Showing posts with label KARYA KREATIF. Show all posts
Showing posts with label KARYA KREATIF. Show all posts

Friday, September 14, 2012

MUNAJAT CINTA

YA ALLAH..
Seandainya kau telah catatkan, Dia milikku, tercipta untukku,
Dekatkanlah dia padaku, Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah
kemesraan antara kami, Agar kebahagiaan itu abadi.

YA ALLAH..
Seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini, Ketetapan yang
sejahtera dan abadi, Maka jodohkanlah kami.

Tetapi YA ALLAH..
Seandainya engkau telah takdirkan, Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku. Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

YA ALLAH Ya Tuhanku yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit, Hilang bersama senja yang
merah, Agarku sentiasa tenang, Walaupun tanpa bersama dengannya.

YA ALLAH yang Tercinta..
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan, Adalah yang
terbaik untukku, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hambaMu ini.

YA ALLAH Yang Maha Mengetahui..
Segala sesuatu dilangit dan dibumi,
Engkaulah yang melimpahkan rezeki, Buat hambaMu ini..
Engkau jualah yang mengatur hidupku dan matiku..
Maka aku redha, atas segala ketetapanMu..
Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya...

YA ALLAH Yang Maha Penyayang lagi Maha Adil..
Jika siang dijadikan ia sebagai mencari rezeki..
apabila malam menjelma ianya sebagai untuk hamba-hamba-MU merebahkan diri bagi mendapatkan segala tenaga dan zat-zat
sebagaimana Engkau telah memberikan segala apa yang ada pada hambaMu kesihatan...

Engkau jua telah memberikan setiap pasangan jiwa murni
seperti sepasang kasih sayang ADAM & HAWA,
begitu juga anak-anak, cucu-cucu untuk
mencari kasih suci setiap insan
yang berada di muka bumi yang sementara..

Wednesday, July 11, 2012

Ya Allah, Aku Jatuh Cinta!

Ya Allah..
Yang membolak-balikkan hati kami.. Selama ini aku tidak pernah
tahu bagaimana rasanya bercinta, namun ku berharap, bila cinta hadir
menyapaku, aku tidak akan kehilangan Engkau..
Ya Allah..
Selama ini aku hanya berharap, semoga dapat mencintai orang
yang memiliki cinta luar biasa pada-Mu..
Ya Allah..
Selama ini aku juga berharap, semoga akan dicintai oleh orang
yang dapat mengarahkanku menuju keredhaan-Mu..
Pintaku Ya Allah..
Izinkan aku memiliki rasa ini hingga ia menjadi indah di dada
kami, tanpa menghilangkan rasa cinta kami pada-Mu..

Tuesday, February 7, 2012

'Mana Satu Pilihan Hati..

Saya bertanya kepada emak, "mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "


Mak jawab, "dua-dua bukan.."
Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.


"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam.


"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.


Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya
."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. "Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya. "Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."


Saya memintas, "Tak faham.."


Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi, "begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.." Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire


"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat .. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal.. Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tok wan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..


"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.


"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazahnya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya.. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.


"Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.


"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?


"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni.. Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.." Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,


"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa


Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. "Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.."


"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh, cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "


Redha


"Kakak.. Walau siapa pun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. " Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.." Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...

Tuesday, January 31, 2012

Asalkan Kau Terus Melangkah


 Sahabatku
Biar ujian seberat gunung
Walaupun kau jatuh ke lubuk yang dalam
Terperosok
Hitam dan seakan-akan tiada cahaya
Jangan kau mengalah
Teruslah melangkah

Teruskan melangkah
Walaupun ia tidak mudah
Biar langkahanmu kecil atau tidak gagah
Ku tahu
Pasti ia berat dan payah
Namun itu semua tidak menjadi masalah
Asalkan kau terus melangkah
Ya, asalkan kau terus melangkah

Bangkitlah!
Angkat wajahmu
Bersihkan kotoran di bajumu
Buka jendela yang menutupi ruang-ruang hidupmu
Keluarlah dikau
Dan lihatlah sinar mentari itu!

Sahabatku
Teruskan langkahanmu
Lagi.. dan lagi
Jangan sesekali kau hentikannya
Ya
Jangan.. dan jangan
Kerana aku
Amat-amat Teringin
Agar dikau dapat sama-sama merasai
Keindahan hari esok itu ^_^

Teruskan langkahanmu, wahai sahabatku. . .
kau tidak berseorangan
Allah bersamamu
dan kami jua dibelakangmu..


Pernah merasa 'down' yang teramat?

Dunia dirasakan sungguh gelap bagi diri, seperti tiada lagi cahaya harapan buat hari esok. Daya dan tenaga juga seakan-akan sirna untuk meneruskan hari-hari kehidupan yang berbaki. Bisikan-bisikan kecewa dan putus asa sentiasa tenggelam timbul menjengah fikiran, menyuruh engkau agar berputus harap. Pasti kau pernah merasainya bukan?

Namun sahabat, jangan. Jangan. Jangan sesekali kau berputus asa daripada rahmat Tuhan. Allah itu hakikatnya dekat dengan kita. Ya, sungguh dekat. RahmatNya itu mampu meliputi segala. Apa yang perlu kau lakukan, hanyalah dengan tetap bertahan. Jangan mengalah!

Yakinlah, mungkin hari ini engkau merasakan duniamu kelam, namun bulan hadapan, minggu hadapan, bahkan mungkin jua mulai hari esok, duniamu akan kembali tersinar dengan cahaya-cahaya rahmatNya. Ya, yakinlah. Sesudah kesusahan itu pasti akan datangnya kemudahan. Dan ia akan mampu kau rasai hanyasanya engkau tetap bertahan.

Hanyasanya engkau tetap bertahan.

Maka apabila engkau diuji lagi sedemikan rupa, katakanlah pada dirimu, "Aku mampu bertahan!"
Dan letaklah keyakinan dan tawakkalmu kepadaNya. Sungguh, rahmat Allah pasti tidak jauh darimu.

Yang utama, walau apapun yang terjadi.. Walau apapun yang terjadi...

Asalkan kau terus melangkah. . .

" Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
- Surah At-Taubah : 41 -

Sunday, January 15, 2012

LAUT BERBISIK, AKU CINTA DIKAU WAHAI LANGIT..~


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata kata 'aku cinta kepadamu' ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa apa, hanya tersipu sipu malu, wajahnya kemerah merahan. Suatu hari, datang awan..

Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu saja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ke tengah tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja, tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dahulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi berusaha mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa terseksa dengan perasaan cintanya menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisahkan. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka sedang berpacaran..~

Why does it always rain on me?
Just let the rain falls, cause rainbow will appear after it..~ :)

Sunday, November 20, 2011

TITISAN MUTIARA JERNIH BERLINANGAN..~




Kadangkala hidup ini tidak selalunya indah...
Namun ku berdoa ke hadrat ILLAHI...
Moga aku memperolehi peluang kehidupan ini...
di isi dengan warna-warna ceria. Insha ALLAH...
Ku rindu ALLAH...

Ya ALLAH... Aku ingin mendapatkan cinta-MU semula. Betapa aku berdosa selama ini. Aku tercari-cari hala tujuku sendiri. Aku buntu sebelum ini. Ku berdosa kpd-MU ya ALLAH... Aku tidak mendapat ketenangan itu lagi. Aku semakin jauh dengan-MU. Disebabkan cinta manusia, ku terleka. Ku asyik dgn kehidupanku yg penuh dgn fitnah dan kealpaan. Ku tahu cinta itu fitrah. Namun ku akui... aku tidak mampu utk menanggung cintaku terhadap insan yg belum tentu lagi menjadi milikku. Hanya ENGKAU mengetahui segala-segala perjalanan hidup hamba-MU. Cintaku hanya untuk-MU ya RABB... Aku ingin melabuhkan cintaku untuk-MU sebelum aku mendapatkan cinta drpd insan lain. Ketika dahulu... ku amat tenang dengan cinta dan kasih sayang-MU tanpa ada cinta manusia. Ku snts bermunajat kpd-MU agar cintaku untuk-MU meninggi tanpa ada rasa kesangsian. Ku yakin cintaku hanya pd-MU ya ALLAH... Cintaku hanya satu iaitu hanya ENGKAU shj di hatiku... setiap masa, ku yakin dgn diriku krn adanya ENGKAU yg sentiasa dekat dgnku.

Srikandi yg bagaimanakah ku ingin miliki? wanita solehah yg bagaimanakah ku ingin contohi? Muslimah yg bagaimanakah ku ingin beri kepada generasi yg akan datang? sedangkan diri ini belum sempurna lagi utk dibaiki... ku harap, moga ALLAH mengampuni segala dosa-dosaku... Biarlah cinta drpd insan lain ku tinggalkan. biarlah aku hidup keseorangan. namun ku tidak gentar dan takut kerana ku yakin ALLAH snts di hatiku. ALLAH sangat sayangkan hamba-NYA. itu sebabnya ku diberi kesedaran sehinggakan aku benar-benar menangis kerana ku amat jauh dengan ALLAH. ALLAH mencemburui krn aku mengagungkan cinta manusia selama ini. Ku abaikan ALLAH. Ku tidak ingat ALLAH yg snts memelihara dan melindungiku selama ini walaupun ku asyik dgn cinta drpd insan lain.


Terima kasih kpd seorang sahabat yg telah menyedarkanku apa itu cinta yg sebenarnya. klu tidak krn dia... aku semakin tercari-cari arah hidupku. Aku sayangkanmu sahabat krn keperibadianmu yg sentiasa prihatin akan diriku. Itu semuanya krn ALLAH telah memberi petunjuk kpdku... ya ALLAH... Sayang-NYA ALLAH kpdku. Sayang-Nya ALLAH sehinggakan dia menemukan aku dengan sahabat perjuangan yg snts menasihatiku malah mengingatkan ku akan kenangan sewaktu ku mula-mula mengenal Islam yg tersangat indah di jiwaku. Kenangan itu tidak akan ku lupa krn kenangan itu yg memberi sinar utk ku meneruskan kehidupan. SubhanALLAH... betapa cinta-NYA ALLAH kpd hamba-NYA. Walaupun adakalanya aku tidak mengingati ALLAH, namun ALLAH snts memberi petunjuk kpdku dalam apa jua bentuk kesedaran agar aku tidak tersilap langkah menghadapi kehidupan yg penuh pancaroba ini...

Kadangkala ku terfikir... walaupun pernah ku berbuat dosa sehingga ku terlupakan ALLAH... Namun, ALLAH snts ada menemani diriku ini... Aku dapat rasakan kehangatan kasih sayang DIA terhadapku. Apabila ku bersedih... pasti ALLAH mengisi kekosonganku... tak dapat ku gambarkan dgn kata-kata... daripada situ... aku dapat merasai ALLAH sygkan ku sgt2... cuma aku tidak mengetahui krn terlalu lekanya aku dgn hal duniawi. ya ALLAH... ampunilah daku yg hina ini... Pernahku jatuh tersungkur sehinggakan aku berputus asa utk meneruskan pembelajaranku... namun, ALLAH ada dengan membantuku utk aku kuatkan semangat. Aku dapat semangat itu semula setelah aku menangis di hadapan-NYA. Secara drastik aku bersemangat meneruskan pembelajaranku... Kasihkan ALLAH kpd hamba-NYA? dan sekarang... ku sentiasa ingat yg ALLAH snts di hatiku ini... Aku syg sgt kpd ALLAH... ALLAH kekasih hatiku yg utama.

Aku tidak perlu takutkan cabaran yg akan datang... Biarlah ku lupakan cinta drpd insan lain dahulu. Kalau ada jodoh tak ke mana... Dan ku tahu, ALLAH menjanjikan yg terbaik buat hamba-NYA. insha ALLAH... ALLAH sayangkan kita semua. Percayalah... ALLAH menguji kita krn ALLAH sygkan kita... Tidak perlu menyesali dgn apa jua perkara yg kita hadapi di dunia.. Suatu hari nanti, kita pasti akan bahagia krn ALLAH ingin melihat sejauh mana kesabaran dan ketabahan hamba-hamba-NYA. Kasihnya ALLAH kpd kita... Aku terharu dgn apa yg ALLAH beri kpdku. Sehinggakan ALLAH sentiasa mengingatkanku akan kasih sayang-NYA yg utama agar aku tidak hanyut dgn kehidupan di dunia. Ku sayangkan ALLAH. Ku terlalu cintakan ALLAH... Ku telah mendapat kesedaran ini yg begitu berharga buat diriku... Alhamdulillah..

"Menjadi mawar berduri itu lebih baik daripada bunga-bunga tidak berduri yg boleh dipegang bila-bila masa sahaja"

"Muslimah Sejati bukan hanya utk dipermain-mainkan. Bukan hanya utk dijadikan sandaran sementara. Tapi, untuk dijadikan insan yang menjadi contoh kepada semua"

"Ku yakin... adanya cintaku utk seorang yg bergelar lelaki... Biarlah ku mencintai ALLAH terlebih dahulu agar hatiku mendapat ketenangan yg abadi sebelum ku mencintai lelaki. Ku takut syaitan sentiasa menggodaku. imanku masih lagi tipis utk menepis segala bentuk halangan itu. Insha ALLAH... ALLAH akan memberi yg terbaik buatku"

"Sekiranya ada jodoh tak kemana... ALLAH lebih mengetahui..."

~benarlah hidayah itu milik-mu ya Allah, kerana dikau memberi peluang kepada setiap hamba-Mu untuk berubah, engkau mengasihani setiap hamba-Mu yang bertaubat kepada-Mu diatas segala doasa-dosa yang dilakukan... wahai sahabat ku nur hana, daku mendoakan dikau istiqamah dijalan-Nya.. sungguh terasa dihati ini membaca luahan hatimu ini sahabat... menitis air mataku bagai embun menitis dipagi hari... La Tahzan sahabat, krana Allah sentiasa ada disisi kita... daku mendoakan yang terbaik untuk dirimu.. smoga Allah menemukan jodoh yang terbaik buat dirimu...~

Friday, November 4, 2011

DOAKU SEIRING PENANTIAN..~





Aku berdoa utk seseorang insan yg akan menjadi sebhagian dari hidupku. seseorang yg sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu. seseorg insan yg akan meletakkanku pada tempat keempat di hatinya setelah Engkau, Rasul Mu dan Jihad di jalan Mu. Seseorg yg hidup bukan utk dirinya sendiri, tetapi utkMu.

Kejelitaan, ketampanan, dan daya tarikan fizikal tidaklah penting yg penting adalah sekeping hati yang sungguh mencintaiMu dan sentiasa bertaqarrub kepadaMu dan berusaha menjadikan sifat-sifatMu ternukil pada keindahan dirinya.dan dia haruslah mengetahui bagi siapa dan utk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.

Seseorg yang memiliki hati yg bijak tidak hanya otak yg cerdas. seseorg yg tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku. seseorang insan yg tidak hnya menyayangiku tetapi juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah. seseorg yg mencintaiku bukan kerana paras rupaku tetapi kerana hatiku. seseorg insan yg dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan keadaan. seseorg yg dapat membuatkanku merasa sebagai seorang muslimah ketika aku di sisinya.



Rabbi....
aku tidak meminta yg sempurna namun aku meminta seseorang yg seadanya sehingga aku dapat lengkapkan kesempurnaanya di mataMu. seseorg yg mengimpikan sokonganku sebagai peneguhnya. seseorang insan yg mengharapkan doaku utk kehidupannya. seseorang yg menginginkan senyumanku utk mengatasi kesedihannya. seseorang yg memerlukan diriku utk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Rabbi...
aku juga meminta, Buatlah aku menjadi seorang mujahidah yg dapat membuatnya bangga. berikan aku hati yg sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku. Berikanlah sifat yg lembut sehingga keyakinanku dtg dariMu. Berikan aku tangan yg berkah sehingga aku selalu mampu berdoa utknya. Berikanlah aku penglihatan yg tajam, sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya. Berikanlah aku lisan yg penuh dengan kata-kata bijaksana , agar aku mampu memberikan semangat serta mendukungnya setiap saat dan tersenyum padanya di setiap pagi.

dan..bilamana akhirnya kami akan bertemu aku berharap kami berdua dapat mengatakan "Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna"

Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat, dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yg telah Engkau tentukan. Tuhan layarkanku kearah cintaMu. Tuntuniku mengapai RedhaMu. Rimbunan kasihMu ku berteduh kepadaMu ya Tuhan. Berikan secebis keinsafan, bekalan sepanjang perjalanan,mencari ketenangan...

Amin ya Rabbal 'Alamiiin....♥



Thursday, October 27, 2011

DEKATKANLAH JIKA WAKTU MENGHAMPIRI..~♥~


Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah..

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah..

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya..

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa..

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari..

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti..

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga..

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri..

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya..

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI..

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki..

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia..

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..

Bismillahirahmanirahim…..
Ya Allah..KAU jauhi diriku dari sebarang fitnah dunia
Ya Allah, jauhi aku dari rijal yang cuba untuk mendekatiku
Aku Takut Ya Allah, dengan ancaman cinta syaitan…….

Ya Allah… bantulah urusanku..
Sungguh hatiku masih tertutup untuk keadaan seumpama ini.
Jika wanita lain, mungkin menganggap ini sebagai aset kebanggaan
Tapi bagiku ini MUSIBAH….
Ya Rabb, andai jodohku benar2 sudah sampai seruannya
Maka, jentik hati sang adam, sesiapapun yang KAU perkenankan
Untuk menjadikan aku sayap kiri perjuangannya….

Aku takut Ya Allah…..
Takut yang amat sangat…..

Dan bilamana akhirnya kami berdua bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:

~Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna. Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat..Dan Engkau akan membuat segalanya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan…Amin ya Robb..~

Saturday, October 22, 2011

♥♥KEIMANANMU YANG MEMBUATKU JATUH CINTA♥♥








Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah,
sangat besar pahalanya.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman,

“Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu?

Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya

dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu”

Diriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :

“Demi Allah, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman.

Tidak sempurna keimanan kamu sehingga kamu saling mencintai.

Adakah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu,

yang mana jika kamu melakukannya nescaya kamu akan saling mencintai?

Sebarkanlah salam di antara kamu!” (HR. Muslim).

Dalil yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah sabda Rasulullah SAW,

“Tidak sempurna keimanan kamu sehingga kamu saling mencintai”.

Hadis ini menunjukkan tentang besarnya pahala saling mencintai kerana Allah.

Hadis dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda :

“Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman,

sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata.” (HR. Bukhari).

Hadis dari Abu Dzar yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Hibban, ia berkata :

“Wahai Rasulullah, bagaimana jika ada seseorang yang mencintai suatu kaum

tapi tidak mampu beramal seperti mereka? Rasulullah SAW bersabda,

“Engkau wahai Abu Dzar, akan bersama siapa sahaja yang engkau cintai.” Abu Dzar berkata; maka aku berkata, “Sungguh, aku mencintai Allah dan RasulNya.” Abu Dzar mengulanginya sebanyak satu atau dua kali.”

Hadis Muadz bin Anas Al-Jahni bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,

membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” (HR. Al-Hakim).
*♥*•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•. ♥♥~*♥**♥*~♥♥ .•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•*♥*
(¯`v´¯) ♥♥♥•♥•♥
`·.¸.·´ ♥♥.........¸.·´
Semoga bermanfaat...
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫

Monday, October 17, 2011

Cinta ini milik DIA






Jauh aku berjalan...
tujuan ku adalah destinasi cinta...
lelah dan mengah... ku gagah kan juga kaki untuk melangkah..
cinta ini milik DIA...
dan hanya DIA dan cintanya ku dambakan...

Meniti titian perjalanan...
menongkah arus kehidupan...
adakalanya aku leka...
pada sayang yang sering terungkap..
pada kasih yang selalu terucap...

Syukur..
aku kembali sedar bahawa aku mencari cinta
bukan sayang dan kasih semata-mata...
bahawa aku mendamba syurga disana
bukan nikmat hidup di dunia
bahawa aku dan cintaku ini mendambakan yang abadi..
yang tak akan sirna reput di mamah kitaran waktu...

Syukur....
aku bisa menangis..
menyesali segala kekhilafan...
syukur...
aku masih bisa merasa..
ada getar dalam relung jiwa..
ada rasa syahdu... saat namaNya datang menyapa
saat namaNya terdengar ditelinga..


Jauh aku berjalan...
tujuan ku adalah destinasi cinta...
lelah dan mengah... ku gagah kan juga kaki untuk melangkah..
cinta ini milik DIA...
dan hanya DIA dan cintanya ku dambakan...

Meniti titian perjalanan...
menongkah arus kehidupan...
adakalanya aku leka...
pada sayang yang sering terungkap..
pada kasih yang selalu terucap...

Syukur..
aku kembali sedar bahawa aku mencari cinta
bukan sayang dan kasih semata-mata...
bahawa aku mendamba syurga disana
bukan nikmat hidup di dunia
bahawa aku dan cintaku ini mendambakan yang abadi..
yang tak akan sirna reput di mamah kitaran waktu...

Syukur....
aku bisa menangis..
menyesali segala kekhilafan...
syukur...
aku masih bisa merasa..
ada getar dalam relung jiwa..
ada rasa syahdu... saat namaNya datang menyapa
saat namaNya terdengar ditelinga..

Yang ku harap..
aku akan kuat untuk terus melangkah ..
aku akan kuat untuk berlari..
berjalan dan mengejar Cintaku...
kerana cinta ini milik DIA..
bukan yang lain..

Yang ku harap...
andai ada teman seperjalanan nanti...
aku dan dia yang menemaniku
akan saling memberi semangat dan memujuk jiwa..
bahawa mehnah itu tarbiyah..
bahawa derita itu kunci bahagia..
bahawa perjalanan ini bukan di bentangi permaidani baldu..
bahawa perjuangan ini tidak akan sepi dari ujian dan dugaan..
bahawa pengorbanan ini menuntut air mata dan darah..
menuntut keringat dan ia .......
hanya untuk yang terpilih..


Yang ku lafazkan dalam setiap untaian doaku..
moga aku dan yang aku sayangi dan kasihi..
moga yang akan menjadi teman perjalananku dan perjuanganku nanti
adalah yang terpilih..
terpilih hidup bahagia, merasa cukup apa yang ada..
terpilih menikmati sejuknya cinta dan manisnya iman..
terpilih meneguk kasih dan cinta dari gelas-gelas
perjuangan dan pengorbanan...
yang indahnya bukan di sini ...
bukan sepanjang perjalan yang telah dan akan ditelusuri...
tapi nanti ..di sana ...di destinasi....
destinasi cinta yang abadi....

kerana Cinta ini milik DIA
milikMu Ya Allah....



Friday, July 8, 2011

Kisah Cinta Kopi Masin


Dia baru sahaja tamat belajar dan kini telah bergelar seorang doktor. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup.

Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah sekolah tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik.

Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.

Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.

"Astaghfirullah," bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya.

Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.

Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu, "Kau kenal ke gadis itu?"

"Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa. Dan masih belum berpunya lagi," jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!

Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata,

"Berikan saya kopi masin!"

Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.



Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"

"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut... masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini," jawab lelaki ini.

Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan mereka mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya.

Dia pasti lelaki itu adalah seorang yang menyintai dan mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sangat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.

Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di sekolah tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.

Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.

Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.

"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..

Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."

Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.

Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya, "Bagaimana rasa kopi yang masin?"

Dia dengan pastinya menjawab, "Rasanya manis sekali."

Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan, dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.

Sunday, June 5, 2011

Untukmu Gadis Yang Meningkat Remaja .


Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki.

Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah.

Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.

Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung.

Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan.

Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.



Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.

Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".

Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik.

Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu.

Saya sendiri jadi bingung. Bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.

Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah.

Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri.

Tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan.

Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak.

Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun).

Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah.

Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.

Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya". Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.

Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya.

Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini.

Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.

Butirannya seperti ini, soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!

Isteri jiranku: Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.

Isteri jiranku: Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.

Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita!

Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.

Annisa: apakah hakikat tudung?

Isteri jiranku: Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia.

Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.

Annisa: Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua.

Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.

Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.

Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.

Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung, Allah SWT.

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.

Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu

"buta, tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.

Subhanallah! Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua, wassalam.



Saturday, May 7, 2011

Air Mata Malam Pertama

Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni. "Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu." Ujar ayah padaku. Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan. Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik. Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu. Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam. "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami." "Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami." "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin." Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman. Aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. "Bang, maafkan Ana!" Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus. "Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang." Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku. Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah. "Abang nak ke mana tu?" Soalku. "Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi." Jawabnya. "Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi."Aku kesian melihatnya, keletihan. "Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah." Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu. "Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya." Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah. Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja. "Bila Ana turun?", soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja, "Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang." "Maafkan abang sayang", Dia menghampiriku. "Sayang tak marahkan?" Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat. Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku. "Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita", Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku. "Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang." Jawabnya tersenyum. "Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi." "Betul ni?" Soal suamiku cepat-cepat. "Ish..Gatal la abang ni!", Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku. Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri. Walaupun begitu, masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku. "Apa yang Ana menungkan ni?" Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang. "Abang ni, terkejut Ana tau!" Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk. "Alaa..sayang ni..macam tu pun nak marah." Usiknya sambil mencubit pipiku. "Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!" Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku. "Sayang…" Seru suamiku sambil merangkul tubuhku, "Sayang nak honeymoon kemana?" Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu. "Ana ikut aje ke mana abang nak bawa." "Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?" Guraunya. "Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?" Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa. "Nanti sayang nak berapa orang anak?" Soalnya lagi setelah ketawanya reda. "Abang nak berapa?" Soalku kembali tanpa menjawab soalannya. "Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?" "Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?" Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa. "Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan." "Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup." Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira. "Ni yang buat abang tambah sayang ni." Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku. Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi. "Zul, Ana! Jom kita makan dulu!" Suara mak memanggil. "Mari bang! Ana pun dah lapar ni." Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam. Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik. Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukenali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apatah lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan. "Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?" Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya. "Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku." "Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan." Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti? Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil. "Masuklah, pintu tak berkunci." Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku. Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku. "Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?" Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku. Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu. "Habis tu apa yang sayang menungkan ni?", "Ana takut bang!" Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai rambutku. "Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita." Pujuk suamiku. "Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut.." Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya. "Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! "Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku. "Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit." Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya. -------------------------------------------------------------------------------- "Ayah, mak! Ana dah buat keputusan." Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari. Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri. "Keputusan tentang apa?" Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat. "Pasal peminangan tu." Ujarku. Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku. "Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih." Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari. Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya. "Syukurlah, moga Ana bahagia nanti." Ucap ayah padaku. Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku. "Nanti mak kenalkan dia pada Ana." Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka. "Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje." Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat. "Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya." Ayah mempersoalkan keputusanku itu. "Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?" Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu. Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku. "Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah." Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan. "Baik bang. Bang, ni baju abang." Ujarku sambil bangun untuk ke dapur. Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi. "Patutlah." Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang. Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik. Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya. "Bang…."Seruku. "Ada apa sayang?" Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya. "Malam ni abang nak…..nak….."Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya… " Nak apa sayang?" Soalnya lagi sambil tersenyum. "Ah..abang ni…"Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku. "Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?" Bisiknya ketelingaku. Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu. "Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!" Bisik suamiku. "Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia." Jawabku. Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul. Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk mempraktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya. Rasulullah bersabda: "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada." Rasulullah bersabda: "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia." Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu." Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali. Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang. Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya. "Abang tak apa-apa?" Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui. "Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot."Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam. "Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu." Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pijama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu. "Nakallah abang ni." Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu. Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. "Kenapa ni bang?" Soalku sewaktu bersalaman dengannya. " Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni.." "Zul sakit ke?" Tanya ayah. "Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot."Jawabnya. "Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak." Sampuk mak. "Nanti Ana ambilkan ubat." Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air. Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan. "Terima kasih." Ucapnya perlahan. Aku angguk. "Abang berehatlah." Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam. "Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang." " Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah." "Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan." "Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.", Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya. "Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan sayang. Sayanglah satu-satunya buah hati abang." Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja. Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik. "Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea" "Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya." Ujarnya perlahan. "Abang tidurlah." Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat. Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku. Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku. "Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana." Pujuk emak. Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjenguk dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku. "Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku."

Saturday, April 16, 2011

Kerana Indahnya Pelangi

Petang itu hujan lebat menyimbah bumi Shah Alam, Selangor, salah sebuah negeri yang terletak di selatan tanah air semenanjung Malaysia. Kedudukan yang strategik ini menjadikan Selangor negeri yang paling pesat, dek kerana jumlah penduduk yang ramai dan pembangunan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan setiap tahun. Tidak hairanlah negeri ini agak panas berbanding negeri-negeri lain, kerana terjadinya pulau haba bandar. Sudah hampir setahun aku di negeri ini, menjadi penuntut di UiTM Shah Alam dalam program asasi kejuruteraan. Cuaca sejuk semasa hujan ini sememangnya dinikmati sebaiknya oleh semua penuntut. Ada yang sudah menarik selimut, bersedia untuk memejamkan mata, ada yang meneruskan 'study' namun tidak kurang pula yang mengambil kesempatan untuk duduk seorang diri sambil merenung ke arah hujan, memikirkan rahmat di sebalik hujan itu dan penciptanya. Subhanallah, sesungguhnya setiap yang diturunkan oleh Allah ada rahmat dan kebaikan di sebaliknya. Guruh yang berdentum dan kilat sabung-menyabung benar-benar menggangu konsentrasiku untuk belajar. Aku lantas menutup tingkap dan menurunkan langsir, bimbang sesuatu yang buruk berlaku. Aku kemudian duduk kembali di meja studyku dan beristighfar panjang, moga-moga hatiku ini tidak terlintas untuk memarahi Allah kerana menjadikan guruh dan kilat. Terus aku teringat akan kata-kata Heliza dalam filem Syurga Cinta... "Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah" Aku tersenyum sendirian, kerana ungkapan inilah yang menjadikan aku disini hari ini. Aku punya kisah di sebalik kata-kata itu. Mungkin bagi orang lain, ungkapan ini nampak biasa, tapi bagiku ia besar maknanya. Ciptaan Allah yang begitu indah Hingga hari ini, tidak ada seorang saintis pun yang mampu menyaingi pelangi ciptaan Allah. Sesungguhnya, dari situ kita dapat lihat betapa Allah tuhan yang Agung dan Esa. Segala memori lalu masih segar dalam ingatanku. Kisah bermula semasa di alam sekolah menengah lagi. Dengan izin Allah, berbekalkan keputusan UPSR yang cemerlang, aku ditawarkan ke salah sebuah SMKA di negeri utara tanah air. Pada mulanya aku agak terperanjat. "Adoiii... sekolah agama lah pulak... Confirm tudung labuh ni... parah-parah... "Aku mengharapkan agar ditawarkan ke salah sebuah sekolah berasrama penuh, kerana kakak sulungku juga bersekolah di sekolah berasrama penuh. Ummi dan abahku bertanya sama ada aku mahu masuk sekolah itu atau sebaliknya. Lidahku kelu untuk bersuara. Nak diikutkan hati, tidak sangat tetapi kalau tak dapat tawaran lain, tak ke malu dengan kawan-kawan yang dah dapat masuk asrama. Lantas aku menjawab "Macam ni lah ummi, abah... kak ngah nak tunggu sampai minggu depan... kalau tak dapat tawaran mana-mana jugak, kak ngah pergi sekolah tu. " Ummi dan abahku tersenyum, dan aku pula serabut memikirkan apa yang bakal berlaku. Benar seperti apa yang sering dikatakan, janji Allah tidak siapa yang bisa mengubahnya, walau sekuat mana kuasa sesorang itu. Sudah ditetapkan oleh Allah sejak azali, aku ditempatkan di sekolah agama tersebut. Selama 5 tahun berada di sekolah itu, aku diajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan baru. Di sana, kami didedahkan dengan solat jemaah, usrah, tazkirah, majlis-majlis ilmu dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan. Seperti salah satu ayat Al-Quran "Ingatlah sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." Aku benar-benar terkesan dengan ayat ini. Benar, aku sendiri akui aku bukanlah baik sangat sebelum ini, cuma aku bersyukur kerana dibesarkan dalam keluarga yang amat mementingkan agama dalam kehidupan. Justeru, mudah untuk aku terima semua yang berkaitan agama suci ini. Semakin lama mempelajari semua ini, aku sendiri dapat menyedari perubahan dalam diri. Hatiku menjadi sangat lembut, mudah tersentuh dengan apa sahaja dan yang paling aku syukuri hati ini juga yang kadang-kadang menangis memikirkan dosa-dosa lalu dalam solat-solat malamku. Syukran Ya Allah... Syukran... terima kasih kerana menganugerahi aku hati ini dan semoga kau lindungi dan pelihara hati ini dari terjerumus ke jalan-jalan yang tidak diredhai olehmu. Amin... Langit tak selalunya cerah Hidup tak selalunya indah, kerana hidup ini umpama roda. Ketika berada di atas, jangan terlalu bermegah kerana kita mungkin berada di bawah, dan ketika di bawah, percayalah suatu hari nanti kita boleh berada di atas. Akan tetapi fitrah manusia biasa, mahukan yang baik dan indah belaka. Semakin kita mendekatkan diri kepada Allah, semakin banyak ujian dan dugaan yang datang, untuk menguji sejauh mana keimanan dan kebergantungan kita kepada Allah. Kata orang, ujian itu sebenarnya tanda kecintaan Allah kepada kita. Tahun 2009 adalah tahun yang amat penting bagiku dan juga rakan-rakan sebayaku. Tahun ini, kami akan menjalani satu peperiksaan yang bakal menentukan hidup kami, iaitu SPM. Tahun ini juga menjadi titik-tolak pengislahan sebenar kepada diriku. Dugaan pertama datang ketika keputusan peperiksaan percubaan SPM diumumkan. Aku merasakan seperti ada yang tidak kena. Hatiku gundah gulana, resah memikirkan apakah keputusan peperiksaanku. Biarpun hanya peperiksaan percubaan, ia amat penting kerana soalan-soalan merangkumi semua topik tingkatan 4 dan tingkatan 5. Justeru, aku anggap ia seperti SPM sebenar. Ketika keputusan dipaparkan, aku lihat dari jauh rakan-rakan ku berebut-rebut mencari nama dan melihat keputusan. Lantas sahabat baikku, Izzah Hanani mengajakku melihat keputusan. "Eh Ira, hari ni result keluar kan. Jom kita pergi tengok nak. Izzah rasa dah ramai yang tau result diorang. Kita je belum tau. Jomla.." Aku berhenti menulis dan memasukkan pen yang dari tadi rancak bergerak untuk menulis nota syariah islamiah di dalam 'pensel case' biru kesayanganku. Kalau diikutkan hati, entah mengapa agak berat untuk aku pergi namun memikirkan sahabat baikku sejak tingkatan satu itu beriya-iya mengajak, aku gagahkan jua kaki ini. Kami bersahabat sejak tingkatan satu. Ketika di tingkatan 3, Alhamdullillah kami berdua berjaya mendapat 9A dalam PMR dan diletakkan di kelas yang sama juga di tingkatan empat. Ketika dalam perjalanan melihat result, sahabatku bertanya; "Kenapa ngan Ira hari ini, senyap je... selalu dia yang banyak mulut... time result plak selalu dia orang yang semangat... hari ni monyok je" Aku tersenyum kelat. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Sebetulnya fikiranku kosong. "Entahlah Izzah, hati ni rase tak sedap je... takut dapat result teruk... hari tu jawab macam tak yakin jew... " "Oh... itu sebabnya monyok je... takpelah Ira... Ira dah buat yang terbaik... dah usaha dan doa... sekarang tinggal tawakkal je... apa pun keputusan Ira, anggaplah ia yang terbaik dari Allah... kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya... ingat tu..." lantas memeluk bahuku dari belakang. Begitulah indahnya berukhwah, andai diikhlaskan kerana Allah. Pasti Allah menghadiahkan kita seseorang yang dapat membuat kita tersenyum ketika dalam kesedihan. Ketika dalam perjalanan itu, kami berselisih dengan Ayu, rakan kami dari kelas 5 Al-Khawarizmi, yang juga roommateku. Nampak tersenyum-senyum bahagia je Ayu tu. Mesti result ok, fikirku. "Ayu, dah tengok result ke?"Izzah memulakan bicara, sekadar menyapa kerana kami bukanlah rapat sangat. "Dah... korang belum ke? aku dapat 8A... no dalam form no 7... saiful pun dapat 8A, no dalam form no 5... beza sikit je... yahoo!!sukanya aku... tu lah, sekarang terbukti kan... walaupun korang sibuk-sibuk nasihat kat kita orang yang couple-couple ni, result kita orang maintain tau... lepas ni kan ira, bolehla kau cakap kat kawan-kawan BADAR (Badan Dakwah Dan Rohani) ko tu... tak yah sibuk-sibuk nak nasihat dan cegah-cegah maksiat ni... buang masa... terbukti couple ni taklah salah seperti yang korang suka hebohkan tu... silap hari bulan, lepas ni ahli-ahli badani yang jadi 'hot couple' kat sini... haha..." Ayu ketawa besar lantas melangkah meninggalkan kami. Aku tunduk dan beristighfar panjang atas tuduhan yang dilemparkan. Benar kata orang, rambut sama hitam, hati lain-lain. Meskipun bersekolah di sekolah yang ada tertulis A (SMKA), tidak semua penuntut akhlaknya "A". Kerap kali dihidangkan dengan tazkirah dan perkongsian ilmu yang membincangkan azab Allah akan sesiapa yang melakukan larangannya, namun sebahagian dari kami masih tegar malah tanpa segan silu ber 'couple', berkirim surat dan lain-lain yang membawa kepada zina hati. Nauzubillah, semoga aku terlindung dari golongan itu. Izzah yang menyedari perubahan air muka di wajahku terus memujuk. "Alah... biarlah Ayu tu nak cakap apa... macam la Ira tak tahu mulut dia memang laser... sabar je... Allah sayang tau orang yang sabar... tak baik kalau Ira simpan dendam... nanti ada titik hitam dalam hati... jom cepat kita pergi tengok... masa rehat tinggal 10 minit je lagi ni... kejap lagi time fizik... Teacher Haniza tu kang, kalau masuk lambat... tahu-tahu jela... silap-silap belajar kat luar kelas kita hari ini..." Aku tersenyum mendengar kata-kata Afiqah. Aku tersentak dan terus terduduk di atas kerusi batu yang diletakkan berhampiran dengan papan kenyataan peperiksaan itu. Apa? 5A je aku dapat? Astaghfirullah... biar betul ni... Ya Allah, hebatnya ujian kau kali ini... berilah aku kekuatan... Sesampainya kami di sana, kawan-kawanku masih ramai. Dengan bersesak-sesak, aku berusaha mencari nama ku. Aku mencari namaku di helaian pertama di penjuru kanan, yang memaparkan nama pelajar-pelajar dari no 1 hingga no 20... kira 'top20' dalam form lah... Hah! nama aku tak de? Biar betul ni, tak kan tercicir kot. Selalu nama aku dalam senarai top 10, paling tidak top 20. Kenapa kali ni tak de? Dalam helaian itu, dapat aku lihat nama Izzah berada di tempat ke-3 dengan 10A... Oh, tahniah sahabatku... macam mana pulak ngan aku? Aku terus melihat ke helaian seterusnya di sebelah dan aku terkejut melihat namaku berada di atas sekali, bermakna aku dapat no 21 dalam form!! Ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku. Seolah-olah aku mahu menjerit sekuat hati. Mahu menangis dan meraung sepuasnya... Biar semua orang tahu betapa kecewanya aku dengan result itu. Pada mulanya hanya beberapa titik air mataku gugur, namun ketika melihat Izzzah melangkah gembira ke arahku, mutiara jernih yang aku tahan-tahan sejak dari tadi turun lebat membasahi pipiku. Oh sahabatku, seandainya kau tahu perasaanku ketika ini... "Ira, Izzah dah tengok result kita dua. Ira sabar ye, mungkin bukan rezeki Ira kali ini... "ucap Izzah tenang "tapi kenapa Ira, Izzah??... kenapa Ira... kenapa bukan orang lain, kenapa? Apa salah Ira? Apa dosa Ira? Cakap Izzah, cakap..." "Ira, ingat Allah, tak baik Ira macam ni. Seolah-olah Ira tak redha dengan apa yang Allah bagi. Kan semua ni datang dari Allah, siapalah kita untuk mempertikaikannya. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Ira kena sabar dan kuat" "Memang Ira tak redha, memang Ira marah, marah sangat-sangat, Izzah cakap senangla. Izzah dapat result ok, sesiapa yang dapat result ok memang akan cakap macam tu!!!!!!" Aku menjerit sekuat hati, melepaskan perasaan yang dari tadi terbuku. Aku tidak menghiraukan lagi rakan-rakan kami yang melihat aku menjerit. Pasti mereka terkejut, tidak pernah melihat aku dalam keadaan sebegitu. Aku berlari pergi membawa diri sambil menangis, kemana harus aku membawa diri, aku sendiri pun tidak tahu, biarlah... biarlah apa orang nak kata... biarlah kaki ini yang menentukan arah langkahku... Cuma dalam fikiranku, ada satu tempat yang terlintas. Tempat yang menjadi penenang hati buat setiap insan. Tempat yang menjadi rumah kedua selain asrama kepada pelajar di sini, untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Aku pasti, aku pasti akan ke situ, lantas mempercepatkan langkah sambil mengelap air mata yang masih lagi turun. Izzah yang aku tinggalkan terpinga-pinga, melangkah longlai masuk ke dalam kelas. Bukan tidak mahu memujuk, tapi melihat aku dalam keadaan begitu, dia lebih matang dalam membuat keputusan. Moga-moga kau dapat tenangkan diri sahabatku, doanya untukku. "Ok kelas, saya mintak maaf. Hari ni saya tak dapat mengajar sebab ada mesyuarat dengan pengetua tentang rumusan peperiksaan percubaan kamu semua. Saya nak nanti Zulhilmi, pergi meja saya dan ambil 'worksheet'. Saya dah siapkan, ada 25 soalan semuanya merangkumi topik-topik tingkatan lima. Dan saya nak, kerja tersebut mesti dihantar atas meja saya apabila masa saya tamat. Jelas kan arahan saya?" "Bermakna kamu semua tak boleh keluar dari kelas dan mesti siapkan kerja yang diberi. Kalau boleh buat sendiri dan jangan tiru kawan, kerana dari situ kamu dapat tahu kelemahan kamu dimana. Kelas berikutnya saya akan bincang soalan-soalan yang tak dapat dijawab." "Faham semua? saya tak nak lepas mesyuarat nanti saya dengar ada cikgu-cikgu yang komplen kelas 5 Al-Farabi bising. Kamu kelas yang terbaik, mesti tunjukkan peribadi yang elok juga, saya keluar dulu" tegas kata-kata yang dituturkan oleh cikgu fizik yang kami panggil Teacher Haniza itu. Di sebalik ketegasannya itu, dia seorang yang yang sangat penyayang. Berkat ketegasannya juga, keputusan fizik kelas kami tidak pernah mengecewakan. Di masjid, aku duduk menyandar di dinding sambil memeluk kaki. Meskipun sudah berhenti menangis, aku belum bersedia untuk ke kelas, di tambah pula dengan mata yang bengkak dan muka yang merah. Di saat keseorangan sebegini, bermacam perkara bermain di fikiranku. Aku pantas mengingat kembali peristiwa yang berlaku. Yang pasti, aku mendapat result yang teruk hari ini. Ya Allah, besarnya ujian yang kau berikan hari ini. Apakah dosaku Ya Allah? Aku study, aku solat, aku doa, aku hormati guru malah aku tidak pernah terlibat dengan couple-couple, serba- serbi aku jaga. Apa lagi yang tidak cukup? Aku bermonolog sendirian. "Benar kau sudah study, doa, solat... tapi mungkin Allah belum kabulkan permintaan mu. Sabarlah.. dia akan makbulkan, cuma masanya belum tiba. Dia mahu kau terus berdoa dan meminta daripadanya. Sesungguhnya Allah rindu untuk mendengar rintihan hambaNya. Dugaan ini untuk mendekatkan diri kau dengannnya" suara imanku berbicara. "Ahh... lagi-lagi usaha, balik-balik doa, bosanlah kalau macam ni, kau dah buat semua tu, sepatutnya kau dapat ganjaran yang setimpal!.." syaitan mula membisikkan kata-kata hasutan "Astaghfirullahalazim... tak baik kau marah sebegini, andai kau marah, pada siapa kau marah? pada Allah bukan? layakkah kita untuk memarahiNya, sedangkan Dia yang mencipta dan memberi nikmat kepada kita? Setiap yang datang itu dari Allah, sepatutnya kau bersyukur, bukan mengeluh sebegini. Masih ada kawan-kawan yang lain dapat result lagi teruk dari kau, tapi mereka sabar dan redha" Iman masih cuba memujuk. "Alah... kau tu je yang kononnya baik sangat... solat jemaah, join usrah, hormat guru, tak nak couple-couple, bukan apa sangat pun... cuba kau lihat kawan-kawan kau yang lain, couple juga tapi result lagi gempak dari kau... kalau betul Allah sayangkan