebih baik daripada bunga-bunga tidak berduri yg boleh dipegang bila-bila masa sahaja"

"Muslimah Sejati bukan hanya utk dipermain-mainkan. Bukan hanya utk dijadikan sandaran sementara. Tapi, untuk dijadikan insan yang menjadi contoh kepada semua"

"Ku yakin... adanya cintaku utk seorang yg bergelar lelaki... Biarlah ku mencintai ALLAH terlebih dahulu agar hatiku mendapat ketenangan yg abadi sebelum ku mencintai lelaki. Ku takut syaitan sentiasa menggodaku. imanku masih lagi tipis utk menepis segala bentuk halangan itu. Insha ALLAH... ALLAH akan memberi yg terbaik buatku"

"Sekiranya ada jodoh tak kemana... ALLAH lebih mengetahui..."

~benarlah hidayah itu milik-mu ya Allah, kerana dikau memberi peluang kepada setiap hamba-Mu untuk berubah, engkau mengasihani setiap hamba-Mu yang bertaubat kepada-Mu diatas segala doasa-dosa yang dilakukan... wahai sahabat ku nur hana, daku mendoakan dikau istiqamah dijalan-Nya.. sungguh terasa dihati ini membaca luahan hatimu ini sahabat... menitis air mataku bagai embun menitis dipagi hari... La Tahzan sahabat, krana Allah sentiasa ada disisi kita... daku mendoakan yang terbaik untuk dirimu.. smoga Allah menemukan jodoh yang terbaik buat dirimu...~

Thursday, November 10, 2011

Jadilah bidadari di syurga...♥♥♥ Ainul Mardhiah ♥♥♥






'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik


Kisah Sejarah Ainul Mardhiah...(bidadari syurga)

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......Ainul Mardhiah bermula disini

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin
sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama.... Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia
bertanya andakah Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata
...akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW... tapisekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada Nabi.




Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal
sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

Wallahu wa'lam...


Wednesday, November 9, 2011

KEK SPAN KELADI

kek nie mmg lembut dan sedap.. kalau nak buat kek jagung ke, vanila ke atau lain2 tukar yg perisa aje.. mmg mudah.. resepinya ada dibawah:

bahan A:

1 3/4 cawan tpg berserbuk penaik
1/8 sudu teh garam halus ayak dgn tpg
6 kuning telur
1/2 cawan gula halus
1 sd teh pewarna purple
3/4 cawan jus keladi (saya guna perisa yg bancuh utk minuman)
1/4 cawan minyak jagung

bahan B:

6 putih telur
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tatar

cara2nya :

putar putih telur sehingga berbuih masukkan sikit2 gula halus dan terus putar dan masukkan cream of tatar..teruskan putar kelajuan tinggi sehingga putih telur jadi kental.

dalam bekas lain campurkan merah telur dan gula halus putar sebati, masukkan kesemua bahan lain kacau sebati

masukkan putih telur separuh kedalam adunan diatas, kacau sebati dan masukkan lagi sehigga habis kacau sebati dan bakar 175 drjah c selama 1 jam...

angkat dan telangkupkan kek sehingga sejuk baru keluarkan dari acuan..

Friday, November 4, 2011

DOAKU SEIRING PENANTIAN..~





Aku berdoa utk seseorang insan yg akan menjadi sebhagian dari hidupku. seseorang yg sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu. seseorg insan yg akan meletakkanku pada tempat keempat di hatinya setelah Engkau, Rasul Mu dan Jihad di jalan Mu. Seseorg yg hidup bukan utk dirinya sendiri, tetapi utkMu.

Kejelitaan, ketampanan, dan daya tarikan fizikal tidaklah penting yg penting adalah sekeping hati yang sungguh mencintaiMu dan sentiasa bertaqarrub kepadaMu dan berusaha menjadikan sifat-sifatMu ternukil pada keindahan dirinya.dan dia haruslah mengetahui bagi siapa dan utk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.

Seseorg yang memiliki hati yg bijak tidak hanya otak yg cerdas. seseorg yg tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku. seseorang insan yg tidak hnya menyayangiku tetapi juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah. seseorg yg mencintaiku bukan kerana paras rupaku tetapi kerana hatiku. seseorg insan yg dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan keadaan. seseorg yg dapat membuatkanku merasa sebagai seorang muslimah ketika aku di sisinya.



Rabbi....
aku tidak meminta yg sempurna namun aku meminta seseorang yg seadanya sehingga aku dapat lengkapkan kesempurnaanya di mataMu. seseorg yg mengimpikan sokonganku sebagai peneguhnya. seseorang insan yg mengharapkan doaku utk kehidupannya. seseorang yg menginginkan senyumanku utk mengatasi kesedihannya. seseorang yg memerlukan diriku utk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Rabbi...
aku juga meminta, Buatlah aku menjadi seorang mujahidah yg dapat membuatnya bangga. berikan aku hati yg sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku. Berikanlah sifat yg lembut sehingga keyakinanku dtg dariMu. Berikan aku tangan yg berkah sehingga aku selalu mampu berdoa utknya. Berikanlah aku penglihatan yg tajam, sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya. Berikanlah aku lisan yg penuh dengan kata-kata bijaksana , agar aku mampu memberikan semangat serta mendukungnya setiap saat dan tersenyum padanya di setiap pagi.

dan..bilamana akhirnya kami akan bertemu aku berharap kami berdua dapat mengatakan "Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna"

Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat, dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yg telah Engkau tentukan. Tuhan layarkanku kearah cintaMu. Tuntuniku mengapai RedhaMu. Rimbunan kasihMu ku berteduh kepadaMu ya Tuhan. Berikan secebis keinsafan, bekalan sepanjang perjalanan,mencari ketenangan...

Amin ya Rabbal 'Alamiiin....♥



Wednesday, November 2, 2011

AISKRIM


Harinie mari kita tengok resepi aiskrim.. ramai sangat yang nak resepinya bleh pilih yg mana2 berkenan.. bahan-bahan pun mudah nak disediakan cara buat pun teramatlah mudah.. yang penting rasanya memang sedap..





ICE CREAM CHOCOLATE
Sumbangan: Mak Lang
Sumber: Rest.Pak amir)

4 oz gula
10 oz tepung susu (carnation creamer)
2 kotak susu chocolate
2 sudu besar chocolate emulco
2 sudu besar cocoa
Peraturan :
• Tepung susu, gula dan susu kotak dikacau hingga rata.
• Setelah rata masukkan chocolate emulco & cocoa.
• Masukkan adunan dalam satu bekas lalu disejukkan dalam peti sejuk sehingga keras (satu hari atau satu malam).
• Setelah cukup kerasnya, pukul adunan itu dengan mesin pemukul telur hingga kembang (kira-kira 5 minit). Setelah itu masukkan semula dalam peti sejuk hingga keras. Boleh dihidangkan beserta chocolate cair atau kekacang.
Jika ingin membuat ice-cream strawberry, substitute susu chocolate dengan susu strawberry dan gunakan 1½ sudu teh strawberry emulco.


* Cuma perlu guna susu kotak size kecil lebih kurang 150 ml


Corn Ice Cream
Sumbangan: Mak Lang Cari.com
Sumber : murni (RN)

2 1/2 cwn coffeemate
2 cwn susu segar (maklang guna susu tepung+air skit)
1/2 cwn gula
1/2 tin jagung krim
*maklang letak skit pewarna kuning

Cara
- masukkan semua bhn coffeemate+susu+gula = kacau hingga larut
- masukkan jagung krim dan kacau rata
- masukkan ke dlm bekas dan bekukan sedikit
- bila separuh beku, keluarkan dan pukul lagi hingga double in volume
- masukkan ke dlm bekas dan bekukan

p/s - better kurangkan gula sbb jagung krim tu dah manis..




Aiskrim Mocha Kopi
Sumber: Maisya Cari.com

1 cawan susu cair - didinginkan
1/2 cawan susu pekat - didinginkan
1 camca besar koko }
1 camca sedang kopi instant } 3 bahan ni dibancuh sebati dan didinginkan
1/4 cawan air }
1 camca teh esen vanilla

1.Putar susu cair seketika, masukkan susu pekat, adunan koko-kopi dan esen vanilla. Putar sehingga sebati.
2.Tuangkan ke dalam dulang yg sudah didinginkan dan bekukan sehingga separuh beku (about 1 jam )
3.Pindahkan adunan separuh beku ke dalam mangkuk yg sudah didinginkan dan pukul sehingga licin
4.Masukkan balik kedalam dulang tadi dan dinginkan hingga beku.



ICE CREAM COKLAT
Sumber: Kak Liza Cari.com

Bahan
1 cawan fresh cream sejuk
1 cawan air sejuk [dari peti sejuk]
3 s/b gula halus/kastor
3 s/b susu tepung
1 s/b serbuk koko
2 s/b coklat rice

Bahan hiasan [terpulang pada cita rasa]
manik warna warni
kismis
hirisan pisang

Caranya
1. Pukulkan fresh cream, gula dan air sejuk sehingga gebu.
2. Masukkan susu tepung dan koko perlahan sambil memukul sehingga gebu lagi.
3. Masukkan coklat rice dan gaulkan rata.
4. Masukkan adunan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk [freezer]semalaman.
5. Sudukan ice-cream yg telah beku kedalam mangkuk dan hiaskan mengikut citarasa sendiri.

Monday, October 31, 2011

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Sunday, October 30, 2011

NAFSU LELAKI DAN WANITA



Kita biasa dengar ungkapan, lelaki 9 akal dan 1 nafsu, manakala perempuan 1 akal dan 9 nafsu. Lelaki dengan 1 nafsu dan perempuan dengan 1 akal bukan gambaran hina. Tetapi saling lengkap melengkapi. Lelaki dan perempuan berbeza.

Nafsu lelaki yang satu itu besar pengaruhnya dalam kehidupan mereka. Boleh dikatakan segala aspek persekitaran mereka berkisarkan nafsu yang satu itu, baik dari segi percakapan, penglihatan dan sebahagian besar hidup mereka sukar untuk mengelak dari perkara sebegitu. Ditambah pula kecanggihan teknologi kini, klik sahaja dah dapat macam-macam, yang menjadi pagar hanyalah sejauh mana keimanan.

9 akal dan 1 nafsu nampak macam hebat bukan? Tapi harus diingat, ia akan jadi hina dan kotor bila 9 akal itu tak mampu mengawal 1 nafsu. Bagaimana pula dengan perempuan yang dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal? Ya, 9 nafsu, tetapi nafsu ini bercabang dan pelbagai. Nafsu perempuan sukakan yang cantik, indah, dan bukan tertumpu ke arah nafsu syahwat sahaja. Dengan nafsu ini juga perempuan suka kelihatan cantik, dilihat cantik dan berusaha bermacam cara untuk kelihatan cantik. Amat menyedihkan bila ada dikalangan perempuan yang suka dan bangga menayangkan kecantikan mereka pada bukan muhrim. Tanpa rasa bersalah berpakaian ketat dan menjolok mata.

Di mata wanita, cantik pada pakaian, solekan, aksesori di tubuh. Tapi di mata lelaki, bukan itu fokus mereka. Percayalah, lelaki suka melihat aset perempuan yang disebalik lapisan luar bukan hiasan di kulit tubuh sahaja. Jika kita menguji pandangan dan persepsi lelaki dan wanita dengan meletakkan patung di hadapan mereka.

Agaknya apa perkara pertama di fikiran lelaki dan perempuan? Sudah tentu lelaki akan melihat bentuk tubuh patung tersebut, berbanding perempuan yang akan melihat apakah pakaian yang dipakai, perhiasan yang dipakai. Jangan salahkan lelaki jika mereka mengganggu, merenung dan memerhatikan, kerana silap perempuan juga yang memakai pakaian yang terdedah. Namun ini bukan bermakna lelaki tidak bersalah, tetap salah jika tidak menahan pandangan.

Alangkah indah kehidupan ini bila syariat terjaga. Perempuan bukan sekadar menutup urat, tetapi menutup aurat. Manakala lelaki pula menjaga pandangan mata dan hati mereka. 9 akal yang Allah kurniakan kepada lelaki juga bertanggungjawab untuk melindungi dan menjaga perempuan. Bukan sahaja untuk lelaki berpandangan jauh, tetapi ligat fikiran untuk mendidik dan mengawal perempuan.

Tugas ayah, suami mendidik anak, isteri. Diakhirat nanti, andai kata lelaki dapat masuk syurga, di pintu syurga nanti Allah akan tahan lelaki tersebut dari terus masuk ke dalam syurga walaupun dia layak masuk syurga. Kenapa? kerana Allah memerintahkan mana-mana lelaki yang telah berkahwin haruslah mendahulukan isteri untuk masuk ke syurga. Selagi isteri dia belum sampai, lelaki takkan dibenarkan langsung memijak kaki ke syurga...

note : mohon keinsafan ya .. lelaki atau perempuan ..

Thursday, October 27, 2011

DEKATKANLAH JIKA WAKTU MENGHAMPIRI..~♥~


Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah..

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah..

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya..

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa..

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari..

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti..

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga..

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri..

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya..

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI..

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki..

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia..

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..

Bismillahirahmanirahim…..
Ya Allah..KAU jauhi diriku dari sebarang fitnah dunia
Ya Allah, jauhi aku dari rijal yang cuba untuk mendekatiku
Aku Takut Ya Allah, dengan ancaman cinta syaitan…….

Ya Allah… bantulah urusanku..
Sungguh hatiku masih tertutup untuk keadaan seumpama ini.
Jika wanita lain, mungkin menganggap ini sebagai aset kebanggaan
Tapi bagiku ini MUSIBAH….
Ya Rabb, andai jodohku benar2 sudah sampai seruannya
Maka, jentik hati sang adam, sesiapapun yang KAU perkenankan
Untuk menjadikan aku sayap kiri perjuangannya….

Aku takut Ya Allah…..
Takut yang amat sangat…..

Dan bilamana akhirnya kami berdua bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:

~Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna. Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat..Dan Engkau akan membuat segalanya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan…Amin ya Robb..~

Saturday, October 22, 2011

♥♥KEIMANANMU YANG MEMBUATKU JATUH CINTA♥♥








Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah,
sangat besar pahalanya.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman,

“Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu?

Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya

dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu”

Diriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :

“Demi Allah, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman.

Tidak sempurna keimanan kamu sehingga kamu saling mencintai.

Adakah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu,

yang mana jika kamu melakukannya nescaya kamu akan saling mencintai?

Sebarkanlah salam di antara kamu!” (HR. Muslim).

Dalil yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah sabda Rasulullah SAW,

“Tidak sempurna keimanan kamu sehingga kamu saling mencintai”.

Hadis ini menunjukkan tentang besarnya pahala saling mencintai kerana Allah.

Hadis dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda :

“Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman,

sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata.” (HR. Bukhari).

Hadis dari Abu Dzar yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Hibban, ia berkata :

“Wahai Rasulullah, bagaimana jika ada seseorang yang mencintai suatu kaum

tapi tidak mampu beramal seperti mereka? Rasulullah SAW bersabda,

“Engkau wahai Abu Dzar, akan bersama siapa sahaja yang engkau cintai.” Abu Dzar berkata; maka aku berkata, “Sungguh, aku mencintai Allah dan RasulNya.” Abu Dzar mengulanginya sebanyak satu atau dua kali.”

Hadis Muadz bin Anas Al-Jahni bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,

membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” (HR. Al-Hakim).
*♥*•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•. ♥♥~*♥**♥*~♥♥ .•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•*♥*
(¯`v´¯) ♥♥♥•♥•♥
`·.¸.·´ ♥♥.........¸.·´
Semoga bermanfaat...
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫

Thursday, October 20, 2011

PUDING KASTARD BERKUAH


di atas permintaan mari kita tengok resepinya.. mudah utk disediakan. rasanya pun sedap lemak manis.. sesuai utk mkn2 sendiri atau jamu pada tetamu.. mmg licin..

PUDING KASTARD BERKUAH

10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 tin susu cair
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung kastard di bancuh dgn 1 cawan air
1 sudu kecil perasa vanila

Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut.
Tuangkan susu cair
Tuangkan esen vanila
bancuhkan tepung kastard dan air
Kemudian tapis dan tuangkan kedalam adunan puding tadi.
Kacau adunan sehingga hampir pekat.
Apabila telah masak tuangkan ke dalam acuan kecil.
Biarkan sejuk.


* adunan yg masak di bahagi 2 bahagian.. 1 bhgn cmpr dgn coklat emulco .. lepas tuu tuang berselang seli.. klau rajin bleh buat lapis2.. lagi cantik..

KUAH KASTARD

1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit coktail - untuk hiasan

Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam dan esen vanila
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.

Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.


SELAMAT MENCUBA...

Tuesday, October 18, 2011

Bahaya Bagi Sesiapa Memiliki Cinta Nafsu



Cinta itu adalah anugerah daripada Allah kepada semua makhluk ciptaannya. Allah menciptakan segala sesuatu itu secara berpasangan-pasangan (lihat Surah Ar-rum ayat 21) iaitu lelaki dengan perempuan dengan tujuan agar mereka saling mengisi kekurangan dan kelebihan di antara mereka yang pada akhirnya akan tumbuh cinta dalam hati mereka.


Cinta dapat membawa keberkatan jika kita boleh mengarahkannya ke jalan yang diredai oleh Allah s.w.t, tetapi cinta juga boleh membawa kepada petaka, malah menjerumuskan kita ke lembah kemaksiatan dan jauh daripada norma Islam.


Bercinta janganlah mengiku nafsu semata, tetapi ia perlu berasas kepada agama dan batas Islam. Cinta nafsu adalah cinta yang tidak mengikuti aturan Islam. Ia bebas berbuat apa saja.

Ada beberapa kerosakan akibat cinta nafsu ini. Pertama, lupa mengingati Allah kerana mereka lebih sibuk mengingati makhluk-Nya yakni orang yang dicintainya.

Contohnya jika dia lebih kuat mengingati Allah, insya-Allah mengingati makhluk pasti terkendali. Tapi jika lebih kuat mengingat makhluk-Nya maka mengingati Allah akan dikalahkan.
Kedua, melupakan agama. Tiada orang yang paling mensia-siakan agama dan dunia melebihi orang yang sedang dirundung cinta nafsu.

Ia mensia-siakan maslahat agamanya kerana hatinya lalai untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

Ketiga, mengundang bahaya. Bahaya dunia dan akhirat lebih cepat menimpa kepada orang yang dirundung cinta nafsu melebihi kecepatan api membakar kayu kering.

Ketika hati berdekatan dengan orang yang dicintainya secara buta itu, ia akan menjauh dari Allah s.w.t. Jika hati jauh daripada Allah, semua jenis bahaya mengancam dari segenap sudut kerana syaitan sudah menguasai dirinya.

Jika syaitan sudah menguasai diri, mereka berada dalam keadaan bahaya.

Cukuplah dengan fakta masalah perzinaan dan penularan penyakit seksual berlaku dalam dunia hari ini. Begitu juga dengan gejala buang bayi yang tidak berdosa amat menggerunkan.

Keempat, syaitan akan menguasai. Jika kekuatan syaitan menguasai seseorang, ia akan merosakkan akalnya dan memberikan rasa was-was.

Akal kadang-kadang sudah tidak terkendali ibarat seperti meletakkannya di kepala lutut. Padahal yang paling berharga bagi manusia adalah akalnya yang membezakannya manusia dan haiwan.

Jadi jangan hairan jika ramai yang terjerumus melakukan maksiat kerana fikiran mereka menjadi singkat. Apa yang sentiasa mereka fikirkan adalah hawa nafsunya iaitu mahu sedap dan seronok saja.

Kelima, kurang kepekaan. Cinta nafsu akan merosak indera atau mengurangi kepekaannya. Apabila diri penuh dengan dosa maka hati akan rosak. Jika hati sudah rosak maka organ lain, seperti mata, lisan, telinga juga turut rosak.

Ertinya, ia akan melihat yang buruk pada diri orang yang dicintainya secara nafsu itu sebagai sebuah kebaikan atau sebaliknya.

Imam Ahmad menyebut: “Cintamu kepada sesuatu membutakanmu dan membuatmu tuli.”

Ibnu Abbas pernah mendengar berita ada seorang lelaki yang sangat kurus sehingga yang tinggal hanya kulit dan tulang.

Ibnu Abbas berkata, “Kenapa ia? “Ia terkena jatuh cinta, isyq (cinta buta),” jawab seseorang.

Kemudian Ibnu Abbas berdoa dan berlindung kepada Allah s.w.t sepanjang hari daripada penyakit isyq. Kita perlu berfikir secara lebih dewasa dalam apa jua tindakan akan kita akan lakukan. Jangan main-main dalam menangani masalah serius itu.

Jangan sampai terbius oleh gemerlap kehidupan yang menawarkan kenikmatan sementara. Jika kita belum mampu untuk berkahwin maka janganlah berkahwin lagi kerana perkahwinan bukan urusan main-main.

Kita mesti rela untuk membuang fikiran murahan mengenai pertunangan adalah segala-galanya. Sebab, bercinta adalah salah satu bahagian ekspresi cinta nafsu.

Wahai remaja, mulai sekarang tumbuhkan dahulu kecintaan kita kepada ilmu agama sehingga kita memahaminya serta mengamalkannya dalam kehidupan kita seharian. Semoga pula kita tidak tergoda dengan cinta nafsu semata.


Sumber : Harian Metro

Monday, October 17, 2011

Cinta ini milik DIA






Jauh aku berjalan...
tujuan ku adalah destinasi cinta...
lelah dan mengah... ku gagah kan juga kaki untuk melangkah..
cinta ini milik DIA...
dan hanya DIA dan cintanya ku dambakan...

Meniti titian perjalanan...
menongkah arus kehidupan...
adakalanya aku leka...
pada sayang yang sering terungkap..
pada kasih yang selalu terucap...

Syukur..
aku kembali sedar bahawa aku mencari cinta
bukan sayang dan kasih semata-mata...
bahawa aku mendamba syurga disana
bukan nikmat hidup di dunia
bahawa aku dan cintaku ini mendambakan yang abadi..
yang tak akan sirna reput di mamah kitaran waktu...

Syukur....
aku bisa menangis..
menyesali segala kekhilafan...
syukur...
aku masih bisa merasa..
ada getar dalam relung jiwa..
ada rasa syahdu... saat namaNya datang menyapa
saat namaNya terdengar ditelinga..


Jauh aku berjalan...
tujuan ku adalah destinasi cinta...
lelah dan mengah... ku gagah kan juga kaki untuk melangkah..
cinta ini milik DIA...
dan hanya DIA dan cintanya ku dambakan...

Meniti titian perjalanan...
menongkah arus kehidupan...
adakalanya aku leka...
pada sayang yang sering terungkap..
pada kasih yang selalu terucap...

Syukur..
aku kembali sedar bahawa aku mencari cinta
bukan sayang dan kasih semata-mata...
bahawa aku mendamba syurga disana
bukan nikmat hidup di dunia
bahawa aku dan cintaku ini mendambakan yang abadi..
yang tak akan sirna reput di mamah kitaran waktu...

Syukur....
aku bisa menangis..
menyesali segala kekhilafan...
syukur...
aku masih bisa merasa..
ada getar dalam relung jiwa..
ada rasa syahdu... saat namaNya datang menyapa
saat namaNya terdengar ditelinga..

Yang ku harap..
aku akan kuat untuk terus melangkah ..
aku akan kuat untuk berlari..
berjalan dan mengejar Cintaku...
kerana cinta ini milik DIA..
bukan yang lain..

Yang ku harap...
andai ada teman seperjalanan nanti...
aku dan dia yang menemaniku
akan saling memberi semangat dan memujuk jiwa..
bahawa mehnah itu tarbiyah..
bahawa derita itu kunci bahagia..
bahawa perjalanan ini bukan di bentangi permaidani baldu..
bahawa perjuangan ini tidak akan sepi dari ujian dan dugaan..
bahawa pengorbanan ini menuntut air mata dan darah..
menuntut keringat dan ia .......
hanya untuk yang terpilih..


Yang ku lafazkan dalam setiap untaian doaku..
moga aku dan yang aku sayangi dan kasihi..
moga yang akan menjadi teman perjalananku dan perjuanganku nanti
adalah yang terpilih..
terpilih hidup bahagia, merasa cukup apa yang ada..
terpilih menikmati sejuknya cinta dan manisnya iman..
terpilih meneguk kasih dan cinta dari gelas-gelas
perjuangan dan pengorbanan...
yang indahnya bukan di sini ...
bukan sepanjang perjalan yang telah dan akan ditelusuri...
tapi nanti ..di sana ...di destinasi....
destinasi cinta yang abadi....

kerana Cinta ini milik DIA
milikMu Ya Allah....



Thursday, October 13, 2011

KEK KARAMEL

SALAM..
akhirnya berjaya jugak membuat kek karamel setelah hampir 3 minggu menyimpan resepi kek nie.. rasanya memang sedap lemak manis.. resepi diperolehi dari blog kak ita yg suka masak2..


Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.


Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Monday, October 10, 2011

Adab Mendengar Azan

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapayang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah! dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.


"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampirikami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;


Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:


1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yg haram.

3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Saturday, October 8, 2011

Toner Ainun Theraphy




Toner Ainun Theraphy adalah sejenis rawatan yang berkesan untuk pancaindera,

Produk ini boleh merawat kerabunan, kesilauan, penyakit selaput mata, merawat mata berair dan menghilangkan keletihan mata. Ia juga dapat membantu membuang habuk,merawat mata merah, gatal-gatal mata, silau, glaucomadan katarak pada mata.


Bagi kegunaan hidung pula, ia merawat kegatalan hidung seperti resdung dan meredakan bersin.Manakala untuk kegunaan telinga pula, ia dapat merawat gatal telinga, telinga bernanah dan telinga berdengung.

Ainun Theraphy juga dapat merawat ulser mulut dan gusi berdarah.Produk ini boleh meneutralkan bahan kimia kerana ia terdiri daripada mutiara, herba dan karang laut. Ia juga tidak merbahaya jika terminum.


Toner Mata Ainun Theraphy, Sayangi Mata Anda, Peliharalah Anugerah Ilahi, AINUN THERAPHY


Diformulasikan oleh SUFI HARAKI (Graduan Universiti Al-Azhar) menggunakan kaedah tradisi dan moden serta melalui pengalaman merawat pelbagai masalah kesihatan. Toner mata ini dihasilkan dari formula Mutiara, Herba dan Karangan Laut. Tidak mempunyai bahan kimia dan tidak memabukkan serta boleh meneutralkan bahan kimia.Pengasas Ainun Therapy adalah perantis kepada wujudnya Permata H***** dan Ainun B*****.Keistimewaan yang jelas dimiliki oleh Ainun Therapy adalah satu formula untuk semua masalah mata dan satu harga.


TONER MATA

Toner Mata Ainun dihasilkan daripada formula mutiara, herba dan karangan laut.Toner ini tidak mempunyai barangan terlarang seperti bahan kimia dan tidak memabukkan serta meneutralkan bahan kimia.


KEGUNAAN AINUN THERAPHY

MATA

Menghilangkan @ mencerahkan kerabunan

Menghilangkan selaput mata

Merawat masalah mata berair @ kering

Menghilangkan keletihan mata

Membuang habuk

Merawat mata merah

Menghilangkan silau @ senak mata

Merawat gatal mata @ resdong mata

Merawat Glaucoma (Tekanan Darah Tinggi dalam Mata)vMerawat Ketarak (Selaput Dalam Mata)


HIDUNG

Merawat gatal hidung @ Resdung

Mencegah tersumbat hidung

Meredakan bersin


TELINGA vMerawat gatal telinga

Merawat telinga bernanah

Merawat telinga berdengung


MULUT

Merawat ulser mulut

Merawat Alergik (Alahan)


CARA RAWATAN

Gunakan mengikut keperluan. Titiskan 3 titik-5 kali sehari pada mata, mulut (Titiskan Ikut Keselesaan), hidung ( 2 titik kiri dan kanan) dan telinga ( 2 titik biarkan ia meresap kemudian bersihkan menggunakan kapas telinga.


Toner Ainun Theraphy (10ml) - RM29.90
Toner Ainun Theraphy (20ml)- RM49.90
Toner Ainun Theraphy (30ml) - RM69.90

CARA PEMBAYARAN

Monday, October 3, 2011

Mengapa suka sangat dengan Emas? [30 Sebab] Part 2






31. Warna emas tulen adalah kuning metalic


32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.


33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)


34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)


35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.


36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.


37. Jumlah emas di dalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.


38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.

39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.


40. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.


41. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.


42. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999


43 Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian. Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.


44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.


45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)





46. Emas tulen diukur sebagai 24karat (k)


47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).


48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.


49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.


50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.


51. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)


52. Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.


53. Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.


54. Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.


55. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.





56. Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.


57. Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.


58. Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.


59. Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.


60. Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.


Wednesday, September 28, 2011

Susu Kambing HiGOAT




HiGOAT Instant Goat's Milk Powder


Minuman susu kambing yang enak tanpa bau kambing. Penuh dengan khasiat, protein enzim dan mineral yang penting untuk kesihatan tubuh.

• Sesuai kepada mereka yang alah kepada susu lembu dan laktosa (lactose)
• Kaya dengan Protein, Enzim, Mineral & Vitamin yang penting untuk kesihatan
• Menolong mencegah kanser, rawat gastrik, ulser perut, demam kuning, asma (semput), sukar tidur, penyakit kulit, hepatitis A, Migrain, masalah buah pinggang, awet muda, dll.
• Menguatkan sistem imunisasi paru-paru, juga bersifat anti-arthritis (inflamasi sendi)
• Menyeimbangkan kandungan gula dalam darah
• Meningkatkan daya ingatan, kepekaan & penumpuan diri

MENGAPA HI-GOAT UNIK?
• Pertama di pasaran
• Rasa enak
• Penyediaan mudah & segera
• Sesuai untuk semua
• Bau yang menyenangkan
• Tanpa gula
• Tiada bahan awet & pewarna
• Tiada Bahan Tambahan
• Organik



HARGA
WM : RM36.60 EM : RM41.60


CARA PEMBAYARAN

Tuesday, September 27, 2011

Pahala Sebanyak Bintang di Langit



Suatu malam Baginda Rasulullah SAW dan istrinya Sayidatina Aisyah r.ha. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah SWT. Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah SAW, pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu.
Di dalam hatinya sayidatina Aisyah r.ha. mungkin pahala sebanyak ini pasti pahala bapaknya. “Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a.)”, jawab Rasulullah SAW. Sayidatina Aisyah r.ha. terkejut, lalu ia bertanya, “ya Rasulullah SAW bagai mana dengan bapakku?”. Rasulullah SAW tersenyum kepada istrinya sambil Beliau SAW berkata, ketahuilah istriku, satu hari penghijrahan Abu bakar (r.a.) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a.) dan keluarganya sampai hari kiamat.




Monday, September 26, 2011

Limmina Plus



Limmina Plus




Ciri tradisional untuk gaya kehidupan aktif dan sihat




Digunakan secara tradisional untuk


Membantu memecahkan lemak dalam badan
Mencuci usus
Melawaskan sistem perkumuhan
Menurunkan berat badan


Limina Plus perlu diamalkan sebelum menggunakan mana mana pemakanan ATAU minuman untuk mendapatkan penyerapan yang lebih sempurna.




Testimoni 1
Pn. Azlina
Limmina Plus di antara produk yang saya amalkan sewaktu dalam pantang. Ianya bertujuan mengelakkan masalah sembelit dan mempercepatkan proses pemulihan dalam rahim. Disamping itu, Limmina Plus juga berfungsi untuk membersihkan usus dan menurunkan berat badan. Amalkan Limmina Plus sekiranya anda inginkan kesihatan yang baik kerana usus yang baik memberi jaminan kepada kesihatan yang optimum.


Testimoni 2
Mak Cik Esah, Bidan
Sebelum saya menemui produk LImmina Plus selalunya saya mengesyorkan kepada pelanggan saya supaya minum air asam jawa supaya pelanggan saya dapat membuang air besar sebelum saya menjalankan tugas menaikkan peranakan dan memudahkan tugas saya untuk mengurut tetati setelah saya dapati Limmnina Plus bukan sahaja mampu membantu pelanggan saya membuang air besar dengan mudah tetapi saya juga dapati kesan jahitan lebih cepat sembuh dan peranakkan cepat kecut. Dan mengikut pengalaman daripada pelanggan pelanggan saya, mereka juga memberitahu saya Limmina Plus membantu menurunkan berat badan dan mengempiskan perut yang buncit.


Testimoni 3
Pn. Dewi
Saya boleh makan seberapa banyak pun, berat badan saya tetap ideal. Sehingga pada satu hari saya tidak boleh lagi memakai kesemua pakaian seragam kerana sudah ketat dan lama-kelamaan, saya mula hilang keyakinan diri dengan bentuk badan saya yang ?bulat? ini. Saya bertekad utk mengurangkan berat badan. Akhirnya saya mencuba Limmina Plus. Saya menuruti segala arahan yang diberi termasuk banyak minum air untuk membantu mempercepatkan penurunan berat badan.
Alhamdulillah berkat dengan penggunaan produk Limmina Plus dan minum banyak air dalam masa 2 hari berat badan saya menurun 1kg. Kini saya lebih sihat dan amat aktif dalam kegiatan fizikal. Hebat sekali, kan!.






HARGA
WM: RM56.00

CARA PEMBAYARAN






Wednesday, September 21, 2011

Emas Kaki Lima

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Kenapa Pasir Mas dianggap bandar paling mewah dan selamat di Kelantan?





AKTIVITI jual beli emas agak unik di Pasir Mas, Kelantan. Ini kerana ia lebih banyak dilakukan di kaki lima kedai berbanding di dalam kedai emas sendiri.





Che Som Ahmad, 47, misalnya sekadar meletakkan sebuah meja di depan sebuah farmasi dan meletakkan papan tanda – ‘Di sini ada membeli emas, berlian dan surat pajak gadai’.



“Adik, nak jual emas?,” tanyanya dalam dialek Kelantan. Dan pada kebanyakan masa pertanyaannya itu mendapat reaksi positif daripada wanita yang lalu lalang. Mereka tanpa segan silu datang dan bertanyakan harga emas semasa.


Sebaik mereka menunjukkan barang kemas, Che Som yang lebih mesra disapa Kak Som mengeluarkan pula alat penimbang mudah alih miliknya dari dalam laci meja.


“Pasir Mas masih selamat berbanding Kuala Lumpur. Tetapi kami sentiasa berjaga-jaga juga,” kata Che Som yang sebelum ini sekadar menggunakan kerusi tanpa meja untuk berurus niaga.


Bukan peniaga emas sahaja yang menjadi tarikan di pekan ini. Melewati pasar besar tua Pasir Mas dan Pasar Munduk yang mengapit rel kereta api, cubalah hidangan yang jarang dapat ditemui di tempat lain seperti etak dan cucur sira.




Harga makanan segar atau keringnya lebih murah. Di pasar terbuka itu juga terdapat sebuah gerai yang turut membuat demonstrasi menghasilkan gelang kristal dalam pelbagai corak dan rekaan.


Alang-alang di sini, jangan terlepas melihat sebuah bangunan dua tingkat berwarna hijau bersulam warna emas dan mendapat sentuhan seni bina berunsur Siam.



Itulah kediaman Hajah Wan Sabariah dan Haji Ismail yang memang cukup terkenal di Kelantan sebagai pengusaha serunding dan dodol.

 
Biarpun agak sukar untuk bertemu dengan pemiliknya, pengurus tempat yang turut beroperasi sebagai kilang itu tidak pula menghalang orang ramai untuk melihat sendiri cara dodol dan serunding dihasilkan di kilang mereka.


Oleh Fatimi Nadiah Zainudeen
Sumber : http://www.kosmo.com.my/

Tuesday, September 20, 2011

kapsul haruan


KAPSUL HARUAN





BAIK UTK MEREKA YG LEPAS BERSALIN DAN YANG MENJALANI PEMBEDAHAN

HARGA
RM 48.00

PROMOSI
RM40.00 (POS LAJU FREE)

Monday, September 19, 2011

Si Penanggung Dosa 1

alt
Malam meski kelam, ada bintang-bintang yang bertaburan menghiasai dada langit di sisi bulan yang terang benderang. Suasana sepi, tenang, jernih, disebulungi tompokan-tompokan embun yang tipis yang merangsangkan perasaan sedih, bimbang dan rasa haru yang halus. Pada celah-celah tingkap ada tiupan bayu yang menghembus perlahan bersama panggilan-panggilan cinta,
"Adakah di sana orang yang meminta sesuatu? Adakah di sana orang yang meminta ampun? Adakah di sana orang yang bertaubat?".
Aku bangkit membersihkan diri. Dengan rasa penuh kehinaan perlahan-lahan aku ratakan air ke setiap anggota wuduk. Seperti membasuh kotoran dosa-dosa. Sungguh-sungguh aku basuhi.
Dengan penuh takzim dan rendah hati aku mengangkat takbir, kedua telapak tangan ku benar-benar menghadap kiblat. Aku memasang niat sembari memandang tepat ke tempat sujud.
"Allahu ak..."
Ah, tiba-tiba sekujur tubuh berbaring manja di atas sejadah solatku. Yang hanya dibaluti kain tipis dan telus, dia tersenyum manja.
Astaghfirullah!
Kenapa Syafiqah tiba-tiba...? Mata berkelip seribu. Istighfar merewak pada bibir. Ya Allah, Ya Allah!
Syafiqah kelihatan tersenyum. Jari-jari kecilnya nakal bermain, perlahan-lahan menyelak kain pada tubuhnya. Dia mengoda-goda aku.
"Sayang, marilah. I miss U darling..." Dia menggilai tawa. Astaghfirullah! Aku pejamkan mata.
"Celaka! Berambus..." tegas aku dalam hati. Dia malah galak ketawa malah mengacah-acah aku untuk menidurinya. Aku menangis. Hati aku meraung. Tuhan! Tuhan!
Syafiqah. Sosok wanita muda cantik bertubuh mugil. Dia manusia keji yang telah membawa aku ke lembah nista. Dari satu hotel ke satu hotel yang lain dan dari sebuah bilik ke sebuah bilik kami kunjungi demi memuaskan nafsu serakah.
Aku tidak jadi bersolat. Setiap kali aku bertakbir, bayang Syafiqah datang menganggu-ganggu. Menjadikan aku tenggelam dalam kesedihan. Aku pejamkan mata. Aku menangis lagi. Oh Tuhan, hamba yang hina ini datang kepadaMu. Hamba ingin bertaubat, ya Allah. Air mata keinsafan jatuh berguguran melunturkan bayang-bayang Syafiqah, lenyap.
Aku duduk berpangku di atas sejadah. Dalam tangis yang masih tersisa di pipi, aku menggapai mushaf al-Quran. Aku selak lembaran demi lembaran kemudian membacanya dengan hati khusyuk.

Sewaktu aku sungguh-sungguh menekuni ayat pada surah At-Taubah itu, terbayang aksi-aksi asmara aku bersama Syafiqah. Jantung aku berdegup kencang.

Oh Tuhan, apakah ini? Mohon hentikan. Aku pejamkan mata. Malu dengan perilaku sendiri. Aku menangis lagi. Aku merasa kotor. Tubuh terasa jijik. Tubuh yang pernah dirangkul dan dicumbu wanita tidak halal.
Aku menangis penyesalan.
Ayat-ayat suci pada mushaf seperti mengkeji-keji, menyumpah serapah aku.

"Maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang Ghaib dan yang Nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".

Jangan sentuh aku, jiwa kau kotor dan keji. Ah, kitab suci itu membentakku. Aku jadi menggigil ketakutan bersama derai air mata. Aku menangis dan terus menangis. Jika dahulu, aku sering galak ketawa. Puas bersama wanita yang tidak halal. Aku bangga, nekad dan berani melakukan nista. Tapi saat ini, di tengah malam yang pekat ini, hanya air mata ketakutan dan keinsafan bersama. Aku menyesal sesungguh-sungguhnya.

Air mata merambu-rambu. Ingatan pada Syafiqah sesekali hadir menganggu membawa ingatan pada tempat-tempat yang pernah ternoda dengan maksiatnya. Berkali-kali aku mencerca diri, aku merasa jijik dengan diri sendiri. Seluruh hati, ruh dan jiwa terasa kotor kerna dosa maksiat dahulu.

