Sunday, March 21, 2010

Set Kulit Berjeragat





Set Kulit Berjeragat



Set Aveana untuk Kulit Berjeragat
Set Produk yang difomulasikan dengan ekstrak teh hijau yang mengandungi 20 kali lebih anti-oksida dibandingkan dengan vitamin E yang berfungsi membantu memperlahankan proses penuaan disamping memastikan kecantikan tekstur kulit anda.
Set produk Mengandungi:

· Aveana - Lightening Cleansing Milk (30 ml)
· Aveana - Green Tea Soap
· Aveana - Refining Toner (30ml)
· Aveana - Revitalizing Moisturizer Cream (15gms)
· Aveana - Night Revival Cream (Pigmentation) (30gms)
Cara Penggunaan:

· Bersihkan muka dengan Lightening Cleansing Milk - Urut pada seluruh muka dan leher (elakkan bahagian mata). Bilas dengan air suam.
· Kemudian cuci muka menggunakan Green Tea Soap.
· Kemudian sapu Refining Toner - Basahkan kapas muka dengan Toner dan sapukan atau tekapkan ke wajah dengan rata.
· Kemudian sapukan pada wajah yang bersih, Revitalizing Moisturizer Cream pada siang hari dan Night Revival Cream (Pigmentation) pada malam hari, pad abahagian berjeragat sahaja.


harga SeUnit (set): RM199.00

PROMOSI
RM 180.00 (POS LAJU FREE)

CARA PEMBAYARAN

Tuesday, January 5, 2010

crochet 4 baby

crochet 4 baby

pelbagai lagi corak menarik.. klik sini..




Friday, January 1, 2010

FAISAL D'GNIUS

FAISAL D'GNIUS


makanan tambahan untuk kecemerlangan, kesihatan dan peningkatan IQ

serta tumbesaran kanak kanak




FAISAL D'GNIUS



Faisal DGnius adalah rumusan makanan semulajadi yang dapat memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental seperti takut, cemas, rungsing dan memberikan keyakinan serta membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya fikir dan mencerdaskan akal serta memperbaiki daya tumpuan, menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak.

Faisal Dgnius ini amat berguna dan cukup berkesan kepada pelajar-pelajar dan sebagai satu alternatif bagi mengatasi pelbagai masalah negatif seperti yang dinyatakan di atas. Produk ini berkesan kepada anak-anak yang nakal, degil, hiperaktif, malas, suka menangis, lambat bertutur dan lambat berjalan.

Faisal DGnius mengandungi 100 biji tablet untuk dimakan /dikemam/ dikunyah . Sesuai dimakan pelbagai peringkat umur dan tiada kesan sampingan. Faisal DGnius makanan berfungsi sebagai satu hadiah kecemerlangan kesihatan dan untuk peningkatan IQ serta tumbesaran kanak-kanak.


Lain lain keistimewaan

Mencerdaskan minda

Menguatkan daya ingatan

Menambah daya kreativiti

Menambah daya tenaga mental

Mewujudkan ketenangan fikiran

Membantu melancarkan pertuturan


Testimoni

Pn Rabiah

Dulu anak saya sering mendapat nombor yang tercorot dan tidak begitu minat belajar. Selepas 2 bulan saya memberikannya faisal D'gnius perubahan begitu ketara telah berlaku dimana beliau minat untuk bertanya dan mengulang kaji pelajaran dan apa yang lebih menggembirakan saya ialah apabila anak saya mendapat tempat teratas setiap kali ujian.


Pn. Siti Mariam

Anak saya Nur Fatihah (7 tahun)pada mulanya kurang berminat terhadap pelajarannya. Kebanyakan masa dihabiskan bermain dan sukar utk diajar membaca. Saya amat bimbang keadaan ini sehinggalah rakan-rakan mengesyorkan saya mencuba produk faisal dgnius. Alhamdulillah, saya melihat ada perubahan pada Fatihah. Dia telah mula menunjukkan minat dalam pelajarannya dan mudah mengingati apa yang dipelajarinya di sekolah.


Pn. Mas Ayu

Selepas sebulan, anak saya mula menunjukkan perubahan yang positif. Anak saya mula pandai brcakap, minat kepada buku dan lebih mudah mendidiknya. Syafik kini semakin bijak berkeyakinan dalam setiap tingkah lakunya dan sentiasa ceria.

Pn. Ruszul

Seawal usianya 1 tahun 10 bulan, Nurin sudah pandai mengira dan mudah mengingati setiap abjad atau perkara yang diajarkan kepadanya. Kini berusia 2 tahun 4 bulan, Nurin semakin pintar dan amat bijak berkata-kata. Hingga kini saya masih lagi menggunakan faisal d?gnius untuk perkembangan otak dan minda anak saya.


En. Nor Azli
Saya telah memberikan Faisal Dgnius kepada anak saya sejak 4 bulan yang lalu. Sebelum ini saya mendapati anak saya langsung tidak minat untuk mempelajari sesuatu walaupun saya berpeluang untuk mengajar beliau contohnya dalam sistem pembelajaran computer dan tumpuan beliau terhadap sesuatu tidak begitu menggalakkan. Setelah saya memberikan Faisal Dgnius saya sendiri terkejut dengan perubahan yang begitu membanggakan saya sebagai seorang ayah. Beliau semakin begitu tekun dan mempunyai minat yang mendalam sehingga beliau bijak menggunakan computer seperti orang dewasa. Kematangan beliau juga semakin terserlah hari demi hari. Saya bangga dengan anak saya Norsarah serta bangga dengan produk Faisal dgnius kerana memberi kecemerlangan IQ kepada anak saya.


En. Abdul Rahim
Saya telah memberikan anak saya Zarith Sofia makan Faisal Dgnius pada pertengahan tahun 2003. Ketika itu dia baru berusi 3tahun. Kini telah hamper setahun saya berikannya Faisal Dgnius, saya mendapati dia mengalami perubahan yang ketara, baik dari segi perwatakan mahupun daya ingatannya. Minatnya untuk belajar begitu mendalam. Kami tidak pernah secara formal mengajarnya mengeja huruf atau mengira. Tetapi dia belajar dengan inisiatifnya sendiri. Kerjanya setiap hari menulis atau menyalin carta-carta yang ditampal pada dinding bilik seperti carta huruf dan nombor. Dalam usianya 3tahun, Sofia sudah boleh mengira sehingga 100 dalam bahasa Inggeris dan menulis ABC dengan baik dan lancar. Penampilan dirinya juga begitu mencuit hati. Kesimpulannya, Alhamdulillah selepas pengambilan Faisal Dgnius anak saya mengalami perubahan yang positif.


HARGA
WM: RM 58.00
EM: RM 63.00


PROMOSI RM 55.50
(POS LAJU FREE)

2 BOTOL RM 100 (POS LAJU FREE)




Monday, December 21, 2009

Nota Hati Seorang Isteri

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:


“Sebaik-baik kamu adalah kamu yang terbaik kepada keluarganya, dan aku adalah orang yang paling berbuat baik untuk keluargaku!”
(Hadith Riwayat Tirmidzi)


Berbuat baiklah kepada setiap insan dan sesama manusia tidak kiralah siapa kita dan ianya sepatutnya dilatih seawal peringkat institusi keluarga lagi. Di dalam setiap kualiti yang boleh diukur pada jati diri seorang muslim, manusia yang dianggap terbaik oleh seorang Nabi, utusan Allah, adalah manusia mukmin yang berlaku baik kepada keluarganya.

Kebaikan adalah lawan setiap kejahatan, keburukan, atau kekurangan. Baik dalam erti kata sabar, ikhlas dan redha dalam menangani segala masalah atau dugaan yang mendatang dalam melayari kehidupan yang fana ini.

Setiap perkara yang terjadi di dalam kehidupan ini adalah atas ketentuan-Nya bagi menguji kesabaran dan keikhlasan kita kepada tujuan hidup utama sebelum mati. Mati bererti berhenti, berhenti dari menikmati dan mengecapi kehidupan sebagai hamba-Nya yang sentiasa diuji.

Manusia yang sekeras batu pun hatinya, pasti akan lentur lembut dengan kebaikan. Batu yang mengalir padanya air walaupun setitis demi setitis akan terhakis sedikit demi sedikit sifat kerasnya. Jangan batu dibalas batu, nanti berkecai jadinya. Sebaliknya yang harus ada adalah sifat sabar.

Isteri dan anak adalah amanah yang harus dipelihara dengan baik. Kesilapan dan kekurangan mereka hendaklah dipantau. Hubungan yang kukuh di antara imam dan makmum membolehkan proses membetulkan antara satu sama lain dilakukan dengan baik oleh imam. Begitulah perihalnya dengan bapa atau suami dengan isteri dan anaknya.

Mulakan kewajipan membetul itu dengan membina hubungan terlebih dahulu. Sebagaimana jemaah menolak untuk dipimpin oleh imam yang dibenci, begitu jugalah isteri dan anak akan menolak nasihat dari seorang lelaki ‘asing’ bernama suami dan ayah.

PERANAN SUAMI DAN ISTERI

Tugas mendidik, mengurus rumahtangga, dan menyiapkan rohani anak-anak bukan sahaja terletak pada bahu si isteri sahaja, tetapi suami yang lebih daya kekuatan berbanding perempuan. Ramai lelaki terlepas pandang perkara ini kerana alasan sibuk.

Bila kita tengok zaman sebelum 70-an atau 80-an, memang kebanyakan wanita adalah suri rumah sepenuh masa. Kaum lelaki merupakan satu-satunya sumber kewangan keluarga. Masa itu mungkin susah benar untuk kita hendak mendengar suami menolong membuat kerja rumah apatah lagi untuk ke dapur.

Namun keadaan telah berubah di atas faktor pendidikan, sosio-ekonomi dan politik, wanita telah terjun ke bidang pekerjaan masing-masing. Malah ada di antara mereka yang menerajui sumber kewangan keluarga. Namun begitu, wanita tetap setia dengan kerja rumah dan dapur. Para suami masih lagi dianggap sebagai membantu isteri di rumah dan bukannya isteri yang membantu suami.

Adakah memang fitrah wanita itu dijadikan untuk menguruskan rumah, memasak, menyidai kain dan sebagainya? Manakala lelaki pula hanya diciptakan untuk bekerja atau cari nafkah keluarga semata-mata?

Dari zaman Nabawiyah lagi wanita sudah menjadi usahawan yang berjaya, berperang bersama lelaki di medan perang dan menjadi ahli ilmu dan periwayat hadith. Oleh itu, tidak tepat untuk mengatakan kaum Hawa telah berevolusi untuk mampu melakukan apa yang tidak mampu dilakukan sebelum ini. Soal kemampuan dan pencapaian wanita dalam masyarakat harus dilihat dan dibincangkan berdasarkan latar masa dan sejarah masyarakat ketika itu.

Dalam konteks di Malaysia, bukankah dari dulu lagi lelaki dan wanita sudah bekerja bersama-sama di sawah padi dan bendang. Ibu-ibu juga menjadi pendidik dengan mengajar anak-anak agama dan mengaji. Semua ini sesuai dengan keadaan sosio-ekonomi masyarakat waktu dahulu berdasarkan pertanian dan unit-unit sosial yang tertumpu di kampung dan luar bandar.

Tidak timbul polemik pada zaman itu tentang wanita yang merasakan hidup mereka ditekan dan peluang untuk mengembangkan potensi diri mereka disekat. Struktur sosial yang sedia ada cukup mencapai tujuan sosial dan permintaan ekonomi waktu itu.

Zaman telah berubah, dan wanita hari ini memainkan peranan yang berbeza dalam sebuah negara yang demokratik dan mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Seharusnya tidak timbul masalah tentang penyertaan wanita dalam kemajuan masyarakat kerana hak-hak mereka dalam pendidikan, pemilikan harta dan hak di sisi undang-undang semuanya dijamin dan dipertahankan oleh Islam.

Masalah dan polemik yang timbul selalunya berkisar tentang sejauh mana penyertaan wanita dalam ekonomi memberi kesan kepada keluarga dan anak-anak, bagaimana wanita membahagikan masa antara kerjaya dan anak-anak di rumah, dan sebagainya. Terpulang kepada wanita itu untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan ini.