kau, Dia tak bagilah ujian macam ni, sedarlah sikit... " "Jangan terpedaya dengan kata-kata syaitan itu. Kuatkan iman, ingat apa yang kau pelajari dan dengar dalam tazkirah-tazkirah . Ujian yang datang mungkin sebagai teguran lembut dari Allah. Mungkin cara study salah, dan mungkin juga ada kesalahan-kesalahan kecil yang kau abaikan... Allah mahu kau muhasabah diri... Andai tak diberi ujian begini, kau tidak akan sedar, kau akan rasa kau selalunya betul sedangkan tidak... kerana kau hanya insan biasa yang lemah, kau bukan seperti nabi yang maksum!!" "Tapi Allah sendiri dan janji dengan firmannya.. berdoalah kepadaku, nescaya akan ku perkenankan doamu... Hah, Allah sendiri dah janji tapi tak bagi pun. Allah dah memungkiri janji kepada kau!! Allah tak adil! buat apa lagi kau ikut perintahnya, Dia tak pedulikan kau lah..."syaitan belum mahu mengalah. "MasyaAllah, sekali lagi jangan kau marah pada tuhan, mengucap... beristighfar... Yaa... Allah memang sudah berfirman akan memperkenankan doamu... namun kau harus ingat, Allah juga ada 99 sifat mulia. Dia tuhan Yang Maha Mengetahui dan Yang Memberi Rezeki.. Kaji pula firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 284-286. Antara firmannya:- "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala( dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa(dari kejahatan) yang dikerjakannya..." Allah mengetahui yang kau boleh memikulnya... Yakinlah, jangan kau berputus asa.. Ini baru dugaan yang kecil... Lupakah engkau, semasa zaman rasulAllah dahulu, lebih hebat ujian yang ditempuh oleh nabi kita dan sahabat-sahabat... kemiskinan, kematian keluarga, sahabat di medan perang... tapi mereka tidak kecewa, tidak resah... malah redha dengan ketentuan Allah, hingga sebahagian dari mereka telah pun dijanjikan masuk syurga... " Aku tersentak ketika mendengar suara seseorang yang cukup aku kenali memberi salam. "Assalamualaikum... Izzah dah agak Ira kat sini" katanya lembut sambil menyusun langkah kearahku. "Waalaikumsalam... Teacher tak masuk kelas ke?" soalan pertamaku kepada Afiqah... "Tak, cikgu-cikgu ada mesyuarat, tapi teacher ada tinggalkan kerja dan mesti dihantar hari ni... jomla kita balik kelas, nanti Ira tak sempat nak siapkan kerja tu. Ira ok kan? Izzah yakin kawan baik Izzah ni kuat orangnya." "Entahlah Izzah... kadang-kadang Ira rasa Allah tak sayang kat Ira... Dia tak bagi apa yang Ira nak... Buat apa Ira study lagi, study bagai nak pecah kepala, tengok-tengok result dapat 5A je..." Entah kenapa, kata-kata itu lancar sahaja keluar dari mulutku. "Ira, sekali lagi Izzah cakap... Ira kena redha, memang susah untuk capai redha ni, tapi usahalah kearah itu. Mungkin hari ni rezeki Izzah, esok lusa siapa tahu rezeki Ira pulak... bumi Allah ni luas Ira, rezeki ada di mana-mana... Yakinlah dengan janji Allah, ingat prinsip hidup kita." "Put our trust to allah and remember.. allah always be our side" Serentak kami menyebut pegangan hidup kami bersama. Kata-kata inilah yang banyak menjadi pendorong kejayaan aku dan Izzah hingga hari ini. "Hah... macam tulah orang yang kuat... kuat melawan tipu daya syaitan... kuat juga melawan hawa nafsunya... bukan sekadar kuat fizikal, tapi yang lebih penting kuat untuk bangun setelah jatuh. Dah, jom cepat. " "Hah... padan muka kau syaitan... hari ni seorang anak adam tak berjaya kau hasuti..." Aku berkata sendirian... Aku menadah tangan tanda kesyukuran kepada Allah, menganugerahi aku seorang sahabat yang bukan sahaja cantik, bijak, malah membantu aku mencari semula cahaya disebalik kegelapan. "Kalau Izzah tak datang tadi, mesti aku dah ikut cakap syaitan untuk terus 'stay' kat masjid dan ponteng kelas. Syukur Alhamdulillah... " Malam itu seperti malam-malam rabu yang biasa, jadual aktiviti masjid adalah ceramah agama. Dalam organisasi BADAR, aku dilantik menjadi timbalan ketua biro lajnah masjid. Semua yang berkaitan masjid dibawah tanggungjawabku seperti kebersihan, keceriaan, peralatan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di masjid, termasuk ceramah. Malam itu, aku berasa tidak sedap badan. Maklumlah, sudah seharian aku menangis. Namun, amanah harus dijalankan. Dengan bantuan Izzah, aku memanggil Hafiza, AJK di bawahku untuk memberi pesanan. "Hari ni akak tak berapa sihat la. Fiza 'handle' masjid ye. Panggil semua pelajar berkumpul dan rapat kehadapan... Pastikan mereka tidak bising semasa ceramah. Pesan pada mereka, sesiapa yang bising akak akan panggil untuk bagi kesimpulan dari ceramah ustaz masa perhimpunan ahad nanti. " "Oh... itu kerja senang je... selalu nampak akak je handle, teringin jugak berada depan semua pelajar... Hehe... Akak jangan risau, Fiza akan buat dengan baik" "Terima kasih" ucapku ringkas. Ceramah dari Ustaz Zukilan, salah seorang ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Al-Quran dan Sunnah di sekolahku merupakan antara ceramah yang digemari oleh kami pelajar-pelajar kerana cara penyampaiannya yang menarik dan bersahaja. Sebelum menunggu ustaz datang, aku menoleh ke arah belakang, meninjau keadaan pelajar puteri. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik dan terurus. Hampir separuh dari mereka memegang pen dan kertas, bersedia untuk mencatat isi-isi penting dari ceramah ustaz. Pastinya mereka tidak mahu dipanggil untuk memberi ulasan. Aku tersenyum. Nampaknya Fiza menjalankan tanggungjawab yang aku berikan dengan baik. "Assalamualaikum anak-anak sekalian..."Ustaz Zukilan memulakan bicara. "Waalaikumsalam ustaz..." kami ramai-ramai menjawab salam yang diberikan, kerana semua orang tahu menjawab salam itu wajib hukumnya. "Alhamdulillah, dengan limpah dan kurnianya kita dapat bertemu seperti malam-malam rabu yang lepas. Hari ni ustaz nak membincangkan tajuk yang ustaz rasa, sangat menarik. Tajuknya adalah 'Qada' dan Qadar dari Allah, sejauh manakah kita beriman dengannya?" Aku begitu terkejut dengan tajuk yang dibincangkan malam ini lantas terus menoleh dan memegang tangan Izzah. Sebolehnya aku mahu keluar sahaja dari masjid. Dia yang memahami keadaan diriku, mengeratkan genggaman dan mengusap-usap belakang tubuhku. Mengapa mesti tajuk ini? Seolah-olah ada kaitannya dengan apa yang berlaku dalam hidupku hari ini. "Hah... ustaz pasti setiap orang pasti diuji oleh Allah kan... Cuma bentuk ujian yang diterima oleh setiap insan itu tidak sama. Dan masa seseorang menerima ujian itu juga tidak sama. Kita mugkin lebih dari segi ini, tetapi kurang pula pada bahagian lain. Kalau kita kekurangan dalam sesuatu, jangan rasa lemah, kerana Allah telah menjadikan kita dengan sebaik-baik penciptaan. Pastinya kita boleh memperbaiki diri untuk menjadi orang yang berjaya... InsyaAllah... Ketika kita ditimpa ujian, jangan kita mengeluh kerana ujian itu boleh bertukar menjadi rahmat seandainya kita redha menerimanya." "Ustaz bagi satu contoh, katakanlah kamu 'plan' nak keluar dengan kawan-kawan masa cuti penggal nanti... Kira plan yang habis-habisan la... nak shopping, tengok wayang, main bowling dan macam-macam lagi la... Last-last masa hari yang dijanjikan tu kamu tak dapat pergi sebab hujan lebat... kamu mesti rasa sedih, frust, kecewa dan marah. Kiranya ini ujian untuk kamu la... tapi, sebenarnya kamu tak sedar di sebalik hujan itu ada rahmatnya." "Mungkin seandainya Allah tak turunkan hujan, kamu akan pergi dan memandu dalam keadaan laju. Akibatnya terlibat dengan kemalangan. Nah... itulah rahmatnya, Allah sayangkan kamu dan mahu memanjangkan nyawa kamu... tidakkah kamu sedar?" "Namun kondisi kita hari ini jauh berbeza dengan konsep islam yang sebenarnya. Setiap ujian yang datang, manusia akan mula menyalahkan orang lain. Kadang-kadang yang lebih dahsyat menyalahkan Allah." Ingat firman Allah yang berbunyi, "Mungkin sesuatu yang kamu rasa baik bagimu adalah buruk di sisi Allah dan sesuatu yang buruk bagimu adalah baik di sisi Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui" Oleh itu, kita kena anggap ujian yang Allah bagi pada diri kita ni sebab dia sayang dekat kita. Dia nak hambanya tak terpesong jauh, kembali mengingati diriNya. Sepatutnya kita seronok bila dapat ujian, tandanya Allah masih ingat dekat kita walaupun kita dah banyak buat dosa. "terang Ustaz Zukilan panjang lebar. Kata-kata ustaz membuatkan aku berfikir kembali dan timbul rasa penyesalan. "Tak sepatutnya aku marah atas apa yang berlaku... aku kena redha dan muhasahabah diri... Ya Allah... aku bertaubat kepadamu... ampunkan dosa hambaMu ini... " Selasai ceramah ustaz, kami solat isya' berjemaah. Itulah uniknya bersekolah di sekolah yang mementingkan aspek agama dalam kehidupan seharian. Di sebelah pagi, kami berusaha bersunguh-sungguh mencari ilmu duniawi, sebelah malamnya mula diisi dengan pelbagai aktiviti kerohanian untuk memperoleh ilmu akhirat. Barulah stabil kedua-duanya, selain membantu pelajar-pelajar di sini mencapai kejayaan yang sebenar dalam hidup. Malam itu aku solat sunat taubat. Memohon bersungguh-sungguh kepada Allah agar diampunkan dosa, kerana siang tadi aku mengeluarkan kata-kata yang boleh membawa syirik kepada Allah. Itulah hebatnya godaan syaitan, andai iman tidak kuat untuk melawannya, entah kemana diri ini dibawa ke jalan yang sesat. Dua bulan berlalu, aku tinggalkan kesedihan atas keputusan peperiksaan percubaanku dan bangun menjadi insan yang lebih kuat. Aku gandakan usaha dan doa, moga Allah permudahkan segala urusan. Hari ini hari bersejarah dalam hidup aku dan rakan-rakan. Persiapan sudah rapi, senjata sudah diangkat, tunggu masa untuk digunakan. Kami melangkah masuk menuju medan perang yang sebenar, iaitu Dewan Saidina Ali. Dewan yang menjadi tempat untuk kami berjuang, juga dewan yang menjadi saksi atas kejayaan cemerlang pelajar-pelajar ketika keputusan diumumkan. Kami menjawab dengan sehabis baik, berbekalkan ilmu yang diperoleh selama 5 tahun. Kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang belajar 5 tahun disini, biarlah pulang membawa berita gembira. InsyaAllah. Selasai peperiksaan selama 2 minggu, kami pulang ke rumah masing-masing. Sebelum berpisah, kami mengadakan salam ukhwah yang begitu sinonim disini. Kami berpelukan, memohon maaf dan berterima kasih sesama sendiri. Selama 5 tahun tinggal di bawah satu bumbung, pastinya banyak kenangan pahit dan manis yang tidak akan kami lupakan. Aku dan Izzah sempat bertukar hadiah, memandangkan dia akan berpindah ke Rawang atas urusan kerja ayahnya. Aku menangis, tidak sanggup berpisah dengan sahabat yang sudah aku anggap seperti ahli keluarga sendiri. Dalam suasana begitu, Izzah sempat membuat lawak dengan mengatakan dia berpindah di dalam Malaysia sahaja, bukan ke luar negara. Masa berlalu begitu pantas. Cuti 3 bulan selepas peperiksaan SPM sudah tamat. Tibalah masa yang dinanti-nantikan, iaitu keputusan peperiksaan SPM. Pagi itu, aku bersiap untuk ke sekolah. Jantung di dada berdegup kencang, sehinggakan malam sebelumnya aku sukar melelapkan mata. Izzah sudah ada di salah sebuah rumah kawan kami. Jika dia bertolak dari Rawang pagi itu, mungkin dia tak sempat untuk berjumpa dengan aku dan kawan-kawan yang lain. Aku menutup perlahan pintu kereta setelah sampai. Debaran di dada masih terasa. "Ummi, kak ngah nak baliklah. Takut lah ummi" "Lah, kan dah sampai ni. Tak nak tengok result pulak. Apapun yang terjadi, ingat itu yang terbaik dari Allah. Cepatla, nanti tak sempat jumpa kawan-kawan. " "Macam mana kalau result tak ok?Ummi marah kak ngah tak?" "Ya Allah budak sorang ni. Banyak sangat tanya. Ummi tak marah, kak ngah dah usaha dan doa. Result tu tetap kena ambil, walau jauh mana kak ngah nak lari sekalipun. Jom ummi temankan masuk dewan" Di dewan, aku dapat lihat pelbagai reaksi. Ada sahabat-sahabat ku yang ketawa gembira, ada yang sedang menelefon dan ada juga yang sedang berpelukan dengan ibu bapa mereka sambil menangis. Menangis? Gembira atu duka? "Alamak, macam mana pulak dengan aku nih." Dari jauh, aku lihat guru kelasku, Puan Azliza melambai tangan kearahku. Aku menyusun langkah kearah beliau. Sesampainya di sana, aku dipersilakan duduk. "Cikgu, result saya ok tak?" aku tak dapat lagi membendung rasa ingin tahu. "Agak-agak kamu macam mana?" itu jawapannya. Aduh cikgu ni, main teka-teki pulak. Aku dah la nak terkencing ni, jantung pulak rasa nak tercabut. "Kalau saya, apapun result saya, saya terima dengan redha. "jawabku ringkas, sekadar menghilangkan perasaan gemuruh. Guruku tergelak kecil, lantas meletakkan sebuah fail dihapanku. "Bukalah, result kamu ada dalam fail tu. " Aku memandang guruku dan kemudian menoleh kearah ummi disebelahku. Ummi tersenyum dan mengangguk perlahan. "Bismillahirrahmanirrahim... . dengan tangan kanan, aku membuka perlahan fail merah itu. Serentak itu juga, guruku berkata; "Tahniah, kamu dapat 7A. Walaupun tak dapat straight A, itu dah cukup bagus dan cikgu bangga dengan pencapaian kamu. Untuk pengetahuan, kamu juga antara pelajar cemerlang sekolah. Saat itu, tak dapat aku gambarkan perasaan ini. Ummi terus memelukku lantas mengucapkan tahniah. Aku pula tidak henti-henti mengucapkan syukur dalam hati. Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih atas nikmatmu hari ini. Selesai bersalaman dengan guru kelasku, aku pergi mencari rakan-rakan ku. Guruku juga memberitahu bahawa Izzah memperoleh straight A, 12A. Tahniah sahabatku. Di suatu sudut, aku nampak Izzah dan rakan-rakanlain. Kami berpelukan, mengucapkan tahniah sesama sendiri. Kami berbual seketika, menunggu rakan-rakan yang lain sambil bercerita arah tujuan selepas ini. Masing-masing dengan pilihan mereka. Ada yang nak sambung form 6, ada yang nak apply maktab dan tidak kurang juga yang mahu terus dalam bidang sains. Dalam perjalanan pulang, hujan lebat turun. Hujan rahmat, fikirku. Tanganku pula tidak henti-henti membalas SMS yang dikirimkan rakan-rakan dan juga menjawab panggilan dari saudara-mara. Meraka juga ingin berkongsi kegembiraan yang aku peroleh. Seperti selalu, selepas habis hujan, aku akan menuggu pelangi muncul. Aku bertuah hari itu, aku berpeluang melihat pelangi. Pelangi yang begitu indah. Subhanallah. Hari ini juga aku dapat pelangi yang baik, iaitu keputusan exam SPM. Benar lah disebalik ujian, ada hikmahnya. Di sebalik hujan, ada pelanginya. Aku suka kau pelangi! Aku tersedar ketika telefon bimbitku berbunyi mengalunkan lagu SegenggamTabah dari kumpulan UNIC. "Eh, bukan no Malaysia ni... Izzah Hanani!!!" Hanya itu yang terlintas difikiranku... Sudah lama dia tidak menelefon, kerana itu aku tidak 'save'kan nombornya. Selama ini, kami hanya berhubungan di Facebook atau YM. Selepas keputusan SPM diumumkan, dia ditawarkan melanjutkan pelajaran ke negara timur tengah dalam bidang kejuruteraan. Selepas membuat persediaan selam 3 bulan di INTEC Shah Alam, dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar... Pada hari pemergiannya ke sana, aku tidak dapat menghantar ke KLIA kerana terikat dengan peperiksaan, cuma dia sempat menelefon beberapa jam sebelum pergi. Katanya "Ingat, pelangi itu indah, ia pasti akan muncul, lebih indah jika kita sabar menunggunya." Kerana Indahnya Pelangi..