Tuesday, March 8, 2011

Sunday, March 6, 2011

Cinta aku pada si dia


Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa..

Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi

Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya...
Meskipun aku tahu
Baik buruknya...
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya...




Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku...syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya

Jadi...
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan

Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan

Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka...

Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan

Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan

Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah

Doaku...
Harapanku...
Pintaku dengan harap...
Harap dengan sangat...
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu...
Biar jodohku itu...
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu...
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu...
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan...
Ya Allah... Amin...


Friday, March 4, 2011

TESTIMONI SPHYRU COFFEE


MASALAH TERDAHULU : Angin Ahmar & Insomnia
Saya telah terkena serangan strok 26 tahun. Akibat daripada itu saya mengalami lumpuh sebelah badan dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Keadaan saya menjadi semakin bermasalah semenjak 3 tahun yang lalu (selepas kematian suami) apabila diserang masalah susah tidur (insomnia).Saya telah puas berikhtiar berubat macam-macam cara dan mengamal minum susu lembu berkalsium tinggi untuk sekian lama tetapi tidak juga berhasil.Setelah diperkenalkan produk SpyHru Cafe, saya mula mengamalnya — kesan badan terasa segar dan masalah pengkumuhan dapat diatasi, mudah buang air. Ketnudian saya diperkenalkan pula Higoat. Walaupun terasa takut pada mulanya, tetapi setelah meminumnya saya dapati susu Higoat tidak 'panas' seperti yang disangkakan Kesan selepas mengamal minum Higoat begitu ketara sekali, terasa ringan menggerakkan anggota bahagian yang lumpuh dan bagaikan tidak percaya masalah insomnia pulih sepenuhnya. Bersyukur saya kepada tuhan dan terima kasih kepada
Puan Atninah Ablah & HR Marketing.



NAMA: Sapiah Bt Hashim
ALAMAT: No.8362, Kampong Padang Tetnbak,
36000 Telok Intan, PERAK


Wednesday, March 2, 2011

Puding Roti Marble


Bahan-Bahan:


1 tin susu segar
5 keping roti putih
1 sudu tea asen vanila
4 sudu gula pasir
1 bungkus agar-agar
3 biji telor gred A
5 cawan air
2 cawan milo / 1 tin kecil serbuk koko

Cara-cara:


1. Cairkan agar-agar.


2. Kisar roti, telur, gula, sedikit air dan susu sehingga sebati.


3. Masukkan semua bahan kisar bersama agar-agar kacau sehingga sebati dan pekat dengan api yang sederhana.




4. Bahagikan kepada dua , satu mangkuk untuk 'base' dan 1 mangkuk untuk milo/koko.


5. Tuang 'base' warna putih di loyang dan tuang warna koko/milo di atas secara melingkar.


5. Sejukkan dan masukkan ke dalam peti ais sehingga ia keras.




SELAMAT MENCUBA!!!