Aku termenung lama. Terkesima dengan apa yang aku alami. Hendak bersolat tidak bisa. Hendak tilawah juga tidak bisa, malah dicerca hina. Dikeji, keji, keji. Allah benar-benar tidak menerimaku, fikirku. Hina sangatkah aku? Apakah aku sangat keji? Oh Tuhan, Engkau mengetahui bahawa aku hamba yang berdosa, akankah hamba terus tersesat seperti ini. Aku benar-benar ingin menjadi hambaMu. Ya Allah, hamba bertaubat, hamba bertaubat kepadaMu...

Thursday, September 15, 2011

Kapsul Paramaria Plus


Kapsul Paramaria Plus


Kelebihan:

1. Herba khas untuk wanita bagi penjagaan organ khas wanita.

2. Mengelakkan dari keputihan, kekeringan dan berair.

3. Memberikan mood serta emosi yang baik sepanjang hari.

4. Sebagai perawatan untuk jangkitan di saluran kencing.

5. Mengandungi antioksidan bagi mengelakan berlakunya ketumbuhan di dalam rahim wanita.

6. Baik untuk peredaran darah.

7. Mengelakkan dari penyakit angin meroyan atau angin darah.

8. Mengandungi phytoestrogen yang memperkemaskan payu dara dan mencantikkan kulit.
 
 
Produk ini boleh diamalkan oleh semua wanita yang sudah baligh. Wanita Menopouse (putus haid) juga digalakkan mengamalkannya.


Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.

Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 24

Sabah & Sarawak: RM 26



Wednesday, September 14, 2011

Simpan emas lebih baik dari wang kertas


Salam sahabat….mungkin ramai dikalangan kita tertanya-tanya mengapa simpan emas lebih baik dari menyimpan duit kertas.Bagi seorang pemboros seperti saya menyimpan duit kertas bukan alternatif terbaik.Ini kerana bila-bila masa sahaja duit tersebut akan habis.Sebagai contoh , anda mempunyai duit RM dalam akaun bank dan mempunyai kad ATM.So duit tersebut bila-bila masa sahaja , boleh dikeluarkan.Berbalik menyimpan emas , tentu lebih susah untuk anda tukarkan emas tersebut dalam bentuk duit kertas.Ini secara tidak langsung , membuatkan kita lebih susah untuk menghabiskan duit.Lagi pun takkkan anda ingin membeli sehelai baju menggunakan emas.



Selain daripada itu emas juga tidak akan susut nilai berbanding menyimpan duit dalam bentuk kertas.Cuba anda bayangkan nilai RM1 , 10 tahun sebelum ini dengan sekarang ? Cuba anda bayangkan nilai emas 1gram , 10 tahun sebelum ini dengan sekarang ?



Emas juga tidak akan musnah walau dalam keadaan apa sekali pun dan tetap bernilai .Duit kertas ? Akan hancur dan akan susut nilainya.So berdasarkan 2 alasan tersebut mengapa kita masih tidak mahu menyimpan emas ? Adakah kerana kita tidak mempunyai wang untuk membeli emas atau kerana harganya mahal.



Jika anda tidak mempunyai wang , emas lah sebagai alternatif terbaik menambah wang anda.Sebagai contoh anda membeli emas dengan harga RM500 bulan ini , 2 3 bulan kemudian nilai emas yang anda beli RM500 akan menjadi lebih dari RM500.



Harganya mahal ? Baguslah kalau anda sedar akan harga emas yang mahal…Sebenarnya “harga emas mahal hanya perasaan kita sahaja”.Sebagai contoh , anda membeli seutas rantai berharga RM1000.00 , tentu anda akan rasa mahal kerana anda hanya memperolehi seutas rantai emas yang kecil . Sebenarnya mata kita dikaburi dengan nilai wang kertas berbanding emas.



So berdasarkan hujah saya yang tidak seberapa ini mengapa anda masih tidak mahu membeli emas ? So marilah sama-sama membeli emas untuk masa depan anda.Tapi , janganlah sampai anda tidak mempunyai satu sen pun dalam akaun bank….duit dalam akaun bank mesti ada untuk kehidupan seharian.

 
sumber: emaskini

Sunday, September 11, 2011

Makanan Bayi Growell

Makanan bijirin beras dan melukut, ditambah garamtisu biokimia.
Amat baik untuk bayi dan kanak-kanak berumur 3~ 12 bulan.

Keistimewaan
Menolong penghadaman dan menambah selera
Mengelakkan kembung perut, sembelit serta ragam tangis
Menyenyakkan tidur
Membantu membina darah, tulang dan gigi
Menguatkan otot dan sendi
Menghindari penyakit kulit
Membantu perkembangan akal cerdas

Cadangan penyediaan makanan GROWELL untuk bayi anda mengikut umur (bulan) Umur Kuantiti

Kekerapan 3 bulan 2 sudu 2 jamuan sehari, 7 bulan 3 sudu 2 jamuan sehari, 12 bulan 4 sudu 2 jamuan sehari
Cadangan penyediaan makanan bayi anda
Masukkan 2~3 sudu besar ke dalam bekas bersih.
Masukkan air bersih yang mendidih ke dalam bekas yang berisi makanan GROWELL mengikut kesesuaian anda (seperti yang disyorkan).
Masukkan tepung susu pada kadar secukup rasa dan kacau hingga sebati.
Suapkan bayi anda dengan makanan GROWELL yang telah disediakan.

Isi Kandungan: 500 gram Kesesuaian: Bayi berumur 3~12 bulan

CARA PEMBAYARAN

Sunday, July 31, 2011

Beli Dinar Jadikan Loket Emas


Salam sahabat emas….pertama kali saya melihat gambar dinar keluaran Public Dinar tidaklah cantik bagi pandangan saya.Namun setelah melihat secara live dan pegang dinar keluaran Public Dinar saya menukar tanggapan kepada memang cantik dan halus ukirannya.

So bagi wanita yang sudah mempunyai rantai emas , bolehlah beli dinar ini untuk dijadikan loket.Bentuk dan ukiran dinar keluaran Public Dinar memang cantik

.Saiz yang paling sesuai untuk umur pertengahan adalah saiz 5 dinar , saiz 10 dinar bagi mereka yang sudah berumur manakala bagi kanak-kanak saiz 1 dinar.So kesimpulannya :
Beli satu set dinar keluaran Public Dinar dari saya untuk seisi keluarga :

1.10 dinar untuk nenek/ibu/mak.
2.5 dinar untuk anda/isteri.
3.1 dinar untuk anak anda.

info: emaskini

Saturday, July 30, 2011

JUS QASEH KEKANDA





JUS QASEH KEKANDA

Minuman herba bertenaga istimewa dengan gabungan makanan sunnah seperti madu, zaitun, tiin, kurma, za'faran, habbatus sauda', air zam-zam dan berbagai herba terpilih seperti gingko biloba, sireh dan guarana khusus untuk kesihatan dan kekuatan dalaman dan luaran lelaki. Membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrien dan zat penting. Dihasilkan dengan piawaian Amalan Pengilangan Islamik untuk memelihara kesucian rohani produk. Kehebatan yang pasti terasa!

