Monday, February 28, 2011

Aveana - Exfoliating Scrub


Fungsi :
Diperkaya dengan ekstrak luffa dan teh hijau untuk membersihkan kotoran dan debu di wajah.
Mmemudarkan parut, membuang sel-sel kulit mati secara lembut tanpa pengelupasan dan mengurangkan bintuk-bintik hitam.
Boleh digunakan setiap hari atau 3 kali seminggu.


Cara Penggunaan :
Urutkan pada wajah yang lembab dan secara lembut selama 5-10 minit.
Bilas sehingga bersih.

HARGA
RM35.00

CARA PEMBAYARAN

Sunday, February 27, 2011

Petua menjaga kesihatan mata dan muka


DI ANTARA deria penglihatan yang penting bagi manusia ialah mata. Tanpanya, sukar bagi kita menjalani kehidupan seharian. Justeru, terdapat beberapa cara bagi menjaga mata supaya kelihatan lebih bersinar.

Jika menggunakan solekan mata, ia perlu dibersihkan sebelum tidur. Membersihkan mata daripada solekan perlu dilakukan dengan betul. Ini bagi mengelak bahan kimia meresap ke mata yang boleh mengakibatkan rabun warna.

Bahan pembersih mata yang sesuai perlu digunakan bagi menanggalkan solekan.

Mengurut sekeliling mata boleh mempercepatkan pengaliran darah dan mengelak berlaku kedutan. Mulakan urutan di bawah mata, di tepi dan kelopak mata. Ulang cara yang sama di sebelah mata lagi.

Cara tradisional juga boleh diamalkan. Anda hanya perlu menggunakan daun teh dengan merendam ke air panas.

Apabila sejuk, letak daun teh ke kelopak mata. Sebaik-baiknya tutup dengan tuala bersih dan biarkan seketika.

Mentimun boleh digunakan untuk memelihara kecantikan mata. Hiris mentimun nipis-nipis, kemudian letak di kelopak mata untuk seketika. Biasanya mentimun akan menjadi panas dengan cepat, justeru anda perlu menggantikan mentimun itu beberapa kali bagi menghilangkan keletihan mata.



Cara lain ialah dengan menggunakan telur ayam yang direbus. Sapukan telur itu di sekeliling kelopak mata. Cara ini dipercayai dapat melegakan mata yang letih.

Selain itu, anda boleh gunakan ketulan ais kecil bagi menyegarkan mata yang mengantuk. Letakkan tisu bersih dan tutupkan kelopak mata. Kemudian, ambil ais dan gosok di atas tisu itu beberapa kali.

Mata yang cantik dan bersih lahir daripada mata yang sihat. Oleh itu, peliharalah ia setiap waktu.

Saturday, February 26, 2011

BSLIMA KAPSUL PLUS PATI HALIA





BSLIMA KAPSUL PLUS PATI HALIA

Membuang angin dan lemak dalam badan
Mengurangkan berat badan
Menurunkan kadar kolestrol dalam badan
membersihkan usus dari toksin dan bacteria
Melancarkan peredaran darah
Menurunkan tekanan darah tinggi
Melegakan sakit pinggang dan sakit lutut
Menghilangkan bau mulut
Melegakan sembelit
Membantu menguatkan tenaga batin bagi lelaki dan wanita

Harga

WM RM 35.00

EM RM 38.00

1 BOTOL RM33.00
2 BOTOL RM60.00
POS LAJU FREE


CARA PEMBAYARAN

Friday, February 25, 2011

Taubat berulang dibenar pastikan hati sentiasa bersih


Oleh Lokman Bin Ismail

MANUSIA tidak sunyi daripada dosa. Hanya perbezaannya sama ada dia melakukan dosa besar atau kecil. Sebab itu Allah menyediakan taubat untuk membersihkan dosa. Untuk meletakkan dosa sentiasa dibersihkan, taubat hendaklah dilakukan sepanjang masa.

Setiap kali melakukan dosa, bersegera bertaubat. Namun, tidak pula kita mengambil kesempatan melakukan dosa dan kemudian bertaubat. Setiap taubat hendaklah diiringi perasaan menyesal melakukan perbuatan dosa. Kemudian tanam di dalam hati tidak mahu mengulangi perbuatan itu.

Yang dikatakan berulang-ulang taubat ialah jika terlanjur melakukan dosa lagi, biarpun ketika taubat sudah berikrar tidak akan mengulanginya. Sememangnya, manusia memiliki sifat lupa dan lalai. Keadaan iman yang lemah mudah mendorong manusia lupa pada ikrar sendiri.

Paling ketara, kelalaian dan lupa berlaku ketika usia muda. Jiwa muda mudah tertipu dengan muslihat yang dirancang syaitan.

Sebab itu timbul ungkapan, muda hanya sekali. Masa muda lakukan apa saja yang diingini tanpa memikirkan dosa. Apabila tua nanti, taubat dan beribadat banyak. Namun, kebanyakan mereka itu lupa, maut tidak mengenal usia.




Sedangkan, syaitan pula tidak mengenal usia untuk menyesatkan manusia. Jika ketika usia muda mudah tergoda hasutan syaitan, begitu juga ketika tua. Syaitan akan memberi tumpuan kepada golongan tua agar terus melakukan kejahatan dan lupakan taubat. Syaitan tidak mahu usahanya dahulu sia-sia apabila manusia bertaubat dan banyak beribadat sebelum menemui ajal.

Allah swt berfirman :
“Sudah dekat kepada manusia hari hisab segala amalan mereka sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya). Tidak datang kepada mereka suatu ayat al-Quran pun yang baru (diturunkan) daripada Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main.” (Surah al-Anbiya, ayat 1-2).

