Thursday, March 7, 2013

Panduan Mendidik Anak


Peringatan untuk diri sendiri dan sekadar renungan bersama.

1) Jangan pukul anak dari atas ke lutut.

2) Jangan gunakan tangan / anggota tubuh kita untuk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita. Nanti anak akan bertambah degil dan nakal.

3) Rotan anak dibahagian tapak kakinya. Secara saintifik ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang bahagian otak.


Rasulullah s.a.w telah menggariskan empat tahap dalam pendidikan anak-anak mengikut faktor umur dan masa.

Tahap pertama ialah ketika anak itu masih kecil. Hendaklah perbanyakkan bergurau senda dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang. Banyakkan selawat dan bertahmid, bertahlil, bertakbir dan sebagainya dengan anak-anak. Biasakan diri mereka dengan kalimah-kalimah suci.

Tahap kedua, iaitu anak di sekitar umur 7 tahun hingga baligh (lingkungan 14 tahun). Hendaklah dididikdengan disiplin dan tanggungjawab.

Tahap ketiga, iaitu pada umur 15 tahun hingga 21 tahun. Hendaklah dididik dengan cara lebih matang dan berbincang, lebih kepada berkawan dan bertukar pendapat dan menghormati pendapatnya selagi tidak melampaui batas dalam syariah. Banyakkan berbincang dan memberi pendapat dengan cara yang lebih matang kepada anak-anak. Ini kerana mereka sudah masuk ke tahap mendewasakan diri.

Tahap keempat, iaitu 21 tahun ke atas. Ibu bapa hanya berperanan sebagai penasihat sahaja. Berikan mereka kebebasan memilih selagi tidak bertentangan dengan agama dan merosakkan kehidupan mereka.


4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan berasa rendah diri.

5) Berikanlah anak anda pelukan setiap hari. ( Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari mempunyai IQ yang tinggi berbanding anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak dengan pandangan kasih sayang. (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. (Berilah pujian, pelukan dan ciuman, hadiah sebagai penghargaan)

8) Janganlah mengharap anak anda yang belum matang itu untuk melakukan kebaikan secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah membuat silap.

9) Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Anak-anak akan terus membesar dan masa itu terus berlalu dan takkan kembali lagi)

10) Dalam membesarkan anak-anak, janganlah mengeluh kerana keluhan akan menyebakan anak-anak berasa diri mereka adalah beban.

11) Dengarlah cerita anak anda. Cerita itu tidak akan anda dengari lagi pada masa akan datang. Jadilah pendengar yang baik dantunggu giliran untuk anda bercakap. ( Ini mengajar anak tentang giliran untuk bercakap.)

12) Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan anak anda bagaimana memenangkan diri kerana mereka akan menirunya.

14) Luangkan masa bersama anak anda semasa diluar. Peganglah tangan dan pimpinlah tangan mereka semasa berjalan. Mereka akan berasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

15) Buatlah sedikit persediaan untuk menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah yang unik walaupun murah. Ini akan mengajar mereka erti menghargai dan tahu menghargai orang lain.

16) Hargailah permainan anak anda. Mereka juga akan belajar menghargai barang kepunyaan kita. Elakkan dari membuang permainan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran sebelum berbuat demikian.

17) Berilah ciuman selamat malam dan jangan biarkan mereka tidur tanpa ciuman kasih sayang.

18) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibubapa.

19) Anak menangis untuk meredakan keresahan mereka. Dengarilah tangisan mereka kerana 20 tahun akan datang, kita pula akan menangis kesunyian apabila rumah terasa sunyi.

" Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya."