Sunday, October 31, 2010

Rahsia Untuk Gadis Mengekalkan Keayuan




Rahsia Untuk Gadis Mengekalkan Keayuan

Di bawah ini terdapat rahsia untuk gadis mengekalkan keayuan diri... ;-)

1) Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

2) Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

3)Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

4) Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

5) Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

6) Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

7) Menjaga cara berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

8) Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

9) Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10)Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

11)Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

12) Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Friday, October 29, 2010

Rahsia Surah Al-Fatihah & Cara Amal




Rahsia Surah Al-Fatihah & Cara Amal

Dalam kekusutan minda, ketidak tenteraman jiwa, kecelaruan ummat dan segala macam keserabutan masyarakat sekarang ini adalah penting bagi setiap seorang daripada kita ini, khususnya yang beragama Islam, agar memperkukuh diri kita dengan pelbagai ilmu. Bukan hanya mendalami ilmu, malah yang lebih mustahak ialah mengamalkan ilmu yang ada.

Baca dan ketahuilah Rahsia Surah Al-Fatihah ini. Amalkanlah ilmu yang kita dapat. InsyaAllah.

1. Untuk membuatkan seseorang (saudara-mara/ pasangan/ anak-anak) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :
- Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.

2. Untuk mengubati penyakit kritikal:
* Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
* Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.

3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:
* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
* Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari berterusan.

4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:
* Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
* Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.

5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis:
* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.

6. Untuk merawat luka kecil (luka terkena pisau, luka sengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dll)
* Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
* Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian "langit-langit" dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.

Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:
1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)
2. Baca dengan penuh "khusyuk" dan "Tawadhu"
3. Tawakal sepenuhnya pada Allah
4. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja

Mintalah dengan niat yang baik. InsyaAllah akan makbul permintaan anda.

Wallahualam.
Sumber ilmu : Dr. Fatma Az-Zahra

Wednesday, October 27, 2010

Petua Mengurangkan Tanda-tanda Kedut Di Wajah




Amalkan petua tradisional ini untuk melambatkan proses kedut pada kulit wajah.

Sediakan sebatang lobak merah, sebiji kuning telur dan sesudu tepung jagung. Parut lobak merah dan satukan dengan kuning telur dan tepung jagung. Kacau hingga mesra. Lumur adunan ini pada seluruh wajah. Biarkan hingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Amalkan selalu.

Tuesday, October 26, 2010

SOALAN SENORITA




PRODUK

Soalan:
Saya berusia 35 tahun dan telah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Sejak kebelakangan ini, suami sering menjauhkan diri dan tidak berminat untuk mengadakan hubungan intim berbeza dengan sebelum ini, di mana hubungan kami berjalan dengan baik. Apakah punca perubahan suami saya dan mampukan senorita mengatasinya?
Suraya,
Batu Kurau, Perak.

Jawapan:
Tidak dapat dinafikan, kekerapan melahirkan anak akan menyebabkan struktur vagina yang dulunya ketat dan tegap kini semakin lemah dan mengendur. Ini menyebabkan seseorang wanita itu tidak lagi dapat memberikan kepuasan yang maksimum dalam hubungan kelamin yang dilakukan. Puan tidak perlu berasa kecil hati akan perubahan tingkah laku dan layanan suami. Saya mencadangkan agar puan mengajak suami berbincang secara terbuka dan amalkan pengambilan senorita kerana ia dirumus daripada ekstrak herba terpilih seperti sirih, manjakani, akar serapat dan lain-lain yang sangat baik untuk membina sistem rahim, meningkatkan seri wajah dan pemangkin kepada hubungan suami isteri. Puan juga boleh mengesyorkan produk LeLucky buat suami. Disamping itu puan juga boleh mempraktikkan senaman Kiegel bagi menguatkan dan mengembalikan keanjalan otot-otot faraj.


Selamat Mencuba.

Monday, October 25, 2010

Amalan Baik Yang Kekal Menemani Mayat



Hadith : Daripada Anas r.a daripada rasulullah s.a.w sabdanya, " Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya . maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya". Riwayat al-Bukhari dan muslim


Huraian
1. Tiga perkara yang menjadi kepentingan utama di dunia ini iaitu keluarga, kekayaan dan amal kebajikannya. Maka hendaklah setiap orang itu mendapatkannya ketiga-tiga perkara itu dengan sebaiknya
2. Apabila seseorang itu mati, yang kekal bersamanya ialah amalannya.walaubagaimanapun jika keluarga yang ditinggalkan adalah keluarga bertakwa dan harta yang diperolehi adalah halal dan digunakan untuk keredaan Allah , juga akan bermanfaat kepada si mati.

Saturday, October 23, 2010

KEK COKLAT KUKUS





KEK COKLAT KUKUS ROHA
Penyumbang : Roha

Bahan2.
Tepung Gandum 2 cawan
Gula Halus 2 cawan } gunakan gula yg biasa dan kisar halus
Serbuk koko 1 cawan} Boleh kurangkan sikit jika tak suka pahit

Minyak Masak 1 cawan
Air Panas Mendidih 1 cawan
Susu pekat manis 1 tin kecil} Klu pakai cremer 1 tin besar
Telur 5 biji
Baking powder 1 sudu kecil
Bikarbonat 1 sudu kecil

Caranya:
Sediakan pengukus. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan bikarbonat. Masukkan dlm bekas dan buat lubang di tengah2nya. Masukkan telur, gula, susu, minyak dan kacau sebati. Jangan kacau terlalu lama. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata. Kukus selama 1.30 jam. Untuk mengetahui kek sudah masak , cucuk dgn lidi dan kalau lidi ditarik bersih menandakan kek telah pun masak. Bolehlah dihias dgn toping atau dimakan begitu sahaja.

p/s : semasa mengukus pastikan air kukus ditambah. Dalam masa 1.30jam pengukus hendaklah dibuka hanya sekali sahaja.


Topping dari Kek Coklat Kukus Badariah
1/2 buku butter
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat

Masak dengan cara double boil.

Friday, October 22, 2010

Testimoni Beauty Umaira 1001 rahsia



testimoni beauty umaira
Puan Salmah - Melaka
Setelah mengamalkan beauty umaira selama 2 minggu. Suami saya bertanya apa produk saya guna kerana rasa macam anak dara macam berhubungan intim dan kulit dan payudara sungguh anjal dan pejal.Kini hubby saya pula yang desak saya beli lagi. memang superb.

Thursday, October 21, 2010

25 pesanan Luqmanul Hakim




25 pesanan Luqmanul Hakim


01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Wednesday, October 20, 2010

Kapsul Sireh Plus




Kapsul Sireh Plus ialah herba yang banyak kegunaannya dalam rawatan. Ia sangat efektif untuk darah tinggi dan kencing manis kerana salah satu kelebihan sirih ialah menurunkan darah tinggi dan salah satu kelebihan mambu pula menurunkan kadar gula dalam darah. Asalnya herba ini digunakan untuk sebarang pembengkakan pada payu dara. Ini mengelakkan daripada berlakunya ketumbuhan yang Lenin serious seperti kanser.
Lebih 10 tahun herba ini dipasarkan melalui SLM dan kini pihak HPA perluaskan untuk pasaran MLM. Dos yang perlu diambil ialah 2×3 dan jika tidak berkesan boleh tambah dosnya itu.

60 biji kapsul per botol

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 19
Sabah & Sarawak: RM 25



* harga tidak termasuk kos pos

CARA PEMBAYARAN


Tuesday, October 19, 2010

Hadis

Ketahuilah!!! Di dalam ada seketul daging, apabila daging itu baik, baiklah badan dan apabila rosak daging itu, rosaklah badan, demi sesungguhnya itulah dia hati (jiwa) demikianlah sabda junjungan kita.

Disinilah bagi ahli ilmu jiwa mewajibkan menuntut ilmu jiwa kerana buruk dan baik jiwa itu wajib bagi agama Islam mengawasinya kerana buruk atau baik hati itu tidak dapat dipelihara melainkan dengan ilmu pengetahuan jiwa dengan alasan sabda junjungan kita tadi, cukuplah bagi ahli falsafah mendorong dan bersungguh-sungguh mengerjakannya kerana asas agama Islam itu berdiri ialah pada jiwa juga.

Kenyataan hadith ini adalah benar-benar kenyataan ilmu jiwa yang menerangkan bahawa seseorang itu selamat dan rosak badan meskipun di dunia atau akhirat adalah daripada baik atau buruknya hati, hatilah yang menimbulkan laku rasa badan dalam erti kata badan dengan anggotanya melaksanakan sesuatu yang baik atau sesuatu yang buruk adalah menurut kehendak hati (jiwa). Hati atau jiwa adalah sumber timbulnya perbuatan, dan pekerjaan yang ditimbulnya itu dikatakan baik dan berpahala kalau sasaran hati ditujukan kepada tempat sasaran yang baik dan begitulah disebaliknya. Islam adalah agama yang memandang berat ke dalam hati, daripada hati dibuat keputusan apakah amalan yang dikehendaki oleh hati itu betul-betul ikhlas dan bersih daripada kekotoran

Islam tidak rela memberi balasan baik kepada seseorang yang rajin beramal diatas dasar hati yang kotor yang didalamnya dicampur adukkan dengan sifat-sifat riak, ‘ujub, takabur, sum’ah supaya dipuji dan disanjung dan dijulang ke langit, pendek kata supaya amalan itu sempurna ialah dengan meninggalkan sesuatu selain daripada Allah, junjungan kita telah berpesan dengan sabdanya yg bermaksud: Bahawasanya Allah S.W.T tidak sekali-kali ia menerima dan meredhai akan sesuatu pekerjaan itu sama ada yang berhubung dengan Allah atau berhubung dengan masyarakat dan negara yang dilakukan dengan tidak timbul dari hati yang bersih (ikhlas) dan hendaklah tiap-tiap amalan itu dipersembahkan kepada Allah semata-mata dan dengan lain-lain perkataan kalau sesuatu pekerjaan itu diperbuat kerana menurut hawa nafsu yang kotor atau dilakukan sesuatu itu tidak mengikut landasan-landasan yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya tentu sahaja pekerjaan-pekerjaan itu tidak diredhai Allah dan diakui Rasul.

Banyak perbuatan yang kelihatan baik, banyak perkataan yang nadanya sedap, dan banyak pula senyuman yang zahirnya manis, tetapi sayang sekali semuanya tidak keluar dari hati yang bersih. Kadang-kadang di dalam perbuatan, perkataan, dan senyuman yang manis itu ada pula berisi racun yang boleh membunuh. Oleh sebab itu Allah terlebih dahulu memberi peringatan supaya berhati-hati dengan firman-Nya yg bermaksud: Dan janganlah kamu ikut orang-orang yang hatinya lalai daripada mengingati kami (Allah) (18. Al Kahfi: 28)

Firman Allah lagi yg bermaksud: Yakni kalimah azab bagi orang-orang yang keras hati mereka itu daripada mengingati Allah (beramal dengan apa yang diperintah oleh Allah dan menjauhi akan larangan-laranganNya) bermula mereka itulah di dalam sesat yang amat nyata
(39. Az Zumar: 22)


Sunday, October 17, 2010

Khasiat susu kambing




Khasiat susu kambing

(Harian Metro – Apr 22, 2010) KHASIAT susu kambing jarang dibicarakan apatah lagi pendedahan kebaikan susu lembu lebih meluas menyebabkan ramai tidak menyedari komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan bagi manusia dan kajian saintifik sudah membuktikannya. Susu kambing lebih mudah hadam kerana ia mempunyai molekul protein dan lemak yang sangat halus dan lembut berbanding susu lembu malah baik untuk diet bayi serta orang dewasa yang mengalami masalah penghadaman. Lebih menakjubkan, susu kambing turut digunakan bagi rawatan ulser dan gastrik kerana zarahnya halus serta bersifat menyah asid.

Sifat susu kambing yang mudah hadam itu membolehkan laktosa melalui usus dengan lebih mudah. Terdapat tujuh peratus kandungan laktosa dalam susu kambing lebih rendah berbanding susu lembu menyebabkan ia sesuai bagi kanak-kanak yang mengalami cirit birit serta alahan kepada susu lembu serta susu tepung.

Sering kali individu mengalami sakit kepala, badan dan otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan tidak seimbang, keletihan serta tekanan darah tinggi disebabkan kandungan asid berlebihan dalam tubuh seseorang itu. Susu kambing mempunyai kandungan pH beralkali dan ia tidak akan menjana penambahan asid dalam darah serta usus malah bertindak meneutralkan asid dalam badan.

Kandungan asid lemak yang sedia ada dalam susu kambing bertindak mencegah kesan jangkitan kulat, membantu sistem pertahanan badan sekali gus meningkatkan tenaga manusia. Istimewanya susu kambing berbanding susu lembu, ia tidak membentuk lendir dan mengakibatkan alahan kepada manusia.

Sistem imunisasi semula jadi yang terdapat dalam kandungan susu kambing seperti mineral selenium bertindak sebagai bahan bagi membantu ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida malah melawan virus dan mencegahnya daripada terus membiak.

Bagi individu yang mengalami masalah sendi boleh mengamalkan pengambilan susu kambing HiGoat tinggi protein dan kalsium kerana mengandungi Bioorganic Sodium baik bagi rawatan mengurangkan inflamasi sendi dan sebagai elemen anti penuaan.

Secara semula jadi, susu kambing boleh mencegah pembiakan organisma berbahaya dalam badan manusia. Kandungan potassium dan kalsium yang tinggi serta kandungan sodium rendah dalam susu kambing sangat penting untuk membentuk tekanan darah yang normal serta mengawal fungsi hati dengan lebih baik. Bahan riboflavin yang terkandung dalam susu kambing pula dapat memberi tenaga malah boleh merawat simptom penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning manakala kandungan silikon serta flourine yang tinggi dapat mencegah diebates malah turut mengandungi faktor antibarah.


Saturday, October 16, 2010

Petua Awet Muda


Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.

Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.

Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.

Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.

Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.

Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud.

Sentiasa tenang dan bersikap positif.

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur.

Friday, October 15, 2010

PAKEJ SLIMMING (TERBARU)

PAKEJ SLIMMING (TERBARU)

PAKEJ 1: Lasindah Cafe + Limina Plus
HARGA ASAL : RM 76.80
PROMOSI : RM RM68.00 (POS LAJU FREE)


PAKEJ 2: Multi Cream + Aeidil + Limmina Plus
HARGA ASAL : RM 141.00
PROMOSI : RM 120.00 (POS LAJU FREE)


info: http://www.rahsiakecantikan.com

Thursday, October 14, 2010

Tujuh golongan manusia diberi perlindungan oleh Allah




Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."

Riwayat at-Tirmidzi

Huraian :

1. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Nasib rakyatnya adalah terletak di tangannya.

2. Manakala pemuda yang kuat beribadah adalah menunjukkan betapa di usia sebegini (muda) seseorang itu terpaka mengharungi berbagai cabaran dan godaan. Oleh itu bagi orang yang berjaya mendidik nafsunya dengan baik dia akan beruntung kerana mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk melakukan kebaikan dan beribadah kepada Allah. Begitulah sebaliknya bagi mereka yang terjerat dengan pujuk rayu syaitan maka seluruh usia mudanya akan dihabiskan untuk melakukan maksiat dan dosa.

3. Orang yang berjinak dengan masjid pula sudah tentu mendapat jaminan syurga oleh Allah kerana ia telah menjadi tetamu Allah dan mengimarahkan masjid (rumah) Allah dengan amal ibadat dan ini menjadikan hati mereka sentiasa dekat dengan Allah.

4. Sedangkan orang yang berkasih sayang kerana Allah merupakan mereka yang mempunyai nilai-nilai yang dituntut oleh Islam iaitu ikhlas dalam menjalinkan hubungan silaturrahim dan ingat-mengingatkan tentang kebaikan antara satu dengan yang lain.

5. Menolak daripada melakukan maksiat apalagi zina merupakan tanda kekuatan iman seseorang yang berjihad melawan nafsunya dan bisikan syaitan yang menggoda. Oleh itu mereka yang berjaya melakukannya adalah orang yang teguh imannya, tidak mudah goyah untuk melakukan sebarang kejahatan.

6. Orang yang mencintai Allah S.W.T dengan hati yang ikhlas semestinya akan merasa keagungan dan kebesaran Allah. Oleh itu di saat ia bertafakur kepada Allah akan keluarlah air mata kerinduan dan keinsafan dari dalam dirinya.
------------

Tuesday, October 12, 2010

Jus Timun




Bahan-bahan
1 batang timun
1 sudu kecil lemon (jus limau kasturi pun boleh digunakan)
1/2 (100ml) cawan air
Madu secukupnya

Cara-cara
1. Bersihkan dan potong bulat-bulat timun
2. Masukkan semua bahan kedalam pengisar
3. Sedia untuk dihidangkan

* Jus ini boleh melancarkan pengaliran darah, menurunkan darah tinggi dan menghilangkan lebam di mata.

Sunday, October 10, 2010

mutiara kata




Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

Saturday, October 9, 2010

Shark Cartilage Plus (Antikanser)




Shark Cartilage Plus (Antikanser)

Produk yang menggunakan rawan dari ikan yu ini telah terbukti untuk mengubati pelbagai jenis kanser seperti berikut:- 1. Kanser usus.
2. Kanser hati dan paru-paru
3. Kanser payu dara.
4. Kanser prostat.
5. Kanser ovari.
6. Tumor di kepala.

Satu kajian telah dilakukan di sebuah hospital di Mexico terhadap 8 pengidap kanser yang gagal dengan kaedah perawatan moden dan tiada harapan untuk hidup menunjukkan 5 daripadanya sembuh sepenuhnya, 2 daripadanya sembuh 80% dan 1 tiada perubahan. Begitu juga dengan satu kajian di Belgium yang dilakukan pada tikus putih menunjukkan rawan ikan yu dapat menghentikan secara total pertumbuhan sel kanser.
Di Amerika Syarikat, rawan ikan yu dijadikan makanan dan minuman kepada para pengidap kanser di hospital dengan tujuan membantu pengubatan dan mencegah daripada berlakunya pertumbuhan sel tumor dalam badan. Selain itu, Shark Cartilage Plus juga amat baik untuk penyakit-penyakit seperti berikut:-

1. Psoriasis.
2. Eksema.
3. Athritis.
4. Masalah kulit gatal, kudis, dan pecah.
5. Penyakit lemah jantung.
6. Asma.
7. Tuberculosis atau Batuk kering.

Pengamal Shark Cartilage Plus ini akan mendapati berlaku keadaan dimana tubuh badan mereka menjadi lemah dan cirit-birit setelah mengamalkannya beberapa hari. Ini merupakan satu keadaan biasa dan menunjukkan berlakunya DOC (Direction of Cure) dan teruskan penggunaannya tanpa keraguan.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Rawan Ikan Jerung 2. Herba terpilih.

