Thursday, November 4, 2010

Resepi Kek Pisang Kukus




Resepi Kek Pisang Kukus

Bahan-bahan:

1 ½ cawan tepung gandum, ayak bersama 1 sudu baking powder
½ cawan gula kastor
2 biji telur
2 biji pisang masak dilecek/dikisar atau ½ cawan pisang lecek/kisar
2 sudu teh minyak jagung

1 ½ sudu teh susu

Cara penyediaan:

Panaskan kukusan.

Pukul telur dan gula hingga kembang dan warna pucat. Masukkan minyak jagung, susu dan pisang. Kacau atau putar hingga sebati.

Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Kacau perlahan-lahan hingga adunan sebati.

Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan minyak atau marjerin. Masukkan ke dalam kukusan dan kukus hingga masak anggaran selama 15 minit. Uji dengan cucukan lidi untuk memastikan kek masak.

Setelah masak, biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dikeluarkan dari loyang.

Sedia untuk dihidangkan

Nota:
Jangan buka penutup kukusan semasa memasak (anggaran 15 minit) untuk mengelak kek dari bantat.

Wednesday, November 3, 2010

Testimoni Beauty Umaira 2





Testimoni Beauty Umaira 1001 rahsia

Puan Khalijah - Mersing
Saya mengalami masalah keputihan yang serius dan masalah hubungan intm.Setelah menggunakan beauty umaira selama 3 hari masalah keputihan saya beransur pulih dan hubungan intim yang dingin kembali pulih.Kulit muka nampak berseri-seri dan jeragat dimuka beransur pulih

Tuesday, November 2, 2010

Hadis Berkaitan Doa Dan Janji Allah




Hadis Berkaitan Doa Dan Janji Allah

Rasulullah saw bersabda, bermaksud :
Pasti diterima doamu itu selama tidak gopoh, yakni kamu berkata : Aku telah berdoa dan tidak diterima..

Anas ra. berkata yang bermaksud :
Tiada seorang berdoa, melainkan pasti diterima oleh Allah doanya, atau dihindarkan daripadanya bahaya, atau diampunkan sebahagian dosanya, selama ia tidak berdoa untuk sesuatu yang berdosa, atau untuk memutus hubungan silaturrahim..

Jangan Ragu dengan janji Allah

Abu Hurairah ra berkata: Bersabda Rasulullah saw, Allah berfirman yang bermaksud :
Apabila Aku menguji hambaKu yang beriman,kemudian ia tidak mengeluh kepada pengunjung-pengunjungku, maka Aku lepaskan ia dari ikatanKu dan Aku gantikan baginya daging dan darah yang lebih baik dari yang asal, dan ia boleh memperbaharui amal, sebab yang lalu telah diampuni semua.

Diriwayatkan: Allah telah menurunkan wahyu kepada salah seorangNabi saw. "Aku telah menurunkan bala (ujian) kepada seorang hamba, maka ia berdoa, dan tetap Aku tunda permintaannya, akhirnya ia mengeluh, maka Aku berkata kepadanya: "Hambaku, bagaimana Aku akan melepaskan daripadamu rahmat yang justeru bala itu mengandungi rahmatKu.

Abul Hasan berkata : Janganlah yang menjadi tujuan dari doamu itu tercapainya hajat keperluanmu, maka jika demikian bererti terhijab dari Allah, tetapi harus tujuandoa untuk bermunajat berbisik-bisik kepada (dengan) Allah yang memeliharamu, menciptakan dirimu. Dan bala bencana yang memaksakan engkau berdoa kepada Allah itu, lebih baik daripada menerima nikmat, kesenangan yang melupakan kepada Allah dan menjauhkan daripadaNya..

Monday, November 1, 2010

Jelly Gamat HPA + Habbatussauda




Jelly Gamat HPA + Habbatussauda

Berikut adalah sebahagian penerangan daripada Professor Madya Dr. Zaiton Hassan mengenai Jelly Gamat HPA. Beliau telah menjalankan kajian tentang gamat selama 10 tahun dan merantau ke seluruh dunia mencari gamat. Jelly Gamat HPA mengandungi Gamat, Habbatus Sauda dan Kolagen daripada ikan.

Jelly Gamat Khazanah Laut Untuk Kesihatan
Oleh: Professor Madya Dr. Zaiton Hassan

Gamat sebagai makanan

■Gamat adalah makanan yang tinggi nilainya di negara China semenjak 5,000 tahun dahulu dan digunakan di dalam masakan di Asia (Malaysia, Singapore, Jepun, Korea dan Indonesia).
■Gamat juga digunakan dalam masakan di negara Mediterranean seperti Sepanyol.
Gamat

■Gamat terdapat di laut, hidup dengan memakan plankton dan bahan organik yang terdapat di dasar laut yang bersih dan tidak tercemar.
■Gamat kaya dengan protein, zat galian dan mucopolysaccharida (lendir) dan sebatian lain yang boleh dimanfaatkan untuk merawat pelbagai penyakit.

Khasiat Gamat

■Orang China menganggap gamat sebagai “ginseng laut”.
■Khasiat tradisional sebagai tonik untuk kesihatan dan “aphrodisiac”, merawat arthritis, keletihan, sakit sendi, sembelit, kawal kencing dan kecantikan.

Keunikan Gamat

■Gamat boleh memulihkan tisu yang tercedera. Gamat yang dibelah badannya akan bercantum pada bahagian belah.
■Gamat boleh membentuk semula apabila diputus dua. Dari satu gamat menjadi dua gamat.
■Penyelidikan yang dijalankan di Malaysia, China, Jepun, Mesir, Amerika, Australia dan lain-lain negara menunjukkan ekstrak gamat mengandungi bermacam-macam bahan yang boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit.
■Pada tahun 1992, Australia mengiktiraf gamat digunakan untuk merawat arthritis dan sakit radang pada sendi dan membantu dalam pembentukan tulang rawan (Cartilage).
■Gamat mengandungi glycosaminoglycans yang digunakan sebagai alternatif kepada chondroitin dan telah dibuktikan boleh membantu melegakan sakit dari inflamasi.
■Australia menghasilkan ekstrak gamat untuk merawat AIDS dan HIV.
■Melbourne menggunakan gamat sebagai sumber protein yang unik.
■Di Malaysia digunakan gamat sebagai ubatan tradisional, ubat gigi dan kosmetik
■Di Australia dan Amerika ekstrak gamat digunakan untuk atlit dan nutrien tambahan untuk sakit sendi.
Penghasilan Ekstrak Gamat Untuk Produk Kesihatan di Malaysia

■Malaysia menggunakan gamat dalam bentuk air gamat yang telah maklum khasiat menyembuh luka terutamanya selepas bersalin.
■Untuk mendapat air gamat, gamat perlu diperam selama 6 bulan hingga 1 tahun.
■Di dalam air gamat terkandung berbagai sebatian bioaktif yang mempunyai kesan baik untuk kesihatan.
Sebatian bioaktif dari gamat

■Menurunkan kandungan serum kolesterol dan memperbaiki nisbah HDL/LDL, kolesterol dikeluarkan melalui najis.
■Aktiviti antioksidan.
■Anti-tumor (membantutkan tumor)
■Aktiviti memperbaiki aktiviti saraf (nerve repair).
■Memperbaiki pengeluaran insulin dari pankreas untuk kawalan gula dalam diabetes.
■Anti-kanser (kanser usus, pankreas, prostat, payudara)
■Mengurangkan rasa sakit
■Meningkatkan tahap imuniti
■Anti inflammatory dan antiulcer
■Anti-coagulant (agent mencairkan darah)
■Membunuh parasit malaria
■Mempercepatkan proses membetulkan tulang
■Mempercepatkan pembentukan tisu yang luka
■Menurunkan tekanan darah (antihypertensive)

Gamat HPA

■Kolagen berfungsi sebagai “penyokong” dalam badan kita.
■Kolagen adalah protein fibrous, terdapat pada kulit, cartilage (tulang rawan), tulang dan connective tissue
■Kekurangan/kehilangan kolagen pada kulit akan menjadikan kulit berkedut
■Kekurangan/kehilangan kolagen pada sendi akan menyebabkan sakit dan bengkak sendi, melemahkan fungsi sendi
Hasil penyembuhan dari pengamal Jelly Gamat di Indonesia

“Pasien saya bernama Pak Simanjuntak umur 46 tahun mengalami patah tulang, dapat terbantu dengan Jeli Gamat selama 2 minggu. Isteri saya tinggal meluruskan tulangnya, dan Jeli Gamat yang menyambung”

“Pasien saya bernama Bapak H. Syarifudin yang menderita masalah pernafasan lebih dari 5 tahun, dapat terbantu (sembuh) setelah terapi Jeli Gamat selama 2 minggu”

Produk Jelly Gamat

■Khasiatnya terbukti
■Selamat dimakan, tiada kesan sampingan (melainkan jika ada alahan tertentu)
■Dihasilkan di kilang yang mendapat sijil GMP, Halal dan pekerja semuanya Bumiputra.
Isipadu: 300 ml


Nota kecil: Jelly Gamat HPA tidak berbau hanyir dan boleh disapu ke muka.



Harga
Semenanjung Malaysia: RM 45
Sabah & Sarawak: RM 50

CARA PEMBAYARAN