Saturday, June 4, 2011

Aveana - Night Revival Cream


Fungsi :
Mengandungi Vitamin dan bahan semulajadi untuk mengurangkan pigmentasi pada wajah.
Membantu menjadikan tonasi kulit lebih serata dan meransang kulit menjadi lebih lembut dan anjal.


Cara Penggunaan :
Sapukan pada bahagian pigmentasi pada setiap malam pada kulit yang bersih.

HARGA
RM79.00
CARA PEMBAYARAN

Friday, June 3, 2011

Harga Emas Dalam Masa 10 Tahun


Salam semua , tahukah anda harga emas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.Peningkatan harga emas dunia boleh dikatakan stabil sehingga hari ini.Dengan membuat pelaburan emas , anda tidak akan rugi sama sekali sebaliknya sentiasa mengaut keuntungan.Tapi masih ramai yang tidak menyedari akan potensi pelaburan emas.Mereka lebih gemar membuat pelaburan saham yang entah apa-apa.So mengapa anda masih menungu dan terus menunggu sedangkan peluang meningkatkan taraf hidup anda sudah tersedia.


Berdasarkan carta dibawah kenaikan harga emas dunia sebanyak 284% dalam masa 10 tahun.Ini bermakna dalam setahun kenaikan harga emas adalah 28.4%.So marilah kita sama-sama mengambil peluang meningkat taraf ekonomi melalui pelaburan emas.


sumber: emaskini.com


Thursday, June 2, 2011

Kapsul Thina Serai Limau Nipis (100 biji)



♥membuang Lemak dan melangsingkan badan
♥Membuang angin dan melegakan otot, sendi serta sengal-sengal tubuh
♥Melegakan kembung perut dan sakit belakang
♥Melegakan senggugut bagi wanita
♥Terkena bahan panas dan gigitan serangga
♥Aktiviti kesukanan
♥Ibu selepas bersalin

HARGA
RM50.00

CARA PEMBAYARAN

Wednesday, June 1, 2011

Rendang Daging


Masakan rendang sudah pasti menjadi juadah kegemaran masyarakat Malaysia ketika menyambut Hari Lebaran. Selain rendang daging yang menjadi pilihan utama, terdapat juga rendang ayam dan rendang kerang.

Rendang daging sangat sedap dimakan bersama lemang atau ketupat. Malah dengan nasi kosong atau pulut kosong pun dah sedap.

Apapun, kali ni, mari kita belajar masak rendang daging untuk raya nanti.

Bahan-bahan

■1 kilo daging, dipotong ikut suka
■1 liter santan
■½ cawan kerisik
■2 keping asam keping, direndam, cuci bersih dan dihiris halus


■2 helai daun limau purut
■1 ketul gula melaka (sederhana besar)
■4 sudu makan gula
■Garam secukup rasa
■Serbuk perasa jika suka
Bahan untuk dikisar

◦20 batang lada merah
◦20 batang cili padi thailand
◦500 gram bawang kecil
◦6 biji bawang besar
◦10 ulas bawang putih
◦5 batang serai
◦3 inci halia
◦4 inci kunyit hidup
◦1 inci lengkuas
◦1 helai daun kunyit (batangnya dibuang)
Cara-cara

01.Bahan yang telah dikisar dimasukkan dalam kuali bersama daging.



02.Masak sebentar sehingga kering airnya sedikit, kemudian masukkan santan, gula melaka, kerisik, daun limau purut, asam keping, garam dan serbuk perasa.



03.Masak lagi sehingga ia kering. Angkat dan hidangkan