Monday, May 30, 2011
Sekadar peringatan
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, semoga Allah limpahkan kurnia kepada kita semua untuk terus beribadah kepadaNya dengan penuh ketaqwaan dan juga bersyukur kepadaNya atas limpah rahmat nikmat iman, masih dapat menikmati udara yang Allah berikan tanpa bayaran satu sen pun, dapat terus hidup di muka bumi ini dengan penuh nikmat yang tidak pernah putus dari Allah SWT. Dari itu wahai saudara saudari yang dikasihi sekalian ingatlah bahawa kita hidup di muka bumi ini tidak akan kekal, akhirat jualah tempat tinggal kita buat selama-lamanya, oleh itu ingatlah segala pesan Imam Al-Harith Muhasibii:-
1. Perelokkan atau perkemaskan persiapan kamu untuk hidup di akhirat.
•Jangan abaikan segala apa jua kebaikan dan masa yang Allah sediakan di dunia.
•Berpegang teguhlah dengan sunatullah.
•Lihatlah aib atau kelemahkan diri kita.
•Bila ada kelebihan yang Allah kurniakan haruslah berjaga-jaga.
•Jangan gunakan kedudukan (pangkat) untuk kepentingan diri.
•Jangan meminta sesuatu yang bukan hak kita.
•Jangan bermegah-megah atas kurniaan Allah yang menyaluti tubuh badan kita.
•Berikan kemaafan kepada orang-orang yang melakukan dosa kepada kita moga Allah angkatkan darjat kita.
2. Bersungguh-sungguhlah untuk memperelokkan bekalan ke akhirat.
3. Jadikanlah diri kita sendiri tempat untuk dinasihat serta tanyakanlah diri akan amalan-amalan kita dalam menuju redha Allah SWT dan lazimkanlah diri kita dengan amalan-amalan yang baik.
4. Fahamilah diri sendiri iaitu dengan sibuk menasihati diri serta urusan dengan masyarakat dalam perkara agama, kehidupan, pergaulan dan sebagainya. Lakukanlah perkara-perkara yang kita yakini dan tinggalkan perkara-perkara yang samar-samar.
5. Bangunlah dari kelalaian kita.
6. Gunakanlah sepenuh masa yang Allah peruntukkan untuk kita di dunia ini dalam perkara-perkara yang baik, kerana umur adalah amanah dan kita akan dipersoalkan nanti bagaimana ianya dihabiskan serta harta yang dibelanjakan untuk tujuan apa dan bagaimana kita perolehi.
7. Amalkan tegur menegur dalam perkara kebaikan kerana itu tandanya kita berkasih sayang.
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan ALLAH?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan ALLAH sangat dekat.
Wallahu'alam...moga ada manfaatnya
Labels:
ARTIKEL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment