Sunday, December 25, 2011

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA






Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Thursday, December 22, 2011

Kuih Kaswi

resepi nie di ambil dari internet ... selamat mencuba..

Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )
BAHAN A :-)
350 g gula melaka (mat guna 300 g)
240 g gula pasir
450 ml air
2 helai daun pandan, disiat dan simpul
BAHAN B :-)
190 g tepung gandum*
120 g tepung ubi*
60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
900 ml air
2 camca besar air abu (alkaline water)
3/4 camca besar air kapur
1 camca besar pewarna coklat
BAHAN C :-)
1 cawan kelapa parut putih
Secubit garam
Cara-cara
Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
1. Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
2. Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
3. Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. 4. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.


KATA2 DARI MAT GEBU:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel. Harap maklum.

Friday, December 16, 2011

Kelebihan Solat Sunat Subuh


Waktunya ialah apabila telah masuk waktu subuh. solat sunat ini dilakukan sebelum melakukan solat fardhu subuh.
niat: sahaja aku solat sunat fajar/sebelum subuh 2 rakaat, kerana Allah Taala

Suatu ketika, Rasullullah saw terlewat datang ke masjid untuk solat subuh. Baginda sampai di masjid dan terus sahaja mengimani solat. Selepas solat, Rasullullah SAW memberitahu sebab kelewatannya, kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Kemudian baginda menunaikan dua rakaat sebelum Subuh.
“bukahkah tuan sudah terlewat benar, wahai Rasullullah?” Bilal bertanya, seakan membawa maksud, sudah lambat pun ,masih menyempatkan diri untuk solat sunat dua rakaat?’
Jawab Rasullullah saw, “Sekiranya aku terlambat lebih daripada itu, aku akan tetap solat dua rakaat dengan sempurna”

Antara solat sunat yang sangat dituntut adalah solat sunat subuh. Ada riwayat mengatakan bahawa Rasulullah sangat menjaga solat sunat subuh ini walau pun terlewat untuk mengerjakan solat subuh.


Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:

"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".

Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:

"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."

Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.

Wassalam.

Friday, December 2, 2011

Kenapa Kek Boleh Merekah?


Adakalanya kek yang kita buat boleh merekah. Kadang-kadang apabila hampir masak , ia merekah dan rekahannya sangat luas. Ada beberapa faktor yang menyebabkannya:

1. Suhu Oven Terlalu Tinggi – Suhu yang biasa membakar kek ialah 180 darjah celcius. Namun begitu setiap jenis oven mempunyai kepanasan yang berlainan. Apabila suhu terlalu panas, bahagian luar kek menjadi keras sedangkan bahagian dalamnya belum lagi kembang. Apabila bahagian dalam mengembang, ia akan menolak keluar dari permukaan kek maka terjadilah rekahan.

2. Terlebih Serbuk Penaik atau Soda – Jika serbuk penaik atau soda bikarbonat tidak disukat dengan betul, ia tidak seimbang dengan jumlah tepung yang digunakan. Akibatnya ia akan menjadi terlalu kembang dan boleh mengakibatkan rekahan.

3. Kek Terlalu Kering – Ini berpunca dari kandungan tepung yang berlebihan dalam resipi atau adunan kekurangan cecair. Keadaan ini menyebabkan kek kering dan boleh menyebabkan rekahan pada kek terutama kek mentega.

4. Acuan Terlalu Kecil – Kadangkala acuan yang digunakan terlalu kecil untuk menampung adunan yang disediakan. Sebaik-baiknya adunan hendaklah dituangkan hingga 1/2 acuan sahaja kerana adunan akan naik dan mengembang.

Untuk memastikan kek tidak merekah, pastikan perkara-perkara disebut di atas diperbetulkan. Letak kek di bahagian tengah oven supaya tidak terlalu panas. Masa membakar yang biasa bagi kek mentega ialah 1 jam dan kek span atau sifon pula lebih kurang 45 minit.