Monday, September 6, 2010

Apa yang perlu anda tahu Tentang Buluh





Bila disebut tentang buluh, tentu ramai yang terbayang kegunaan pokok buluh ini terutamanya menjelang Hari Raya yang bakal tiba. Ramai yang sedang sibuk mencari buluh untuk dibuat lemang dan ada juga yang sibuk membuat pelita daripada buluh. Selain itu, buluh juga boleh dibuat rakit, galah, tikar dan joran. Kini, buluh telah mendapat nama sebagai bahan kraftangan yang menarik mengikut kreativiti pereka atau pembuatnya. Ia juga sering dijadikan hiasan di dalam dan di laman rumah. Walaupun dipercayai terdapat lebih 60 spesis buluh yang terdapat di Malaysia namun hanya 4 jenis sahaja sering digunakan bagi tujuan tertentu. Antaranya ialah seperti buluh minyak, buluh beting, buluh semantan dan buluh betung.

Bagi yang menggunakan buluh sebagai tanaman hiasan, anda perlulah rajin meyapu dedaun pokok buluh yang gugur supaya pemandangan landskap bersih dan kemas.


■Daya tahan dan usia panjang pokok buluh yang baik menjadikannya ia symbol panjang umur kepada masyarakat cina.
■Di india, buluh membawa maksud persahabatan yang berkekalan.
■Ada pendapat yang mengatakan apabila buluh mula berbunga, ini petanda akan berlakunya kebuluran. Buluh spesies Melocanna baccifera berbunga sekali setiap 50 tahun.
■Pokok buluh, orkid, kekwa dan bunga aprikot Jepun (plum blossom) digolongkan sebagai empat perkara mulia dan kebudayaan orang Cina.
■Manakala di Jepun, hutan pokok buluh selalunya menjadi sempadan atau ditanam mengelilingi kuil bagi menghindarkannya daripada kuasa syaitan.
■Khorisa sejenis pes buluh hasil dari proses penapaian digunakan di kawasan utara India sebagai rawatan tradisional pada masalah ketidaksuburan, mati pucuk dan senggugut. Berus lukisan yang mempunyai pemegang dan penutup buluh / serta pemegang skrol buluh dihasilkan oleh Zhang Xihuang; seorang pengukir buluh pada abad ke-17 ketika penghujung Dinasti Ming atau permulaan Dinasti Qing.
■Buluh juga menjadi simbol kepada semangat kental yang dibawa oleh seni mempertahankan diri Vietnam; vovinam. Selain daripada itu, buluh juga menggambarkan jiwa dan jati diri masyarakat Vietnam seperti rajin kuat kerja, optimistik, bersatu, cepat menyesuaikan diri, jujur dan telus
■Ada pepatah dari Vietnam yang berbunyi, “Apabila buluh mati, rebung akan tumbuh” dan secara langsung ini bermaksud Vietnam takkan pupus. Lalu, negara dan nilai-nilai yang digenggam oleh warga Vietnam akar terus dipertahankan oleh satu generasi ke generasi lain.
■Orang beragama Hindu mempercayai bahawa pokok buluh tidak elok ditanam pada hari Ahad.
Fakta ini dipetik dari majalah Laman@Oktober2010

No comments:

Post a Comment