Showing posts with label BERITA EMAS. Show all posts
Showing posts with label BERITA EMAS. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Emas Kaki Lima

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Kenapa Pasir Mas dianggap bandar paling mewah dan selamat di Kelantan?





AKTIVITI jual beli emas agak unik di Pasir Mas, Kelantan. Ini kerana ia lebih banyak dilakukan di kaki lima kedai berbanding di dalam kedai emas sendiri.





Che Som Ahmad, 47, misalnya sekadar meletakkan sebuah meja di depan sebuah farmasi dan meletakkan papan tanda – ‘Di sini ada membeli emas, berlian dan surat pajak gadai’.



“Adik, nak jual emas?,” tanyanya dalam dialek Kelantan. Dan pada kebanyakan masa pertanyaannya itu mendapat reaksi positif daripada wanita yang lalu lalang. Mereka tanpa segan silu datang dan bertanyakan harga emas semasa.


Sebaik mereka menunjukkan barang kemas, Che Som yang lebih mesra disapa Kak Som mengeluarkan pula alat penimbang mudah alih miliknya dari dalam laci meja.


“Pasir Mas masih selamat berbanding Kuala Lumpur. Tetapi kami sentiasa berjaga-jaga juga,” kata Che Som yang sebelum ini sekadar menggunakan kerusi tanpa meja untuk berurus niaga.


Bukan peniaga emas sahaja yang menjadi tarikan di pekan ini. Melewati pasar besar tua Pasir Mas dan Pasar Munduk yang mengapit rel kereta api, cubalah hidangan yang jarang dapat ditemui di tempat lain seperti etak dan cucur sira.




Harga makanan segar atau keringnya lebih murah. Di pasar terbuka itu juga terdapat sebuah gerai yang turut membuat demonstrasi menghasilkan gelang kristal dalam pelbagai corak dan rekaan.


Alang-alang di sini, jangan terlepas melihat sebuah bangunan dua tingkat berwarna hijau bersulam warna emas dan mendapat sentuhan seni bina berunsur Siam.



Itulah kediaman Hajah Wan Sabariah dan Haji Ismail yang memang cukup terkenal di Kelantan sebagai pengusaha serunding dan dodol.

 
Biarpun agak sukar untuk bertemu dengan pemiliknya, pengurus tempat yang turut beroperasi sebagai kilang itu tidak pula menghalang orang ramai untuk melihat sendiri cara dodol dan serunding dihasilkan di kilang mereka.


Oleh Fatimi Nadiah Zainudeen
Sumber : http://www.kosmo.com.my/

Wednesday, July 6, 2011

Pengiraan Zakat Emas


Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.

Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.

At- Taubah; ayat 34-35

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150
2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

Rujukan : zakat.com.my

Saturday, June 11, 2011

Pelaburan Emas Meningkat – Maybank


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua.

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Malayan Banking Bhd. (Maybank), bank perdagangan terbesar di Malaysia, menjangkakan minat untuk melabur dalam emas di negara ini akan meningkat lagi berikutan terdapatnya aliran kenaikan dalam harga logam berkenaan di pasaran dunia.
Naib Presiden Eksekutif Kanan, Ketua Perbankan Konsumernya, Lim Hong Tat berkata: ”Harga emas berada dalam aliran menaik dan kami melihat terdapat minat yang tinggi dalam buku akaun simpanan emas (GSPA), ”Prospek pertumbuhannya akan bergantung bagaimana pelanggan melihat pergerakan harga dalam keadaan pasaran semasa. ”Bagaimanapun, kami mendapati sejak setahun lalu, sejak November 2008 hingga November 2009, bilangan akaun GSPA yang dibuka telah berkembang sebanyak 147 peratus membayangkan keyakinan pelanggan menjadikan emas sebagai satu bentuk pelaburan,” kata Hong Tat dalam temu bual bertulis dengan Utusan Malaysia di sini.


Maybank telah memperkenalkan GSPA pada tahun 1997 selari dengan inisiatif Bank Negara Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat serantau bagi urus niaga emas. Bank itu, pada tahun 2001 telah dilantik oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menjual syiling emas dikenali Kijang Emas, yang pertama seumpamanya di Malaysia. Difahamkan, keadaan ekonomi dunia yang tidak menggalakkan telah menyebabkan kebanyakan pelabur kini beralih daripada pasaran ekuiti kepada pelaburan emas yang dilihat sebagai pilihan lebih selamat.

Berikut adalah temu bual tersebut:
Sejauh mana tahap minat terhadap pelaburan emas setakat ini?
Kami melihat terdapat peningkatan sejak beberapa bulan yang lalu dalam pelaburan berkenaan. Para pelanggan kini semakin berpengetahuan dalam membuat pemilihan pelaburan Kami menyaksikan pertambahan dalam pembukaan akaun GSPA pada setiap bulan dengan bilangan akaun baru berkembang pada purata 12.3 peratus.
Apakah yang menyumbang kepada peningkatan itu?

Pada mulanya melabur dalam emas melalui buku simpanan, duit syiling, kepingan emas dan barang kemas menjadi sesuatu yang baru tetapi kempen besar-besaran, kesedaran orang ramai dan pengguna mulai melihat faedah melabur emas terutamanya melalui GSPA selain duit syiling.

Sebagai contohnya, GSPA menawarkan jaminan keselamatan dan kaedah selamat dalam melabur emas apabila pelanggan boleh membeli logam berkenaan berdasarkan jumlah yang diinginkan tanpa perlu menanggung risiko menyimpannya secara fizikal. Tambahan pula, emas yang dipasarkan melalui GSPA dan Kijang Emas mempunyai ketulenan sehingga 999.9 peratus.

Bagaimana tahap perkembangan GSPA sekarang?
Sehingga November 2009, jumlah akaun GSPA adalah 11,800,658 dengan nilai sehingga lebih RM122 juta.
Apakah strategi yang diambil oleh Maybank untuk meningkatkan kesedaran dalam pelaburan emas?

GSPA kini boleh dibuka di kesemua cawangan Maybank di seluruh negara manakala Kijang Emas pula ditawarkan di 30 buah cawangan terpilih, sesetengahnya di kawasan bandar selari dengan permintaan. Kami telah melaksanakan promosi pemasaran termasuk melalui perbankan Internet di www.maybank2u.com selain maklumat boleh diperoleh daripada kesemua cawangan Maybank dan pengiklanan dalam akhbar-akhbar. Dalam pelancaran pelan deposit jaminan modal terbaru iaitu 1Malaysia Momentum Structured Deposit, emas menjadi aset sandaran bagi mendapatkan potensi produk berkenaan.
Sejauh mana minat yang ditunjukkan terhadap Kijang Emas?
Sejak lima bulan yang lalu kami menyaksikan peningkatan dalam pembelian Kijang Emas. Dalam tempoh berkenaan, purata pertumbuhan bulanan adalah 102 peratus. Jualan pada November tahun ini meningkat lebih 500 peratus berbanding Jun 2009.

Siapakah pelabur GSPA dan Kijang Emas?
Pelanggan kami bagi produk ini terdiri daripada golongan mewah dan individu yang kaya. Kebanyakan mereka berusia lebih 41 tahun dengan kaum Cina mewakili 56 peratus daripada jumlah pelanggan.

Bagaimanakah para pelabur dimaklumkan tentang pelaburan mereka dan bilakah masa yang sesuai untuk membeli dan menjual emas?
Maklumat tentang GSPA dan Kijang Emas boleh diperoleh di cawangan-cawangan Maybank. Harga emas juga boleh diketahui dengan melayari laman web www.maybank 2u.com di mana maklumannya dikemas kini dua kali sehari . Bagaimanapun tiada tempoh masa yang boleh dianggap sebagai ideal untuk jual beli emas. Harga emas ditentukan oleh kuasa pasaran, pelaburan ini memerlukan pelanggan mengkaji aliran harga emas dan harus bersedia menanggung risiko sekiranya harga turun dan naik. Pelanggan perlu membuat keputusan pelaburan berdasarkan strategi pelaburan mereka.

Apakah faedahnya membeli emas melalui GSPA dan Kijang Emas?
Setiap produk mempunyai kelebihannya yang tersendiri. GSPA merupakan pelaburan emas menggunakan buku akaun simpanan. Tiada pegangan emas secara fizikal dalam urus niaga ini kecuali di atas permintaan pelanggan. Pelanggan GSPA mempunyai opsyen untuk menukar akaun pegangan dalam buku simpanan atau (paper gold) kepada memegang emas secara fizikal. Akaun GSPA menawarkan pelaburan emas dalam kadar 10 gram, 20 gram dan 50 gram. Berbeza dengan GSPA, urus niaga Kijang Emas dibuat berdasarkan kiraan auns yang merupakan sebut harga standard. Kijang Emas merupakan produk BNM, jadi ia memberikan keyakinan kepada pelanggan tentang nilai dan ketulenannya sebagai satu pilihan pelaburan.

Apakah perbezaannya dengan pelaburan emas yang dibeli melalui kedai emas?
Emas yang dibeli daripada kedai-kedai emas adalah tertakluk kepada kos hasil kerja tangan berkemahiran tinggi. Emas yang dibeli itu lebih untuk tujuan perhiasan berbanding pelaburan. Tebaran had belian dan jualan juga luas. Bagi mereka yang serius untuk melabur dalam emas, mereka akan melabur dalam akaun emas seperti dalam GSPA dan Kijang Emas.

Sumber : http://www.utusan.com.my


Monday, May 16, 2011

Kosmo-Lonjakan Harga Emas

LONDON – Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram). Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

“Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini,” kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.

Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu. “Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan.

Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas. “Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi,” kata Klapwijk.