Showing posts with label PENYUSUAN SUSU IBU. Show all posts
Showing posts with label PENYUSUAN SUSU IBU. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Khasiat susu ibu


Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.


Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.




Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.


Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.
Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.


Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.
Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

Sumber : http://www.sabah.org.my

Monday, June 20, 2011

KEBAIKAN SUSU IBU

MEMBERI yang terbaik untuk anak anda ialah tanggungjawab tanpa kompromi. Justeru, memberi susu ibu secara eksklusif sekurang-kurangnya hingga dia berusia enam bulan satu pilihan yang sangat bijak.Susu ibu yang tidak boleh dipertikaikan adalah sumber nutrisi terbaik untuk bayi yang baru dilahirkan. Selain mengandungi antibodi, ia memiliki ramuan terbaik untuk pertumbuhan bayi dari jumlah asid lemak, laktosa, air, asid amino untuk pencernaan dan pertumbuhan minda bayi.

Selain membantu perkembangan retina dan memberi perlindungan kepada sistem saraf tengah bayi. Ia juga membawa enzim pencernaan yang membantu bayi mencerna nutrisi dalam susu.Banyak laporan dibentangkan menjelaskan keupayaan susu ibu yang diberi kepada bayi secara eksklusif membantu bayi kurang berhadapan dengan risiko sakit perut, jangkitan pada telinga, masalah pernafasan atau jangkitan kencing yang kebanyakannya berpunca daripada penyusuan botol.Susu badan terhasil dalam satu bahagian kecil seakan kelenjar dalam payudara. Kelenjar ini terjadi selepas hormon tertentu (estrogen, progestreron, pituitary prolactin dan placental lactogen) diransang dan terjadi pada fasa kedua kehamilan.



Payudara manusia tidak menyimpan susu dalam jumlah yang banyak seperti lembu. Menghisapnya meransang pelepasan hormon prolactin yang akan meransang penghasilan susu dan pelepasan satu lagi hormon (oxytocin). Hormon ini kemudian akan merangsang pengecutan kelenjar susu. Susu akan keluar daripada kelenjar ini ke saluran susu sebelum melalui puting.Pada permulaan penyusuan, susu berwarna seakan biru dan mengandungi laktosa, protein dan sedikit lemak dikenali sebagai ‘foremilk’. Pada akhir penyusuan akan terjadi ‘hindmilk’. Hindmilk mengandungi lebih banyak lemak, sumber utama tenaga bayi anda.

Jenis susu ibu

Colostrum - Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Ia berwarna kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir. Ia pekat kekuningan, kaya protein, antibodi dan vitamin juga mineral.

Transitional- Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.

Susu matang - Lebih cair hampir kebiruan pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah.