Thursday, June 30, 2011
Simpan Emas - Protect Kejatuhan Nilai Ringgit
Ramai yang mengeluh apabila harga minyak naik. Dengan kenaikan harga minyak menyebabkan barang-barang lain juga naik; contohnya beras, gula, tepong, ikan, sayor dll. Mengapa ini terjadi. Jawapan yang kita terima, kos untuk carigali minyak meningkat, kos penghantaran turut meningkat. Persoalannya mengapa ia meningkat, jika sebelumnya kos tersebut mencukupi, mengapa pula sekarang memerlukan kos tambahan.....
Bagaimana kalau saya katakan bahawa nilai wang itu sendiri sudah jatuh. Nilai wang kertas yang tercetak diatasnya "Sah Diperlakukan Dengan Nilai 50 Ringgit" itu sebenarnya telah susut nilai menjadikan nilainya kurang dari angka yang tercetak diatasnya.
Contoh: Si A menyimpan wang sebanyak RM10,820 sembilan tahun yang lalu. Jumlah tersebut masih berada didalam simpan Si A sehingga sekarang. Apa yang Si A boleh buat dengan wang sebanyak RM10,820 itu. Si A boleh mendapat 2 keping Kijang Emas 1oz bernilai RM3,989 x 2 = RM7978 + RM2842(tunai).
Si B juga mempunyai jumlah wang yang sama banyak dengan Si B. Si B menggunakan wang tersebut untuk membeli 10 keping Kijang Emas 1oz x RM1082 = RM10,820, sembilan tahun yang lalu. Si B masih menyimpan 10 keping Kijang Emas 1oz sehingga sekarang. Berapa nilai 10 keping Kijang Emas 1oz milik Si B sekarang. Nilainya sekarang ialah RM3989 x 10 = RM39,890.
Diharap pembaca blog ini dapat manfaat dari catatan diatas.
SIMPAN EMAS UNTUK PROTECT KEJATUHAN NILAI RINGGIT
Labels:
PELABURAN EMAS
Wednesday, June 29, 2011
israk-mikraj-27-rejab-1432
Bulan Rejab kini sudah hampir meninggalkan kita. Kedatangannya mengingatkan pada peristiwa Israk Mikraj yang bersejarah. Israk Mikraj bukan sekadar peristiwa biasa tetapi ianya mempunyai hikmah dan mesej yang cukup mendalam bagi Rasulullah SAW secara peribadi dan umat Islam keseluruhannya. Peristiwa tersebut seharusnya membuka pemikiran dan cita-cita manusia sejagat sekaligus menunjukkan kekuasaan Allah SWT ke atas sekalian makhluknya dan kebenaran kenabian Muhammad SAW.
Janganlah kita pertikai dan persoalkan bila waktu sebenarnya peristiwa israk mikraj ini terjadi dan juga adakah perjalanan ini roh bersama jasad atau cuma roh semata-mata. Apa yang penting adalah bagaimana kita melihat iktibar yang tersirat disebaliknya dan mengambilnya sebagai panduan untuk mengukuhkan iman dan menghampirkan diri kita kepada Allah SWT.
Rentetan peristiwa tersebut, begitu banyak rahsia tersembunyi yang perlu kita kupas bersama. Setelah kewafatan Saidatina Khadijah RA yang selama ini menjadi pendamping setia, bersama menggenggam tauhid yang kukuh, serta menjadi pendorong utama dalam perjuangan Baginda SAW. Disusuli pula kewafatan Abu Talib yang juga selama ini menjadi pelindung Baginda SAW dari ancaman fizikal oleh kafir Quraisy, cukup memberi kesan besar terhadap Baginda SAW pada tahun kesedihannya. Pada ketika itu juga dakwah Islam berada dalam keadaan tenat dan merudum, dari segi psikologi Nabi SAW begitu terjejas, bahkan tiada kemasukan baru ke dalam agama Islam dikalangan penduduk Mekah.
Sebagai manusia, baginda merasa sedih dan pedih dengan kewafatan dua insan penting yang banyak berjasa dalam menyebarkan dakwah Islam. Namun Allah SWT tidak membiarkan kekasihnya terus berada dalam kedukaan, Israk Mikraj merupakan pendekatan menghiburkan setelah RasulNya kehilangan dua tunggak kekuatan.
Bila berbicara tentang peristiwa Israk Mikraj ini, kita akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah SAW bersama malaikat Jibril yang boleh dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Israk yakni perjalanan dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Rasulullah SAW ini telah diabadikan oleh Allah di dalam Al Quran, yang bermaksud;
”Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (QS Al-Israk;1)
Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah SAW yang hanya berlangsung pada satu malam ini seringkali diulang cerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk Mikraj diadakan, namun roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih gagal meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam. Semasa ceramah, kita mendengar dengan penuh minat dan mungkin akan sesekali ketawa jika penceramah berjenaka. Selesai ceramah kita akan sama-sama menjamah jamuan yang disediakan dan kemudian pulang ke rumah tanpa membawa apa-apa.
Hidup diteruskan seperi biasa dan iktibar di sebalik Israk Mikraj masih gagal difahami. Begitulah keadaannya setiap kali tibanya Israk Mikraj.
Ibadat Istimewa Hamba
Salah satu peristiwa penting yang sewajarnya diambil perhatian ialah peristiwa pensyariatan ibadat solat lima waktu. Ibadat solat difardukan kepada umat Islam secara langsung daripada Allah kepada Rasulullah di Sidratul Muntaha tanpa penurunan wahyu atau perantaraan Jibril AS, sekali gus mengangkat martabat dan nilai solat di sisi Allah, berbeza dengan ibadah khusus yang lain. Begitulah istimewanya ibadah solat yang merupakan mikraj dan medan komunikasi hamba dengan rabbnya.
Menguji Aqidah
Israk Mikraj juga mengandungi falsafah besar menguji diri seseorang dalam memantapkan dan mengukuhkan aqidah atau sebaliknya. Di dalam Islam, perkara pertama yang perlu dititikberatkan ialah mengenal Allah iaitu perkara berkaitan aqidah sebelum kita berbicara tentang ibadah dan sebagainya. Jika persoalan aqidah masih bermasalah, bagaimana mungkin kita ingin bicarakan tentang ibadah kepada Allah yang belum kita imani sesungguh hati.
Begitulah pentingnya persoalan aqidah yang wajib didahulukan sebelum perkara-perkara lain sebagaimana fasa dakwah Rasulullah yang dimulai dengan penyebaran tauhid di Mekah yang menekankah aspek pemurnian aqidah umat Islam, diikuti penekanan syariat di Madinah yang berkaitan kaedah-kaedah untuk menzahirkan rasa cinta kepada Allah melalui persoalan ibadat, akhlak dan sebagainya. Bagaimana kita mahu mencintai Allah jika kita belum mengenalNya.
Berbalik kepada peristiwa Israk Mikraj, jika kita singkap dan amati, ada dikalangan pengikut-pengikut Rasulullah saw yang tergoncang aqidah mereka kerana tidak percayakan cerita Rasulullah saw yang telah diisrak mikrajkan ke destinasi yang mengikut hitungan akal manusia yang waras adalah mustahil untuk berlaku dalam masa satu malam.
Apabila mengetahui kisah ini, maka Abu Jahal begitu gembira kerana ini adalah peluang terbaik untuk menghentam Rasulullah saw dan menjauhkan masyarakat daripada dakwah baginda.
Meragui Perkara Ghaib
Apabila warga Mekah diceritakan kisah ini oleh Rasulullah saw, maka ramailah yang tersentak dan mula meragui, bagaimana mungkin mereka dapat mempercayakan cerita Rasulullah SAW itu. Setahu mereka, perjalanan dari Makkah ke Masjidil Aqsa sahaja mengambil masa yang begitu lama, masakan ianya boleh berlaku dalam satu malam.
Tambahan pula bukan hanya ke Masjidil Aqsa tetapi juga naik ke Sidratul Muntaha. "Owh tidak mungkin, mustahil ini boleh terjadi, Muhammad dusta!" Itulah kata-kata yang dihamburkan kepada Rasulullah SAW. Abu Jahal begitu gembira melihat ramai mula meragui dan mempertikaikan kebenaran Rasulullah SAW itu.
Namun, di sebalik suasana gawat itu, tampil seorang lelaki yang berkata: “Wahai Muhammad Rasulullah. Sekiranya engkau katakan engkau telah pergi lebih jauh daripada destinasi-destinasi itu sekalipun aku akan tetap mempercayakanmu!” Orang itu, tidak lain tidak bukan adalah Abu Bakar As-Siddiq yang sentiasa membenarkan Rasulullah SAW walau dalam apa jua keadaan. Subhanallah, begitu kentalnya iman dan kukuhnya aqidah yang dimiliki oleh sahabat agung yang mendampingi Rasulullah SAW ini.
Bagi menduga kebenaran kata-kata Rasulullah saw, maka Abu Jahal bertanyakan mengenai ciri-ciri fizikal Masjidil Aqsa dengan harapan Rasulullah akan memberikan jawapan yang salah. Namun, dengan izin Allah, Rasulullah SAW berjaya menjawab dengan tepat dan ini benar-benar menghairankan Abu Jahal. Tidak puas hati dengan kebenaran jawapan itu, Abu Jahal bukannya ingin mengakui kebenaran jawapan Rasulullah saw, sebaliknya menuduh Rasulullah saw sebagai ahli sihir! Begitulah kuatnya tentangan kaum musyrikin Makkah terhadap Rasulullah SAW. Mana mungkin Rasulullah SAW menipu sedang baginda diakui seorang yang beramanah sehingga digelar Al-Amin. Walaupun hati mereka menyedari kebenaran dakwah Rasulullah SAW, musyrikin Makkah masih enggan menerimanya kerana mereka sedar jika mereka mengakui kebenaran Rasulullah SAW, maka perniagaan dan kepentingan mereka yang berasaskan perkara haram akan terjejas.
Maka, mahu tidak mahu dakwah Rasulullah SAW harus ditentang meskipun hati kecil mereka mengakui kebenaran dakwah Rasulullah SAW tersebut.
Perumpamaan yang sama juga wujud pada masa ini, dimana ada pihak yang mengakui kebenaran Islam yang sifatnya syumul dan lengkap, namun amat berat dan sukar untuk menerima dan mengamalkannya kerana dibimbangi kepentingan-kepentingan tertentu samada dalam perniagaan atau pentadbiran akan terjejas kerana terdapat perkara-perkara yang haram.
Oleh yang demikian, sebarang usaha yang boleh membawa kesedaran kepada masyarakat tentang Islam yang sebenar yakni yang sudah pasti akan terdedahnya penyalahgunaan dan penyelewengan perlu dibendung dan ditentang habis-habisan. Adalah menjadi kehendak mereka supaya masyarakat dibiarkan jahil dalam agama agar kesilapan dan kemungkaran yang mereka lakukan tidak disedari oleh masyarakat
Sehubungan itu, apabila ada pihak yang cuba kembali kepada ajaran Islam yang sebenar sepertimana yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah, seperti perlaksanaan hukum hudud, pembenterasan rasuah, persoalan riba, zina dan penutupan aurat, maka ada yang mengatakan ini Islam yang melampau. Pada anggapan mereka, Islam itu adalah mudah dan harus disesuaikan mengikut kehendak semasa. Tidakkah semua persoalan hukum-hakam ini datangnya dari sumber Al Quran, melalui nas-nas yang muktabar dan untuk seluruh umat sehingga akhir zaman?. Betapa bencinya segolongan manusia terhadap Islam yang sebenar.
Sudahlah merasai dikekang dalam hal-hal persyariatan, dihasut pula orang lain agar sama-sama mempertikai serta memperlekehkan agama suci ini. Watak ini saling tidak tumpah seperti watak Abu Jahal dalam kisah Israk Mikraj ini yang menuduh Rasulullah saw sebagai ahli sihir meskipun hati kecil mereka menyedari dan mengakui kebenaran Rasulullah SAW.
Mengukur Logik Akal
Cuba kita bertanya pada diri sendiri andainya kita berada dalam majlis penerangan oleh Rasulullah SAW berkaitan peristiwa Israk Mikraj ini, adakah kita menyertai Abu Bakar RA yang membenarkan Rasulullah SAW atau kita berada di belakang Abu Jahal yang mendustakan Rasulullah SAW?
Saya sendiri bimbang, dengan situasi diri yang lemah ini, kadangkala amat sukar untuk menjadi sehebat Abu Bakar RA. Tetapi itulah cabaran yang perlu disahut. Dalam situasi sebegini, jika logik akal menjadi pertimbangan, maka sudah pasti kita akan mendustakan Rasulullah SAW.
Ambillah semangat Abu Bakar RA sebagai contoh dan teladan agar kita sentiasa berbaik sangka dengan syariat Islam serta tidak sekali-kali mempertikaikan apatah lagi memperlekehkannya.
Seterusnya, buangkanlah watak Abu Jahal dari kehidupan kita kerana watak itu tidak seharusnya dijadikan ikutan, malah akan membawa kita jauh daripada agama Islam yang sebenar.
Sesungguhnya dalam perkara agama, tidak semua perkara boleh diukur dengan logik akal semata-mata kerana akal manusia itu terbatas walau sehebat manapun ilmu kita. Keimanan kepada Allah dan RasulNya itu memerlukan pertimbangan melalui jiwa yang suci dan ikhlas.
Terlalu banyak jika mahu disingkap kesangsian dan keraguan umat Islam terhadap agama kita sendiri. Secara kesimpulannya, jika masih terdapat di dalam hati sanubari kita perasaan ragu terhadap Islam samada terhadap hukum-hakam dan syariatnya walau sebesar zarah sekalipun, maka ada suatu yang tidak kena dengan pegangan aqidah kita. Kadang-kadang tanpa disedari, kita memberi komen yang memperlekehkan hukum-hakam Allah, dan ini menjejaskan pegangan atau aqidah kita.
Pada bulan Rejab yang penuh berkah ini, marilah kita mengambil kesempatan untuk memperkasakan pegangan aqidah dengan meningkatkan ilmu dan mengamalkan setiap suruhan Allah SWT tanpa sebarang keraguan. Hanya dengan petunjuk dan nurNya yang dapat membolehkan kita membezakan antara haq dan batil, dan bukannya melalui ilmu atau akal yang amat terbatas. Mudah-mudahan amal ibadah yang kita lakukan adalah berdasarkan cinta dan sayang kita hasil aqidah dan iman yang mantap kepada Allah.
Semoga Israk Mikraj yang bakal kita sambut dapat memberi satu kesan yang positif ke arah menjadikan diri kita Mukmin dan Mukminah yang taatkan Allah dan RasulNya insyaAllah.
Labels:
ARTIKEL
Waist Trimmer with FIR
Waist Trimmer with FIR
Produk Hebat untuk Kempiskan Perut/Rampingkan Pinggang dengan sauna effect Descriptions :
1) Designed to burn excess fat for waistline reduction
2) Made of quality Neoprene with Far Infrared Ray for inner side of the belt
3) Helps retain body heat and increase perspiration as to create sauna effect
4) Feel the "Burning" effect when using this product
5) Four adjustable measurements from 56cm - 96cm (max 37inc)
6) Suitable for both man and lady who dream for slim and firm waistline
testimoni
Post at 27-5-2009 09:13 by shima212 memang ok sangat pakai WT ni.. I dah pakai lebih seminggu. berpeluh2.. lemak yang kat perut ni dari lemak yang keras, sekarang perut I dah lembik.... agaknya lemak nak cair kot..heh heh heh...
Post at 1-6-2009 23:14 by suree_aa suree pun dh dekat 2 minggu pkai WT ni...skrg ni area pinggang dh kurang 1 inchi, kulit kat perut pun cam lembik sket, lemak dh cair agaknye
Posted: Fri Jan 04, 2008 11:16 am by chie_0609 kak riss, mmg best la waist trimmer tu... sy pakai zip yg kedua tu... pergh mmg sedap rase... takat ni pakai ms tidur mlm.... dah 2 mlm.. ri ni br nak try pakai siang lak.... tp mmg bes.... sesape yg ragu2 tu bleh ah beli, mmg besh
CARA PEMBAYARAN
Labels:
LAIN - LAIN PRODUK
Tuesday, June 28, 2011
Mengapakah Air Mata seorang IBU gugur?
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,
“Mengapa engkau menangis?”
“Kerana aku seorang wanita”, kata sang ibu kepadanya.
“Aku tidak mengerti”, kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
“Dan kau tak akan pernah mengerti” Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
“Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?”
“Semua wanita menangis tanpa alasan”, hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:
01.”Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan ”
02.”Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya ”
03.”Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh ”
04.”Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ”
05.”Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya ”
06.”Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu ”
07.”Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya.”
Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada.
Labels:
ARTIKEL
Monday, June 27, 2011
HI - GOAT (SUSU KAMBING)
SUSU KAMBING
SUSU UNTUK KEHIDUPAN
MINUMAN KEGEMARAN RASULULLAH
Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi.
Ia juga sering dijadikan bahan membuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Industri komestik juga mengeluarkan produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun dan krim pencukur.
KEBAIKAN SUSU KAMBING
Susu Terbaik Di Dunia Selepas Susu Ibu
Tidak Menyebabkan Alahan
Susu Terbaik Bagi Mereka Yang Alah Dengan Susu Lembu Atau Susu Soya
Menguatkan Sistem Imunisasi Tubuh
Susu Kambing Bersifat Alkali Manakala Susu Lembu Bersifat Asidik
Mengimbangi Kandungan Gula Dalam Darah
Membantu Menyembuhkan Penyakit-Penyakit Seperti Asma,
Semput, Demam Kuning, Ulser Perut, Buasir,
Darah Tinggi, Jantung Dan Sebagainya
Meningkatkan Tenaga Dan Tenaga Batin
Awet Muda
Meningkatkan Jisim Tubuh, Tulang dan Otot Yang Sihat
Melancarkan Sistem Penghadaman Dan Perut
Baik Untuk Ibu-ibu Selepas Bersalin Yang Menyusukan Anak
Tingkatkan Daya Kepekaan, Penumpuan Dan Perkembangan Otak
HARGA
WM : RM36.60 EM : RM41.60
SUSU UNTUK KEHIDUPAN
MINUMAN KEGEMARAN RASULULLAH
Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi.
Ia juga sering dijadikan bahan membuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Industri komestik juga mengeluarkan produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun dan krim pencukur.
KEBAIKAN SUSU KAMBING
Susu Terbaik Di Dunia Selepas Susu Ibu
Tidak Menyebabkan Alahan
Susu Terbaik Bagi Mereka Yang Alah Dengan Susu Lembu Atau Susu Soya
Menguatkan Sistem Imunisasi Tubuh
Susu Kambing Bersifat Alkali Manakala Susu Lembu Bersifat Asidik
Mengimbangi Kandungan Gula Dalam Darah
Membantu Menyembuhkan Penyakit-Penyakit Seperti Asma,
Semput, Demam Kuning, Ulser Perut, Buasir,
Darah Tinggi, Jantung Dan Sebagainya
Meningkatkan Tenaga Dan Tenaga Batin
Awet Muda
Meningkatkan Jisim Tubuh, Tulang dan Otot Yang Sihat
Melancarkan Sistem Penghadaman Dan Perut
Baik Untuk Ibu-ibu Selepas Bersalin Yang Menyusukan Anak
Tingkatkan Daya Kepekaan, Penumpuan Dan Perkembangan Otak
HARGA
WM : RM36.60 EM : RM41.60
CARA PEMBAYARAN
Labels:
HR MARKETING
Sunday, June 26, 2011
Lima Syarat Berbuat Maksiat
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata:
01."Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
02."Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya:
"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:
03."Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan:
04."Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:
"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab:
05."Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.
Labels:
TAZKIRAH
Saturday, June 25, 2011
AIEDIL
Aiedil
untuk anda yang mementingkan kecantikan dan kesihatan
AEIDIL
9 sumber semulajadi mewah iaitu:- Madu Asli, Sari Bunga, Buah Kismis, Buah Tin, Buah Zaitun, Kurma Merah, Dong Quai, Dang Shen dan Ubi Jaga.
Minuman Aeidil mengandungi 96 jenis zat makanan termasuk 18 jenis asid amino, 18 enzim, 16 garam galian, 28 jenis zat makanan tambahan, pelbagai jenis vitamin A, B Kompleks, C dan E yang memberi manafaat untuk kecantikan dan kesihatan.
Nabi S.A.W pernah bersabda:
"Demi Allah aku dalam genggamanNya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu didalamnya. Jika seseorang itu makan madu, 1000 ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit akan keluar darinya"
Berilah makan buah kurma kepada isteri isteri kamu yang hamil nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya".
Abd Mas'ud pernah meriwayatkan Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Gunakan 2 penawar untuk merawat penyakit iaitu madu dan Al - Quran"
Di antara keistimewaan Aiedil:
Melawas pembuangan air besar
Mengawal bentuk badan
Meransang kecantikan kulit
Melancarkan peredaran darah
Merawat jerawat
Membantu meningkatkan kesihatan
Menenangkan fikiran
Membina tenaga
Baik untuk buah pinggang
Memulihkan tenaga seksual
Sesuai diamalkan pengidap penyakit batu karang
Sesuai diamalkan oleh pengidap strok/lumpuh
Sangat baik untuk pengidap gastrik
Sangat baik untuk pengidap asma
Sangat baik untuk pengidap penyakit kulit
Sangat baik untuk sakit sendi, otot, rheumatic, athritis dan anti radang
Sangat baik untuk luka luka pembedahan dan lain lain luka luaran
Sangat baik untuk ibu ibu lepas bersalin
Bertindak sebagai anti oksida
Testimoni 1
Pn. Norma
Saya mengalami masalah sakit sendi terutama bahagian lutut menyebabkan saya terpaksa duduk bila solat dan saya juga mengalami masalah muka berjeragat. Selepas saya mengamalkan produk minuman kesihatan aiedil selama satu bulan alhamdulillah saya tidak lagi sakit lutut dan mampu berdiri ketika solat. Cadangan pengasas agar saya mencampur aiedil bersama limau nipis dan meratakan pada wajah saya akhirnya membawa keajaiban di mana jeragat di muka saya hampir hilang. Terima kasih dnavechee.
Testimoni 2
Wan Fairuz
Semenjak saya bekerja di kilang kimia, kesihatan saya sering terjejas. Saya juga mengalami kesukaran dalam pembuangan air besar. Pelbagai produk telah saya gunakan tetapi ianya masih belum dapat menyelesaikan masalah kesihatan saya sehinggalah saya mencuba minuman aiedil ini. Saya dapat merasai keberkesanannya dan diakui oleh isteri saya yang turut mengamalkannya.
Testimoni 3
Rogayah
Badan sering terasa lemah dan cepat letih tatkala melakukan kerja. Saya telah banyak mencuba produk lain tetapi hasilnya masih kurang memuaskan kerana masalah yang saya alami akan berulang semula. Selepas menggunakan aiedil dalam beberapa minggu sahaja, saya semakin cergas dan tidak mudah terasa letih walaupun melakukan pekerjaan berat. Tahniah Dnavechee.
Testimoni 4
Noor Azean
Semenjak 4 tahun lalu, saya sering mengalami sakit sendi, sengal lutut dan sakit pada tumit kaki. Adakalanya badan saya terasa lemah dan mengalami demam. Ia menyebabkan saya selalu cuti bekerja sehinggalah saya terpaksa membuat keputusan berhenti terus dari bekerja. Alhamdulillah setelah seminggu saya mencuba Aiedil, kesihatan saya bertambah baik dan kesannya amat menakjubkan.
Info.
Amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung kerana amalan meminum aiedil dapat membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan dan memudahkan proses kelahiran.
HARGA
RM56.00
CARA PEMBAYARAN
untuk anda yang mementingkan kecantikan dan kesihatan
AEIDIL
9 sumber semulajadi mewah iaitu:- Madu Asli, Sari Bunga, Buah Kismis, Buah Tin, Buah Zaitun, Kurma Merah, Dong Quai, Dang Shen dan Ubi Jaga.
Minuman Aeidil mengandungi 96 jenis zat makanan termasuk 18 jenis asid amino, 18 enzim, 16 garam galian, 28 jenis zat makanan tambahan, pelbagai jenis vitamin A, B Kompleks, C dan E yang memberi manafaat untuk kecantikan dan kesihatan.
Nabi S.A.W pernah bersabda:
"Demi Allah aku dalam genggamanNya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu didalamnya. Jika seseorang itu makan madu, 1000 ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit akan keluar darinya"
Berilah makan buah kurma kepada isteri isteri kamu yang hamil nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya".
Abd Mas'ud pernah meriwayatkan Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Gunakan 2 penawar untuk merawat penyakit iaitu madu dan Al - Quran"
Di antara keistimewaan Aiedil:
Melawas pembuangan air besar
Mengawal bentuk badan
Meransang kecantikan kulit
Melancarkan peredaran darah
Merawat jerawat
Membantu meningkatkan kesihatan
Menenangkan fikiran
Membina tenaga
Baik untuk buah pinggang
Memulihkan tenaga seksual
Sesuai diamalkan pengidap penyakit batu karang
Sesuai diamalkan oleh pengidap strok/lumpuh
Sangat baik untuk pengidap gastrik
Sangat baik untuk pengidap asma
Sangat baik untuk pengidap penyakit kulit
Sangat baik untuk sakit sendi, otot, rheumatic, athritis dan anti radang
Sangat baik untuk luka luka pembedahan dan lain lain luka luaran
Sangat baik untuk ibu ibu lepas bersalin
Bertindak sebagai anti oksida
Testimoni 1
Pn. Norma
Saya mengalami masalah sakit sendi terutama bahagian lutut menyebabkan saya terpaksa duduk bila solat dan saya juga mengalami masalah muka berjeragat. Selepas saya mengamalkan produk minuman kesihatan aiedil selama satu bulan alhamdulillah saya tidak lagi sakit lutut dan mampu berdiri ketika solat. Cadangan pengasas agar saya mencampur aiedil bersama limau nipis dan meratakan pada wajah saya akhirnya membawa keajaiban di mana jeragat di muka saya hampir hilang. Terima kasih dnavechee.
Testimoni 2
Wan Fairuz
Semenjak saya bekerja di kilang kimia, kesihatan saya sering terjejas. Saya juga mengalami kesukaran dalam pembuangan air besar. Pelbagai produk telah saya gunakan tetapi ianya masih belum dapat menyelesaikan masalah kesihatan saya sehinggalah saya mencuba minuman aiedil ini. Saya dapat merasai keberkesanannya dan diakui oleh isteri saya yang turut mengamalkannya.
Testimoni 3
Rogayah
Badan sering terasa lemah dan cepat letih tatkala melakukan kerja. Saya telah banyak mencuba produk lain tetapi hasilnya masih kurang memuaskan kerana masalah yang saya alami akan berulang semula. Selepas menggunakan aiedil dalam beberapa minggu sahaja, saya semakin cergas dan tidak mudah terasa letih walaupun melakukan pekerjaan berat. Tahniah Dnavechee.
Testimoni 4
Noor Azean
Semenjak 4 tahun lalu, saya sering mengalami sakit sendi, sengal lutut dan sakit pada tumit kaki. Adakalanya badan saya terasa lemah dan mengalami demam. Ia menyebabkan saya selalu cuti bekerja sehinggalah saya terpaksa membuat keputusan berhenti terus dari bekerja. Alhamdulillah setelah seminggu saya mencuba Aiedil, kesihatan saya bertambah baik dan kesannya amat menakjubkan.
Info.
Amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung kerana amalan meminum aiedil dapat membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan dan memudahkan proses kelahiran.
HARGA
RM56.00
CARA PEMBAYARAN
Labels:
dnavechee
Friday, June 24, 2011
Khasiat Petai
Kajian 1:
Strok. Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.
Merokok. Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.
1. Anemia. Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.
2. Sembelit.Petai memiliki kandungan sera yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.
3. Kegemukan.Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi
masalah kegemukan.
4. Depresi. Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.
kajian 2:
Sebagai buah yang membuat bau mulut dan bau kentut sangat tidak sedap, Petai (Pete) ternyata mengandung 3 macam gula alami yaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat.
Kombinasi kandungan ini mampu memberikan dorongan tenaga yang instan, namun cukup lama dan cukup besar efeknya. Riset membuktikan dua porsi pete mampu memberikan tenaga yang cukup untuk melakukan aktivitas berat selama 90 menit.
Makanya jangan heran jika pete adalah buah yang disukai oleh para atlet top. Penelitian juga membuktikan bahwa pete tidak hanya memberikan energi, namun juga mampu mencegah bahkan mengatasi beberapa macam penyakit dan kondisi buruk. Ini membuat pete menjadi salah satu makanan penting dalam makanan keseharian kita.
Dari daftar di bawah ini akan terlihat dan diketahui kalau ternyata pete ini memiliki khasiat yang sangat luar biasa atas beberapa penyakit.
1. Depresi
Menurut survei yang dilakukan oleh MIND diantara pasien penderita depresi, banyak orang merasa lebih baik setelah makan pete. Hal ini terjadi karena pete mengandung tryptophan, sejenis protein yang diubah tubuh menjadi serotonin. Inilah yang membuat orang jadi rileks, mampu memperbaiki mood dan secara umum membuat seseorang lebih bahagia.
2. PMS (premenstrual syndrome)
Jika mengalami PMS saat ‘tamu’ datang, Anda tidak perlu minum pil ini apapun, cukup atasi dengan makan pete. Vitamin B6 yang dikandung pete mengatur kadar gula darah, yang dapat membantu mood.
3. Anemia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pete dapat menstimulasi produksi sel darah merah dan membantu apabila terjadi anemia.
4. Tekanan darah tinggi
Buah tropis unik ini sangat tinggi kalium, tetapi rendah garam, sehingga sangat sempurna untuk memerangi tekanan darah. Begitu tingginya, sehingga FDA Amerika mengizinkan perkebunan pete untuk melakukan klaim resmi mengenai kemampuan buah ini untuk menurunkan resiko tekanan darah dan stroke.
5. Kemampuan otak
200 siswa di Twickenham (Middlesex) tertolong dengan mudah melalui ujian pada tahun ini karena memakan pete pada saat sarapan, istirahat, dan makan siang. Riset telah membuktikan bahwa buah dengan kandungan kalium tinggi dapat membantu belajar dengan membantu siswa semakin waspada.
6. Sembelit
Karena kandungan serat yang tinggi, maka pete akan mempermudah menormalkan kembali aksi pencernaan, membantu mengatasi permasalahan ini tanpa harus kembali ke laksativ.
7. Obat mabuk
Salah satu cara paling cepat untuk menyembuhkan “penyakit” mabuk adalah milkshake pete, yang dimaniskan dengan madu. Pete akan membantu menenangkan perut dan dengan bantuan madu akan meningkatkan kadar gula darah yang jatuh, sedangkan susu akan menenangkan dan kembali memperbaiki kadar cairan dalam tubuh.
8. Kekenyangan
Pete memiliki efek antasid pada tubuh, sehingga bila dada Anda terasa panas akibat kebanyakan makan, cobalah makan pete untuk mengurangi sakitnya.
9. Mual di pagi hari
Makan pete di antara jam makan akan menolong mempertahankan kadar gula dan menghindari muntah.
10. Gigitan nyamuk
Sebelum Anda meraih krim gigitan nyamuk, coba untuk menggosok daerah yang terkena gigitan dengan bagian dalam kulit pete. Banyak orang berhasil mengatasi rasa gatal dan bengkak dengan cara ini.
11. Untuk saraf
Pete mengandung vitamin V dalam jumlah besar, sehingga akan membantu menenangkan sistem saraf.
12. Kegemukan
Penelitian di Institute of Psychology Austria menemukan bahwa tekanan pada saat kerja menyebabkan orang sering meraih makanan yang menenangkan seperti coklat dan keripik. Dengan melihat kepada 5.000 pasien di rumah sakit, peneliti menemukan bahwa kebanyakan orang mejadi gemuk karena tekanan kerja yang tinggi. Laporan menyimpulkan bahwa, untuk menghindari nafsu memakan makanan karena panik, kita butuh mengendalikan kadar gula dalam darah dengan ngemil makanan tinggi karbohidrat setiap dua jam untuk mempertahankan kadarnya tetap.
13. Luka lambung
Pete digunakan sebagai makanan untuk merawat pencernaan karena teksturnya yang lembut dan halus. Buah ini adalah satu-satunya buah mentah yang dapat dimakan tanpa menyebabkan stress dalam beberapa kasus yang parah. Buah ini juga mampu menetralkan asam lambung dan mengurangi iritasi dengan melapisi permukaan dalam lambung.
14.Mengatur suhu tubuh
Banyak budaya lain yang melihat pete sebagai buah ‘dingin’ yang mampu menurunkan suhu tubuh dan emosi ibu yang menanti kelahiran anaknya. Di Belanda misalnya, ibu hamil akan makan pete untuk meyakinkan agar si bayi lahir dengan suhu tidak tinggi.
15. Seasonal Affective Disorder (SAD) (penyakit emosional yang kacau)
Pete dapat membantu penderitas SAD kerena mengandung pendorong mood alami, tryptophan.
16. Merokok
Pete dapat menolong orang yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6 dan B12 yang dikandungnya, bersama dengan kalium dan magnesium, membantu tubuh cepat sembuh dari efek penghentian nikotin
17. Stres
Kalium adalah mineral penting, yang membantu untuk menormalkan detak jantung, mengirim oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan cairan tubuh. Ketika kita stress, kecepatan metabolisme kita akan meningkat, sehingga akan mengurangi kadar kalium dalam tubuh. Hal ini dapat diseimbangkan lagi dengan bantuan makan petai yang tinggi kalium.
18. Stroke
Menurut riset dalam “The New England Journal of Medicine,” makan pete sebagai bagian dari makanan sehari-hari akan menurunkan resiko kematian karena stroke sampai 40%.
19. Caplak
Mereka yang suka berpaling pada pengobatan alami akan berani bersumpah, jika anda ingin mematikan caplak, maka ambil sepotong pete, dan letakkan di caplak itu. Tetap pertahankan pete itu dengan menggunakan plester!
Setelah membaca semua fakta diatas maka anda harus percaya bahwa pete adalah obat alami untuk berbagai macam penyakit. Jika anda membandingkannya dengan apel, pete memiliki protein 4 kali lebih banyak, karbohidrat dua kali lebih banyak, tiga kali lipat fosfor, lima kali lipat Vitamin A dan zat besi, dan dua kali lipat jumlah vitamin dan mineral lainnya.
