Friday, December 16, 2011

Kelebihan Solat Sunat Subuh


Waktunya ialah apabila telah masuk waktu subuh. solat sunat ini dilakukan sebelum melakukan solat fardhu subuh.
niat: sahaja aku solat sunat fajar/sebelum subuh 2 rakaat, kerana Allah Taala

Suatu ketika, Rasullullah saw terlewat datang ke masjid untuk solat subuh. Baginda sampai di masjid dan terus sahaja mengimani solat. Selepas solat, Rasullullah SAW memberitahu sebab kelewatannya, kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Kemudian baginda menunaikan dua rakaat sebelum Subuh.
“bukahkah tuan sudah terlewat benar, wahai Rasullullah?” Bilal bertanya, seakan membawa maksud, sudah lambat pun ,masih menyempatkan diri untuk solat sunat dua rakaat?’
Jawab Rasullullah saw, “Sekiranya aku terlambat lebih daripada itu, aku akan tetap solat dua rakaat dengan sempurna”

Antara solat sunat yang sangat dituntut adalah solat sunat subuh. Ada riwayat mengatakan bahawa Rasulullah sangat menjaga solat sunat subuh ini walau pun terlewat untuk mengerjakan solat subuh.


Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:

"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".

Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:

"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."

Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment