Sunday, October 31, 2010

Rahsia Untuk Gadis Mengekalkan Keayuan




Rahsia Untuk Gadis Mengekalkan Keayuan

Di bawah ini terdapat rahsia untuk gadis mengekalkan keayuan diri... ;-)

1) Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

2) Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

3)Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

4) Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

5) Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

6) Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

7) Menjaga cara berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

8) Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

9) Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10)Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

11)Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

12) Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Friday, October 29, 2010

Rahsia Surah Al-Fatihah & Cara Amal




Rahsia Surah Al-Fatihah & Cara Amal

Dalam kekusutan minda, ketidak tenteraman jiwa, kecelaruan ummat dan segala macam keserabutan masyarakat sekarang ini adalah penting bagi setiap seorang daripada kita ini, khususnya yang beragama Islam, agar memperkukuh diri kita dengan pelbagai ilmu. Bukan hanya mendalami ilmu, malah yang lebih mustahak ialah mengamalkan ilmu yang ada.

Baca dan ketahuilah Rahsia Surah Al-Fatihah ini. Amalkanlah ilmu yang kita dapat. InsyaAllah.

1. Untuk membuatkan seseorang (saudara-mara/ pasangan/ anak-anak) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :
- Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.

2. Untuk mengubati penyakit kritikal:
* Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
* Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.

3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:
* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
* Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari berterusan.

4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:
* Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
* Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.

5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis:
* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.

6. Untuk merawat luka kecil (luka terkena pisau, luka sengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dll)
* Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
* Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian "langit-langit" dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.

Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:
1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)
2. Baca dengan penuh "khusyuk" dan "Tawadhu"
3. Tawakal sepenuhnya pada Allah
4. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja

Mintalah dengan niat yang baik. InsyaAllah akan makbul permintaan anda.

Wallahualam.
Sumber ilmu : Dr. Fatma Az-Zahra

Wednesday, October 27, 2010

Petua Mengurangkan Tanda-tanda Kedut Di Wajah




Amalkan petua tradisional ini untuk melambatkan proses kedut pada kulit wajah.

Sediakan sebatang lobak merah, sebiji kuning telur dan sesudu tepung jagung. Parut lobak merah dan satukan dengan kuning telur dan tepung jagung. Kacau hingga mesra. Lumur adunan ini pada seluruh wajah. Biarkan hingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Amalkan selalu.

Tuesday, October 26, 2010

SOALAN SENORITA




PRODUK

Soalan:
Saya berusia 35 tahun dan telah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Sejak kebelakangan ini, suami sering menjauhkan diri dan tidak berminat untuk mengadakan hubungan intim berbeza dengan sebelum ini, di mana hubungan kami berjalan dengan baik. Apakah punca perubahan suami saya dan mampukan senorita mengatasinya?
Suraya,
Batu Kurau, Perak.

Jawapan:
Tidak dapat dinafikan, kekerapan melahirkan anak akan menyebabkan struktur vagina yang dulunya ketat dan tegap kini semakin lemah dan mengendur. Ini menyebabkan seseorang wanita itu tidak lagi dapat memberikan kepuasan yang maksimum dalam hubungan kelamin yang dilakukan. Puan tidak perlu berasa kecil hati akan perubahan tingkah laku dan layanan suami. Saya mencadangkan agar puan mengajak suami berbincang secara terbuka dan amalkan pengambilan senorita kerana ia dirumus daripada ekstrak herba terpilih seperti sirih, manjakani, akar serapat dan lain-lain yang sangat baik untuk membina sistem rahim, meningkatkan seri wajah dan pemangkin kepada hubungan suami isteri. Puan juga boleh mengesyorkan produk LeLucky buat suami. Disamping itu puan juga boleh mempraktikkan senaman Kiegel bagi menguatkan dan mengembalikan keanjalan otot-otot faraj.


Selamat Mencuba.