Friday, December 31, 2010

Resepi Kek Kukus Sarang Semut




Bahan-bahan :

7 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 tin (390g) susu manis
3 sudu makan mentega
1 sudu makan soda bicarbonate
1 sudu teh esen ros


Cara penyediaan :

Hanguskan gula. Kemudian masukkan air diikuti mentega. Masak hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan.



Pukul telur sehingga kembang. Masukkan susu dan teruskan pukulan hingga rata. Masukkan tepung dan soda bicarbonate. Kemudian masukkan gula hangus dan pukul hingga rata. Akhir sekali masukkan esen ros dan kacau rata.

Tuang adunan ke dalam loyang kek. Tutup loyang rapat-rapat dengan aluminium foil untuk mengelakkan wap air kukusan masuk ke dalam adunan.

Kukus selama 1 1/2 jam.

Selamat mencuba.


Thursday, December 30, 2010

Aveana - Anti Blemish Cream (30gms)



Fungsi :
Formula ini membantu mengurangkan minyak berlebihan pada wajah,
Mengecutkan jerawat dan membunuh bakteria pada kulit.

Treats skin imperfections at its source while boosting skin’s natural healing ability. Gently helps detoxification and clarifies skin.

Cara Penggunaan :
Sapukan di tempat yang berjerawat sahaja.
2 kali sehari.


Wednesday, December 29, 2010

Petua Cerahkan Kulit Muka – Lobak Merah





Parut sebatang lobak merah dan satukan bersama sebiji kuning telur dan sedikit jus limau nipis sehingga sebati. Tepek pada keseluruhan muka dan leher dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.





Tuesday, December 28, 2010

KAPSUL KHAS UTK LELAKI (5 + 1 )




KAPSUL KHAS UTK LELAKI (5 + 1 )

Meningkatkan tenaga

Melegakan sakit pinggang dan lutut

Melegakan sakit sendi

Serta kesihatan untuk lelaki


HARGA
RM 45.00

PROMOSI
1 BOTOL RM 40.00
2 BOTOL RM75.00

POS LAJU PERCUMA


CARA PEMBELIAN

Monday, December 27, 2010

Hantaran Al-Quran




“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..




“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.



Wednesday, December 22, 2010

Madu Paramaria





Produk ini sangat baik untuk merawat masalah kewanitaan seperti:

1. Melancarkan haid
2. Awet muda
3. Menghilangkan keputihan dan gatal pada kemaluan
4. Menghilangkan sakit pinggang
5. Menguatkan rahim
6. Menguatkan tulang
7. Manghaluskan kulit
8. Melambatkan menopous




HARGA RM30.00

* harga tidak termasuk kos pos

Tuesday, December 21, 2010

Tazkirah: Surah Al-Kausar




Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-



1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.






6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu.Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.


Sunday, December 19, 2010

Resepi Kek Marble Milo




Bahan-bahan:

250g mentega
1 ½ cwn tepung
1 cwn gula caster
1 sudu teh serbuk penaik
3 biji telur
Sedikit esen vanilla
3 sudu besar serbuk milo - campur sedikit air dan dijadikan pes




Cara Penyediaan:

1) Putar mentega dan gula dengan menggunakan electric mixer sehingga putih.
2) Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Putar hingga kembang.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau dgn senduk kayu pun boleh juga.
4) Ambil sebahagian dari adunan tadi, campurkan dengan pes milo tadi.
5) Tuang ke dlm dulang pembakar secara berselang seli. Bakar selama 50minit.


Saturday, December 18, 2010

COCO HONEY MIX 20 SACET X 25GM




Minuman berasaskan koko yang diperkaya dengan madu dan gingko biloba. Rasa koko asli yang memang lazat dan menyegarkan. Bukan GMO atau GE. Sangat sesuai dijadikan minuman harian yang menyihatkan untuk seisi keluarga.




CARA PEMBAYARAN

Friday, December 17, 2010

Petua Membersih dan Mengilatkan Cermin



Cubalah salah satu petua berikut untuk membersih dan mengilatkan cermin muka di rumah.

1) Masukkan satu sudu cuka dan sedikit air di dalam bekas penyembur. Sembur cermin dengan air cuka dan lap dengan kain lembut yang tidak berbulu hingga berkilat.



2) Basahkan sehelai surat khabar. Tabur sedikit bedak pada surat khabar dan gunakannya untuk mengelap cermin. Ulang beberapa kali sehingga puas hati.

Tuesday, December 14, 2010

Set Kulit Berjeragat




Set Aveana untuk Kulit Berjeragat
Set Produk yang difomulasikan dengan ekstrak teh hijau yang mengandungi 20 kali lebih anti-oksida dibandingkan dengan vitamin E yang berfungsi membantu memperlahankan proses penuaan disamping memastikan kecantikan tekstur kulit anda.

Set produk Mengandungi:
Aveana - Lightening Cleansing Milk (30 ml)
Aveana - Ultimate Cleanser
Aveana - Refining Toner (30ml)
Aveana - Revitalizing Moisturizer Cream (15gms)
Aveana - Night Revival Cream (Pigmentation) (30gms)
Cara Penggunaan:



Bersihkan muka dengan Lightening Cleansing Milk - Urut pada seluruh muka dan leher (elakkan bahagian mata). Bilas dengan air suam.
Kemudian cuci muka menggunakan Ultimate cleanser.
Kemudian sapu Refining Toner - Basahkan kapas muka dengan Toner dan sapukan atau tekapkan ke wajah dengan rata.
Kemudian sapukan pada wajah yang bersih, Revitalizing Moisturizer Cream pada siang hari dan Night Revival Cream (Pigmentation) pada malam hari, pad abahagian berjeragat sahaja.

HARGA RM 214.00

PROMOSI RM 208.00 (FREE POSTAGE)


CARA PEMBAYARAN


Sunday, December 12, 2010

Testimoni Beauty Umaira 1001 rahsia 3





Fatimah, Pasir Mas
Saya mengalami sedikit masalah kulit seperti kulit kasar dan gersang serta permukaan kulit muka saya tidak begitu sekata. Alhamdulillah setelah menggunakan Umaira hampir 2 bulan, kulit saya kelihatan semakin baik dan licin. Kawan2 ofis saya mula bertanya akan perubahan pada kulit wajah saya. Apa lagi saya mulalah promosi Umaira pada kawan2. Ramai yang sudah berpuas hati. Disamping untuk kecantikan, poket pun semakin kembung. Cayalah Umaira, you are the best.

Saturday, December 11, 2010

KAHWIN LEBIH DARI SATU





"Katakan anda seorang lelaki, umur lewat 30-an hingga 40-an, berjaya, berpangkat, macho, telah beristeri dan mempunyai anak. Anda ingin "membuka cawangan baru"? Fikirkan perkara-perkara berikut:
(a) Dengan isteri sedia ada pun dah banyak masalah komunikasi, dengan isteri baru pasti ke tak de masalah macam ni? Bersedia ke nak menambah sakit kepala?
(b) Isteri sedia ada telah bersama anda dari zaman mula nak bina segala, dari zaman pakai keta 2nd hand atau motor kapchai, hingga sekarang zaman Harrier. Ingatlah, isteri sedia ada pasti ada menyumbang kpd kesenangan dan kemewahan hidup anda tu. Kalau bukan sumbangan material, pasti sumbangan sokongan, kesabaran dsb. Anda tak punya dignity sampai sanggup lupakan kebaikan dia?



(c) Isteri sedia ada dah jadi teman hidup anda berbelas tahun, dah tau apa yang anda suka dan apa yang anda benci, macam mana nak masak makanan kegemaran anda, macam mana nak uruskan pakaian yang anda pakai bila pegi dating ngan bakal cawangan baru tu. Anda dah biasa dirajakan oleh isteri sedia ada. Anda pasti gf anda boleh melayan keperluan2 anda sebaik isteri sedia ada? Gf anda masih muda, akan ambil masa nak belajar teknik2 menguruskan rumahtangga, sanggup anda tunggu hingga dia pandai? Tupun kalau dia nak belajar...
(d) Isteri sedia ada bila di rumah kurang menarik, gf kat luar sangatlah mempesonakan bagai bidadari. Tapi anda pasti bila dah kawin nanti gf jadi bini, dia tetap mempesonakan jugak di rumah? Kalau anda pikir begini...tsk tsk tsk... kesian anda...
(e) Dengan isteri sedia ada, anak2 dah besar, mungkin dah habis SPM. Bila kawin muda, dapat anak, maka bermula circle yang anda dah lama grad tu...ada anak kecik, memlm kena bangun buat susu, tukar pampers (yg akan menyebabkan isteri baru anda hilang segala pesonanya pasal tak cukup tido, atau dia malas nak bangun pasal manja ngalahkan si anak, anda yg pulak yg kena bangun...), bila baby sakit nak kena hantar klinik, kadang kena ambik cuti kecemasan nak jaga anak...alah...macam anda tak biasa. Sanggup ke? Pastu, bayangkan...anda dah 50-an, rambut berganti uban, pegi daftar anak kat Q-Dees... ish, pasti org sangka tu cucu anda...
Fikirkanlah banyak-banyak. Hidup jangan jadi hamba nafsu. Poligami tu halal, tapi tak digalakkan, sebab Allah lebih mengetahui fitrah manusia.


Wednesday, December 8, 2010

Spirulina - hpa



Spirulina (Arthospira) adalah sejenis ganggang biru hijau dan sejak puluhan tahun yang lalu telah dijadikan makanan kesihatan melalui penelitian para ahli dunia. Makanan yang dikonsumi oleh manusia sekarang banyak menyebabkan terkumpulnya toksid dalam badan, sehingga menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, sakit jantung, imuniti turun, fungsi organ menjadi lemah dan lain-lain. Hal ini merupakan masalah besar di negara-negara maju kerana 60% penyebab kematian disebabkan oleh faktor kekurangan zat-zat makanan.

Manfaat Spirulina adalah:

1. Meningkatkan aktiviti anti-virus

2. Menurunkan kadar kolesterol





3. Menurunkan risiko serangan kanser

4. Meningkatkan daya tubuh badan

5. Mengurangkan keracunan pada ginjal

6. Meningkatkan jumlah mikroba lactobacillus yang terdapat di dalam usus

7. Mempercepatkan penyembuhan luka

8. Mengatasi masalah kekurangan zat/mineral

9. Mengurangi penderitaan akibat radiasi.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
Spirulina

Dos :
1-2 kapsul pagi, dan 1-2 kapsul malam (baik untuk anak-anak mahupun orang dewasa atau lanjut usia).

Harga RM 36

(harga termasuk kos pos)

CARA PEMBAYARAN

Tuesday, December 7, 2010

Teh Tarik Tudya




Teh mengandungi anti-oksidan, anti-keradangan, anti-alergi, anti-bakteria, dan anti-jangkitan. Kajian yang pernah dibuat mendapati teh mengandungi vitamin C yang tinggi. Pengambilan 1 atau 2 cawan bersamaan nilai dengan tiga gelas jus oren! Kini, anda boleh menikmati teh yang lebih enak dengan aroma yang lebih istimewa. Minumlah Teh Tarik Tudya formulasi istimewa Allayarham Prof. Dr. Azizan Ismail yang mengandungi khasiat tambahan dari herba-herba terpilih seperti halia, serai, ketumbar, pulosari dan habbatus sawda' untuk kesihatan anda. Teh Tarik Tudya disediakan melalui proses ekstraksi teh gred A (tiga helai daun dari bahagian pucuk).

1. Bagus untuk sistem pencernaan.

2. Bersifat karminatif (menghalau dan membuang angin).

3. Membantu masalah diarea (cirit birit)

4. Hangat perut

5. Mengurangkan masalah sembelit.

6. Mengurangkan batuk rejan

7. Meningkatkan sistem imun tubuh

8. Mencegah jangkitan dan alergi

9. Meningkatkan metabolisme

10. Memberi stamina

11. Melapangkan pernafasan

12. Mengurangkan sakit sendi.

13. Mengatasi masalah kecacingan

14. Mencerahkan mata.


Untuk wanita :


a. Mengurangkan keputihan (leukorhea)

b. Melancarkan haid

c. Bagus semasa hamil dan selepas bersalin


Isi: 20 sachet (20gm per sachet)


Kesesuaian:Sesuai diminum untuk seisi keluarga.


CARA PEMBAYARAN




Monday, December 6, 2010

BEDAK PENCEGAH KERINGAT 100G




Membantu mengatasi masalah badan berbau, memberi anda keselesaan dan ketenangan sepanjang hari. Disediakan dalam pek yang mudah dibawa ke mana-mana.


HARGA RM15.00
(harga termasuk kos pos)

CARA PEMBAYARAN


Sunday, December 5, 2010

Sahabat sejati




Oleh: Haslinda Lukman

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (H.R al-Hakim)

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud:

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (H.R Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

◦Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
◦Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
◦Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
◦Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
◦Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
◦Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
◦Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
◦Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
◦Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
◦Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
◦Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
◦Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
◦Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
◦Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

◦Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
◦Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
◦Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
◦Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
◦Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.


Saturday, December 4, 2010

LE' ESPECIAL (FOR WOMEN PERFUME)



Keharuman merah jambu ini adalah simbol kecantikan yang berkekalan.


Info lanjut klik pada gambar.



HARGA


RM60.00 (INCLUDE POSTAGE)


CARA PEMBAYARAN



Friday, December 3, 2010

Body Beautiful Contour Gel




Untuk semua jenis kulit.

Fungsi:

• Mengurangkan lemak berlebihan pada badan
• Membantu melangsingkan bentuk badan
Penggunaan:

Sapu pada tempat yang di tempat yang diperlukan dan urut sehingga jel meresap ke dalam kulit.

Body Beautiful Contour Gel
Harga = RM48.00

CARA PEMBAYARAN


Thursday, December 2, 2010

Aveana - Set Kulit Normal




Set Aveana untuk kulit normal
Set Produk yang difomulasikan dengan ekstrak teh hijau yang mengandungi 20 kali lebih anti-oksida dibandingkan dengan vitamin E yang berfungsi membantu memperlahankan proses penuaan disamping memastikan kecantikan tekstur kulit anda.

Set produk Mengandungi:
Aveana - Lightening Cleansing Milk (30 ml)
Aveana - Green Tea Soap
Aveana - Refining Toner (30ml)
Aveana - Revitalizing Moisturizer Cream (15gms)
Aveana - Rejuvenating Night Cream (15gms)
Cara Penggunaan:
Bersihkan muka dengan Lightening Cleansing Milk - Urut pada seluruh muka dan leher (elakkan bahagian mata). Bilas dengan air suam.
Kemudian cuci muka menggunakan Green Tea Soap.
Kemudian sapu Refining Toner - Basahkan kapas muka dengan Toner dan sapukan atau tekapkan ke wajah dengan rata.
Kemudian sapukan pada wajah yang bersih, Revitalizing Moisturizer Cream pada siang hari dan Rejuvenating Night Cream pada malam hari.

Ulasan Pelanggan:
Rusmaizar (Jumaat, 05 Februari 2010)
Ok.saya baru menggunakan produkni...sebelumni kulit muka saya suka naik jerawat yang kecil2.selepas menggunakan produkni.muka saya makin kurang
jerawat.Kulit wajah saya nampak bersih dan berseri. kini saya lebih yakin menggunakannya.rnrnSaya juga bagitahu pada kawan2 untuk cuba produkni.

norrani binti areman (Sabtu, 23 Januari 2010)
so far produk ni ok...:)...sye baru menggunakan produk ni...before ni kulit mengelupas...after pakai produk ni kulit sye dah
ok..alhmdullilah...hopefully produk ni sesuai lah untuk kulit muka sye...sye pun bertambah yakin dengan penampilan kulit muka saye kini...tiada
masalah pengelupasan lagi....kepada sesiapa yang ade masalah seperti saye...try lah cuba produk ni...:)


HARGA
RM156.00

PROMOSI
RM150.00
FREE POSLAJU

CARA PEMBAYARAN


Wednesday, December 1, 2010

Tiada lelaki yang terbaik selain darinya...



Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran... Cara Rasulullah Melayani Isterinya

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’
Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6) Pernah baginda bersabda, ’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’
‘Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’
‘Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’
Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’
Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’




Monday, November 29, 2010

Testimoni Beauty Umaira 1001 rahsia 3



Faridah, Parit Buntar

Sebelum menggunakan Umaira, berat badan saya lebih kurang 78 kg. Kawan saya mencadangkan saya gunakan Umaira. Mula2 tu tak berapa percaya sangat. Tapi pada kotak yang pertama saya guna Umaira, saya mula merasakan perubahan berat badan saya. Masuk kotak ketiga, semua pakaian saya sebelum ni dah tak boleh digunakan lagi. Umaira memang hebat.


Sunday, November 28, 2010

Petua Awet Muda - Air Suam


Kulit Tegang
Amalkan minum air suam setiap pagi selepas bangun dari tidur sebelum mengambil sarapan. Mudah sahaja tapi mujarab. Disamping itu, luangkan masa anggaran selama 4 minit sehari untuk amalkan urutan ini:

Gunakan sentuhan yang ringan dengan lembut. Gunakan hanya bahagian jari. Buat dalam gerakan dari bawah ke atas dan dibawa ke luar wajah. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, bacalah bismillah dan selawat 3 kali sebelum minum.


Thursday, November 25, 2010

Petua Hilangkan Parut Di Muka – Pegaga


Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.



Wednesday, November 24, 2010

SMART KIDS HONEY BLEND



Ramai Ibubapa yang RUNSING dan KECEWA dengan prestasi anak-anak mereka di sekolah. Mana tidaknya, setelah BEGITU BANYAK WANG yang telah DILABURKAN (ATAU DI-LEBUR-KAN?) UNTUK TUISYEN dan sebagainya, anak-anak mereka masih LEMBAB dan MENGHADAPI KESUKARAN memahami pelajaran!

Mungkin ANAK ANDA juga menghadapi masalah yang SAMA!

SUDAH PASTI KERISAUAN ANDA ADALAH TEPAT DAN BERMAKNA kerana pada zaman sekarang pendidikan menjadi semakin mencabar. PUSAT-PUSAT PENGAJIAN TINGGI HANYA MAHUKAN YANG TERBAIK. BEGITU JUGA SEKTOR PEKERJAAN YANG SENTIASA MENITIKBERATKAN PRESTASI PEMBELAJARAN selain daripada KEMAHIRAN BEKERJA.


Pendidikan yang terbaik merupakan sinergi atau gabungan yang efektif antara beberapa unsur.

Persekitaran - Ini merujuk kepada faktor-faktor seperti sistem dan situasi pembelajaran yang baik di sekolah dan di rumah serta pengaruh rakan sebaya.

Murid/Pelajar itu sendiri - Unsur ini merujuk kepada minat serta kemampuan seseorang pelajar dan ini ada hubungkait yang rapat dengan kualiti hidup yang dijalani, termasuklah soal pemakanan.

Dari segi pemakanan, dua faktor penting perlu dititikberatkan oleh ibubapa:

Persoalan Halal, Haram dan Syubhah : Ini merupakan satu aspek penting yang kadang kala diambil mudah oleh para ibu bapa. Sedangkan faktor ini memberi impak yang cukup besar dari segi pemikiran dan juga nilai diri seseorang pelajar khususnya dalam jangka masa panjang. Penerangan serba ringkas tentang ini boleh didapati daripada artikel kami tentang Piawaian Halaalan Tayyiba.

Persoalan Khasiat Makanan itu sendiri : Pelajar atau murid perlu mengambil makanan yang seimbang dan makanan yang kaya dengan vitamin serta nutrien agar menyokong perkembangan otak dan minda yang sihat. Jika anak-anak kita saban hari disogok oleh makanan yang tidak berkhasiat malah berbahaya dan memberi kesan negatif jangka panjang kepada tubuh badan, tidak hairanlah anak-anak kita terus menempah kemunduran dalam pelajaran. Makanan ini termasuklah snek dan minuman ringan, serta berbagai makanan segera yang membanjiri pasaran dan menjadi 'kegilaan' anak-anak kecil kita.

MENGAPA SAYA DAN ANAK SAYA PERLU MENGAMBIL SMART KIDS HONEY BLEND?


Smart Kids Honey Blend adalah Satu Produk Istimewa yang menggabungkan kebaikan Madu, Kurma, Habbatus Sauda', Kismis, Ginkgo dan Badam.

Gabungan unik ini menjadikan Smart Kids Honey Blend satu produk yang istimewa dan padat dengan faedah-faedah kesihatan yang cukup banyak, dan yang paling utama ialah kemampuan Smart Kids Honey Blend membekalkan nutrien dan zat kepada badan terutamanya minda dan membantu menggalakkan proses pemikiran yang lebih cerdas dan efektif.

Harga Semenanjung : RM 64.90
Harga Sabah/Sarawak : RM 69.90

CARA PEMBAYARAN


Monday, November 22, 2010

Petua Khusyuk Solat



Petua Khusyuk Solat

Petua dari Dato Dr Fatma El Zahraa (rancangan Ar Rayyan di Oasis).
Solat tidak khusyuk adalah kerana adanya gangguan syaitan laknatullah. Petua untuk elak gangguan ini, sebelum solat baca Taawuz (a'uzubillahiminassyaitanirrajim) 3x kemudian hembus ke kanan dan kiri.
InsyaAllah.


Saturday, November 20, 2010

RAHSIA DARAH



Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..


DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.

Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.



DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.


P/S: Betul atau tidak anda nilai sendiri


Friday, November 19, 2010

Set Kulit Bermasalah

Set Aveana untuk Kulit Bermasalah
Set Produk yang difomulasikan dengan ekstrak teh hijau yang mengandungi 20 kali lebih anti-oksida dibandingkan dengan vitamin E yang berfungsi membantu memperlahankan proses penuaan disamping memastikan kecantikan tekstur kulit anda.
Set produk Mengandungi:


· Aveana - Green Tea Soap
· Aveana - Refining Toner (30ml)
· Aveana - Anti Blemish Cream (30gms)
· Aveana - Blackhead Serum (15gms)
Cara Penggunaan:


· Bersihkan muka dengan Green Tea Soap.
· Kemudian sapu Refining Toner - Basahkan kapas muka dengan Toner dan sapukan atau tekapkan ke wajah dengan rata.
· Kemudian sapukan pada bahagian yang berjerawat sahaja Anti Blemish Cream.
· Sapukan juga Blackhead Serum pada bahagian yang mempunyai Black Head sahaja.


harga(set): RM150.00 (free postage)


CARA PEMBAYARAN

Thursday, November 18, 2010

Rahsia Watak Anak-anak - bentuk fizikal,tarikh lahir ,warna dan urutan dalam keluarga


Berikut adalah rahsia perwatakan anak-anak melalui bentuk fizikal,tarikh lahir ,warna dan urutan dalam keluarga mengikut kajian pakar motivasi Dato' Dari Fadzilah Kamsah. Allahualam.