Pete juga kaya kalium dan merupakan buah dengan nilai makanan terbaik. Jadi mungkin sekaranglah saatnya Anda mengubah kata-kata yang sudah terkenal mengenai apel itu menjadi: “A Petai a day keeps the doctor away” (makan pete tiap hari akan menjauhkan Anda dari dokter). (KS/ly)
Labels:
KHASIAT SAYUR
Thursday, June 23, 2011
Teh Herba Yusmira
Kebaikan Teh Herba Yusmira
Kandungan halia, kombinasi Serai Wangi, Limau Nipis dan Asam Gelugur diformulasikan untuk:
Mengurangkan berat badan
Menguatkan sistem imunisasi badan
Bersifat anti penuaan
mengurangkan kolestrol
membersih usus daripada bakteria dan toksin
membantu mengharumkan bau badan, mulut dan pernafasan.
Teh hijau juga dapat melicin serta mencantikkan kulit dan awet muda. Kombinasi Halia, Limau nipis dan asam gelugur merupakan ramuan penting dalam menangani masalah kegemukan..
Asam gelugur kaya dengan HCA dan limau nipis bertindak menghalang pembentukan lemak dan menyekat selera makan, manakala halia merangsang peredaran darah dan membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat dan berkesan.
HARGA
RM 40.00 sekotak
CARA PEMBELIAN
Labels:
YUSMIRA
Wednesday, June 22, 2011
10 Alasan Kenapa Saya Tak Mahu Melabur Dengan Emas
10 Alasan Kenapa Saya Tak Mahu Melabur Dengan Emas
1. Mahal
2. Takut nak simpan banyak-banyak
3. Tak tahu nak beli kat mana
4. Risiko dollar jatuh?
5.
???????????????????
Hmmm nampaknya aku tak leh nak bagi cukup 10 Alasan untuk tidak melabur dengan Emas
10 Alasan Untuk saya Melabur dengan Emas
1. Pulangan 20-30% setahun, untung la...
2. Emas Kalis Inflasi
3. Melabur dengan emas kurang risiko
4. Jika berlaku peperangan emas masih bernilai, tak kira di mana pun kita berada
5. Selain melabur saya berniaga emas
6. Emas kalau disimpan tak rugi kalau dijual untung
7. Emas lebih bernilai dari wang kertas
8. Emas adalah kekayaan sebenar
9. Emas sangat cantik
10. Emas adalah logam berharga (EmasSukaramai) tm
Pendek kata kena la simpan emas... Kalau sapa2 nak tambah part 1 tu silakan... saya tak dak idea untuk katakan tidak... Jom simpan emas, dulu 1 Dinar RM212 sahaja [klik di sini] sekarang dah RM600+ +
Labels:
PELABURAN EMAS
Tuesday, June 21, 2011
Habbatus Sauda Softgel
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain: “Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim).
Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat Bukhari ).
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino. Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda antara lain:
•Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
•Antiarthritis, mengubati rheumatik.
•Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
•Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
•Antiseptik, mengubati bau mulut.
•Antivirus, mengubati demam dan flu.
•Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
•Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
•Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
•Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
•Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
•Nematocidal, mengubati cacing pita.
•Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
•Mempertingkatkan sistem immuniti
•Meningkatkan tenaga seksual
Harga
Semenanjung Malaysia: RM 48
Sabah & Sarawak: RM 58
CARA PEMBAYARAN
Labels:
HPA
Monday, June 20, 2011
KEBAIKAN SUSU IBU
MEMBERI yang terbaik untuk anak anda ialah tanggungjawab tanpa kompromi. Justeru, memberi susu ibu secara eksklusif sekurang-kurangnya hingga dia berusia enam bulan satu pilihan yang sangat bijak.Susu ibu yang tidak boleh dipertikaikan adalah sumber nutrisi terbaik untuk bayi yang baru dilahirkan. Selain mengandungi antibodi, ia memiliki ramuan terbaik untuk pertumbuhan bayi dari jumlah asid lemak, laktosa, air, asid amino untuk pencernaan dan pertumbuhan minda bayi.
Selain membantu perkembangan retina dan memberi perlindungan kepada sistem saraf tengah bayi. Ia juga membawa enzim pencernaan yang membantu bayi mencerna nutrisi dalam susu.Banyak laporan dibentangkan menjelaskan keupayaan susu ibu yang diberi kepada bayi secara eksklusif membantu bayi kurang berhadapan dengan risiko sakit perut, jangkitan pada telinga, masalah pernafasan atau jangkitan kencing yang kebanyakannya berpunca daripada penyusuan botol.Susu badan terhasil dalam satu bahagian kecil seakan kelenjar dalam payudara. Kelenjar ini terjadi selepas hormon tertentu (estrogen, progestreron, pituitary prolactin dan placental lactogen) diransang dan terjadi pada fasa kedua kehamilan.
Payudara manusia tidak menyimpan susu dalam jumlah yang banyak seperti lembu. Menghisapnya meransang pelepasan hormon prolactin yang akan meransang penghasilan susu dan pelepasan satu lagi hormon (oxytocin). Hormon ini kemudian akan merangsang pengecutan kelenjar susu. Susu akan keluar daripada kelenjar ini ke saluran susu sebelum melalui puting.Pada permulaan penyusuan, susu berwarna seakan biru dan mengandungi laktosa, protein dan sedikit lemak dikenali sebagai ‘foremilk’. Pada akhir penyusuan akan terjadi ‘hindmilk’. Hindmilk mengandungi lebih banyak lemak, sumber utama tenaga bayi anda.
Jenis susu ibu
Colostrum - Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Ia berwarna kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir. Ia pekat kekuningan, kaya protein, antibodi dan vitamin juga mineral.
Transitional- Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.
Susu matang - Lebih cair hampir kebiruan pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah.
Selain membantu perkembangan retina dan memberi perlindungan kepada sistem saraf tengah bayi. Ia juga membawa enzim pencernaan yang membantu bayi mencerna nutrisi dalam susu.Banyak laporan dibentangkan menjelaskan keupayaan susu ibu yang diberi kepada bayi secara eksklusif membantu bayi kurang berhadapan dengan risiko sakit perut, jangkitan pada telinga, masalah pernafasan atau jangkitan kencing yang kebanyakannya berpunca daripada penyusuan botol.Susu badan terhasil dalam satu bahagian kecil seakan kelenjar dalam payudara. Kelenjar ini terjadi selepas hormon tertentu (estrogen, progestreron, pituitary prolactin dan placental lactogen) diransang dan terjadi pada fasa kedua kehamilan.
Payudara manusia tidak menyimpan susu dalam jumlah yang banyak seperti lembu. Menghisapnya meransang pelepasan hormon prolactin yang akan meransang penghasilan susu dan pelepasan satu lagi hormon (oxytocin). Hormon ini kemudian akan merangsang pengecutan kelenjar susu. Susu akan keluar daripada kelenjar ini ke saluran susu sebelum melalui puting.Pada permulaan penyusuan, susu berwarna seakan biru dan mengandungi laktosa, protein dan sedikit lemak dikenali sebagai ‘foremilk’. Pada akhir penyusuan akan terjadi ‘hindmilk’. Hindmilk mengandungi lebih banyak lemak, sumber utama tenaga bayi anda.
Jenis susu ibu
Colostrum - Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Ia berwarna kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir. Ia pekat kekuningan, kaya protein, antibodi dan vitamin juga mineral.
Transitional- Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.
Susu matang - Lebih cair hampir kebiruan pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah.
Labels:
PENYUSUAN SUSU IBU
Sunday, June 19, 2011
EXAMO CKM 500
Isi 450 biji.
Tempoh Kegunaan 3 hingga 12 bulan.
Kesesuaian Semua peringkat. Istimewa bagi yang sedang belajar dan membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan.
Cara Makan Dikemam dalam mulut.
Bayi (kurang 1 tahun) -- 1 biji.
kanak-kanak (1-7 tahun) -- 2 biji.
kanak-kanak (7-14 tahun) -- 3 biji.
Dewasa (14 tahun keatas) -- 4 biji.
EXAMO CKM 500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental; takut, cemas, runsing; memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan; menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak.
EXAMO-CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak. Rumusan EXAMO-CKM 500 mengandungi garam tisu biokimia triturat Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap. Rencana Ringkas Tindakan EXAMO-CKM 500 Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga dibelanjakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. Bila mana tenaga berkurangan, timbullah keadaan-keadaan seperti:
Lesu.
Lemah.
Mengantuk.
Sengal otot dan sendi.
Lapar dan dahaga.
Marah-marah.
Tidak dapat meneruskan kerja.
Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut, tenaga perlu dipulihkan.
HARGA RM56.00
CARA PEMBAYARAN
Labels:
ERA EDAR
Monday, June 13, 2011
Model muslimah sejati
Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud:
“Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah.” – (Riwayat Muslim)
Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.
Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan seperti berikut:
Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.
Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.
Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini.
Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu, Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda.” – (Riwayat Bukhari)
Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.
Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.
Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.
Akhirnya, Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah.
Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimah contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati memilih calon isteri. Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana ia adalah antara ciri kesolehan isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.
Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” – (Riwayat Abdullah ibn Humaid).
Jelas di sini, bahawa aspek keagamaan dalam diri seseorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk.
Ini kerana agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwasanubarinya, dia pasti akan taat kepada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.
Isteri yang solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya.
Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.
Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud:
“…perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” – (Surah an-Nisa: 34)
Malah isteri yang solehah ingatannya sentiasa segar dengan pesanan Baginda yang bermaksud:
“Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya.” – (Riwayat Imam Ahmad)
Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa dan keadaan. Ini kerana keredaan suami adalah anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.
Sabda Rasulullah bermaksud:
“Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya redha kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga.” – (Riwayat Al-Hakim dan Tirmizi)
Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya yang juga penyejuk hati ibu bapa dan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama meninggal dunia. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah. Agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.
Demikianlah betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.
Akhirnya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” – (Riwayat Al-Tausi)
“Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah.” – (Riwayat Muslim)
Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.
Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan seperti berikut:
Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.
Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.
Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini.
Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu, Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda.” – (Riwayat Bukhari)
Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.
Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.
Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.
Akhirnya, Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah.
Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimah contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati memilih calon isteri. Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana ia adalah antara ciri kesolehan isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.
Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” – (Riwayat Abdullah ibn Humaid).
Jelas di sini, bahawa aspek keagamaan dalam diri seseorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk.
Ini kerana agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwasanubarinya, dia pasti akan taat kepada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.
Isteri yang solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya.
Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.
Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud:
“…perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” – (Surah an-Nisa: 34)
Malah isteri yang solehah ingatannya sentiasa segar dengan pesanan Baginda yang bermaksud:
“Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya.” – (Riwayat Imam Ahmad)
Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa dan keadaan. Ini kerana keredaan suami adalah anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.
Sabda Rasulullah bermaksud:
“Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya redha kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga.” – (Riwayat Al-Hakim dan Tirmizi)
Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya yang juga penyejuk hati ibu bapa dan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama meninggal dunia. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah. Agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.
Demikianlah betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.
Akhirnya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” – (Riwayat Al-Tausi)
Labels:
ARTIKEL
Sunday, June 12, 2011
INTEL-LAC susu tepung bercoklat
INTEL-LAC susu tepung bercoklat yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 tahun sehingga 24 tahun. Membekalkan zat untuk perkembangan intelek dan minda. Mengandungi protein, kalsium, magnesium dan zat besi untuk memberi tenaga, menguatkan tulang dan gigi, membaik pulih saraf dan otot yang lesu, serta memberi tumbesaran yang sempurna.
Menggunakan koko bermutu tinggi dan mempunyai khasiat pemakanan yang sangat baik untuk fizikal dan mental. Koko mengandungi fenolik, salah satu unsur antioksida untuk melindungi tubuh. la juga meningkatkan serotonin untuk merangsang otak menghasilkan perasaan tenang dan yakin. Mengikut RDA, amalan meminum sekurang-kurangnya tiga gelas susu setiap hari boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan dapat mengelak dari diabetes.
Pengambilan susu dalam jumlah yang sama juga boleh menyeimbangkan tumbesaran, mengurangkan tekanan darah, meningkatkan HDL (kolesterol baik), penting untuk pembentukan hemoglobin, melaraskan degupan jantung, serta mengurangkan risiko menghidap osteoporosis. Di samping itu juga remaja yang berumur di antara 12 hingga 24 tahun disyorkan perlu mengambil sekurang-kurangnya 50% kalsium (bersamaan 4 atau 5 gelas susu sehari) untuk kesihatan tulang mereka.
Susu tepung INTEL-LAC yang diperbuat daripada susu rendah lemak ini juga sesuai untuk gangguan akibat tekanan, masalah pengecaman (termasuklah berfikir, membuat penilaian serta ingatan) dan mengenakkan tidur. Cara Penyediaan: 1. Masukkan 3 sudu (yang disediakan) INTEL-LAC ke dalam bekas. 2. Tambahkan 1 gelas air panas. 3. Kacau hingga sebati. 3-4 jamuan sehari adalah mencukupi. *Sesuai juga untuk diminum sejuk atau dibuat ice-blended.
HARGA RM25.00
CARA PEMBAYARAN
Menggunakan koko bermutu tinggi dan mempunyai khasiat pemakanan yang sangat baik untuk fizikal dan mental. Koko mengandungi fenolik, salah satu unsur antioksida untuk melindungi tubuh. la juga meningkatkan serotonin untuk merangsang otak menghasilkan perasaan tenang dan yakin. Mengikut RDA, amalan meminum sekurang-kurangnya tiga gelas susu setiap hari boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan dapat mengelak dari diabetes.
Pengambilan susu dalam jumlah yang sama juga boleh menyeimbangkan tumbesaran, mengurangkan tekanan darah, meningkatkan HDL (kolesterol baik), penting untuk pembentukan hemoglobin, melaraskan degupan jantung, serta mengurangkan risiko menghidap osteoporosis. Di samping itu juga remaja yang berumur di antara 12 hingga 24 tahun disyorkan perlu mengambil sekurang-kurangnya 50% kalsium (bersamaan 4 atau 5 gelas susu sehari) untuk kesihatan tulang mereka.
Susu tepung INTEL-LAC yang diperbuat daripada susu rendah lemak ini juga sesuai untuk gangguan akibat tekanan, masalah pengecaman (termasuklah berfikir, membuat penilaian serta ingatan) dan mengenakkan tidur. Cara Penyediaan: 1. Masukkan 3 sudu (yang disediakan) INTEL-LAC ke dalam bekas. 2. Tambahkan 1 gelas air panas. 3. Kacau hingga sebati. 3-4 jamuan sehari adalah mencukupi. *Sesuai juga untuk diminum sejuk atau dibuat ice-blended.
HARGA RM25.00
CARA PEMBAYARAN
Labels:
ERA EDAR
Saturday, June 11, 2011
Pelaburan Emas Meningkat – Maybank
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua.
KUALA LUMPUR 10 Jan. – Malayan Banking Bhd. (Maybank), bank perdagangan terbesar di Malaysia, menjangkakan minat untuk melabur dalam emas di negara ini akan meningkat lagi berikutan terdapatnya aliran kenaikan dalam harga logam berkenaan di pasaran dunia.
Naib Presiden Eksekutif Kanan, Ketua Perbankan Konsumernya, Lim Hong Tat berkata: ”Harga emas berada dalam aliran menaik dan kami melihat terdapat minat yang tinggi dalam buku akaun simpanan emas (GSPA), ”Prospek pertumbuhannya akan bergantung bagaimana pelanggan melihat pergerakan harga dalam keadaan pasaran semasa. ”Bagaimanapun, kami mendapati sejak setahun lalu, sejak November 2008 hingga November 2009, bilangan akaun GSPA yang dibuka telah berkembang sebanyak 147 peratus membayangkan keyakinan pelanggan menjadikan emas sebagai satu bentuk pelaburan,” kata Hong Tat dalam temu bual bertulis dengan Utusan Malaysia di sini.
Maybank telah memperkenalkan GSPA pada tahun 1997 selari dengan inisiatif Bank Negara Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat serantau bagi urus niaga emas. Bank itu, pada tahun 2001 telah dilantik oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menjual syiling emas dikenali Kijang Emas, yang pertama seumpamanya di Malaysia. Difahamkan, keadaan ekonomi dunia yang tidak menggalakkan telah menyebabkan kebanyakan pelabur kini beralih daripada pasaran ekuiti kepada pelaburan emas yang dilihat sebagai pilihan lebih selamat.
Berikut adalah temu bual tersebut:
Sejauh mana tahap minat terhadap pelaburan emas setakat ini?
Kami melihat terdapat peningkatan sejak beberapa bulan yang lalu dalam pelaburan berkenaan. Para pelanggan kini semakin berpengetahuan dalam membuat pemilihan pelaburan Kami menyaksikan pertambahan dalam pembukaan akaun GSPA pada setiap bulan dengan bilangan akaun baru berkembang pada purata 12.3 peratus.
Apakah yang menyumbang kepada peningkatan itu?
Pada mulanya melabur dalam emas melalui buku simpanan, duit syiling, kepingan emas dan barang kemas menjadi sesuatu yang baru tetapi kempen besar-besaran, kesedaran orang ramai dan pengguna mulai melihat faedah melabur emas terutamanya melalui GSPA selain duit syiling.
Sebagai contohnya, GSPA menawarkan jaminan keselamatan dan kaedah selamat dalam melabur emas apabila pelanggan boleh membeli logam berkenaan berdasarkan jumlah yang diinginkan tanpa perlu menanggung risiko menyimpannya secara fizikal. Tambahan pula, emas yang dipasarkan melalui GSPA dan Kijang Emas mempunyai ketulenan sehingga 999.9 peratus.
Bagaimana tahap perkembangan GSPA sekarang?
Sehingga November 2009, jumlah akaun GSPA adalah 11,800,658 dengan nilai sehingga lebih RM122 juta.
Apakah strategi yang diambil oleh Maybank untuk meningkatkan kesedaran dalam pelaburan emas?
GSPA kini boleh dibuka di kesemua cawangan Maybank di seluruh negara manakala Kijang Emas pula ditawarkan di 30 buah cawangan terpilih, sesetengahnya di kawasan bandar selari dengan permintaan. Kami telah melaksanakan promosi pemasaran termasuk melalui perbankan Internet di www.maybank2u.com selain maklumat boleh diperoleh daripada kesemua cawangan Maybank dan pengiklanan dalam akhbar-akhbar. Dalam pelancaran pelan deposit jaminan modal terbaru iaitu 1Malaysia Momentum Structured Deposit, emas menjadi aset sandaran bagi mendapatkan potensi produk berkenaan.
Sejauh mana minat yang ditunjukkan terhadap Kijang Emas?
Sejak lima bulan yang lalu kami menyaksikan peningkatan dalam pembelian Kijang Emas. Dalam tempoh berkenaan, purata pertumbuhan bulanan adalah 102 peratus. Jualan pada November tahun ini meningkat lebih 500 peratus berbanding Jun 2009.
Siapakah pelabur GSPA dan Kijang Emas?
Pelanggan kami bagi produk ini terdiri daripada golongan mewah dan individu yang kaya. Kebanyakan mereka berusia lebih 41 tahun dengan kaum Cina mewakili 56 peratus daripada jumlah pelanggan.
Bagaimanakah para pelabur dimaklumkan tentang pelaburan mereka dan bilakah masa yang sesuai untuk membeli dan menjual emas?
Maklumat tentang GSPA dan Kijang Emas boleh diperoleh di cawangan-cawangan Maybank. Harga emas juga boleh diketahui dengan melayari laman web www.maybank 2u.com di mana maklumannya dikemas kini dua kali sehari . Bagaimanapun tiada tempoh masa yang boleh dianggap sebagai ideal untuk jual beli emas. Harga emas ditentukan oleh kuasa pasaran, pelaburan ini memerlukan pelanggan mengkaji aliran harga emas dan harus bersedia menanggung risiko sekiranya harga turun dan naik. Pelanggan perlu membuat keputusan pelaburan berdasarkan strategi pelaburan mereka.
Apakah faedahnya membeli emas melalui GSPA dan Kijang Emas?
Setiap produk mempunyai kelebihannya yang tersendiri. GSPA merupakan pelaburan emas menggunakan buku akaun simpanan. Tiada pegangan emas secara fizikal dalam urus niaga ini kecuali di atas permintaan pelanggan. Pelanggan GSPA mempunyai opsyen untuk menukar akaun pegangan dalam buku simpanan atau (paper gold) kepada memegang emas secara fizikal. Akaun GSPA menawarkan pelaburan emas dalam kadar 10 gram, 20 gram dan 50 gram. Berbeza dengan GSPA, urus niaga Kijang Emas dibuat berdasarkan kiraan auns yang merupakan sebut harga standard. Kijang Emas merupakan produk BNM, jadi ia memberikan keyakinan kepada pelanggan tentang nilai dan ketulenannya sebagai satu pilihan pelaburan.
Apakah perbezaannya dengan pelaburan emas yang dibeli melalui kedai emas?
Emas yang dibeli daripada kedai-kedai emas adalah tertakluk kepada kos hasil kerja tangan berkemahiran tinggi. Emas yang dibeli itu lebih untuk tujuan perhiasan berbanding pelaburan. Tebaran had belian dan jualan juga luas. Bagi mereka yang serius untuk melabur dalam emas, mereka akan melabur dalam akaun emas seperti dalam GSPA dan Kijang Emas.
Sumber : http://www.utusan.com.my
Labels:
BERITA EMAS
Friday, June 10, 2011
KRISTAL GARAM MASAKAN
- Garam masakan dari kristal Himalaya Gred A, suci dan sangat berkhasiat untuk sel-sel tubuh.
- Alternatif yang menyihatkan berbanding garam biasa.
- Gunakan seperti biasa untuk masakan mengikut citarasa anda.
Harga Semenanjung : RM 15.90
Harga Sabah/Sarawak : RM 17.90
CARA PEMBAYARAN
Labels:
ANA EDAR
Thursday, June 9, 2011
Untuk Mu Wanita Solehah : Fathimah az-zahra rha dan Gilingan Gandum
Suatu hari masuklah Rasulullah SAW menemui anakdanya Fathimah az-zahra rha. Didapatinya anakdanya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah SAW bertanya pada anakdanya, “apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Allah SWT tidak menyebabkan matamu menangis”. Fathimah rha. berkata, “ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan ananda menangis”. Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi anandanya. Fathimah rha. melanjutkan perkataannya, “ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta ‘aliy (suaminya) mencarikan ananda seorang jariah untuk menolong ananda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah”. Mendengar perkataan anandanya ini maka bangunlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya “Bismillaahirrahmaanirrahiim”. Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah SWT. Rasulullah SAW meletakkan syair ke dalam penggilingan tangan itu untuk anandanya dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.
Rasulullah SAW berkata kepada gilingan tersebut, “berhentilah berputar dengan izin Allah SWT”, maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah SWT yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, “ya Rasulullah SAW, demi Allah Tuhan yang telah menjadikan baginda dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah baginda menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT suatu ayat yang berbunyi : (ertinya)
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan”.
Maka hamba takut, ya Rasulullah kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka. Rasulullah SAW kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu, “bergembiralah kerana engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fathimah az-zahra di dalam syurga”. Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.
Rasulullah SAW bersabda kepada anandanya, “jika Allah SWT menghendaki wahai Fathimah, niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu beberapa darjat. Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu darjat.
Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit. Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang. Ya Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat.
Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keredhaan suami terhadap isterinya. Jikalau suamimu tidak redha denganmu tidaklah akan aku do’akan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahwa redha suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT?. Ya Fathimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, dan Allah SWT akan mengkaruniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.
Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah SWT akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikaruniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah. Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fathimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), “teruskanlah ‘amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang”. Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyak-kan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai sorga dan Allah SWT akan meringankan sakarotulmaut-nya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga seta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Shirat”
Labels:
ARTIKEL
Wednesday, June 8, 2011
Tuesday, June 7, 2011
Emas & PTPTN
Artikel ini berkisar mengenai tip-tip Bijak Wang dikongsikan khas untuk para penuntut di menara gading. Seperti yang kita ketahui, para penuntut di Universiti secara majoritinye menggunakan khidmat pinjaman PTPTN untuk pembiayaan pengajian mereka. Namun, adakah mereka menggunakan secara berhemah? Hasil pemerhatian dan analisa saya, kebanyakan penuntut hanya menggunakan sebahagian dari pinjaman mereka setiap semester untuk tujuan pengajian. Yang lain-lain dibelanjakan ke mana?…
Sudah pastinya baki wang tersebut dibelanjakan untuk gajet-gajet terkini dengan gaya terkini seperti telefon bimbit yang canggih (Blackberry, Nokia, Iphone), Digital Camera, pakaian berjenama (Guess, Levis), ubahsuai kereta & motosikal, belanja awek, bersukaria dan yang sewaktu dengannya. Bukan untuk menyatakan bahawa benda-benda seperti ini tidak berfaedah tetapi KURANG berfaedah kerana belum sampai masanya para penuntut bergaya dengan benda-benda yang sebegini.
Oleh itu, nasihat saya sebagai bekas mahasiswa dan pernah melalui zaman keseronokan belajar menggunakan pinjaman PTPTN agar kurangkan perbelanjaan yang kurang berfaedah itu. Tumpukan kepada pengajian dan gunakanlah wang yang dipinjamkan oleh kerajaan itu ke arah yang lebih berfaedah dan dapat memberikan hasil kepada anda selepas tamat pengajian nanti.
Tips pada kali ini ialah, laburkan 20%-30% wang pinjaman setiap semester kepada emas. Mengapa saya pilih emas? Ini kerana emas merupakan aset dan pelaburan yang mempunyai security yang paling tertinggi / selamat di dalam kelasnya.
Sebagai contoh pengiraan :-
Pinjaman PTPTN setiap semester ialah RM 3500.
20% – 30% dari RM 3500= RM 700 – RM 1050
Harga 1 dinar emas sekarang (19/8/2010) ialah RM588.
Setiap semester, laburkan 20% – 30% itu untuk membeli emas. Dalam kes ini, anda dapat membeli dan mengumpul emas 1 dinar setiap semester. Katakan tempoh pengajian anda ialah 8 semester dan jika anda tertib mengumpul dan sabar (“berakit ke hulu, berenang ke tepian”), selepas tamat belajar anda dapat mengumpul sebanyak 8 dinar.
Sekarang ialah tahun 2010 dan anggaran anda tamat belajar ialah pada tahun 2014 (andaian).
Kenaikan harga emas selepas 4 tahun ialah 108% dengan andaian purata kenaikan harga emas ialah 20% (purata peningkatan tahunan paling rendah) setiap tahun.
Jadi, setiap 1 dinar emas anda pada awal tahun 2015 ialah, RM 588 x 108% = RM 1160
Anda sudah mengumpul 8 dinar semasa belajar di universiti dan selepas tamat belajar iaitu pada tahun 2015, nilai dinar emas anda ialah, 8 dinar x RM1160 = RM9280.
Jika anda sabar dan berkorban sedikit semasa belajar dari nafsu kemewahan/bergaya maka itulah hasilnya. RM9280 telah berjaya anda kumpul. Kemudian, bagaimana untuk tukarkan emas kepada RM?… Sekiranya ingin menggunakan duit setelah bersusah payah mengumpul/melabur emas anda bolehlah jual semula emas tu kepada saya atau Public Gold ataupun mana-mana Kedai Emas yang lain. Ingat..apa yang anda kumpul selama ini ialah EMAS.. jadi, dimana-mana sahaja emas ini tetap bernilai dan boleh dijual semula pada bila-bila masa.
Oleh itu, kumpul emas sebanyak dan simpanlah selama yang mungkin selagi tidak terdesak untuk menggunakan tunai (RM). Kerana….SEMAKIN LAMA MENYIMPAN EMAS, SEMAKIN MAHAL HARGANYA…
Sumber :
Mahasiswa, PTPTN & Bijak Wang @ Danishgold.net
Labels:
DINAR DAN DIRHAM
Monday, June 6, 2011
KELEBIHAN SUSU KAMBING
KELEBIHAN SUSU KAMBING
Paling hampir dengan susu ibu(minuman terbaik di dunia selepas susu ibu).
Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah).
Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila…).
Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu.
Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat.
Kambing betina beranak 2 kali setahun,1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor.
Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari.
Susu kambing lebih mudah dihadam. Hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam.
KHASIAT SUSU KAMBING
Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit “dalaman” seperti:
Penyakit deman kuning.
Penyakit lemah jantung.
Penyakit darah tinggi.
Penyakit migrane / kerap merasa pening kepala.
Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang.
Penyakit batuk kering atau TB.
Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis.
Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut.
Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin.
Sesuai diminum diwaktu pagi(sebelum bersarapan) dan malam(sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja).
Labels:
HR MARKETING
Sunday, June 5, 2011
Kelebihan Dan Khasiat Halba
Halba digunakan sebagai membantu penghadaman. Halba juga digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Kajian telah menunjukkan halba adalah pemangkin pengeluaran susu ibu dan penggunaannya didapati meningkatkan pengeluaran susu sebanyak 900%.
Halba digunakan dalam masakan harian orang Melayu dan India.
Jika tidak digunakan dalam masakan, Cara mengambilnya ialah ambil satu sudu teh halba ke dalam cawan atau gelas, masukkan air panas dan biarkan semalaman. Air halba diminum pada waktu pagi hanya sekali sehari. Jika hendak dimakan secara suplemen berkapsul, boleh dibeli di farmasi dengan nama Fenugreek atau HERBANA.
Rasulullah saw bersabda :
” Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas “
(Books of Sufi Healing m.s.58)
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yangsedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makanHalba dan Kurma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
” Gunakanlah Halba sebagai ubat”
( Qamus Al-Tibb Ahad Qodamah-Mesir)
KEGUNAAN Halba
1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia
3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu
5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.
Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
Labels:
KHASIAT SAYUR
Untukmu Gadis Yang Meningkat Remaja .
Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki.
Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah.
Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.
Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.
Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung.
Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan.
Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"
Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".
Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.
Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.
Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"
Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".
Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik.
Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku?
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu.
Saya sendiri jadi bingung. Bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.
Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah.
Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri.
Tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan.
Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak.
Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun).
Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.
Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah.
Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.
Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya". Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.
Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya.
Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini.
Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.
Butirannya seperti ini, soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
Annisa: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!
Isteri jiranku: Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.
Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.
Isteri jiranku: Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa: Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.
Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?
Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita!
Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.
Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.
Annisa: apakah hakikat tudung?
Isteri jiranku: Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia.
Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.
Annisa: Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua.
Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.
Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.
Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.
Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung, Allah SWT.
Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.
Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu
"buta, tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"
Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.
Subhanallah! Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua, wassalam.
Labels:
KARYA KREATIF
Saturday, June 4, 2011
Aveana - Night Revival Cream
Fungsi :
Mengandungi Vitamin dan bahan semulajadi untuk mengurangkan pigmentasi pada wajah.
Membantu menjadikan tonasi kulit lebih serata dan meransang kulit menjadi lebih lembut dan anjal.
Cara Penggunaan :
Sapukan pada bahagian pigmentasi pada setiap malam pada kulit yang bersih.
HARGA
RM79.00
CARA PEMBAYARAN
Labels:
dnavechee
Friday, June 3, 2011
Harga Emas Dalam Masa 10 Tahun
Salam semua , tahukah anda harga emas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.Peningkatan harga emas dunia boleh dikatakan stabil sehingga hari ini.Dengan membuat pelaburan emas , anda tidak akan rugi sama sekali sebaliknya sentiasa mengaut keuntungan.Tapi masih ramai yang tidak menyedari akan potensi pelaburan emas.Mereka lebih gemar membuat pelaburan saham yang entah apa-apa.So mengapa anda masih menungu dan terus menunggu sedangkan peluang meningkatkan taraf hidup anda sudah tersedia.
Berdasarkan carta dibawah kenaikan harga emas dunia sebanyak 284% dalam masa 10 tahun.Ini bermakna dalam setahun kenaikan harga emas adalah 28.4%.So marilah kita sama-sama mengambil peluang meningkat taraf ekonomi melalui pelaburan emas.
sumber: emaskini.com
Labels:
PELABURAN EMAS
Thursday, June 2, 2011
Kapsul Thina Serai Limau Nipis (100 biji)
♥membuang Lemak dan melangsingkan badan
♥Membuang angin dan melegakan otot, sendi serta sengal-sengal tubuh
♥Melegakan kembung perut dan sakit belakang
♥Melegakan senggugut bagi wanita
♥Terkena bahan panas dan gigitan serangga
♥Aktiviti kesukanan
♥Ibu selepas bersalin
HARGA
RM50.00
CARA PEMBAYARAN
Labels:
YUSMIRA
Wednesday, June 1, 2011
Rendang Daging
Masakan rendang sudah pasti menjadi juadah kegemaran masyarakat Malaysia ketika menyambut Hari Lebaran. Selain rendang daging yang menjadi pilihan utama, terdapat juga rendang ayam dan rendang kerang.
Rendang daging sangat sedap dimakan bersama lemang atau ketupat. Malah dengan nasi kosong atau pulut kosong pun dah sedap.
Apapun, kali ni, mari kita belajar masak rendang daging untuk raya nanti.
Bahan-bahan
■1 kilo daging, dipotong ikut suka
■1 liter santan
■½ cawan kerisik
■2 keping asam keping, direndam, cuci bersih dan dihiris halus
■2 helai daun limau purut
■1 ketul gula melaka (sederhana besar)
■4 sudu makan gula
■Garam secukup rasa
■Serbuk perasa jika suka
Bahan untuk dikisar
◦20 batang lada merah
◦20 batang cili padi thailand
◦500 gram bawang kecil
◦6 biji bawang besar
◦10 ulas bawang putih
◦5 batang serai
◦3 inci halia
◦4 inci kunyit hidup
◦1 inci lengkuas
◦1 helai daun kunyit (batangnya dibuang)
Cara-cara
01.Bahan yang telah dikisar dimasukkan dalam kuali bersama daging.
02.Masak sebentar sehingga kering airnya sedikit, kemudian masukkan santan, gula melaka, kerisik, daun limau purut, asam keping, garam dan serbuk perasa.
03.Masak lagi sehingga ia kering. Angkat dan hidangkan
Labels:
RESEPI
Subscribe to:
Posts (Atom)