Sunday, January 9, 2011

Kehebatan Surah Al-Ikhlas




'Au zubillah himinashsya ita n nirrajim...
bismilla hirrahmannirrahi m'

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita , mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas iaitu ayat:
Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad.
Lamyalid walam yu-lad.
Walam yakul lahu kufuwanahad

... sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.





Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:

'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'.

Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca Surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca Surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Saturday, January 8, 2011

SET LENGKAP SALINDAH



Set Lengkap Salindah merupakan rencana permakanan kesihatan dan rawatan ibu hamil sehingga lepas pantang
Rajah perkembangan bayi dari bulan ke bulan

Produk Kandungan Masa penggunaan Cara pengambilan / penggunaan:

B 1- mulai minggu 12 (bulan 3) 2 biji 2 kali sehari
B 2 -mulai minggu 24 (bulan 6) 2 biji 2 kali sehari
B 3 -mulai minggu 28 (bulan 7) 2 biji 2 kali sehari
B 4 -4 minggu (1 bulan) sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari
B 5 -2 minggu sebelum dijangka bersalin 2 biji 3 kali sehari
B 6 -1 minggu sebelum dijangka bersalin 1 biji sehari (Bila sakit, ambil 1 biji setiap 15 minit)
L 7 -30 ml penggunaan luaran basahkan kapas, lekap pada luka dan pusat bayi
L 8 -mulai 5 jam selepas bersalin 1 biji setiap jam
L 9 -mulai dari hari ke 2 bersalin 1 biji 4 kali sehari
L 10 -mulai dari hari ke 6 bersalin 2 biji 3 kali sehari
L 11 -220 ml mulai dari hari ke 7 bersalin 2 sudu 3 kali sehari sebelum makan.
L 12 -mulai dari hari ke 21 bersalin 2 biji 2 kali sehari

Khasiat dan panduan penggunaan SALINDAH

Salindah B1
Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. B1 juga akan menghilangkan kesan jatuh atau rebah di samping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah tersimpul urat kaki dan menghilangkan lesu.
Kategori: Biokimia (MAL05092335T)


Salindah B2
Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, disamping menambah darah serta selera makan. B2 juga dapat menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis.
Kategori: Biokimia (MAL05092336T)


Salindah B3
Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.
Kategori: Biokimia (MAL05092337T)


Salindah B4
Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan. B4 juga akan memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.
Kategori: Homeopati (MAL07021406T)


Salindah B5
Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.
Kategori: Biokimia (MAL05092339T)


Salindah B6
Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.
Kategori: Homeopati (MAL08010729T)


Salindah L7
Bagus untuk menyembuhkan luka, jahitan serta pusat bayi di samping mencegah jangkitan kuman dan penanahan.
Kategori: Herbalisme (MAL05092341T)


Salindah L8
Membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.
Kategori: Homeopati (MAL07124635T)


Salindah L9
Menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota tubuh.
Kategori: Homeopati (MAL07021407T)


Salindah L10
Mempercepatkan kecut semula rahim. Mengangkat kembali rahim ke kedudukan asal dan mengurangkan simpul urat biru.
Kategori: Biokimia (MAL05092338T)


Salindah L11
Tonik istimewa bagi memanaskan tubuh, menambah selera, membaiki penghadaman dan melancarkan pembuangan najis. Mengenakkan tidur, menghilangkan kebas-kebas serta menyegarkan rahim dan alat peranakan
Kategori: Herbalisme (MAL05092342T)


Salindah L12
Berfungsi untuk menjaga kesihatan ibu bersalin agar sentiasa sihat; mengembalikan kekuatan, memulihkan alat pengkelamian dan menimbulkan kesegaran.
Kategori: Biokimia (MAL05092340T)


Penggunaan SALINDAH Set Lengkap, Insya-Allah akan membantu ibu melahirkan anak yang sihat dan cergas, pintar dan cerdas. Pertumbuhan gigi dan tulang yang sihat serta tumbesaran yang kuat.

Nota:

Bagi persediaan homeopati:
Elakkan pengambilan minuman berkafeina(kopi, nescafe, teh) dan minuman bergas. Jangan dipegang ubat dan gunakan sudu plastik atau hanya gunakan tudung ubat sahaja.

Lengkap: B1 - L12 370 (hantar percuma) Set lengkap bersalin.


CARA PEMBAYARAN

Friday, January 7, 2011

KEK BATIK




Bahan-bahan :


•1 bungkus biskut marie
•500 gm milo
•1 tin susu cair
•1 paket buttercup 250gm
•1 cawan gula
•5 biji telur






Cara-cara :
•Panaskan kuali dan masukkan buttercup hingga cair.Masukkan gula dan kacau hingga cair selepas itu masukkan telur yang telah dikepuk biasa dan susu cair.
•Masukkan milo dan kacau hingga pekat akhir sekali masukkan biskut marie yang telah dipatahkan.Gaul dan masukkan kle dalam loyang tekan hingga padat serta sejukkan.
•Potong biskut mengikut saiz biskut dan hidangkan sejuk.

Wednesday, January 5, 2011

Ana Cerdas (Makanan tambahan berasaskan Homeopathy yang membantu minda anda mencapai kecerdasan yang lebih tinggi, Insya Allah)




Kandungan :-

Kolektif garam mineral yang diperlukan untuk membantu kecerdasan minda. Ini termasuklah Pottasium Fostat, Natrium Fostat dan Ferum Fostat.

Kebaikan :-

Meningkatkan perjalanan oksigen dan darah ke otak : membantu menghilangkan kemurungan : Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan tenaga : Membantu menghilangkan rasa gemuruh : membantu meringankan sifat pelupa : Sangat sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Selamat dan tiada kesan sampingan.

Harga : RM 55.00 (200 Tablet)

CARA PEMBAYARAN