Dari Segi Fizikal:

-Bertubuh Kurus
Seorang yang agak gemuruh, kelam kabut tapi sangat kreatif.aktif dan pantas bergerak. Agak penakut.suka mendapat penghargaan dan belaian orang lain.

-Bertubuh Sederhana
Suka tidur dan kuat makan. Kuat semangat tetapi selalu kurang berfikir panjang sebelum melakukan suatu tindakan. Sensitif, mudah marah dan inginkan kesempurnaaan.

-Bertubuh Gemuk
Seorang yang tenang. Penyayang, mudah bertolak ansur dan teratur bila buat kerja, agak lambat ketika berfikir tetapi ingatannya tajam, cabar dan jarang marah.


Dari Tarikh Lahir

- Bulan 2,4,6,8,9,11,12
Kelam kabut, mudah tertekan, selalu nak cepat, kurang sabar, inginkan kesempurnaan, sentiasa mahu cari kehebatan.

- Bulan1,3,5,6,7,10,12
Tenang ,mudah bertolak ansur dan mudah diajak berbincang.

- Bulan 2,3,4,7,8,9
Emosi tinggi,mudah melenting dan mudah tersinggung.


Dari Segi Warna

- Hijau
Menyukai alam sekitar, pemurah, ambil berat, penyayang, berperikemanusiaan, kritis dan banyak idea.

- Hitam
Serius, tinggi iltizam dan buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh.

- Putih
Optimis, sabar, baik sangka baik dan suka kedamaian.

- Merah Jambu
Penyayang, bersungguh-bersungguh dan punya keinginan tinggi.

- Oren
Suka kebebasasn, kreatif, aktif, agak kelam kabut, ramai kawan, dan ber semangat tinggi.

- Kuning
Ceria, tahan lasak dan suka berkawan.

-Biru muda
Sensitif, beretika, suka menolong, suka bekerjasama dan sedia berkorban untuk orang lain.

- Emas/ perak
Suka kepada kejayaan


Urutan Dalam Keluarga

- Anak sulung
Cakap serupa bikin,cemerlang di rumah dan sekolah, jadi model kepada adik-adik ,pandai pujuk, dan suka kawal orang lain

- Anak tengah
Suka jadi pendamai, pemurah ,mudah berkawan dan mudah bertolak ansur.

- Anak bongsu
Berani ambil risiko, bertolak ansur dan peramah serta kreatif

-Anak tunggal
Berkeyakinan tinggi, tak bergantung pada orang lain, cermat, teliti dan terperinci, cita-cita tinggi serta pemurah .



Tuesday, November 16, 2010

Resepi Kek Buah Kukus



Resepi Kek Buah Kukus

Bahan-bahan :-

1lb mentega
6 biji telor
3/4 susu manis
2 gelas omo gula pasir
5 gelas tepung gandum }
2 kotak mixfruit } digaul bersama-sama
2 sdt baking powder }
2sedikit vanilla
sedikit pewarna kuning

Cara penyediaan :-

Pukul telur dgn gula hingga kembang.
Susu dan mentega dipukul hingga sebati.
Baru masukkan dalam adunan telur.
Pukul lagi hingga rata.
Masukkan buah, tepung dan baking powder.
Masukkan juga vanilla dan pewarna.
Kukus selama 4 jam.



Monday, November 15, 2010

Testimoni Beauty Umaira 1001 rahsia 3



Mutiara_ri


Saya ingin berkongsi cerita kepada kaum hawa yang inginkan kecantikan dan menjaga harta kita dengan sebaiknya. Produk ini telah diperkenalkan kakak ipar sy coz dia dah ambil alih company white pearl oleh kerana beliau yakin dengan produk ini di atas testimoni yang dibuat kepada pelanggan semenjak ianya dijual pada tahun 2002, dan saya sendiri telah menggunakan produk ini hampir 2 minggu lebih dan hasilnya saya memang puas hati, berat saya dah turun 4 kg (63kg turun menjadi 59kg) almaklumla lepas bersalin dan menyusukan anak setahun setengah and dah tiba masanya sy pulihkan badan.

Anak sulung operate memang perut xleh bengkung and anak bongsu normal tp perut kelihatan buncit mcm mengandung 3 bulan disebabkan ngilu operation anak pertama xleh jugak berbengkung. Jarak si abang dan adik adalah 1 thn 4 bulan. Tapi dengan hasil usaha saya berjaya mengawal berat badan dan buncit di perut yang ketara dpt dikurangkan dengan menggunakan sekotak jer umaira... sy kena go on selama 3 bulan supaya lebih berkesan dan sy sedang berusaha untuk mendapatkan berat ideal sy 55kg.

Apa pun dalam masa yg sama saya juga mengawal berat badan menggunakan penimbang digital yang lebih tepat bacaannya supaya alert dengan pemakanan yang berlebihan. Klu berat naik sy akan control makan.

Sebenarnya faktor pemakanan turut memainkan peranan, semasa pengambilan Beauty Umaira 1001 saya hanya makan nasi sehari sekali dan ada hari sy x makan nasi gantikan dengan buah2an dan roti @ bijirin. Nasi adalah penyumbang kepada gemuk. Hu....hu...

Selain itu, tiap2 hr sebelum tidur sy buat seatup sekurang2nya 20 kali untuk menegangkan geleber di perut disebabkan kehilangan lemak.

Tiap2 hari juga saya sapukan krim pemecah lemah di bahagian yang berisi seperti lengan, paha dan perut. Hasilnya memang puas hati.

Saya juga menggunakan mesin pengurut kaki cosway (brand empress yang harganya berpatutan dan puas hati) yang ada infra red tu (mesin ni bukan shj untuk refleksologi kaki tp boleh diletakkan di bahagian2 berlemak seperti di perut, paha, lengan, belakang) sy guna time berehat di ruang tamu @ selepas anak2 dah tidur. So relaxing and lemak memang boleh dipecahkan oleh gegaran mesin tersebut kerana penggunaan mesin ini dpt membakar kalori.

Mak oi... letihnya menaip.... baru bab pecah lemak jer... bab yang lain2 (tajuk thread) memang terasa kesannya. Cuba la sekotak klu nak tahu hasilnya..... Memang berbaloi. Klu g London Weight Management pun banyak sesi kena pegi, diorang pun akan suggest amalan pemakanan, guna mesin pecah lemah, krim pecah lemah. So why not u all built London Weight Management di Rumah







Sunday, November 14, 2010

Orang-orang yang Didoakan oleh Malaikat.



Orang - orang yang Didoakan oleh Malaikat.

Allah SWT berfirman,
"Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintahNya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya"
(Al-Anbiyaa' 26-28)

Inilah orang-orang yang didoakan oleh para malaikat:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda;
"Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ;
'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci'"
(hadith ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang duduk menunggu solat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya;
'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'"
(Shahih Muslim no. 469)

3. Orang - orang yang berada di saf bagian depan di dalam solat.
Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang-orang) yang berada pada saf - saf terdepan"
(hadith ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang - orang yang menyambung saf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf).
Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung saf - saf"
(hadith ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda;
"Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu"
(Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda;
" Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat solat dimana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'"
(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadith ini)

7. Orang - orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjama'ah.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, " Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'"
(Al Musnad no. 9140, hadith ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda;
"Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata amin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'"
(Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang - orang yang berinfak.
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda;
"Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit'"
(Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang makan sahur.
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang - orang yang makan sahur"
(hadith ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang menjenguk orang sakit.
Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga subuh"
(Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain"
(dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)