Monday, January 31, 2011
10 DINAR SAHAJA UNTUK MENUNAIKAN HAJI TAHUN 2015
Didalam artikel ini ade membincangkan tentang betapa Dinar boleh digunakan untuk mengurangkan kos menunaikan Haji di point no 4 berkenaan....
"4. Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 70 dinar tapi tahun 2009 hanya perlu 21 dinar sahaja. Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai."
Pendaftaran Pakej Haji 2010M/1431H. Pakej-pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut :
27/10-6/12 KT AWAL (42hari) RM19,870
6/11-17/12 KT AKHIR (42hari) RM18,980
(sumber : HajiUmrah.com)
Kos haji meningkat setiap tahun tu. Berdasarkan statistik 10 tahun terakhir, biaya haji menerusi Dinar terus menerus mengalami penurunan. Tahun 2000 biaya haji sekitar 70 Dinar tetapi tahun ini (2009) hanya sekitar 21 Dinar sahaja diperlukan dimana ia mengalami penurunan purata 12% setahun.
Jika berdasarkan trend ini, dan mula meyimpan dalam DINAR sekarang sebanyak paling kurang 2 Dinar setahun, pada tahun 2015 insyaAllah kita akan mampu membiayai haji dengan kos 10 Dinar!!
Haji ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dalam Bulan-bulan Haji dengan mengerjakan Rukun-rukunnya seperti Wukuf, Tawaf, Saie dan lain-lain. Ia difardhukan Allah pada Tahun 5 Hijrah keatas setiap orang Islam, lelaki dan wanita yang berakal, baligh dan berkemampuan. Haji adalah salah satu 5 Rukun Islam. Firman Allah swt bermaksud, “Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” (Al-Baqarah:196). “Dan untuk Allah, wajib ke atas manusia mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu sampai ke sana. Barangsiapa yang engkar, maka Allah Maha Kaya (tidak memerlukan) dari semesta alam” (Ali Imran:97). Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Haji yang Mabrur, tiada balasan baginya selain Syurga”.
Kesimpulan,
Mari kita menyimpan mula dengan menyimpan 1 Dinar dengan harga RM560 ( 1 Mei 2010 ) mulai hari ini dan simpan setahun paling kurang 2 keping.
Labels:
PELABURAN EMAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment