Monday, July 4, 2011

Gulai Lemak Cili Padi Ikan Keli


Fuh.. terkenang-kenang hidup di kampung, apatah lagi jika dekat dengan bendang, kalau setakat ikan keli, haruan dan belut tu apalah sangatkan.

Semuanya jadi mainan kehidupan zaman kanak-kanak.

Tak sah orang kampung cakap kalau tak pekena gulai lemak cili api ikan keli ni, terutamanya jika bertandang ke utara tanah air.

Untuk anda yang belum pernah mencubanya, silakanlah.

Bahan-Bahan

1 kilo ikan keli
1 biji kelapa - asingkan pati
15 - 25 biji cili padi
2 sisir pisang muda (sederhana besar)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci kunyit
Limau kasturi
Garam secukup rasa
Cara Masakan

01. Kisar cili padi bawang, kunyit dan pisang muda yang dipotong-potong (tak perlu buang kulit. Cuma basuh bersih-bersih) bersama sedikit santan.



02. Masukkan ke dalam periuk yang telah dipanaskan.

02. Masukkan ikan keli yang sudah dikelar. Kemudian masukkan lebihan santan cair dan kacau, jangan bagi pecah minyak.

03. Masukkan garam dan setelah ikan masak masukkan pati santan.

04. Tutupkan api, perahkan limau dan olehlah dihidangkan.




No comments:

Post a Comment