Dalam diri manusia ada hati, yakni seketul darah yang berperanan mengawal perlakuan jasad dan minda manusia. Perlakuan dosa yang diulang-ulang secara sedar membentuk titik hitam di hati.

Terlalu banyaknya titik hitam menyebabkan warna hati bertukar menjadi gelap. Secara rohaniahnya, titik hitam yang tidak dibersihkan akan menyebabkan lebih banyak lupa dan kelalaian.

Taubat dapat membersihkan hati. Seperti pakaian, jika hendak kelihatan sentiasa bersih, kenalah sentiasa dibasuh. Kekotoran yang banyak dan lama tidak dibersihkan sukar untuk dibersihkan kemudiannya.

Ada sebahagian tidak berasa berdosa terhadap apa dan kepada sesiapa pun. Ia berpunca kurang didikan agama dan hidup pada persekitaran tidak mesra agama. Kesannya, dosa kecil berlaku berterusan dan yang besar menjadi kebiasaan.

Jika berlaku dosa, maka segeralah mohon keampunan Allah. Ia termasuk dosa kecil. Jangan menganggap dosa kecil tidak mengotorkan hati. Ini bagi membina kehidupan yang berasakan tidak senang biarpun hanya membabitkan dosa kecil.

Apabila amalan baik sudah sebati dengan diri, ia akan memberikan rasa kekebalan untuk menghadapi cabaran lebih besar.

Justeru, taubat berulang-ulang menjadikan hati sentiasa bersih. Keadaan itu dengan sendirinya sukarlah kekotoran lain melekat. Cahaya keimanan terpancar dari hati menghalang perbuatan dosa disengajakan.

Sebaliknya, hati yang kotor lebih tertarik melakukan perbuatan dosa. Lama kelamaan hati akan tertutup terus daripada cahaya keimanan. Sukarlah untuk kembali ke jalan diredai. Namun begitu, Allah itu Maha Pengampun bersedia sanggup menghapuskan segala dosa hamba-Nya yang bertaubat.

Doa adalah cara mengelak godaan syaitan. Ia satu usaha yang meletakkan kita dalam sedar dan berhati-hati terhadap ancaman. Hati akan terasa dekat dengan Allah dan sentiasa menyerahkan urusan hidup kepada-Nya.

Permulaan untuk mencegah hati menjadi kotor dan lalai ialah menjaga anggota badan:

◦Pertama, kawal mulut daripada mengucapkan perkataan tidak baik berupa fitnah, mencela, mencaci dan mengumpat.
◦Kedua, elak mata daripada melihat perkara haram yang boleh menggelapkan hati.
◦Ketiga, berhati-hati dalam soal memilih makanan dan minuman agar terhindar daripada sumber dan jenis haram.
◦Keempat, menghalang kaki daripada berjalan menuju ke tempat yang berlangsung maksiat.
◦Kelima ialah jauhkan tangan daripada melakukan atau mengambil sesuatu yang haram.
◦Dan, keenamnya, jagalah kemaluan agar tidak melakukan zina.


Wednesday, February 23, 2011

Minyak Kelapa Dara (VCO) Softgel


Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO) boleh diguna untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan kulit menawan. Ini kerana kandungannya tinggi nurisi dan dihasilkan daripada pati kelapa dara organik yang bebas kolesterol. Penggunaan yang berterusan akan mengurangkan kadar kolesterol tidak baik, low-density lipoproteins (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik, high-density lipoproteins (HDL).

Antara khasiat lain Minyak Kelapa Dara (VCO) :

•membantu mengurangkan risiko kanser
•membantu menyingkirkan batu karang dan batu hempedu serta mengawal diabetes
•meningkatkan sistem imunisasi badan
•meningkatkan sistem penghadaman, penyerapan nutrien, kadar metabolisme dan pembakaran lemak
•memudahkan proses bersalin
•mengurangkan risiko arterioklerosis dan penyakit jantung
•memperbaiki dan memulihkan struktur kulit yang rosak
•menolong meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan kelemumur
•membantu mencegah osteoporosi

======================================

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan VCO Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

LDL penyebab sakit jantung.
LDL dikenali sebagai kolestrol buruk yang boleh menyebabkan berlakunya ketersumbatan dalam arteri darah terutama di jantung. Biasanya LDL di kurangkan dengan peningkatan HDL . Banyak herba dalam HPA yang berfungsi bagi mengurangi LDL iaitu omega 3 soft gel,VCO soft gel dan Minyak zaitun Soft . Pengambilan mestilah istiqamah dengan setiap jenis tidak kurang dari dos 2×3 sehari.

Minyak ikan yang mengandungi omega 3 yang tinggi sangat berkesan sama ada dalam bentuk soft gel ataupun kapsul. Jika disinergikan dengan herba tuju angin kapsul ia menjadi lebih berkesan. Salah satu tanda LDL yang tinggi seseorang itu menjadi cepat marah dan berlakunya penyakit darah tinggi.

Terjadinya plak di gigi juga sebagai petanda terbentuknya penompokan plak dijantung akibat dari LDL yang terlalu tinggi.

VCO untuk berat badan yang ideal.

Memang benar vco sangat baik untuk masalah pencernaan terutama kanak-kanak dan masalah Tairoid yang biasa berlaku pada orang dewasa.Kedua masalah ini boleh menyebabkan berlakunya gejala kurus dan keadaan ini diatasi dengan VCO.

Bagi mereka yang sehat tetapi mempunyai berat badan yang berlebihan vco bertindak mengurangi LDL dan lemak badan .Ini menjadikan berat badan sesaorang itu ideal disamping membuang selulit pada tubuh.Jangan bimbang mengambil vco soft gel HPA kerana disamping itu ianya sangat baik untuk mengelak berlakunya penyakit kardiovaskular.(jantung dan darah tinggi). InsyaAllah


Harga
RM 32

CARA PEMBAYARAN

Tuesday, February 22, 2011

Rahsia EMAS Rezeki anda

Jenis-jenis Pelaburan






Hasil dividen + bonus setiap tahun


Jika anda menyimpan emas....




Harga emas sentiasa naik, bukti?




Harga emas dalam masa 5 Tahun naik sebanyak 174.24% dengan purata 34.8% setiap tahun. Jika anda membeli emas 5 tahun lepas dengan harga RM1000, kini anda sudah untung sebanyak RM1740.


Kenapa Emas?



Emas kalis inflasi, wang kertas hanyalah kertas,nilai tidak disandarkan pada logam beharga. Nilai emas tidak boleh jatuh, harganya ditentukan oleh pasaran dunia, bukan kerajaan



Pilihan di tangan anda.... Anda bijak menilai... Anda buat keputusan...


Yang mana lebih baik?
Emas atau Wang Fiat?

Monday, February 21, 2011

BIO FIBER - ERA EDAR


BIO-FIBER sesuai untuk:

Meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
_ _
Mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.
_ _
Meningkatkan fungsi usus dengan cara menyeimbangkan mikroflora, mengurangkan sembelit dan meningkatkan pergerakan usus.
_ _
Merawat masalah diarea (cirit).
_ _
Mengurangkan serum kolesterol dan diabetes (kencing manis).
_ _
Membolehkan nutrien diserap dengan sempurna.
_ _
Membersihkan darah daripada toksin dan sekaligus membersihkan darah.
_ _
Mencegah jangkitan yang disebabkan oleh kuman berbahaya

Fungsi system penghadaman penting untuk proses metabolisme tubuh, serta menjaga kesihatan fizikal dan mental. BIO-FIBER adalah rumusan terbaru untuk membantu kesihatan system penghadaman. Mnegandung fruktan yang merupakan serat buah-buahan yang mudah larut di dalam air. Garam tisu biokimia yang terdapat di dalam BIO-FIBER bertindak khusus membantu memerangkap gula berlebihan dan denga itu menurunkan kadar kandungan gula dalam kencing dan darah (sekaligus merawat masalah kencing manis) dan megikat lemak-lemak dai dalam perut, melancarkan peredaran darah dalam badan dan menyihatkan dan menguatkan jantung. Di dalam perut BIO-FIBER membentuk cecair likat pekat seperti gam.




BIO-FIBER membantu anda mengatasi:

BERAT BADAN BERLEBIHAN

Pengambilan BIO-FIBER akan memekatkan isi perut menyebabkan pelepasan ke dalam usus lambat. Proses ini menyebabkan timbulnya rasa kenyang dan selera makan akan menurun. Ia akan membantu mengurangkan berat badan dan menguruskan badan.

GASTRIK

Selain makanan pedas dan stress, gastric disebabkan juga oleh bacteria H.pylori yang dapat hidup di dalam perut berasid. Bukti saintifik menunjukkan Lactobacili menghasilkan asid organic yang boleh merencatkan pertumbuhan bacteria pathogen. BIO-FIBER penting untuk pembiakan lactobicili untuk menguatkan system pertahanan usus dan mencegah jangkitan.

KEMBUNG

Berlaku akibat penambahan gas di dalam saluran intestinal gastro kerana proses fermentasi (penapaian) dan pereputan makanan yang tidak dihadam oleh bacteria. Kembung juga terjadi kerana laktosa intoleren (ketidakserasian susu) dan pertumbuhan bacteria pathogen. BIO-FIBER membantu system penghadaman dan menggalak keseimbangan bacteria di dalam usus.

DIABETES

Membantu mengawal paras gula di dalam tubuh. Serat yang bersifat seperti gam akan mengikat lemak-lemak, gula berlebihan serta hampas pencernaan. Masalah longgokan lemak dan kolesterol dalam badan dapat diatasi, membantu peredaran darah dan menguatkan semula jantung. Di samping itu juga, gula yang diikat tadi dapat menurunkan kandungan gula dalam darah dan air kencing. Tidak mengandungi laktosa yang memberi kesan ketidak-selesaan perut. Membantu melambatkan penghadaman dan penyerapan karbohidrat.


SEMBELIT

Bahan buangan (feses) yang bergerak perlahan melalui usus boleh mengakibatkan sembelit. BIO-FIBER mencegah konstipasi (sembelit) secara melebut, menghidrasi dan menambah isipadu air pada feses Kerana adanya tekanan osmotic, ia menjadikan najis semakin berat dan semakin kerap untuk membuang air besar.

MENGURANGKAN RISIKO KANSER

Nilai pemakan yang terdapat di dalam BIO-FIBER mampu menentang pertumbuhan kanser di dalam kolon dan beberapa bahagian lain system penghadaman. Ia menutralkan enzim berbahaya yang boleh mengubah prokarsinogen kepada karsinogen yang aktif untuk merangsang system pertahan tubuh menentang aktiviti sel tumor.

KLESTEROL

Masalah kalosterol dapat dikurangkan dengan pengambilan BIO-FIBER. Ia bertindak dua cara iaitu memecah kolesterol supaya mudah dibuang atau dengan menyerap terus kolesterol tersebut. Ia menghalang penyerapan kolesterol dari usus.

Cara makan :

1 sudu teh 2 kali sehari ditambah dalam minuman.
Selepas mengambil BIO-FIBER minum air sekurangkurangnya 8 gelas sehari.

HARGA

RM25.00

CARA PEMBAYARAN

Sunday, February 20, 2011

Larangan Ketawa Melampui Batas


Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. menyebut “Aku hairan orang yang tertawa dengan mulut yang terbuka penuh sementara ia tidak tahu apakah tuhan menyukai perbuatannya itu atau tidak“.

Rasulullah sendiri tidak pernah ketawa berdekah-dekah, hanya tersenyum sahaja samada senyum kecil atau senyum lebar.

Ada juga orang Islam yang akan terjatuh ke dalam neraka (sebelum dimasukkan ke dalam syurga), misalnya mereka yang kerjanya menjadi pelawak. Di dalam hadith disebut orang yang menggunakan mulutnya untuk membuat orang lain ketawa akan jatuh ke dalam neraka yang dalamnya 70 tahun perjalanan ke dasar neraka. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?”(Hadis Riwayat At-Tarmizi, An-Nasai, Ibn Majah dan Ahmad).

“Daripada Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya r.a, kata beliau :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Celakalah bagi orang yang berkata-kata dengan suatu cerita bertujuan membuat orang ketawa, lalu ia menipu, maka celakalah dan celakalah baginya”.(Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi)




Kata Nabi s.a.w. , kalau kamu tahu apa yang aku tahu, kamu tidak akan ketawa. Rasulullah s.a.w. telah melihat dengan matanya sendiri Syurga dan Neraka semasa Mikraj. Nabi tidak ketawa, hanya senyum lebar sahaja.

Agama Islam adalah sesuatu yang serius , bukan untuk seronok-seronok, main-main dan bukan untuk dapat wang atau harta. Penyampaian ceramah agama juga kenalah serius, tidak boleh banyak lawak jenaka dan gurau senda. Riwayat Ibnu Abbas, tertawa dalam masjid menyebabkan gelap dalam kubur. Hendaklah masuk ke masjid dengan rasa hormat dan takutkan Allah.

Baqarah [114]….tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah


Saturday, February 19, 2011

LIPSTIK 05 - ANA EDAR



Digemari ramai kerana keunikan dan keistimewaan warnanya yang berubah kemerahan menurut suhu bibir anda, memberikan penampilan semulajadi. Formulasi terkini yang menggabungkan kebaikan ekstrak gamat, propolis, aloe vera, minyak zaitun, minyak bunga matahari dan vitamin E. Membantu melembapkan bibir serta melindungi kulit bibir daripada masalah kekeringan dan kesan sinaran UVA/UVB matahari.

HARGA RM 26.00

*tidak termasuk kos pos

CARA PEMBAYARAN

Friday, February 18, 2011

Petua Daun Sirih


Sirih Pinang banyak digunakan di dalam perubatan tradisional. Kebanyakannya digunakan secara luaran. Tuk Dukun adalah orang yang berperanan dalam penggunaan sirih pinang dalam konsep perubatan ini berserta jampi dan mentera.
Selain untuk perubatan secara tradisional, boleh juga digunakan sebagai petua. Dalam kehidupan seharian ia memainkan peranan penting dan membantu memudahcara serta memberikan kelancaran kerja-kerja dirumah.

Ari-ari Pedih - Ambil sirih bertemu urat, sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.

Asma - Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.

- Tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur.

Barah - Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.


Batuk Lelah - Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.

Bau Badan - Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.

Bau Mayat - Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Bayi Selsema - Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

Berak Darah - Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih pinang

Demam - Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.

Demam Panas - Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.

Gatal Vagina - Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Gegata - Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.

Hidung Berdarah - Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.

Kencing - Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.

Keputihan - Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.

- Ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan sehelai sirih. Asahkan cendana dengan sirih dan minumkan dengan kuning telur ayam selama tiga pagi.

Kutu Babi - Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi yang melekat pada kulit tubuh. ianya akan menjadi senang untuk dicabut.

Lompangan (ulcer) - Tempelan (paste) dari ramuan sirih pinang ditepekkan pada luka untuk menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir mulut.

Muntah - Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan semburkan sepahnya dileher dan dadanya

Payu Dara - Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.

Pedih Perut - Lada sulah tujuh butir dan bacakan surah al-Ikhlas tiga kali serta makan dengan sirih pinang serta semburkan sepahnya pada ulu hati.

Penyakit Kelamin - Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit.

- Giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh.

Ruam Peluh - Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya. Sapukan air rebusan ke atas ruam dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut.

Sakit Gigi - Kunyah sepiak sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.

Sakit Hati - Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada.

Sakit Jantung - Untuk meredakan sakit jantung, renekkan tiga helai daun sirih bertemu urat berserta lada ekor dan minum airnya ketika masih suam. Lakukan selama tujuh hari berturut-turut diwaktu pagi.

Sakit Kepala - Daun sirih diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan seketul garam jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik sehingga membasahi kulit kepala).

Sakit Mata - Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan kedalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga sembuh.


Thursday, February 17, 2011

Wednesday, February 16, 2011

Detik-Detik Terakhir Kewafatan Rasulullah S.A.W


Maulidur Rasul akan disambut oleh seluruh umat Islam seluruh dunia. Meskipun bukanlah hanya ketika tibanya hari keputeraan Rasulullah kita wajib mengingati baginda, tetapi kehadirannya semakin meningkatkan ingatan dan cinta yang sentiasa tersemat di hati.Di harap ada juga dapat merasai perkara yang sama. InsyaAllah.

Detik-Detik Terakhir Kewafatan Rasulullah SAW

Daripada Ibnu Mas’ud r.a., bahawasanya dia berkata: “Ketika ajal Rasulullah saw sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aishah r.a

Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda: Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”

“Allah berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”

Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila.”

Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab: “Salah seorang ahli bait.”

Kami bertanya: “Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”

Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah saw pun turut menangis.

Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya.



Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”

SEMAKIN TENAT

Semenjak hari itu, Rasulullah saw bertambah sakitnya yang ditanggungnya selama 18 hari. Setiap hari, ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, disaat baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, dia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?”

Kemudian dia berkata lagi: “Assolah yarhamukallah.”

Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit.”

Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid. Ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu dia berkata seperti perkataan yang tadi.

Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk,

Rasulullah saw bersabda: “Saya sekarang berada dalam keadaan sakit. Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.”

Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?” Kemudian dia memasuki masjid dan memberitahu Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, dia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu dia menjerit dan akhirnya dia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah saw.

Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?”

Siti Fatimah menjawab: “Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah saw tidak ada bersama mereka.”

Kemudian Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas r.a. Sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat.

Setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua, setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”


MALAIKAT MAUT DATANG BERTAMU

Pada hari esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja.

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw,

Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!”

Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”

Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?”

Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu?”

Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”

Rasulullah saw bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?”

Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.”

Lalu Rasulullah saw menjelaskan: “Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.

Kemudian Rasulullah saw bersabda: “Masuklah, wahai Malaikat Maut.”

Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan: “Assalamualaika ya Rasulullah.”

Rasulullah saw pun menjawab: “Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”

Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang.”

Rasulullah saw bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?”

Jawab Malaikat Maut: “Saya tinggal dia di langit dunia.”

Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw.

Maka bersabdalah Rasulullah saw: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?”

Jibril menjawab: “Ya, wahai kekasih Allah.”


KETIKA SAKARATUL MAUT:

Seterusnya Rasulullah saw bersabda: “Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?”

Jibril pun menjawab: “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”

Baginda saw bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?”

Jibril menjawab lagi: “Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.”

Baginda saw bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?”

Jibril menjawab: “Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”

Kemudian Rasulullah saw bersabda: “Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku.”

Jibril a.s. bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?”

Rasulullah saw menjawab: “Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”

Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”

Maka berkatalah Rasulullah saw: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku.”

Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.

Ali r.a. bertanya: “Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?”

Rasulullah menjawab: “Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.”

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.

Lalu Rasulullah saw bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?”

Jibril menjawab: “Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?”

Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.

KESEDIHAN SAHABAT

Berkata Anas r.a.: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah r.a., aku terdengar dia sedang menangis sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera, wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum, wahai orang-orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana, wahai orang-orang yang jarang tidur diwaktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.”

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Muaz bin Jabal r.a. telah berkata: “Rasulullah saw telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang. Kemudian orang itu berkata kepadaku: Apakah anda masih lena tidur juga wahai Muaz, padahal Rasulullah saw telah berada di dalam tanah?”

Muaz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu dia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim.” Lalu setelah itu dia mengerjakan solat. Pada malam seterusnya, dia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama.

Muaz berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan.” Kemudian dia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman. Pada keesokan harinya, orang ramai berkumpul lalu Muaz berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah saw bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku.” Setelah Muaz menerima Mushaf, lalu dibukanya. Maka nampaklah firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Surah Az-Zumar: ayat 30)

Maka menjeritlah Muaz, sehingga dia tidak sedarkan diri. Setelah dia sedar kembali, dia membuka Mushaf lagi dan dia nampak firman Allah yang berbunyi: “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?” (Surah Al-lmran: ayat 144) Maka Muaz pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad.”

Kemudian dia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika dia akan meninggalkan penduduk Yaman, dia berkata: “Seandainya apa yang ku lihat ini benar, maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.”

Kemudian dia berkata: “Aduhai, sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad saw.” Lalu dia pun pergi meninggalkan mereka. Di saat dia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”

Lalu Muaz mendekati sumber suara itu. Setelah berjumpa, Muaz bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah saw?” Orang tersebut menjawab: “Wahai Muaz, sesungguhnya Muhammad saw telah meninggal dunia.” Mendengar ucapan itu, Muaz terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya. Dia memanggil Muaz: “Wahai Muaz, sedarlah dan bangunlah.”

Setelah Muaz sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar As-siddiq, dengan cop dari Rasulullah saw. Tatkala Muaz melihatnya, dia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya. Kemudian dia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas dia menangis, dia pun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Muaz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Muaz menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah.” Kemudian dia menangis dan akhirnya dia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.

Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy r.a. lalu dia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal, sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya. Dia adalah Muaz yang sedang pengsan.” Setelah Bilal selesai azan, dia mendekati Muaz, lalu dia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Muaz, aku telah mendengar dari Rasulullah saw, baginda bersabda: Sampaikanlah salamku kepada Muaz.” Maka Muaz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa dia telah menghembuskan nafas yang terakhir. Kemudian dia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah r.a.” S

etelah sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Muaz mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh.” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, dia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah.” Kemudian Muaz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait.”

Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian dia berkata: “Rasulullah saw bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Muaz bin Jabal. Dia adalah kekasih Rasulullah saw.” Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Muaz.” Ketika Muaz melihat Siti Fatimah dan Aisyah r.a., dia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Setelah dia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Muaz dan khabarkan kepadanya bahawasanya dia kelak dihari kiamat sebagai imam ulama.” Kemudian Muaz bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah saw.

(Dipetik dari buku 1001 Duka – Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati)


Tuesday, February 15, 2011

TESTIMONI SPHYRU COFFEE + PIL TABLET SUSU KAMBING



Sebelum ini saya mengalami masalah semput yang serius. Saya akan bersin sepanjang hari, mata berair, badan rasa seram sejuk Kesannya saya tidak boleh terdedah pada angin kipas, tidak boleh mandi pagi dan tidak boleh minum air sejuk mahupun yang berais.Saya mula mengamalkan memakan tablet 1 hari = 2 atau 3 biji 3 kali iaitu disebelah pagi, tengahari dan petang serta meminum Spy Hru cafe 1 hari = 2 kali iaitu disebelah pagi dan malam.Kini sudah 2 bulan saya tidak lagi dihantui masalah semput, saya tidak lagi mengalami bersin sepanjang hari, dapat bernafas dengan selesa, tidak perlu lagi berpantang makan dan dapat melakukan aktiviti harian tanpa sebarang masalah kesihatan.Syukur alhamdulillah dan setinggi ucapan terima kepada HR Marketing yang
mengeluarkan produk ini.





NAMA: Dayang Ayob Bt Awang Kit
ALAMAT: 209, Hala Zamrud 1, Taman Desa Maju, 36700 Langkap, PERAK
HIP: 016-5143574
MASALAH TERDAHULU: Semput


Monday, February 14, 2011

Bertunang bukan alasan pergaulan bebas


Oleh Lokman Ismail

MEMINANG adalah permintaan lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isterinya. Permintaan itu disampaikan terus kepada tuan badan atau melalui walinya. Dalam masyarakat Melayu, proses meminang diadakan secara beradat yang membabitkan merisik atau bertanya khabar, sebelum majlis meminang.

Merisik sebelum meminang adalah tuntutan agama. Cara mana merisik diadakan tidak ditetapkan. Tidak semestinya diadakan acara rasmi seperti biasa diadakan. Apa yang dikehendaki ialah maklumat mengenai perempuan yang bakal dipinang. Ia dilakukan supaya tidak menyalahi tuntutan syariat dan memudahkan tercapai tujuannya.

MAKLUMAT YANG PERLU DIKETAHUI KETIKA MERISIK:

◦Pertamanya, perempuan hendak dipinang bukan menjadi isteri kepada lelaki lain. Sememangnya tidak ada pihak keluarga yang bertindak pergi meminang isteri orang.
Lainlah, jika perempuan itu berkahwin senyap-senyap dan tidak jelas tanda dia isteri orang. Inilah sebabnya mengapa Rasulullah menyuruh agar majlis perkahwinan dihebahkan kepada pengetahuan umum melalui majlis walimatulurus atau apa-apa cara sekalipun.

Banyak kes berlaku ialah lelaki menjalin hubungan dengan perempuan bergelar isteri. Lelaki mungkin mengetahui status wanita itu. Dalam kes tertentu, lelaki tidak mengetahui status wanita disebabkan suaminya tinggal bekerja di tempat lain. Hubungan secara maya juga sering menyebabkan terperangkap cinta terlarang.
Kes sedemikian diistilahkan isteri curang atau main kayu tiga. Lelaki yang menjalin hubungan dengan isteri orang menyatakan kesediaan untuk mengambil ‘kekasihnya’ sebagai isteri jika diceraikan oleh suaminya. Kenyataan itu juga bermaksud ‘meminang’.

Peminangan itu akan mendorong wanita meminta cerai daripada suaminya sebagai jalan membolehkan berkahwin dengan kekasihnya. Sesungguhnya perceraian amat ditegah dilakukan. Adalah menjadi satu kesalahan besar mana-mana isteri meminta cerai daripada suami tanpa apa-apa kesalahan dilakukan oleh suami.

Perempuan yang masih bergelar isteri haram dipinang oleh mana-mana lelaki lain kerana dia menjadi hak mutlak suaminya. Seorang isteri hanya putus hubungan dengan suami selepas dia diceraikan dan tamat edahnya.

Islam amat mementingkan hubungan suami isteri yang baik sepanjang masa. Jadi, isteri ditegah sama sekali menaruh minat kepada lelaki lain, manakala lelaki pula diharamkan menaruh minat kepada mana-mana wanita yang masih bergelar isteri.

◦Keduanya: Perempuan yang hendak dipinang bukan tunangan lelaki lain. Sabda Rasulullah bermaksud: “Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Oleh itu, tidak halal dia membeli pembelian saudaranya dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu.” (Hadis riwayat Muslim).
Banyak lelaki masih menaruh minat terhadap perempuan yang sudah bertunang. Alasan bahawa ikatan pertunangan boleh diputuskan bila-bila masa saja sering dijadikan alasan lelaki yang ingin merampas tunangan orang.




Bahkan, perempuan yang bertunang juga mudah terpikat kepada lelaki lain kerana ikatan pertunangan sekadar satu janji dan bukannya rugi apa-apa jika diputuskan.

Tambahan pula, ada ikatan pertunangan yang sebenarnya tidak disukai oleh perempuan berkenaan. Pertunangan itu di atas kehendak keluarga. Jadi, jika ada lelaki lain ingin memikatnya atau kekasih pilihan, maka dia mengharapkan pertunangan itu diputuskan.

Perbuatan meminang atau menjalin hubungan dengan perempuan sudah bertunang sama seperti merampas hak orang lain. Sifat sedemikian boleh menyebabkan perbalahan di antara lelaki yang saling ingin memiliki perempuan sama.

Islam amat mementingkan hubungan persaudaraan. Maka sesiapa yang memutuskan persaudaraan amat dicela sifatnya. Sesungguhnya ditegaskan tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia kasih saudaranya seperti dia mengasihi diri sendiri.

Bagaimanapun, perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang selepas ikatan pertunangan dibatalkan pihak lelaki. Perkara itu mungkin juga berlaku di atas permintaan pihak perempuan dan dipersetujui pihak lelaki.

Perempuan bertunang juga boleh dipinang jika diizinkan tunangnya. Keadaan ini di mana tunangnya bersedia memutuskan pertunangan jika ada lelaki lain ingin meminang tunangnya. Hakikatnya, pertunangan itu belum diputuskan sehingga ada lelaki lain meminang perempuan itu.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Seorang lelaki tidak boleh meminang pinangan lelaki lain, sehinggalah lelaki pertama yang meminangnya membatalkannya atau mengizinkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).

◦Ketiga; perempuan yang hendak dipinang tidak dalam edah. Edah ialah masa selepas diceraikan sehingga genap tempohnya yang membolehkan perempuan berkahwin semula. Masa edah ialah tiga kali haid atau 100 hari bagi wanita yang diceraikan atau kematian suaminya.
Pada masa edah perempuan tidak boleh berkahwin. Wanita yang diceraikan suaminya dengan talak raji (talak satu dan dua), boleh dirujuk kembali suaminya pada bila-bila masa yang dikehendakinya, selagi tempoh edahnya belum tamat. Talak raji ialah talak yang boleh dirujuk semula.

Hal demikian dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dan (bekas) suami mereka lebih berhak kembali kepada mereka (rujuk), (dalam masa edah raji), jika mereka berdamai. “ (Surah al-Baqarah, ayat 228).

Isteri ditalak dengan talak bain (talak tiga), juga perlu melalui tempoh edah. Edah bertujuan bagi memastikan dia benar-benar tidak mengandungkan zuriat (dapat pastikan dengan selepas tiga kali suci haid) bekas suaminya. Jika dia mengandung, edahnya dilanjutkan sehingga melahirkan kandungan.

Janda diceraikan dengan talak bain tidak boleh dirujuk atau berkahwin semula dengan bekas suaminya. Bagaimanapun, peluang untuk kedua-duanya berkahwin semula hanya ada selepas wanita itu berkahwin dengan lelaki lain dan di antara keduanya bercampur, kemudian diceraikan pula suami baru.

Perlu ditegaskan, perkahwinan dengan suami baru itu perlu dilakukan dengan niat perkahwinan sebenarnya. Maksudnya, perkahwinan yang ingin berkekalan sepanjang hayat. Perceraian (kemudian jika berlaku) tidak terlintas di dalam hati kedua-duanya.

Amalan ‘cina buta’ seperti dilakukan dalam masyarakat sebenarnya tidak wujud dalam hukum agama. Cina buta jika dirancang dan diniatkan, maka perkahwinan itu tidak sah. Lelaki yang dipertanggungjawab sebagai ‘cina buta’ ditetapkan supaya menceraikan isteri dalam tempoh tertentu selepas berkahwin.

Perbuatan itu sama dengan kahwin kontrak atau kahwin mutaah. Kahwin mutaah diharamkan atau tidak sah. Justeru, syarat ‘kahwin’ bagi membolehkan isteri dicerai bain berkahwin semula dengan suami asal tidak sah.

Bagaimanapun, perkahwinan itu sah jika lelaki yang dijadikan cina buta itu tidak mengetahui perkara sebenarnya. Dia berkahwin dengan niat baik, tetapi dipaksa menceraikan isterinya. Namun, terimalah balasan dosa mereka yang sengaja melakukan perbuatan itu.

Janda ditalak dengan talak bain dan balu kematian suami boleh dipinang dengan cara sindiran ketika masih dalam edah. Maksud sindiran ialah ia tidak dinyatakan secara terus terang. Perbuatan itu sekadar memberi ‘isyarat’ keinginan hati yang mana difahami perempuan itu.

◦Keempat; perempuan yang hendak dipinang mestilah sah nikah dengannya atau bukan muhrimnya. Haram bagi seorang lelaki meminang wanita muhrimnya kerana di antara keduanya diharamkan nikah.
Ikatan pertunangan bukan sebagai kebenaran membolehkan lelaki dan perempuan bergaul bebas. Lelaki dan perempuan yang bertunang masih terikat dengan hukum halal dan haram seperti hubungan bukan muhrim.

Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang bertunang agar tidak bergaul bebas dengan tunangnya. Alasan bahawa mereka akan berkahwin selepas itu bukanlah bermakna semuanya sudah boleh dilakukan seperti pasangan berkahwin.

Ikatan pertunangan hanya satu perjanjian di antara lelaki dan perempuan yang setuju menjadi suami isteri pada masa akan datang. Ibu bapa yang membiarkan anak mereka bebas bergaul dengan tunang akan menanggung perbuatan dosa yang dilakukan anaknya.

Oleh itu, perkahwinan wajar disegerakan. Lebih awal berkahwin, lebih cepat merasai dan mendapat apa yang diharapkan melalui perkahwinan. Kebahagiaan hidup berkeluarga adalah sebahagian daripada nikmat yang Allah janjikan dalam hubungan lelaki dan perempuan.


Sunday, February 13, 2011

Persoalan yang sering ditanya mengenai dnhans




Persoalan yang sering ditanya mengenai dnhans

1. Kenapakan Dnhans dalam bentuk sachet dan tidak berbentuk pil atau kapsul?
Dnhans adalah berbentuk Kristal halus. Ia dibuat sedemikian supaya mencapai daya penyerapan yang lebih cepat.

2. Adakah dnhans dibuat untuk wanita sahaja?
Tidak. Ia adalah makanan yang berfungsi untuk lelaki, wanita, tua, muda dan kanak-kanak.

3. Dnhans adalah makanan sumber marin (laut), adakan ia penyebab alahan?
Daripasa kajian dan maklum balas, dnhans tidak menyebabkan alahan kepada pengguna melainkan kepada individu yang sensitive kepada makanan laut. Kepada sebilangan orang yang ‘berdarah kotor’ (tidak membuang air besar dan kurang minum air setiap hari) mereka akan berjerawat setelah beberapa hari. Namun jangan berhenti mengambil dnhans, teruskan pengambilan dan amalkan buah dan sayuran serta lebihkan minum air 7-8gelas sehari dan jerawat tersebut akan hilang.

4. Apakah cara terbaik untuk makan dnhans?
Cara yang paling baik adalah dimakan semasa perut masih kosong pada awal pagi dengan segelas air kosong (yang terbaik) atau segelas jus buah 30minit sebelum mengambil sarapan pagi. Adalah penting untuk minum lebih air supaya kesannya cepat dan ketara.





Photobucket

Saturday, February 12, 2011

Petua Hilangkan Bau Pada Bekas Makanan


Bekas menyimpan makanan yang sudah terlalu lama digunakan akan meninggalkan bau yang tidak sedap. Atasi masalah ini dengan merendamkan beberapa helai kertas suratkhabar di dalam bekas tersebut dan biarkan selama beberapa jam. Bau tersebut akan diserap oleh kertas suratkhabar dan bekas makanan anda tidak lagi berbau.

Tuesday, February 8, 2011

Rahsia 13 rukun Solat


Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang
baru tahu......
1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.




5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.


Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi atau Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang
perasan. Wassalam.


Monday, February 7, 2011

Teh Asiatica Plus


Teh Asiatica Plus
Produk ini menggunakan 2 jenis pegaga iaitu Hydrocotyle Asiatica dan Hydrocotyle Sibthorpiodes berfungsi sebagai pembakar lemak khusus kepada mereka yang ingin menurunkan berta badan. Kelebihan Teh Asiatica adalah seperti berikut:-

1. Menurunkan kadar kolesterol dan menghancurkan lemak dalam badan serta mampu menormalkan tekanan darah.

2. Membuang toksid dalam tubuh.

3. Memecahkan batu karang jika diminum bersama Malac dan Madu Asli.

4. Mengencangkan otot yang kendur (Sapukan Minyak But-But pada bahagian tersebut).

5. Mengatasi masalah anak yang mengalami kembung perut jika diambil bersama Madu Asli.




7. Meningkatkan kecergasan dan pengembangan otak.

8. Mengatasi masalah sembelit dan buasir.

9. Mengatasi migrain.

10. Mengatasi Asidosis dan Diverculata.

11. Mengatasi masalah peradangan sendi.

12. Mengatasi ghout.

Komposisi (35 uncang per kotak) :
1. Hydrocotyle Asiatica

2. Hydrocotyle Sibthorpiodes

Dos :
Minum sekurang-kurang 1 uncang setiap hari. 1 uncang menghasilkan 3 gelas. Gunakan air panas (60 celcius). Jangan gunakan air mendidih kerana ia akan memusnahkan klorofil.

Harga
RM 28

*harga termasuk kos pos

CARA PEMBAYARAN


Sunday, February 6, 2011

Petua Lembutkan Daging ketika Memasak


Terdapat beberapa petua untuk melembutkan daging ketika memasak. Antaranya ialah:

1. Rebus daging bersama satu cawan air kelapa hingga lembut. Kemudian masak seperti biasa.

2. Tumbuk halia dan campurkan sedikit garam. Perapkan bahan ini dengan daging selama anggaran setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih dan masaklah daging itu seperti biasa.

3. Masukkan beberapa ketul ais ke dalam bekas yang berisi daging. Biarkan seketika kemudian cuci. Daging akan cepat empuk.

4. Rebus daging bersama akar daun pandan yang telah dicuci bersih. Kemudian masak daging seperti biasa.

5. Rebus daging bersama daun nangka atau daun betik. Kemudian masak daging seperti biasa.

Saturday, February 5, 2011

TESTIMONI EXAMO DAN MATSA


ADIK AFIF ZUHDI BIN MOHAMAD

Terima kasih kepada ayah dan emak yang telah memberikan saya EXAMO-CKM 500 dan MATSA sehingga saya berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2008. Pencapaian terbaik saya sebelum ini hanya 2A, kini pencapaian saya telah meningkat dalam semua mata pelajaran.

Friday, February 4, 2011

Manipulasi Wang Simpanan



Kebanyakkan rakan-rakan yang saya tanya, " ada simpanan, atau pelaburan, ASB, Tabung haji tak?" kebanyakan hanya ada akaun simpanan daripada memiliki sebarang bentuk pelaburan. Memang tak yah nak cakap kalau saya dengar pelaburan rasa macam gerun + modal juta-juta + risiko tinggi. Namun kini anda tidak perlu rasa kecewa, logam mulia kurniaan Allah s.w.t iaitu emas boleh dijadikan pelaburan yang menguntungkan serta bebas risiko + kalis inflasi (graf menunjukkan kenaikan harga emas dalam 5 tahun). Bagaimana, saya akan sambung dalam artikel terbaru nanti .



Thursday, February 3, 2011

LIPBALM TREAT 07


Formulasi terkini yang menggabungkan kebaikan ekstrak gamat, propolis, aloe vera, minyak zaitun, minyak bunga matahari dan vitamin E. Membantu melembapkan bibir serta melindungi kulit bibir daripada masalah kekeringan dan kesan sinaran UVA/UVB matahari. Lipbalm Treat 07 tanpa warna sangat sesuai untuk jemaah umrah dan haji.

HARGA
RM26.00

* harga tidak termasuk kos pos

BELI DI SINI

CARA PEMBAYARAN

Wednesday, February 2, 2011

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W -


1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,
"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya."
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda :

"Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya."
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.





3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.


4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah :
"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."


5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.


6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.


7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..


8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :

"Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."

Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu."

Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."

Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,
"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali."

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :
"Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."


9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan :
"Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali."


10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati