Saturday, July 23, 2011

Yang Mana Satu Lebih Adil, Wang Kertas atau Dinar&Dirham?


Wang dan Duit merujuk kepada benda yang sama dan Wang merupakan medium perdagangan yang penting pada masa kini, namun adakah kita tahu apa itu WANG? Mari kita selidik sikit mengenai Wang.Wang terbahagi kepada 3 jenis, iaitu :

1. Wang Komoditi, contoh logam-logam berharga seperti emas dan perak
2. Wang Fiat iaitu wang kertas yang kita gunakan sekarang
3. Wang Kredit

Anda mesti tertanya-tanya, apakah makna Wang Fiat?
1. sebarang wang yang diishtiharkan oleh kerajaan sebagai "legal tender","Legal Tender" bermaksud, pembayaran yang dijanjikan oleh undang-undang, contoh " saya janji untuk bayar kepada anda sekian-sekian Ringgit"


Bank Negara Malaysia :WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI (RM)


Bank of England : I PROMISE TO PAY THE BEARER ON DEMAND THE SUM OF (£)

Clydesdale Bank PLC (Wang kertas Scotland) : PROMISE TO PAY THE BEARER ON DEMAND AT THIER OFFICE HERE

Itu adalah janji oleh kerajaan bagi mereka yang memegang wang kertas tersebut, tetapi bagaimanakah wang kertas mempunyai nilai?

2. Definisi Wang Fiat yang kedua ialah, Wang yang dikeluarkan oleh sesebuah negara yang sah ditukarkan dengan barangan lain dan mempunyai nilai tetap. Mempunyai nilai tetap bermaksud RM 10 bersamaan dengan 10 keping wang RM1, begitu juga sebaliknya. Tidak wujud RM10 bersamaan 12 keping RM1

3. Wang tanpa nilai Intrisik. Intrisik bermaksud, sejati, tulen, sebenarnya.

Dalam artikel ini saya pilih untuk bandingkan Wang Fiat dengan Wang Komuditi yang kini menjadi buah mulut masyarakat iaitu Dinar dan Dirham. Jom kita lihat apakah definisi atau standart Dinar dan Dirham.


Wang Komuditi, Dinar & Dirham

1. Dinar ialah wang syiling Emas berketulenan 22k (916) dengan berat 4.25gram (1 Mithqal)

2. Dirham ialah wang syiling Perak berketulenan 999 dengan berat sebanyak 2.975 gram

3. 7 Dinar bersamaan 10 Dirham (dari segi berat)


Gunakan kebijaksanaan kita untuk membuat penilaian, jika anda memegang wang kertas anda tidak memegang nilanya yang sebenar, tetapi jika anda menyimpan Dinar dan Dirham, itulah pada anda. Mustahil untuk kita menghasilkan emas dan perak dengan mencampurkan bahan A dengan bahan B. Jika emas dan perak boleh dihasilkan dengan tindakbalas kimia sudah tentu logam ini tidak mempunyai nilai. Dinar dan Dirham bebas dari Inflasi, 100% bebas inflasi. Lebih ADIL & BEBAS RIBA.



Membeli Ayam di Pasar Raya

Ayam

Situasi 1. Harga ayam di United Kingdom (Pasaraya Sainsbury) pada 16 Oktber 2010 selepas diskaun ialah £3.85/kg bersamaan dengan RM19.02/kg pada kadar tukaran semasa 16 Oktober 2010 jam 5.39 petang waktu Malaysia.

Situasi 2. Harga ayam di Malaysia (Pasaraya Giant) pada 16 Oktober 2010 selepas diskaun ialah RM5.49/kg bersamaan dengan £1.11/kg pada kadar tukaran semasa 16 Oktober 2010 jam 5.39 petang waktu Malaysia.

Ayam di UK = Dengan Ayam di Malaysia
Harga
RM19.02/kg = RM5.49/kg ?


Anggaran berat seekor ayam mentah bersamaan 1.63kg. Mari kita bandingkan, benda yang dibeli adalah sama, "Ayam" tetapi warga UK sungguh seronok sekali bila membeli ayam di Malaysia. Warga Malaysia pula mungkin berfikir banyak kali untuk membeli ayam di UK.


Jika menggunakan Dirham, tak kisahlah ada di UK atau Indonesia atau Malaysia atau Brunei atau di Benua Afrika, harganya tetap 1Dirham, kerana di tangan anda ialah logam perak yang berketulenan 999 dengan berat 2.975gram, dan anda gunakannya untuk membeli seekor ayam.


Harga Terkini 1Dirham = RM17.00 pada 16 Oktober 2010. 1 Ekor Ayam = 1Dirham = RM17.00, tak mahal ke beli ayam dengan Dirham? Tetapi, jual beli yang manakah yang lebih adil? Orang zaman dulu, kalau nak merantau jauh (nak pi UK,China,Turki, Iran ke... ) tak yah sibuk-sibuk nak pergi pengurup wang...


Kilauan Dinar
Rujukan : Muhammad Saffuan


No comments:

Post a Comment