Dos :
Bergantung kepada kadar berat badan.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM70
Sabah & Sarawak: RM78

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Shark Cartilage Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

Kita biasa membahaskan kegunaan shark untuk tujuan rawatan kanser dan arthritis. Namun bagitu ada satu lagi kegunaan shark cartilage dalam perubatan Jawi ialah sebagai penawar keracunan terutamanya bila berlaku keracunan sesuatu makanan. Keracunan makanan akan menyebabkan cirit birit dan muntah yang kadangkala mengeluarkan darah yang banyak.
Kaedah rawatanya ialah dengan membuka 2 kapsul shark dan dibancuhkan kedalam air suam dan kemudian meminumnya. Kaedah ini sering digunakan oleh masyarakat dahulu apabila berlaku keracunan makanan seperti tembikai dengan coca cola,mabuk tapai,kopi dengan durian dan lain lain lagi. Ambil 3 kali sehari hingga sembuh. InsyaAllah.


sakit jiwa dan ubat penenang

Tidak ramai diantara pengedar HPA yang mengetahui bahawa shark cartilage memang baik untuk mereka yang sedang mengalami sakit jiwa dan terpaksa menelan ubat penenang pada setiap hari. Daripada banyak testimoni yang lepas , setelah diberikan kepada pesakit-pesakit jiwa ,mereka sembuh dengan izin Allah.

Dalam satu kes yang berlaku seorang pesakit terpaksa dihentikan perkhidmatannya kerana dikatakan mengalami tekanan mental,dimasukan ke hospital dan terpaksa mengamalkan ubat penenang seumur hidup. Ketika saya merawatnya buat kali pertama didapati pertuturanya juga bercelaru,tidak dapat tidur malam dan pupil matanya sangat besar. Selepas tiga hari diberikan shark dia sudah boleh tidur dan beransur-ansur menjadi normal semula. Hari ini sudah lebih dari 5 tahun ,dia tidak lagi mengambil ubat penenang dan boleh berkerja seperti biasa. Syukur.

Kes kedua juga berlaku bagitu tetapi berlaku kepada seorang pegawai bank. Mungkin tekanan kerja yang menyebabkan dia mengalami gangguan jiwa tetapi saya yakin sesudah dia mengambil shark,dia boleh tidur dengan rehatnya. Alhamdulilah pesakit tersebut berjaya diselamatkan dari terus tinggal di hospital sakit jiwa.

Friday, October 8, 2010

Kulit Limau Hilangkan Bau Badan



Kulit Limau Hilangkan Bau Badan:
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. amalkan selalu.

Thursday, October 7, 2010

PROMOSI SENORITA + B2UP

PROMOSI

SENORITA + B2UP
HARGA ASAL RM 128.70
PROMOSI RM 110.00 (POS LAJU FREE)





SENORITA

Semakin diminum.....semakin dirindu, minuman TERHEBAT buat wanita



+



Khusus bagi mereka yang ingin memiliki payudara serta pinggul yang montok dan mantap!

Kenapa perlu bersedih payudara atau punggung yang kecil, kendur dan tidak menawan!. B2UP mampu memberikan kecantikan pada payudara, punggung serta bentuk badan. B2UP juga berupaya mengurangkan risiko terhadap penyakit yang selama ini paling ditakuti wanita. Amalan penggunaan yang berterusan akan menghasilkan kesan yang mengagumkan.

Wednesday, October 6, 2010

15 Maksiat yang menurunkan bala



Dari Ali Bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda: "Apabila umat ku telah membuat limabelas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1. Apabila harta negara beredar pada orang-orang tertentu (kroni).
2. Apabila Amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik baik dengan kawanya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar(arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai(oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat(menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".Hadis Riwayat Tirmizi


Keterangan:Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw ini, cuma mungkin belum sampai keperingkat akhir.

Dari Abu Sa'id al-Khudrie r.a., dari Nabi Muhammad S.A.W., baginda bersabda:
" Barang siapa yang mengucapkan tatkala ia mahu tidur : Astaghfirullahal' azim...allazi La ila-ha illa, huwal Hayyul Qayyum, wa atu-bu ilaih (Aku memohon ampun kepada ALLAH, tiada TUHAN selain IA, DIA Yang Maha Hidup lagi Maha Berjaga, dan aku juga bertaubat kepadaNYA) makan di ampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan dedaun di pokok, walaupun sebanyak pepasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia."
[Riwayat Imam at-Tirmizi]


Pengajaran Hadis:
1. Nabi s.a.w sangat kasihkan umat. Kerana itu baginda tidak jemu-jemu memberikan nasihat dan panduan yang berguna kepada mereka demi kesejahteraan mereka dunia dan akhirat.


2. Nabi s.a.w menjelaskan dalam hadis ini bagaimana sifat tidur orang yang beriman. PEnuh dengan adab dan akhlak yang mulia, baik ketika sebelum tidur, semasa dan selepas bangun darinya. Tidak seperti tidur yang bagi orang yang ingkar dan lalai kepada ALLAH yang mana tidur mereka seperti binatang ternakan.

3. Sebagai hamba yang banyak dosa dan kesalahan kepada ALLAH dan sesama manusia, islam menganjurkan umatnya supaya banyak beristigfar dan bertaubat pada setiap masa dn ketika. Antaranya hendaklah kit beristigfar danbertaubat sebelum kita memulakan tidur.

4. Tidur itu adalah saudara kematian. Boleh jadi tidur itu tidur yang terakhir. MUdah-mudahan amalan istigfar taubat yang berterusan itu (termasuk sebelm tidur) menjadi asbab (penyebab) ALLAH belas kasihan dan sudi mengampunkan segala dosa kita. :

5. Rahmat dan keampunan ALLAH S.W.T. itu amat luas sekali. Tidak bertepi, Sebanyak mana pun dosa kita, janganlah berputus asa dari rahmat dan keampunanNYA. Orang berputus asa itu adalah sifat orang kafir kepda ALLAH S.W.T. Mohonlah keampunan kepada ALLAH Yang Maha Pengampun. Dambalah kemaafan ALLAH Yang Maha Menerima taubat hamba-hambaNYA

6. Selagi nyawa belum sampai ke ghalgharah kita, sebelum mentari menjelma dari arah barat, maka pintu taubat masih terbuka luas di depan kita. Maka,jangan sia-siakan peluang keemasan ini. Usah ditangguhkan-tangguhkan taubat dan istigfar itu sehingga ia nya tidak brmakna lagi
Al-Rahman ni Rahimitu la sifat Allah,yang Maha pemurah lagi Maha penyayang terhadap hamba dia
semoga dosa kita di ampun kan oleh Nya

Monday, October 4, 2010

PUDING KARAMEL




PUDING KARAMEL

BAHAN-BAHAN:
6 Keping Roti dibuang tepinya.
1tin( 354ml) susu sejat.
4 biji telor ayam saiz sederhana
2/3 cawan gula.
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan air.

CARA MEMBUATNYA:
1-Rendam roti di dalam air suam dan tos kan.

2-Pukul telur bersama dengan gula sehingga kembang. Campurkan esen vanila ,susu sejat dan air.

3-Setelah sebati semuanya, masukkan roti yang telah direndam tadi dan pukul sehingga sebati( pukul lama skit 5-10 minute speed 4-6, Ini akan buatkan adunan smooth setelah sejuk).

4-Ambil loyang atau sebarang bekas yang sesuai( bekas nie nak digunakan untuk terus mengukus), Masukan 10 sudu besar gula dan masak bersama api yang sederhana sehingga gula tersebut agak hangus atau sedikit kehitaman.Biar sejuk seketika. Kemudian, tuangkan bahan yang telah dipukul tadi kedalam loyang tersebut.

5-Tutup bekas dengan foil,untuk elak dari air kukusan jatuh kedalam adunan. Akhir sekali, kukus bahan tersebut selama 45-55minute. Sejukkan dalam petiais( kena sejuk betul baru boleh diterbalikkan, kalau terbalik masa panas adunan akan pecah),

6-Bila nak dihidangkan, ambil pisau lorekan tepinya supaya berpisah puding dan dinding bekas puding... terbalikkan puding tersebut, Gunakan bekas yg besar sedikit, sebab dia akan sedikit berkuah( dari gula hangus tadi)..

