Thursday, March 31, 2011

Aveana - Eye Contour Gel


Aveana - Eye Contour Gel (15gms)

Fungsi :
Aveana Eye Contour Gel mengandungi ekstrak teh hijau untuk mengembalikan kesegaran di sekitar mata.
Ia membantu mengurangkan lingkaran hitam, garis-garis halus dan kedutan di bahagian mata.
Ianya meresap ke dalam kulit dan tidak melekit.
Sesuai digunakan pada waktu pagi dan malam.
Soothing and revitalizing the eye area. Smooth and non-greasy.

Cara Penggunaan:
Sapukan Eye Countour Gel di sekeliling mata pada setiap pagi dan malam untuk kesan yang menakjubkan.
Directions of use: Apply evenly around the eye area. Use daily to diminish lines, wrinkles, puffines and dark circles.

HARGA RM59.00

CARA PEMBAYARAN

Wednesday, March 30, 2011

Petua & khasiat Madu Lebah


Berikut beberapa petua & khasiat Madu Lebah
Petua 1 : Untuk Mendapatkan Anak
Ramuannya
1- 3 Ulas Bawang Besar
2- 1 biji telur ayam kampung
3- Madu Lebah secukupnya

Kesemua bahan tadi hendak dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan,
sebelum itu hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman,
sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasullullah s.a.w. Bacalah
selawat sebelum meminum air tersebut.


Petua 2 -Untuk Mengatasi masalah serangan angin, biasa didalam perut
1- Madu Lebah
2 - Bawang Merah
3- Halba

Bawang merah hendaklah ditumbuk sehingga lumat, kemudian airnya
diperah . Halba hendaklah direbus hingga hancur dan lembik. kedua-dua
dicampurkan dengan madu.Ramuan ini hendaklah diminum setiap pagi.


Petua 3 - Untuk menstabilkan Tenaga Batin
1- Madu Lebah
2- Bawang Merah

Madu lebah dan bawang merah itu direbus sehingga bau bawang merah itu
hilang. Campuran itu hendaklah dimunum satu sudu makan tiap hari
selepas makan. Jumlah madu dan bawang merah hendaklah dalam sukatan
yang sama.

Monday, March 28, 2011

LOSYEN SERAI WANGI LIMAU NIPIS + PATI HALIA



Rumusan istimewa untuk menjauhkan nyamuk serta membantu melangsing dan mencantikkan bentuk badan.

HARGA RM30.00 (160ML)

PROMOSI
SEBOTOL RM 29.00
POS LAJU FREE

CARA PEMBAYARAN

Friday, March 25, 2011

Bagaimana Hendak Memulakan Pelaburan Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ramai yang tanya bagaimana hendak memulakan pelaburan emas? Jawapan saya amat mudah, jika anda mempunyai wang simpanan yang mencukupi anda sudah boleh memulakan pelaburan emas.

Bila masa yang sesuai untuk membeli emas?


Bagi anda yang baru hendak memulakan pelaburan emas, anda tidak perlu tunggu masa yang sesuai. Ada duit cukup, jalan...


Kalau beli sekarang harga akan turun, nanti aku rugi la...

Jangan ada mindset seperti ini, anda beli emas bukan beli handphone atau kereta. Ingat walaupun rugi dalam RM 10 (Katakan la....) harga emas akan naik dalam 20-40% setahun. Beli sekarang tunggu dan sabar...

Kalau dah beli nak buat apa dengan emas tu?


Ok, jika anda sudah membeli emas, apa lagi simpan la... Ingat emas yang anda beli bertujuan untuk pelaburan... Kalau nak simpan, simpan dalam tempoh masa yang panjang, setahun baru nampak hasil

Kalau beli rantai emas sesuai tak?

Rantai emas kurang sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan kerana nilai spread jualannya yang agak tinggi. Yang paling sesuai ialag goldbar berketulenan 999.




Kalau saya simpan Dinar/Emas kena keluar zakat tak?


Wajib bila sudah cukup nisab, bagi emas yang disimpan berat yang wajib dikeluarkan zakat ialah 85gram dan keatas. Jika dinar emas ia bersamaan 20 Dinar emas. Jumlah yang perlu dikeluarkan zakat ialah 2.5%


Saya memulakan pelaburan emas pada 19 Ogos 2010, selepas terbaca artikel yang ditulis oleh Nik Aziz Nik Mat berkaitan dengan pelancaran Dinar Emas. Sejak itu bermulalah pengembaraan saya mencari Rahsia Emas. Saya tak pegang prinsip " Tunggu Harga emas turun baru beli" apa yang saya buat, saya terus ke Public Gold di Bukit Jambul dan saya membeli 3 Keping 1 Dinar. Waktu tu harga 1 Dinar = RM586. Mula-mula ingat nak melabur, tapi terus saya ambik keputusan untuk jadi dealer. Jom, kawan-kawan kita perlu bijak merancang kewangan masa depan, masa muda jangan terlalu enjoy dengan barang berjenama...

Jangan Tunggu lama-lama... ada wang terus melabur dengan emas...

sumber: kilauandinar.blogspot

RAHSIAKECANTIKAN.COM MENJUAL DAN MEMBELI EMAS PELABURAN (GOLD BAR / DINAR)

BERMINAT UTK MENJADI DEALER PUBLIC GOLD ATAU INGIN MEMBELI EMAS PELABURAN SILA EMAIL rahsiakecantikan@yahoo.com.

Thursday, March 24, 2011

PAMOGA - VIDA BEAUTY


Membantu Mengatasi Masalah..

1.Membantu & Menjaga Organ Dalaman
2.Membantu mengurangkan sakit sendi & lutut
3.Membantu merawat lemah otot
4.Kulit melecur & kulit muka
5.Mengawal suhu badan
6.Mengurangkan parut pada badan & muka
7.Mencantik bulu mata & kening
8.Masalah kulit & bibir kering
9.Mata lebam & kurang tido
10.Menaikkan seri wajah
11.Menyubur rambut

HARGA 168.00 (FREE POSTAGE)

CARA PEMBAYARAN

Tuesday, March 22, 2011

Persiapan utama berumahtangga


MEMILIH ISTERI DENGAN BAIK

“Dan, kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang (berkahwin) dari hamba-hambanya sahayamu yang lelaki dan hamba-hambanya sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan, Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur : 32 )

Ciri-ciri isteri solehah yang telah ditetapkan dalam sunnah Rasulullah saw:

Menjalankan perintah agama, wanita yang cantik, yang kaya, yang baik keturunannya dan beriman.

1- Wanita solehah, seperti hadis Rasulullah saw bahawa dunia ini seluruhnya adalah kesenangan. Tetapi sebaik-baik kesenangan di dunia adalah isteri yang solehah.

2- Membantu suami ke jalan kebaikan, Rasulullah saw bersabda : “Hendaklahnya kalian memiliki hati yang selalu bersyukur, lidah yang selalu berzikir, dan isteri mukminah yang menolongnya melakukan urusan akhirat.”

3- Wanita penyayang dan berketurunan, Rasulullah saw bersabda : “Nikahilah wanita yang penyayang dan berketurunan atau boleh melahirkan zuriat, sebab aku akan membanggakan kalian di hadapan para nabi kelak di hari kiamat”.

Rasulullah saw menjelaskan jika wanita solehah adalah satu perkara yang membawa kebaikan dalam hidup seorang lelaki, maka wanita yang buruk (jahat) adalah salah satu dari empat perkara yang mendatangkan penderitaan, seperti yang disebutkan dalam hadith sahih yang bermaksud:

“Di antara yang mendatangkan kebahagian itu ialah perempuan solehah yang jika kamu melihatnya maka akan membuatmu terhairan-hairan, dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka dia akan menjamin keamanannya pada dirinya dan hartamu. Dan di antara yang mendatangkan penderitaan ialah wanita yang jika kamu melihatnya akan bersikap buruk padamu dan melontarkan kata-kata yang kasar kepadamu, dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka kamu tidak akan merasa aman pada dirinya dan hartamu.”

BERUSAHA MEMPERBAIKI ISTERI
Apabila isteri itu seorang yang solelah, maka itu merupakan kenikmatan dan anugerah Allah. Tetapi, jika ia tidak solehah atau tidak baik, maka merupakan kewajipan pemimpin rumah tangga untuk berusaha memperbaikinya. Perkara ini boleh terjadi kerana beberapa sebab, di antaranya jika seorang lelaki mengahwini wanita yang pada dasarnya tidak taat agama, kerana lelaki tersebut pada mulanya tidak memberi keutamaan pada aspek keagamaan calon isterinya, atau ia menikahinya dengan harapan dapat memperbaikinya kemudian, atau kerana desakan dan paksaan keluarganya. Namun, ia hendaklah terlebih dahulu mengetahui bahawa yang memberi hidayah itu Allah, dan Allahlah yang sebenarnya memperbaiki keadaan. Selain dari mendidik suami hendaklah sentiasa berdoa semoga isteri mereka akan berubah menjadi insan yang lebih baik dan akhir sekali bertawakkal kepada Allah.

Untuk memperbaiki isteri ada beberapa cara:

1.Memberikan tumpuan untuk memperbaiki cara peribadatannya kepada Allah Taala.
2.Berusaha memperbaiki aspek keimanannya, seperti:
a) Menganjurkannya melakukan qiyamullail (solat malam).
b) Menganjurkan supaya rajin membaca Quran.
c) Menganjurnya untuk menghafal zikir-zikir dan doa-doa serta mengingatkannya agar melakukannya pada waktu-waktu dan kesempatan-kesempatan yang di anjurkan.
d) Mendidiknya agar rajin bersedekah.
e) Menyuruhnya agar membaca buku-buku keislaman yang bermanfaat.
f) Menyuruhnya agar mendengar kaset-kaset keIslaman yang berfaedah, baik yang berkenaan dengan ilmu pengetahuan mahupun pembinaan keimanan, serta terus berusaha untuk menyediakan kaset-kaset tersebut.
g) Memilih sahabat-sahabat dari kalangan wanita-wanita yang beragama, dan mengikat tali persaudaraan bersama mereka, sebagai teman berbincang dalam kebaikan dan saling kunjung-mengunjungi dengan tujuan-tujuan yang bermanfaat.
h) Mencegahnya dari melakukan kejahatan dan menutup pintu-pintunya dengan cara menjauhkannya dari bergaul dengan teman-teman yang buruk perangainya dan menjauhi tempat-tempat kejahatan.
SUASANA RUMAH TANGGA YANG DIBERKATI




Rumah sebagai tempat mengingat Allah

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Perumpamaan rumah yang dijadikan tempat mengingat Allah dan rumah yang tidak dijadikan tempat mengingat Allah adalah bagaikan perbezaan antara orang yang hidup dan orang yang telah meninggal.”

Apabila rumah dijadikan tempat mengingat Allah, maka malaikat akan masuk ke dalamnya dengan membawa rahmat dan berkat. Mengingat Allah dengan banyak membaca Al- Quran, solat, zikir dan mengkaji ilmu agama dan membaca beraneka ragam ilmu. Selain itu rumah tersebut juga harus jauh dari kemaksiatan dan kemungkaran dengan dipenuhi dengan gambar-gambar khurafat, patung-patung, lagu-lagu yang mengkhayalkan dan minuman keras.

Rumah sebagai kiblat, tempat sujud dan ibadah kepada Allah Taala

◦Pendidikan keimanan terhadap ahli keluarga
a) menyuruh isteri solat malam
b) menyuruh isteri bersedekah
Jika ketua rumah tangga ingin menunjukkan teladan yang baik bagi anggota keluarganya maka hendaklah ia berpuasa pada ayyamul baidh “Hari-hari purnama” (tanggal 13, 14, 15), puasa Isnin-Khamis, puasa Hari Tasua (tanggal 9 Muharram), puasa Hari Asyura’ (tanggal 10 muharram), puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) dan banyak berpuasa pada bulan Muharram dan bulan Syawal, sehingga keteladanan ini akan menjadi pendorong bagi ahli keluarga.

◦Amalan sunnah dalam rumahtangga
a) Bacaan ketika masuk rumah, masuk ke rumah dengan menyebut nama Allah.
b) Doa ketika keluar rumah, keluar rumah dengan menyebut nama Allah dan membaca doa.
c) Bersiwak, Rasulullah SAW apabila ingin masuk ke dalam rumah baginda akan memakai siwak yaitu membersihkan gigi dengan kayu siwak.
Sentiasa mengamalkan doa-doa & amalan Rasulullah saw dalam apa jua aktiviti kehidupan sehari-hari.

◦Mengusir syaitan dari dalam rumah
Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah menjadikan rumah kalian laksana kuburan. Sesungguhnya syaitan itu akan pergi dari rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah di dalamnya.”
Dalam riwayat yang lain Rasulullah SAW menerangkan, “Bacalah surah Al-Baqarah di dalam rumah kalian sebab syaitan tidak akan masuk ke dalam rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah di dalamnya.”

Mengenai keutamaan dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah itu, serta pengaruhnya kerana membacanya di dalam rumah, baginda menyebutnya: “Sesungguhnya Allah Taala telah menulis sebuah kitab dua ribu tahun sebelum Ia menciptakan langit dan bumi, dan kitab itu berada di Arasy, dan Allah telah menurunkan darinya dua ayat yang Allah jadikan sebagai penutup surah Al-Baqarah. Jika kedua ayat tersebut tidak dibaca di dalam sebuah rumah selama tiga hari maka ia akan didekati oleh syaitan.”

MENGUTAMAKAN PENDIDIKAN AGAMA & MENGAJARKAN HUKUM-HUKUM ISLAM

1.Melakukan solat di rumah.
2.Bukan orang lain menjadi imam.
3.Meminta izin, hendaklah orang Islam meminta izin sebelum memasuki mana-mana rumah, dan janganla dia masuk kecuali dengan izin shahibu bait.
4.Tidak perlu meminta izin masuk ke rumah penginapan (tamu).
5.Diizinkan makan di rumah para keluarga.
6.Meminta izin masuk ke bilik istirehat ibu-bapa.
7.Larangan membuang masa di rumah orang lain tanpa izin mereka.
8.Menetap di rumah semasa iddah.
9.Memisahkan tempat tidur bagi isteri yang nusyuz (yang tidak taat padanya) untuk memberi pengajaran supaya isteri tersebut berubah.
10.Tidak tidur malam sendirian di rumah, diriwayatkan oleh ibn Umar Rasulullah SAW melarang orang bersendirian di dalam rumah kerana bahaya bagi dirinya, larangan ini demi kemaslahatannya.
11.Tidak tidur di atas loteng yang tidak ada dindingnya, kerana jika orang itu jatuh ke bawah lalu mati maka tidak ada orang yang dapat dipertanggungjawabkan atas kematiannya.
12.Kucing tidak najis, dan Rasulullah SAW bersabda bahawa: “Kucing tidak najis, dan termasuk binatang yang bolak-balik di hadapan kalian”.
SALING BERKOMUNIKASI DALAM KELUARGA

1.Menyediakan masa bersama untuk ahli keluarga, Allah menerangkan di dalam Al-Quran, “…sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka…”
2.Menyembunyikan perselisihan keluarga di hadapan anak-anak.
3.Tidak menerima tetamu yang tidak disukai.
4.Mengawasi aktiviti-aktiviti keluarga, siapa teman mereka, apa yang dibawa masuk ke dalam rumah, apa yang terdapat di dalam bilik mereka dan ke mana anak-anak pergi dan dengan siapa mereka pergi.
MEMBERIKAN PERHATIAN KEPADA ANAK-ANAK

◦Hafalan Al-Quran dan kisah-kisah dalam Islam
Tidak ada yang lebih baik bagi seorang bapa selain membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada anak-anaknya dan menerangkannya secara sederhana, serta memberi hadiah apabila mereka menghafalnya. Anak-anak dapat menghafal surah yang sering dibaca oleh bapanya misalnya, apabila sering diadakan majlis ta’lim dirumah pada setiap jumaat dan pada majlis itu sering dibaca surah Al- Kahfi maka tidak mustahil anak itu dapat menghafal surah tersebut dengan cepat. Sering menceritakan pada anak-anak kisah-kisah nabi, kisah teladan dan pahlawan-pahlawan Islam. Mengajar anak-anak zikir dan doa-doa harian yang dapat diamalkan oleh anak-anak seharian dan yang paling utama sekali bapa harus menunjukkan contoh yang baik supaya dapat diikuti olah anak-anak.
◦Memperhatikan sahabat anak-anak
◦Menyediakan permainan yang bermanfaat
◦Memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan
◦Akrab dan lemah lembut terhadap anak-anak
◦Displin waktu tidur dan makan
◦Menilai pekerjaan wanita di luar rumah, dengan memastikan bahawa isteri dan anak-anak mempunyai pekerjaan dan halal di sisi agama
◦Menjaga rahsia rumah-tangga
a) Tidak menyebarkan rahsia hubungan suami-isteri.
b) Tidak menyebarkan perselisihan-perselisihan yang terjadi antara suami-isteri.
c) Tidak membongkar apa saja yang bersifat peribadi, sekiranya dibongkar di hadapan orang lain akan menimbulkan mudharat bagi rumahtangga atau salah seorang ahlinya.
KEPERIBADIAN DALAM RUMAHTANGGA

1.Bersikap lemah lembut terhadap ahli keluarga.
2.Membantu menyelesaikan pekerjaan rumah.
3.Bermesra dengan keluarga.
4.Mencegah akhlak tercela di dalam rumah seperti dusta, ghibah (memperkatakan keburukan orang lain), namimah dan sebagainya.
5.Menggantungkan cabuk pada tempat yang dapat dilihat oleh anggota keluarga, sebagai amaran bahawa apabila ada diantara anggota keluarga yang melakukan kesalahan berat maka mereka akan dihukum.
MENGHINDARI KEMUNGKARAN DI DALAM RUMAH

1.Berhati-hati, jangan sampai kerabat yang bukan mahram masuk ke dalam rumahnya yang ada wanita di dalamnya pada waktu ketiadaan suaminya.
2.Memisahkan para lelaki dan wanita ketika melakukan kunjungan keluarga.
3.Bersikap waspada pada pemandu dan pembantu rumah.
4.Berhati-hati pada bahaya TV dan video.
5.Berhati-hati pada bahaya telefon.
6.Wajib menghilangkan segala bentuk symbol keagamaan orang-orang kafir dan agama batil dari dalam rumah.
7.Menghilangkan gambar-gambar yang bernyawa.
8.Laranglah merokok di rumah anda.
9.Hindari jangan sampai anda suka memelihara anjing di rumah.
10.Menghindari mengukir atau menghiasi rumah sehingga menyerupai rumah orang kafir.
MEMILIH LOKASI DAN SUASANA KEDIAMAN

1.Lokasi rumah
Sebaiknya, lokasinya dekat dengan masjid. Dalam hal ini, terdapat berbagai faedah yang amat besar nilainya, dengan mendengar azan, maka akan memudahkan bagi kaum lelaki pergi solat berjemaah, bagi wanita mudah ke majlis ilmu dan bagi kanak-kanak pergi ke kelas Al-Quran. Hendaklah rumah itu tidak berada pada bangunan yang ada kefasikan, atau berada pada kompleks perumahan yang ada padanya orang-orang kafir dan didalamnya terdapat kolam renang yang akan berkumpul lelaki dan perempuan. Kemudian rumah tidak terbuka, kalau pun terjadi demikian maka hendaklah dibuat tabir atau dengan meninggikan tembok.
2.Suasana di dalam rumah, hendaklah diperhatikan kemungkinan memisahkan antara lelaki dan perempuan dengan memasuki pintu yang berlainan. Jika hal ini tidak ada memadai dengan memasang pemisah dengan kain.
3.Memilih tetangga dahulu sebelum memilih rumah
Rasulullah Saw telah memberitahu mengenai empat perkara yang dapat mendatangkan kebahagian, lalu baginda menyebut hal itu, dan di antaranya ialah al-jar ash-shalih tetangga yang soleh. Juga baginda memberitahukan empat perkara yang dapat mendatangkan keburukan di antaranya ialah al-jar as-su tetangga yang jahat.
4.Menyediakan kemudahan untuk ahli keluarga, kemudahan perabot di rumah dan keselesaan di rumah.
5.Mengutamakan kesihatan ahli keluarga. Rasulullah SAW apabila salah seorang dari keluarganya mengalami sakit, baginda menghembuskan berbagai bacaan ta’awwudz (meminta perlindungan) kepadanya.
Dinukil dari buku “RumahTangga Idola”
Oleh Muhammad Al-Munajjid
Darul Nu’man

Sunday, March 20, 2011

Minyak Zaitun Softgel


Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.

Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan.

Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.

KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN

•Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
•Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
•Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
•Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
•Antioksidan dan antikanser
•Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
•Membekal vitamin E
•Kestabilan asid lemak
•Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan

Harga
Semenanjung Malaysia: RM 32
Sabah & Sarawak: RM 36



CARA PEMBAYARAN


==========================================

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Minyak Zaitun Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

MInyak Zaitun
Ada dua sediaan minyak zaitun,satu dalam bentuk minyak(asal) kedua pula dalam bentuk soft gel.Minyak zaitun untuk kegunaan makan/ubat ialah dari jenis extra virgin olive oil.Ciri istimewa dalam minyak zaitun HPA ialah kerana ia dari negara para ambia’ (Syiria)

Minyak berkualiti tinggi sangat diperlukan terutama untuk masalah saraf seperti kebas-kebas di hujung jari.Keistimewaan minyak zaitun sangat dirasai kerana ia di sebut Allah berkali-kali dalam Al- Quran.Dos yang mencukup untuk sekali pengambilan ialah 3 sudu besar/3 kali sehari.

Darah tinggi,ketumbuhan di payu dara dan buasir antara penyakit yang sangat berkesan dengan terapi minyak zaitun.InsyaAllah HPA akan terus keluarkan dalam bentuk minyak selain dari produk soft gelnya yang mula diberi perhatian.

Satu lagi minyak zaitun sangat baik juga untuk program detox(pembuangan racun dihati) InsyaAllah.

LDL penyebab sakit jantung.
LDL dikenali sebagai kolestrol buruk yang boleh menyebabkan berlakunya ketersumbatan dalam arteri darah terutama di jantung. Biasanya LDL di kurangkan dengan peningkatan HDL . Banyak herba dalam HPA yang berfungsi bagi mengurangi LDL iaitu omega 3 soft gel,VCO soft gel dan Minyak zaitun Soft . Pengambilan mestilah istiqamah dengan setiap jenis tidak kurang dari dos 2×3 sehari.

Minyak ikan yang mengandungi omega 3 yang tinggi sangat berkesan sama ada dalam bentuk soft gel ataupun kapsul. Jika disinergikan dengan herba tuju angin kapsul ia menjadi lebih berkesan. Salah satu tanda LDL yang tinggi seseorang itu menjadi cepat marah dan berlakunya penyakit darah tinggi.

Terjadinya plak di gigi juga sebagai petanda terbentuknya penompokan plak dijantung akibat dari LDL yang terlalu tinggi.



Friday, March 18, 2011

Nilai Wang Kertas Sentiasa Jatuh!


Tahukah anda bahawa nilai wang kertas akan jatuh di dalam jangka masa panjang?

Ya, hakikatnya nilai wang kertas pasti akan jatuh di dalam jangka masa panjang disebabkan oleh faktor Inflasi.

Sebaliknya nilai emas akan naik dalam jangka masa panjang, lain pula ceritanya dengan wang kertas.

Di dalam jangkamasa panjang wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Ini kerana semakin lama disimpan maka nilai wang kertas semakin merosot.

Kuasa beli wang kertas 10 tahun dahulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang.

Kuasa belinya semakin merosot akibat inflasi. Sebagai contoh, pada tahun 1970-an, kebanyakan pelajar sekolah rendah membawa wang belanja antara 20 sen ke 30 sen sahaja.




Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minuman.

Bagaimana dengan sekarang? – tahun 2011?

Wang saku RM2 hingga RM3 belum tentu cukup, bahkan ada pelajar yang membawa wang saku ke sekolah sekurang-kurangnya RM10.

Nah, lihatlah apa yang akan berlaku jika kita terus simpan wang dalam nilai RM. Langkah terbaik sekarang adalah dengan menambat nilai RM pada NILAI harga EMAS.

Sebabnya hanya satu, harga emas sentiasa NAIK dan nilai wang kertas sentiasa JATUH!



Wednesday, March 16, 2011

EXAMO CKM 500 PLUS


Kategori: Homeopati

Isi: 28 biji

Kesesuaian:
Semua peringkat bagi yang sedang belajar dan membuat persiapan menghadapai peperiksaan.

Kesan Kegunaan:
Membantu mempercepatkan tindakan EXAMO-CKM 500 terhadap diri seseorang yang agak lembab menerima kesan baik itu. Sama perananya seperti pemangkin (catallyst).

Cara penggunaan:
1 biji sekali seminggu

Lain-lain kegunaan:
Dapat membantu EXAMO-CKM 500 terutama dalam kes-kes berikut:
a) Lupa yang amat teruk.
b) Hilang semangat untuk belajar dan bekerja.
c) Peribadi terbelah (split peronality).
d) Perasan mendengar bisikan dari belakang.
e) Rasa ada bebola tersangkut di kerongkong

HARGA RM 28.00

CARA PEMBAYARAN

Monday, March 14, 2011

Terus Berdarah

"Sejak bila kamu merasakan ini adalah tindakan yang betul, akhi?", Aazad memandang ke dalam mata Abbas sahabatnya.

"Sejak bila?", Abbas memandang tepat ke langit.

"Kamu berdiam tidak akan menyelesaikan apa-apa akhi". Abbas mengalih pandangan dari langit kepada Aazad. Menarik nafas dalam-dalam.

"Burung itu di dalam sangkar mereka, tapi kuncinya ada padaku. Aku percaya begitu, wahai Aazad. Dan setiap kali, burung itu minta dibebaskan, dan adakah aku ingin menjadi orang yang zalim untuk tidak berbuat serupa itu?".

"Adakah kamu sudah tetap pendirian?"

"Setelah kamu berazam, maka bertawakallah (Ali Imran 3:159) "

"Jaga akhi,mungkin sahaja kamu memahamnya dengan salah..."

"Dan jika aku memahamnya dengan salah, maka berbahagialah aku dengan kesalahanku"

Sudah dua minggu tiada perkhabaran daripada Abbas. Seusai menunaikan solat Isya', Aazad bermalas-malas di hadapan televisyen. Alat kawalan sudah berada di dalam tangan dan 'beep....' t.v dihidupkan.

Sekarang belum lepas jam 9, jadi hanya siaran berita yang menjadi santapan untuk Aazad. Aazad menatap kosong kaca t.v Berita-berita yang tersiar tidak sedikit menarik minatnya. Aazad berbaring. TV masih dihidupkan. Merenung kipas syiling yang berputar malas-malas.


"Berita tergempar, kami baru mendapat berita yang kediaman rasmi wakil kedutaan Amerika Syarikat telah diceroboh seorang pemuda yang membawa bersama-samanya sejumlah besar bahan letupan.

Menurut pegawai polis yang berada di kawasan kejadian, melaporkan penceroboh itu tidak ingin berunding tetapi hanya mahu satu siaran langsung dari kediaman wakil kedutaan itu mengenai kejadian yang berlaku sekarang disiarkan di setiap kaca televisyen. Walaubagaimanapun, pihak polis masih sedang berusaha"

Aazad terbangun dari baring. Matanya tepat memandang kaca t.v.

"Allahu, Abbas apakah engkau disebalik semua ini?".

Alat kawalan dicapai dan cepat-cepat Aazad menukar ke siaran lain jika ada berita lanjut mengenai kejadian itu. Ditukarnya pantas-pantas. Dia ingin lihat jika ada siaran televisyen yang memaparkan lakaran wajah 'suspek'. Jarinya berhenti memicit punat alat kawalan bila terpandang satu lakaran wajah.

"Ya, Allah, Abbas...". Aazad dengan pantas memakai jaket dan keluar.

"Wahai orang muda! Lebih baik kamu menyerah. Apa yang kamu lakukan adalah sia-sia". Seorang pegawai polis cuba berunding.

Pada masa yang sama dia mengarahkan anak buahnya mengelilingi kawasan kediaman kedutaan dan bertindak menahan 'suspek' jika ada peluang untuk berbuat demikian.

Orang ramai mula meramai sekitar kawasan. Ada pegawai polis cuba menenangkan keadaan. Aazad berhimpit diantara lautan manusia cuba melepasi sekatan pegawai polis. Lautan manusia kian bersesak, pegawai polis yang cuba berunding kian mendesak, Aazad makin hebat berasak lepas dari sekatan.

"Jika kamu ada peluang, lepaskan tembakan kepada suspek tapi jangan sampai membunuh. Suspek akan kita tahan untuk siasatan, mungkin dia ada kaitan dengan mana-mana cawangan penjenayah".

Pegawai polih mengarah anak buahnya terarah.

"Jika kamu ada apa-apa tawaran supaya kami dapat membebaskan tebusan sila nyatakan".

Terus memujuk. Jeda sekejap.

"Saya ulangi, jika kamu ada apa-apa tawaran, kami bersedia mendengarnya".

Semua yang berada di situ menanti. Menanti. Menanti.

"Jika kamu ada apa-apa...".

"Apa ketika anak-anak kecil di bumi yang diperang tentera syaitan Zionis dan Amerika merayu nyawa, rayuan mereka didengar?Apa ketika anak gadis Afgan meminta jangan sampai mereka mengusung zuirat busuk tentera-tentera Zionis dan Amerika, mahkota mereka tidak diusik?

Apa ketika orang-orang tua Iraq meminta kepada tentera-tentera yang dilaknat Allah itu, nyawa mereka tidak dihabisi?".

Satu suara kedengaran dari dalam kediaman. Aazad kenal suara itu. Itu sememangnya tanpa ragu, adalah suara Abbas. Semua terdiam.

"Tapi tindakan kamu ini tidak mewajarkan semua ini. Adakah kerana mereka-mereka itu, orang lain dijadikan sasaran?".

"Apakah anak-anak kecil, gadis-gadis sunti, ibu-ibu dan bapak-bapak, nenek-nenek dan datuk-datuk yang terkorban itu ada mengusik kepentingan atau keegoan Zionis laknatullah dan Amerika-Amerika itu semua?".

"Atas dasar apa kamu mengatakan tindakan kamu ini wajar?".

Nyata pegawai polis itu masih belum mahu mengalah. Masih mencari ruang dan peluang untuk berdamai.

"Tuan, saya tidak tahu sama ada Tuan beragama Islam atau apa kerana sungguh saya tidak melihat Tuan. Dan jika Tuan beragama Islam, saya tidak tahu sama ada Tuan ada membaca Quran atau tidak. Tuan menanyakan saya atas dasar apa saya lakukan semua ini, maka dengarlah ayat ini:-

Perangilah oleh kalian mereka (orang-orang kafir) hingga tidak ada lagi fitnah (kekafiran) sehingga agama ini hanya milik Allah semata. (A-Anfal 8: 39).

Maka atas dasar ini, atas dasar untuk menghentikan fitnah yang dibuat dari tangan-tangan mereka maka perbuatan ini wajar. Jika kalian tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah akan menyeksa kalian dengan seksa yang pedih dan digantinya dengan kaum yang lain(At-Taubah 9: 38-39).

Maka atas dasar takutkan seksa Allah maka tindakan saya ini wajar".

"Sedarlah kamu mungkin tersalah faham mengenai ayat-ayat itu".

"Jika saya yang tersalah faham, berbahagialah saya dengan kesilapan saya kerana ini jalan yang saya yakin. Dan dengan Tuan mengatakan 'mungkin' lebih-lebih meyakinkan saya kerana jelas Tuan sendiri tidak yakin sama ada tindakan menghalang saya ini tindakan yang benar atau tidak".

"Jadi adakah kamu akan puas dengan begini? Adakah kamu sukakan ini?"

"Diwajibkan atas kalian berperang, sementara berperang itu adalah sesuatu yang kalian benci. Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian; boleh jadi pula kalian menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah mengetahui, sedangkan kalian tidak mengetahui (Al-Baqarah 2:216)".

Pegawai polis itu kehilangan kata-kata. Dalam kekalutan, Aazad berjaya melepasi sekatan dan telah berada di sebelah pegawai polis yang cuba memujuk Abbas. Dia menyentuh bahu pegawai polis itu dan membuatnya terkejut.

" Siapa kamu?".

Pertanyaan itu tidak diendahkan, Aazad lantas mengambil pembesar suara dari tangan pegawai polis itu.

"Wahai Abbas, mahukah engkau mendengar perkataanku?".

Pegawai polis itu tersentak. Anak buahnya ada yang cuba menangkap Aazad yang disangka segerombolan dengan 'suspek'. Akan tetapi tindakan itu dihalang. Abbas kenal suara itu, tetapi dia lebih suka berdiam.

"Memang benar orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami (Al-Ankabut 29:69).

Tidak ada sedikit cela dalam ayat itu dan tindakan kamu yang mengikut fahaman kamu. Tahukah kamu ada yang lebih tinggi darjatnya jika kamu lakukan dari apa yang kamu lakukan ini dan nyata ia lebih praktikal dari apa yang kamu cuba lakukan sekarang. Lupakah kamu pada titah baginda.

Jihad yang paling agung adalah kata-kata yang benar yang disampaikan kepada penguasa yang jahat? Nah, jika kamu katakan dan memang semua akui Zionis, Amerika dan para pengampu mereka itu orang-orang yang jahat dan tidak harus dibiarkan hidup supaya fitnah pembunuhan dapat dihentikan.

Tapi bukankah jika kita menentang mereka dengan kata-kata iaitu melalui diplomasi itu lebih elok, dan ingatlah Abbas kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang maka kata-kata itu lebih praktikal untuk 'berperang' dengan mereka".

Semua terdiam. Aazad menunggu jawapan.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (At-Taubah 9: 111)".

Aazad tersenyum. Dia tahu dengan sangat Abbas memang fasih jika berbicara soal tafsir dan hadis.

"Jihad itu terus berjalan sejak aku (Rasulallah) diutus oleh Allah Swt. hingga orang terakhir di antara umatku yang berperang melawan Dajjal. Maka jika kamu membunuh mereka-mereka ini, adakah peperangan akan terus terhenti? Kamu sudah tiada, mungkin kerana terkorban, tetapi peperangan lain akan terus-terusan berjalan".

"Akan ada yang lain yang akan mengikut jejakku insyaAllah ta'ala".

"Jadi adakah kamu berkata kamu melepaskan tanggungjawab itu kepada orang lain sedang mereka sendiri mungki belum ada niat untuk melakukannya. Bukankah lebih baik kamu sendiri yang melakukannya.

Nah, di sinilah lebih praktikal kata-kata Rasullah iaitu berjihad dan berperang dengan kata-kata. Apa salah kataku, Abbas?".

Sessi memujuk bertukar kepada sessi soal jawab hadis dan tafsir.

Pegawai polis yang tadinya cuba memujuk nyata kagum dengan kepetahan Aazad kerana dia sedar dia tidak mungkin mampu berdebat sefasih itu jika ia melibatkan hadis dan tafsir. Perlahan-lahan dia merasakan perundingan ini akan berjaya.

"Oh Abbas, dengarkan kataku, hentikan tindakan ini. Aku tidak mengatakan kamu salah, malah jika kamu betul,aku sendiri akan mengangkat tanganku dan bersama-sama denganmu.

Dengarkan kataku, apakah kamu lupa jihad itu bukan sekadar mengangkat senjata. Kamu masih punya ibu dan ayah dan membela mereka itu sebesar-besar jihad juga,"

Ada terdengar bisik-bisik dari lautan manusia yang menonton. Ada juga yang terkesan dengan kata-kata Aazad sehingga menitiskan air mata. Suasana sunyi.

Suara siren kereta polis bertimpa-timpa dengan suara-suara orang ramai. Kata-kata itu turut membuatkan Abbas terusik hatinya.

"Apakah aku akan dilepaskan jika aku menyerah?".

Aazad menarik nafas lega kerana merasakan usahanya berhasil. Pegawai polis itu tersenyum lega kerana merasakan namanya akan tercatat di dada akhbar kerana berjaya membenteras 'kepincangan' ini.

"Ya, insyaAllah sesiapa yang berada di atas jalan Allah, maka mereka tidak akan sunyi dari pertolongan-Nya".

Disebalik urusan antara Aazad dan Abbas, secara sembunyi-sembunyi seorang pegawai polis telah berjaya menyelinap masuk ke dalam kawasan kediaman tanpa disedari. Pegawai polis yang berdiri di sebelah Aazad mengambil pembesar suara dari tangan Aazad.

"Ya, benar kata lelaki ini, kamu akan dilepaskan jika didapati tidak bersalah. Dan kami tidak akan mengapa-apakan kamu".

Pegawai polis telah lupa mengenai arahannya untuk menembak Abbas kerana terlalu seronok dengan keputusan 'pemujukan' yang menyebelahinya.

Abbas merasakan ada betul dalam kata-kata Aazad, dia berkira-kira untuk melepakan tebusan dan 'menyelesaikan' jihadnya dengan cara diplomasi. Ketika itu pegawai polis yang berada di dalam kawasan kediaman itu terlanggar pasu dan kehadirannya disedari Abbas.

Pegawai polis itu terperanjat dan secara tidak langsung melepaskan tembakan dan mengenai bahu kiri Abbas. Suasana jadi kelam kabut di luar. Aazad meandang pegawai polis di sebelahnya mengahrap jawapan.

"Allahu Akhbar! Demi Allah mereka ini tidak lebih dari penipu dan penganiaya!" Abbas membaling pasu yang berada di sebelahnya dan tepat mengenai kepala pegawai polis tadi.

"Demi Allah yang nyawaku di dalam tangan-Nya, terimalah korban hamba-Mu ini",

Aazad berlari deras ke arah kawasan kediaman. Pegawai polis tadi memberi arahan kepada anak buahnya untuk bersedia. Abbas memicit punat pengaktif bahan letupan yang berada di dalam tangannya.

Boom!!!

Satu letupan besar kedengaran. Kawasan kediaman wakil kedutaan itu hancurmusnah separuh.

Semua mata terpana. Mata Aazad bergenang. Pandangan menjadi kabur dan perlahan-lahan tampang tubuh Abbas terpapar di tubir mata.

"Burung itu di dalam sangkar mereka, tapi kuncinya ada padaku. Aku percaya begitu, wahai Aazad. Dan setiap kali, burung itu minta dibebaskan, dan adakah aku ingin menjadi orang yang zalim untuk tidak berbuat serupa itu?"

Mata Aazad bergenang.

"Dan jika aku memahamnya dengan salah, maka berbahagialah aku dengan kesalahanku".

Bergenang dengan lebih hebat...

"Berbahagialah sahabat, moga jihad-Mu diterima Allah jika itu yang engkau yakin... Berbahagialah...Allahu...Allahu...Allahu. Teruskah berdarah tangan-tangan dan tubuh-tubuh mereka yang merindui janji-Mu ya Alalh.

Tempatkanlah mereka di jannah tertinggi jika sesungguhnya mereka orang-orang yang benar. Ameen, ameen ya Rabb al-ameen".

Saturday, March 12, 2011

PEK PROMOSI QASEH ADINDA & KEKANDA




Menjaga kesihatan disamping dapat menghidupkan amalan pemakanan sunnah dengan Qaseh...
.
CARA PEMBAYARAN

Thursday, March 10, 2011

Kepah Tumis Bercili


Bahan-bahan:

2 kilo kepah
Sedikit air
1 sudu sos tiram
Sedikit air asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan Di Kisar Halus:

5 biji cili merah
4 biji bawang merah
3 biji ulas putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm belachan yg telah dibakar
3 batang serai

* Kalau nak pedas tambah la beberapa biji cili api .

Cara Memasak:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar dan kacau sampai terbit bau wangi .



2. Masukkan sos tiram serta air asam jawa dan kacau kemudian masukkan semua kepah yang sudah dibersihkan dulu.

3. Kacau semua bahan sehingga rata dan rasa dulu garamnya jika kurang masin baru la ditambah garam . Jika kurang kuah tambah la sedikit air ikut pada citarasa kita la ya.

4. Kepah akan terbuka bila dah masak dan cengkerangnya akan bertukar warna

Tuesday, March 8, 2011

Sunday, March 6, 2011

Cinta aku pada si dia


Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa..

Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi

Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya...
Meskipun aku tahu
Baik buruknya...
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya...




Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku...syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya

Jadi...
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan

Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan

Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka...

Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan

Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan

Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah

Doaku...
Harapanku...
Pintaku dengan harap...
Harap dengan sangat...
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu...
Biar jodohku itu...
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu...
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu...
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan...
Ya Allah... Amin...


Friday, March 4, 2011

TESTIMONI SPHYRU COFFEE


MASALAH TERDAHULU : Angin Ahmar & Insomnia
Saya telah terkena serangan strok 26 tahun. Akibat daripada itu saya mengalami lumpuh sebelah badan dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Keadaan saya menjadi semakin bermasalah semenjak 3 tahun yang lalu (selepas kematian suami) apabila diserang masalah susah tidur (insomnia).Saya telah puas berikhtiar berubat macam-macam cara dan mengamal minum susu lembu berkalsium tinggi untuk sekian lama tetapi tidak juga berhasil.Setelah diperkenalkan produk SpyHru Cafe, saya mula mengamalnya — kesan badan terasa segar dan masalah pengkumuhan dapat diatasi, mudah buang air. Ketnudian saya diperkenalkan pula Higoat. Walaupun terasa takut pada mulanya, tetapi setelah meminumnya saya dapati susu Higoat tidak 'panas' seperti yang disangkakan Kesan selepas mengamal minum Higoat begitu ketara sekali, terasa ringan menggerakkan anggota bahagian yang lumpuh dan bagaikan tidak percaya masalah insomnia pulih sepenuhnya. Bersyukur saya kepada tuhan dan terima kasih kepada
Puan Atninah Ablah & HR Marketing.



NAMA: Sapiah Bt Hashim
ALAMAT: No.8362, Kampong Padang Tetnbak,
36000 Telok Intan, PERAK


Wednesday, March 2, 2011

Puding Roti Marble


Bahan-Bahan:


1 tin susu segar
5 keping roti putih
1 sudu tea asen vanila
4 sudu gula pasir
1 bungkus agar-agar
3 biji telor gred A
5 cawan air
2 cawan milo / 1 tin kecil serbuk koko

Cara-cara:


1. Cairkan agar-agar.


2. Kisar roti, telur, gula, sedikit air dan susu sehingga sebati.


3. Masukkan semua bahan kisar bersama agar-agar kacau sehingga sebati dan pekat dengan api yang sederhana.




4. Bahagikan kepada dua , satu mangkuk untuk 'base' dan 1 mangkuk untuk milo/koko.


5. Tuang 'base' warna putih di loyang dan tuang warna koko/milo di atas secara melingkar.


5. Sejukkan dan masukkan ke dalam peti ais sehingga ia keras.




SELAMAT MENCUBA!!!