Monday, October 31, 2011

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Sunday, October 30, 2011

NAFSU LELAKI DAN WANITA



Kita biasa dengar ungkapan, lelaki 9 akal dan 1 nafsu, manakala perempuan 1 akal dan 9 nafsu. Lelaki dengan 1 nafsu dan perempuan dengan 1 akal bukan gambaran hina. Tetapi saling lengkap melengkapi. Lelaki dan perempuan berbeza.

Nafsu lelaki yang satu itu besar pengaruhnya dalam kehidupan mereka. Boleh dikatakan segala aspek persekitaran mereka berkisarkan nafsu yang satu itu, baik dari segi percakapan, penglihatan dan sebahagian besar hidup mereka sukar untuk mengelak dari perkara sebegitu. Ditambah pula kecanggihan teknologi kini, klik sahaja dah dapat macam-macam, yang menjadi pagar hanyalah sejauh mana keimanan.

9 akal dan 1 nafsu nampak macam hebat bukan? Tapi harus diingat, ia akan jadi hina dan kotor bila 9 akal itu tak mampu mengawal 1 nafsu. Bagaimana pula dengan perempuan yang dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal? Ya, 9 nafsu, tetapi nafsu ini bercabang dan pelbagai. Nafsu perempuan sukakan yang cantik, indah, dan bukan tertumpu ke arah nafsu syahwat sahaja. Dengan nafsu ini juga perempuan suka kelihatan cantik, dilihat cantik dan berusaha bermacam cara untuk kelihatan cantik. Amat menyedihkan bila ada dikalangan perempuan yang suka dan bangga menayangkan kecantikan mereka pada bukan muhrim. Tanpa rasa bersalah berpakaian ketat dan menjolok mata.

Di mata wanita, cantik pada pakaian, solekan, aksesori di tubuh. Tapi di mata lelaki, bukan itu fokus mereka. Percayalah, lelaki suka melihat aset perempuan yang disebalik lapisan luar bukan hiasan di kulit tubuh sahaja. Jika kita menguji pandangan dan persepsi lelaki dan wanita dengan meletakkan patung di hadapan mereka.

Agaknya apa perkara pertama di fikiran lelaki dan perempuan? Sudah tentu lelaki akan melihat bentuk tubuh patung tersebut, berbanding perempuan yang akan melihat apakah pakaian yang dipakai, perhiasan yang dipakai. Jangan salahkan lelaki jika mereka mengganggu, merenung dan memerhatikan, kerana silap perempuan juga yang memakai pakaian yang terdedah. Namun ini bukan bermakna lelaki tidak bersalah, tetap salah jika tidak menahan pandangan.

Alangkah indah kehidupan ini bila syariat terjaga. Perempuan bukan sekadar menutup urat, tetapi menutup aurat. Manakala lelaki pula menjaga pandangan mata dan hati mereka. 9 akal yang Allah kurniakan kepada lelaki juga bertanggungjawab untuk melindungi dan menjaga perempuan. Bukan sahaja untuk lelaki berpandangan jauh, tetapi ligat fikiran untuk mendidik dan mengawal perempuan.

Tugas ayah, suami mendidik anak, isteri. Diakhirat nanti, andai kata lelaki dapat masuk syurga, di pintu syurga nanti Allah akan tahan lelaki tersebut dari terus masuk ke dalam syurga walaupun dia layak masuk syurga. Kenapa? kerana Allah memerintahkan mana-mana lelaki yang telah berkahwin haruslah mendahulukan isteri untuk masuk ke syurga. Selagi isteri dia belum sampai, lelaki takkan dibenarkan langsung memijak kaki ke syurga...

note : mohon keinsafan ya .. lelaki atau perempuan ..

Thursday, October 27, 2011

DEKATKANLAH JIKA WAKTU MENGHAMPIRI..~♥~


Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah..

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah..

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya..

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa..

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari..

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti..

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga..

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri..

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya..

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI..

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki..

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia..

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..

Bismillahirahmanirahim…..
Ya Allah..KAU jauhi diriku dari sebarang fitnah dunia
Ya Allah, jauhi aku dari rijal yang cuba untuk mendekatiku
Aku Takut Ya Allah, dengan ancaman cinta syaitan…….

Ya Allah… bantulah urusanku..
Sungguh hatiku masih tertutup untuk keadaan seumpama ini.
Jika wanita lain, mungkin menganggap ini sebagai aset kebanggaan
Tapi bagiku ini MUSIBAH….
Ya Rabb, andai jodohku benar2 sudah sampai seruannya
Maka, jentik hati sang adam, sesiapapun yang KAU perkenankan
Untuk menjadikan aku sayap kiri perjuangannya….

Aku takut Ya Allah…..
Takut yang amat sangat…..

Dan bilamana akhirnya kami berdua bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:

~Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna. Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat..Dan Engkau akan membuat segalanya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan…Amin ya Robb..~

Saturday, October 22, 2011

♥♥KEIMANANMU YANG MEMBUATKU JATUH CINTA♥♥








Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah,
sangat besar pahalanya.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman,

“Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu?

Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya

dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu”

Diriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :

“Demi Allah, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman.

Tidak sempurna keimanan kamu sehingga kamu saling mencintai.

Adakah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu,

yang mana jika kamu melakukannya nescaya kamu akan saling mencintai?

Sebarkanlah salam di antara kamu!” (HR. Muslim).

Dalil yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah sabda Rasulullah SAW,

“Tidak sempurna keimanan kamu sehingga kamu saling mencintai”.

Hadis ini menunjukkan tentang besarnya pahala saling mencintai kerana Allah.

Hadis dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda :

“Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman,

sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata.” (HR. Bukhari).

Hadis dari Abu Dzar yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Hibban, ia berkata :

“Wahai Rasulullah, bagaimana jika ada seseorang yang mencintai suatu kaum

tapi tidak mampu beramal seperti mereka? Rasulullah SAW bersabda,

“Engkau wahai Abu Dzar, akan bersama siapa sahaja yang engkau cintai.” Abu Dzar berkata; maka aku berkata, “Sungguh, aku mencintai Allah dan RasulNya.” Abu Dzar mengulanginya sebanyak satu atau dua kali.”

Hadis Muadz bin Anas Al-Jahni bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,

membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” (HR. Al-Hakim).
*♥*•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•. ♥♥~*♥**♥*~♥♥ .•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•*♥*
(¯`v´¯) ♥♥♥•♥•♥
`·.¸.·´ ♥♥.........¸.·´
Semoga bermanfaat...
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫

Thursday, October 20, 2011

PUDING KASTARD BERKUAH


di atas permintaan mari kita tengok resepinya.. mudah utk disediakan. rasanya pun sedap lemak manis.. sesuai utk mkn2 sendiri atau jamu pada tetamu.. mmg licin..

PUDING KASTARD BERKUAH

10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 tin susu cair
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung kastard di bancuh dgn 1 cawan air
1 sudu kecil perasa vanila

Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut.
Tuangkan susu cair
Tuangkan esen vanila
bancuhkan tepung kastard dan air
Kemudian tapis dan tuangkan kedalam adunan puding tadi.
Kacau adunan sehingga hampir pekat.
Apabila telah masak tuangkan ke dalam acuan kecil.
Biarkan sejuk.


* adunan yg masak di bahagi 2 bahagian.. 1 bhgn cmpr dgn coklat emulco .. lepas tuu tuang berselang seli.. klau rajin bleh buat lapis2.. lagi cantik..

KUAH KASTARD

1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit coktail - untuk hiasan

Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam dan esen vanila
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.

Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.


SELAMAT MENCUBA...

Tuesday, October 18, 2011

Bahaya Bagi Sesiapa Memiliki Cinta Nafsu



Cinta itu adalah anugerah daripada Allah kepada semua makhluk ciptaannya. Allah menciptakan segala sesuatu itu secara berpasangan-pasangan (lihat Surah Ar-rum ayat 21) iaitu lelaki dengan perempuan dengan tujuan agar mereka saling mengisi kekurangan dan kelebihan di antara mereka yang pada akhirnya akan tumbuh cinta dalam hati mereka.


Cinta dapat membawa keberkatan jika kita boleh mengarahkannya ke jalan yang diredai oleh Allah s.w.t, tetapi cinta juga boleh membawa kepada petaka, malah menjerumuskan kita ke lembah kemaksiatan dan jauh daripada norma Islam.


Bercinta janganlah mengiku nafsu semata, tetapi ia perlu berasas kepada agama dan batas Islam. Cinta nafsu adalah cinta yang tidak mengikuti aturan Islam. Ia bebas berbuat apa saja.

Ada beberapa kerosakan akibat cinta nafsu ini. Pertama, lupa mengingati Allah kerana mereka lebih sibuk mengingati makhluk-Nya yakni orang yang dicintainya.

Contohnya jika dia lebih kuat mengingati Allah, insya-Allah mengingati makhluk pasti terkendali. Tapi jika lebih kuat mengingat makhluk-Nya maka mengingati Allah akan dikalahkan.
Kedua, melupakan agama. Tiada orang yang paling mensia-siakan agama dan dunia melebihi orang yang sedang dirundung cinta nafsu.

Ia mensia-siakan maslahat agamanya kerana hatinya lalai untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

Ketiga, mengundang bahaya. Bahaya dunia dan akhirat lebih cepat menimpa kepada orang yang dirundung cinta nafsu melebihi kecepatan api membakar kayu kering.

Ketika hati berdekatan dengan orang yang dicintainya secara buta itu, ia akan menjauh dari Allah s.w.t. Jika hati jauh daripada Allah, semua jenis bahaya mengancam dari segenap sudut kerana syaitan sudah menguasai dirinya.

Jika syaitan sudah menguasai diri, mereka berada dalam keadaan bahaya.

Cukuplah dengan fakta masalah perzinaan dan penularan penyakit seksual berlaku dalam dunia hari ini. Begitu juga dengan gejala buang bayi yang tidak berdosa amat menggerunkan.

Keempat, syaitan akan menguasai. Jika kekuatan syaitan menguasai seseorang, ia akan merosakkan akalnya dan memberikan rasa was-was.

Akal kadang-kadang sudah tidak terkendali ibarat seperti meletakkannya di kepala lutut. Padahal yang paling berharga bagi manusia adalah akalnya yang membezakannya manusia dan haiwan.

Jadi jangan hairan jika ramai yang terjerumus melakukan maksiat kerana fikiran mereka menjadi singkat. Apa yang sentiasa mereka fikirkan adalah hawa nafsunya iaitu mahu sedap dan seronok saja.

Kelima, kurang kepekaan. Cinta nafsu akan merosak indera atau mengurangi kepekaannya. Apabila diri penuh dengan dosa maka hati akan rosak. Jika hati sudah rosak maka organ lain, seperti mata, lisan, telinga juga turut rosak.

Ertinya, ia akan melihat yang buruk pada diri orang yang dicintainya secara nafsu itu sebagai sebuah kebaikan atau sebaliknya.

Imam Ahmad menyebut: “Cintamu kepada sesuatu membutakanmu dan membuatmu tuli.”

Ibnu Abbas pernah mendengar berita ada seorang lelaki yang sangat kurus sehingga yang tinggal hanya kulit dan tulang.

Ibnu Abbas berkata, “Kenapa ia? “Ia terkena jatuh cinta, isyq (cinta buta),” jawab seseorang.

Kemudian Ibnu Abbas berdoa dan berlindung kepada Allah s.w.t sepanjang hari daripada penyakit isyq. Kita perlu berfikir secara lebih dewasa dalam apa jua tindakan akan kita akan lakukan. Jangan main-main dalam menangani masalah serius itu.

Jangan sampai terbius oleh gemerlap kehidupan yang menawarkan kenikmatan sementara. Jika kita belum mampu untuk berkahwin maka janganlah berkahwin lagi kerana perkahwinan bukan urusan main-main.

Kita mesti rela untuk membuang fikiran murahan mengenai pertunangan adalah segala-galanya. Sebab, bercinta adalah salah satu bahagian ekspresi cinta nafsu.

Wahai remaja, mulai sekarang tumbuhkan dahulu kecintaan kita kepada ilmu agama sehingga kita memahaminya serta mengamalkannya dalam kehidupan kita seharian. Semoga pula kita tidak tergoda dengan cinta nafsu semata.


Sumber : Harian Metro

Monday, October 17, 2011

Cinta ini milik DIA






Jauh aku berjalan...
tujuan ku adalah destinasi cinta...
lelah dan mengah... ku gagah kan juga kaki untuk melangkah..
cinta ini milik DIA...
dan hanya DIA dan cintanya ku dambakan...

Meniti titian perjalanan...
menongkah arus kehidupan...
adakalanya aku leka...
pada sayang yang sering terungkap..
pada kasih yang selalu terucap...

Syukur..
aku kembali sedar bahawa aku mencari cinta
bukan sayang dan kasih semata-mata...
bahawa aku mendamba syurga disana
bukan nikmat hidup di dunia
bahawa aku dan cintaku ini mendambakan yang abadi..
yang tak akan sirna reput di mamah kitaran waktu...

Syukur....
aku bisa menangis..
menyesali segala kekhilafan...
syukur...
aku masih bisa merasa..
ada getar dalam relung jiwa..
ada rasa syahdu... saat namaNya datang menyapa
saat namaNya terdengar ditelinga..


Jauh aku berjalan...
tujuan ku adalah destinasi cinta...
lelah dan mengah... ku gagah kan juga kaki untuk melangkah..
cinta ini milik DIA...
dan hanya DIA dan cintanya ku dambakan...

Meniti titian perjalanan...
menongkah arus kehidupan...
adakalanya aku leka...
pada sayang yang sering terungkap..
pada kasih yang selalu terucap...

Syukur..
aku kembali sedar bahawa aku mencari cinta
bukan sayang dan kasih semata-mata...
bahawa aku mendamba syurga disana
bukan nikmat hidup di dunia
bahawa aku dan cintaku ini mendambakan yang abadi..
yang tak akan sirna reput di mamah kitaran waktu...

Syukur....
aku bisa menangis..
menyesali segala kekhilafan...
syukur...
aku masih bisa merasa..
ada getar dalam relung jiwa..
ada rasa syahdu... saat namaNya datang menyapa
saat namaNya terdengar ditelinga..

Yang ku harap..
aku akan kuat untuk terus melangkah ..
aku akan kuat untuk berlari..
berjalan dan mengejar Cintaku...
kerana cinta ini milik DIA..
bukan yang lain..

Yang ku harap...
andai ada teman seperjalanan nanti...
aku dan dia yang menemaniku
akan saling memberi semangat dan memujuk jiwa..
bahawa mehnah itu tarbiyah..
bahawa derita itu kunci bahagia..
bahawa perjalanan ini bukan di bentangi permaidani baldu..
bahawa perjuangan ini tidak akan sepi dari ujian dan dugaan..
bahawa pengorbanan ini menuntut air mata dan darah..
menuntut keringat dan ia .......
hanya untuk yang terpilih..


Yang ku lafazkan dalam setiap untaian doaku..
moga aku dan yang aku sayangi dan kasihi..
moga yang akan menjadi teman perjalananku dan perjuanganku nanti
adalah yang terpilih..
terpilih hidup bahagia, merasa cukup apa yang ada..
terpilih menikmati sejuknya cinta dan manisnya iman..
terpilih meneguk kasih dan cinta dari gelas-gelas
perjuangan dan pengorbanan...
yang indahnya bukan di sini ...
bukan sepanjang perjalan yang telah dan akan ditelusuri...
tapi nanti ..di sana ...di destinasi....
destinasi cinta yang abadi....

kerana Cinta ini milik DIA
milikMu Ya Allah....



Thursday, October 13, 2011

KEK KARAMEL

SALAM..
akhirnya berjaya jugak membuat kek karamel setelah hampir 3 minggu menyimpan resepi kek nie.. rasanya memang sedap lemak manis.. resepi diperolehi dari blog kak ita yg suka masak2..


Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.


Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Monday, October 10, 2011

Adab Mendengar Azan

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapayang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah! dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.


"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampirikami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;


Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:


1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yg haram.

3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Saturday, October 8, 2011

Toner Ainun Theraphy




Toner Ainun Theraphy adalah sejenis rawatan yang berkesan untuk pancaindera,

Produk ini boleh merawat kerabunan, kesilauan, penyakit selaput mata, merawat mata berair dan menghilangkan keletihan mata. Ia juga dapat membantu membuang habuk,merawat mata merah, gatal-gatal mata, silau, glaucomadan katarak pada mata.


Bagi kegunaan hidung pula, ia merawat kegatalan hidung seperti resdung dan meredakan bersin.Manakala untuk kegunaan telinga pula, ia dapat merawat gatal telinga, telinga bernanah dan telinga berdengung.

Ainun Theraphy juga dapat merawat ulser mulut dan gusi berdarah.Produk ini boleh meneutralkan bahan kimia kerana ia terdiri daripada mutiara, herba dan karang laut. Ia juga tidak merbahaya jika terminum.


Toner Mata Ainun Theraphy, Sayangi Mata Anda, Peliharalah Anugerah Ilahi, AINUN THERAPHY


Diformulasikan oleh SUFI HARAKI (Graduan Universiti Al-Azhar) menggunakan kaedah tradisi dan moden serta melalui pengalaman merawat pelbagai masalah kesihatan. Toner mata ini dihasilkan dari formula Mutiara, Herba dan Karangan Laut. Tidak mempunyai bahan kimia dan tidak memabukkan serta boleh meneutralkan bahan kimia.Pengasas Ainun Therapy adalah perantis kepada wujudnya Permata H***** dan Ainun B*****.Keistimewaan yang jelas dimiliki oleh Ainun Therapy adalah satu formula untuk semua masalah mata dan satu harga.


TONER MATA

Toner Mata Ainun dihasilkan daripada formula mutiara, herba dan karangan laut.Toner ini tidak mempunyai barangan terlarang seperti bahan kimia dan tidak memabukkan serta meneutralkan bahan kimia.


KEGUNAAN AINUN THERAPHY

MATA

Menghilangkan @ mencerahkan kerabunan

Menghilangkan selaput mata

Merawat masalah mata berair @ kering

Menghilangkan keletihan mata

Membuang habuk

Merawat mata merah

Menghilangkan silau @ senak mata

Merawat gatal mata @ resdong mata

Merawat Glaucoma (Tekanan Darah Tinggi dalam Mata)vMerawat Ketarak (Selaput Dalam Mata)


HIDUNG

Merawat gatal hidung @ Resdung

Mencegah tersumbat hidung

Meredakan bersin


TELINGA vMerawat gatal telinga

Merawat telinga bernanah

Merawat telinga berdengung


MULUT

Merawat ulser mulut

Merawat Alergik (Alahan)


CARA RAWATAN

Gunakan mengikut keperluan. Titiskan 3 titik-5 kali sehari pada mata, mulut (Titiskan Ikut Keselesaan), hidung ( 2 titik kiri dan kanan) dan telinga ( 2 titik biarkan ia meresap kemudian bersihkan menggunakan kapas telinga.


Toner Ainun Theraphy (10ml) - RM29.90
Toner Ainun Theraphy (20ml)- RM49.90
Toner Ainun Theraphy (30ml) - RM69.90

CARA PEMBAYARAN

Monday, October 3, 2011

Mengapa suka sangat dengan Emas? [30 Sebab] Part 2






31. Warna emas tulen adalah kuning metalic


32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.


33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)


34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)


35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.


36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.


37. Jumlah emas di dalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.


38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.

39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.


40. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.


41. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.


42. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999


43 Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian. Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.


44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.


45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)





46. Emas tulen diukur sebagai 24karat (k)


47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).


48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.


49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.


50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.


51. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)


52. Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.


53. Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.


54. Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.


55. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.





56. Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.


57. Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.


58. Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.


59. Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.


60. Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.