Sunday, October 3, 2010

Beauty umaira membuat suamiku lekat dirumah!



Cerita ini diceritakan oleh seorang pengamal beauty umaira.

” Hidupku seperti sudah tidak bermakna bukan kerana tidak cukup keperluan.Suamiku mula berubah setelah usiaku menghampiril 40 an. Tubuhku yang tidak seperti dahulu,ditambah dengan masalah keputihan dan rasa sakit bila melakukan hubungan intim menyebabkan aku hilang nafsu dan minat. Ini membuat suami tidak lekat dirumah.Dalam benak fikiranku,jangan-jangan suami akan cari lain atau pasang cawangan.”

“Arggg sudah!. Risau diriku dibuatnya. Suatu pagi sedang sibuk aku menyiapakan tugasan dipejabat tempatku bekerja akau terpandang dikaca TV tentang Beauty Umaira. Aku terkesima sebentar mendengar pengasas beauty umaira ini bercerita dengan tajuk “suamiku lari” Tidah oh tidak! dalam hatiku berkata.Aku mesti berbuat sesuatu.

Tanpa membuang masa akan terus mencari carian diinternet dan terjumpa penjual beauty umiara dan akan tanpa sayang duit terus membuat pesanan pada pagi itu juga. Apasalahnya mencuba dalam hatiku berkata. Belum cuba belum tahu,sudah cuba nak lagi teringat ayat-ayat ini dalam iklan dimana ye.

Setelah mengamalkan selama 5 hari,aku berasa keinginan untuk melakukan hubungan intim membuak-buak,masalah keputihan sudah tiada. Aku teruskan sehingga masuk 2 minggu.kebetulan suamiku outstation di China selama 2 minggu. Aku tidak memberitahu suamiku tentang apa yang aku amalkan..Pendekkan cerita setelah bersama suamiku pada malam itu,ia berasa agak hairan.”Ayang rasa lain lah hari ini,macam baru-baru kahwin” Aku tersenyum,ya ke tidak,atau ayat-ayat nak menyedapkan hati aku sahaja.

Setelah mendapat suntikan motivasi aku terus mengamalkan beauty umaira ini selama 2 bulan dan alangkah terkejut aku bila lihat kulit ku bertambah cantik dan mulus.Payudara tegang dan pejal dan bonus yang tidak kusangka-sangka adalah punggung atau dalam ertikata bumper..baik beb..macam anak dara dulu-dulu.

Teman-teman pejabat asyik usik,pergi spa mana,jumpa bomoh atau ,masuk susuk dan sebagainya. Panas juga telinga dan hatiku pada mulanya dan akhirnya aku terpaksa membongkar rahsia yang selama ini ku simpan rapi.Hasilnya aku tidak rugi juga,semua kawan-kawan aku beli dengan aku…dapat duit tambahan lagi”

INFO : BEAUTY UMAIRA

Saturday, October 2, 2010

mutiara kata




Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian.Kesusahan dan penderitaan itu,selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali bg orang yang beriman dan percaya dengan Qada' dan Qadar Tuhan.

Friday, October 1, 2010

HERBA KEPUTIHAN



Keputihan atau Leukorhea adalah sejenis penyakit yang dihidapi pada faraj wanita. Ia berbentuk lendir berwarna putih yang berbau busuk dan akan mengakibatkan gatal. Wanita yang menghadapi masalah ini akan menunjukkan tanda-tanda pucat pada wajahnya dan sering mengalami keletihan. Emosi wanita tersebut akan mudah terganggu. Keputihan juga akan mengakibatkan rahim wanta tersebut menjadi kendur dan sekaligus menurunkan keinginan nafsu seks.

Produk ini boleh diamalkan oleh semua wanita yang sudah baligh.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :

Melastoma Malabathricum

Dos :

Amalkan 2 kapsul pada malam dan 1 kapsul pada waktu pagi.

Harga
RM 20


- tidak termasuk kos pos