Bagaimana Qaseh dapat membantu?

Dari Sudut Jasmani
- Membantu memperelokkan fungsi sistem tubuh seperti sistem pencernaan, sistem saraf, aliran darah dan sebagainya.
- Membekalkan tenaga dan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh.
- Membantu mempertingkatkan sistem ketahanan tubuh badan.
- Membantu meningkatkan kecerdasan minda.

Dari Sudut Rohani
- Dari sudut penyediaan produk, dengan amalan doa dan bacaan ayat Al Qur'an serta piawaian IMP menyumbang kepada ketenangan jiwa.
- Dari sudut saintifik, kandungan tryptophan dalam kurma, habbatus sauda' dan za'faran dapat membantu memperbaiki mood & memberi kelegaan emosi.




Harga Semenanjung : RM 71.90


Harga Sabah/Sarawak : RM 76.90



CARA PEMBAYARAN


Friday, July 29, 2011

Intan Mutiara


Assalamualaikum...

Wahai muslimah, Allah telah memuliakanmu dan mengangkat tinggi kedudukanmu, Ia menginginkan dirimu terpelihara dan terjaga dari tangan-tangan jahat yang ingin menjerumuskanmu ke lembah kehinaan dan memanfaatkan kelemahanmu, oleh kerana itu, Ia menetapkan hukum dan peraturan yang dapat menjamin jatidirimu sebagai seorang wanita, kerana engkau bukanlah laki-laki dan laki-laki juga bukanlah dirimu, Allah SWT berfirman: "… dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan…"(QS. 3:36)

Allah memang menghendaki menciptakan ciptaan-Nya terdiri dari jenis laki-laki dan wanita, Ia berfirman: "Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah". (QS. 51:49)

Keduanya diciptakan Allah dengan sifat dan karakter yang berbeda untuk saling melengkapi satu sama lain bukan saling berhadapan dan bersaing dalam kehidupan, wilayah peranmu berbeda dengan saudara kandungmu itu, semua itu Allah lakukan semata-mata demi menjadikanmu manusia yang terhormat, berwibawa dan mulia.

Wahai muslimah, aku ingin mengajakmu merenungkan beberapa hukum yang Ia syariatkan untukmu demi memelihara kemuliaan jatidirimu sebagai wanita.

Pertama, Allah menghalalkan kepadamu memperhias diri dengan perhiasan dari emas dan sutra murni yang Ia haramkan bagi kaum laki-laki, Rasulullah bersabda: "Kedua perhiasan ini (emas dan sutra murni) diharamkan bagi laki-laki dan dihalalkan bagi wanita" (HR. Ibnu Majah dari Ali bin Abi Thalib a.). Ia halalkan semua ini untukmu demi menjaga kecantikanmu dan sifatmu yang lembut.



Kedua, Sebaliknya, Allah mengharamkan segala sesuatu yang dapat menghilangkan sifat kewanitaanmu yang halus dan lembut itu baik dalam berpakaian, bertingkah dan perilaku yang menyerupai laki-laki, demikian juga laki-laki diharamkan menyerupai wanita dalam pakaian, gerak dan tingkah laku, kerana hal itu tidak sesuai dengan jiwa dan tabiatnya. Rasulullah` bersabda: "Allah melaknati laki-laki memakai pakaian wanita dan wanita memakai pakaian laki-laki" (HR. Abu Daud dari Abu Hurairah ra.)

Ketiga, Allah melindungi kelemahanmu dan menempatkanmu selalu dalam naungan laki-laki, Ia tidak menuntutmu mencari penghidupan untuk memenuhi keperluanmu atau keperluan orang lain, tetapi kaum laki-lakilah yang wajibkan memenuhi semua keperluan hidupmu, kerana mereka tak ingin engkau bergulat dalam kehidupan demi sesuap nasi agar engkau tak terhina. Jika engkau seorang gadis, ayahmu dan saudara laki-lakimulah yang memenuhi keperluanmu, jika engkau seorang ibu, anakmu yang laki-laki yang dituntut menjamin keperluan hidupmu dan jika engkau seorang isteri, suamimu yang harus bertanggung jawab atas semua keperluanmu, lalu jika tak ada seorangpun di antara mereka yang menjamin keperluan hidupmu maka Allah mewajibkan kepada pemerintah memenuhi semua hajat hidupmu yang asasi.

Keempat, Allah memerintahkan kepadamu menjaga pandanganmu terhadap lawan jenismu agar syaitan tidak menjerumuskanmu ke dalam kubangan yang hina. Allah lberfirman: "Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka…" (QS. 24:31)

Kelima, Allah memerintahkan kepadamu menjaga tubuhmu dari pelecehan tangan-tangan jahil dan penghinaan mata-mata yang usil dengan membalutnya dengan pakaian mulia kecuali muka dan telapak tanganmu. Allah berfirman: "…dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dada mereka…"(QS. 24:31)

Keenam, Allah memerintahkan kepadamu tidak menampakan perhiasanmu yang tersembunyi seperti rambut, leher, betis dan lengan tanganmu kecuali kepada suamimu, dan orang-orang yang termasuk mahram bagimu. Allah berfirman yang ertinya: "…dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita..." (QS. 24:31)

Ketujuh, Allah memerintahkan kepadamu berjalan dengan santai dan berbicara dengan nada rendah sehingga engkau nampak berwibawa dan terhormat. Allah berfirman: "…Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan..." (QS. 24:31)"…Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya…"(QS. 33:32)

Kelapan, Allah memerintahkan kepadamu menghindari segala sesuatu yang dapat menarik perhatian kaum laki-laki kepada dirimu dan tergoda dengan penampilanmu dengan mengikuti perilaku kaum jahiliyah pertama atau kaum jahiliyah abad ini. Rasulullah bersabda: "Wanita yang memakai wangian lalu keluar dari rumahnya agar orang-orang mencium aromanya adalah penzina" (HR. Abu Daud)

Kesembilan, Allah melarangmu berduaan dengan laki-laki selain suami dan mahrammu agar syaitan tidak menjatuhkanmu ke jurang kehinaan. Rasulullah bersabda: "Janganlah seorang laki-laki berduaan dengan seorang wanita dan janganlah pula ia pergi kecuali di dampingi mahramnya" (Muttafaqun'alaih)

Saudariku, jika engkau renungkan semua perintah Allah ini dengan hati nurani yang jernih dan jujur, maka engkau akan mendapatkan bahawa Allah sungguh telah menempatkan dirimu bagaikan intan mutiara yang tersimpan di tempat yang terjaga yang tidak boleh dijamah oleh tangan orang yang di hatinya ada penyakit, engkau adalah makhluk mulia dan terhormat di dalam Islam.