Thursday, October 29, 2009

AINUN THERAPY (24ML)


AINUN THERAPY (24ML)

Ubat Mata yang dihasilkan dari Formula Mutiara, Herba dan Karangan Laut. Tidak mempunyai bahan kimia dan tidak memabukkan serta boleh meneutralkan bahan kimia.

Mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan disahkan halal JAKIM

Antara kegunaannya:

Menghilangkan Selaput Mata

Mencerahkan @ Menghilangkan Kerabunan

Merawat Masalah Mata Berair @ Kering

Menghilangkan Keletihan Mata

Mencegah Penyakit Mata

Merawat Sakit Mata

Membuang Habuk

Menghilangkan Senak Mata @ Silau

Masalah Mata Gatal/ Resdung Mata

Merawat Glaucoma (Tekanan Tinggi Mata)

Masalah Mata Merah

Menghilangkan Hidung Gatal

Merawat Ulser Mulut

Masalah Telinga

- Gatal
- Bernanah

HARGA RM 40.00

* Pos Laju Percuma *


Friday, October 23, 2009

LEMON GRASS SPA SALT



LEMON GRASS SPA SALT

Diproses daripada tumbuhan semulajadi seperti pati serai wangi dengan campuran bahan asli garam bukit mampu mengeluarkan angin serta memecahkan lemak-lemak di bahagian tertentu tubuh. Penggunaan yang berterusan juga :arrow: mampu merawat sel-sel kulit mati sambil mencerahkan serta melembutkan struktur kulit agar lebih sihat.


Cara Guna:
Pastikan tubuh kering semasa penggunaan.
Sapukan sedikit 3 in 1 spa salt ke bahagian seperti lengan, perut, pinggul dan peha.
Bagi yang mengalami sakit migrain, sakit pinggang, sengal otot, senggugut dan sakit tumit kaki juga boleh digunakan secara menggosok di tempat yang sakit.
Gosokkan perlahan-lahan 1-5 minit kemudian bilas dengan air sehingga bersih.
Gunakan 2-3 kali seminggu

150gm


HARGA
WM RM29.90
EM 32.90

PROMOSI
RM 59.80 (BELI 2 PERCUMA SATU) POS LAJU FREE

Monday, October 19, 2009

FRUITY SHOWER GEL SCRUB


FRUITY SHOWER GEL SCRUB


Dirumus khas daripada biji anggur yang bermutu tinggi mampu menyingkirkan kotoran hingga ke dalam kulit. Diperkaya dengan vitamin c juga mampu melembutkan serta mencerahkan kulit.

Cara guna:
Basahkan badan terlebih dahulu
Sapukan Fruity Shower Gel Scrub ke seluruh badan dan gosokkan selama 1-5 minit kemudian bilas dengan air sehingga bersih
Anda akan rasakan keharumannya sepanjang hari. Gunakan setiap hari.
150ml

HARGA
WM RM 18.90
EM RM 21.90

PROMOSI
RM 37.80 (BELI 2 PERCUMA SATU) POS LAJU FREE


CARA PEMBAYARAN

Friday, October 16, 2009

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

*petikan dari e-mel yg dikirimkan oleh seorg sahabat

Tuesday, October 6, 2009

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup

Thursday, October 1, 2009

HAWA:Ingin Cantik??Solatlah!!




Subhanallah, Maha Suci ALLAH yang mengetahui setiap suruhan dan laranganNya. Adakah anda sebagai seorang wanita pernah terfikir betapa banyak kelebihan-kelebihan yang terkandung dalam pergerakan solat yang dilakukan setiap hari? Percaya atau tidak setiap gerakan dalam solat telah mendahului kepercayaan orang tua-tua dalam memberi petua turun-temurun kepada generasi yang akan datang?

Mereka menemui bahawa gerakan yang dikenali sebagai senaman dapat mengekalkan kecantikan dalaman seorang wanita. Bahkan dari segi sains, solat dapat mengalirkan aliran darah dengan begitu sempurna. Di kesempatan ini, ana ingin berkongsi persamaan antara pergerakan solat dan pergerakan senaman dari petua orang dahulu kala. Kebesaran dan kebijaksanaan ALLAH perlu dikaji oleh setiap insan kerana ada sebab dan musabab kenapa ALLAH menjadikan begini? kenapa tidak begitu? begitu mengapa tidak begini?

Ada sedikit ilmu yang ana ingin kongsikan bersama setiap insan yang bergelar hawa yang bakal melahirkan pejuang-pejuang islam yang bakal menegakkan AGAMA ISLAM dimuka bumi.

SENAMAN-SENAMAN YANG MENYAMAI PERGERAKAN SOLAT.

1. Faedah Halus Pandangan:
Menurut petua orang tua-tua Melayu, senaman mata ini mengelakkan diri anda dari mudah pusing mata dan dapat menajamkan fokus mata.
Gerakan: Apabila terjaga dari tidur, pejamkan kedua mata. Baring terlentang dalam keadaan santai tenang. Gerakkan bola mata seolah-olah anda memandang ke arah kepala anda, kaki, kiri dan kanan. Kemudian pusingkan bola mata itu mengikut arah jarum jam. Ulangi perkara yang sama tapi kali ini melawan arah jarum jam.

Perasan atau tidak kedudukan itu sama seperti kedudukan kita sewaktu berdiri tegak mengadap ALLAH. Cuma dalam senaman ini kita berada dalam keadaan berbaring. Manakala mata kita sama gerakan seperti memberi salam ke kanan dan kiri dalam solat.

2.Faedah Angin Tunggal:
Gerakan ini membantu mengeluarkan angin dari dalam perut, mengurut dan menyengkak rahim serta menyempitkan anggota sulit wanita.
Gerakan: Baring terlentang, lunjurkan kedua-dua kaki. Tarik nafas. Kemudian angkat kaki kanan lurus ke udara. Bengkokkan lutut anda dan bawa ia ke arah dada sambil anda lepaskan nafas. Selepas itu, dalam keadaan nafas biasa, paut lutut yang dibengkokkan menggunakan kedua-dua tangan anda ke arah dada dan tahankan posisi ini selama 7 saat. Tukar kaki dan ulangi proses yang sama.

Keadaan ini sama seperti kedudukan sewaktu kita sujud mengadap ALLAH,ada sebab mengapa sujud yang panjang didalam solat itu lebih baik berbanding dari tergopoh gapah.

3. Faedah Angin Kembar:
Membantu mengeluarkan angin serta mengurut pinggul serta merampingkan pinggang wanita. Gerakan: Baring terlentang. Angkat kedua-dua kaki anda tegak ke udara. Tarik nafas. Kemudian bengkokkan kedua-dua lutut anda itu ke dada sambil lepaskan nafas. Dalam keadaan nafas biasa pula, pautlah kedua lutut itu ke arah dada dengan kedua-dua tangan anda. Tahankan posisi ini selama 7 saat.

Sewaktu mengangkat kedua-dua kaki ke atas keadaan ini pula hampir menyamai kedudukan sewaktu rukuk di dalam solat,kemudian apabila kaki dibengkokkan ke dada itu sama seperti kedudukan kita bangun daripada rukuk dan terus sujud.

Semoga apa yang ana kongsikan ini sedikit sebanyak menyedarkan kita bahawa pemikiran manusia dan sains sebenarnya telah dikabarkan oleh ALLAH TAALA dalam 'bahasa indahnya' kepada semua manusia. Terpulang kepada manusia samada akal yang ALLAH kurniakan ini digunakan ke arah kebaikan atau keburukan. Wallahu' alam.

p/s :
- Allah menerangkan di dalam al-quran bahawa manusia sentiasa dihinggapi rasa gelisah, bakhil dan sifat keji yang lain. Solat adalah satu cara untuk menghilangkan sifat-sifat keji ini. Firman Allah SWT yang bermaksud ;


Sesungguhnya manusia dijadikan bertabiatkan resah gelisah(lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.
(al-Ma'arij 19-23)

KELAB ROYALE D’NAVECHEE


KELAB ROYALE D’NAVECHEE

1. Yuran Keahlian - WM: RM 50.00 / EM: RM55.00
2. Katalog - PERCUMA
3. Diskaun Produk berdasarkan
Belian: RM10 – RM150 - 15%
Belian: RM151 & ke atas - 20%
4. Harijadi Ahli - + 10%
5. Ganjaran Mata Belian - 2%
6. Ganjaran Mata Pelancongan -20%

. Lain-lain keistimewaan:
a. Pihak Kelab akan sentiasa mengadakan kempen-kempen istimewa bagi ahli-ahli Club Royale.
b. Pihak Kelab juga akan mengadakan aktiviti bulanan seperti Hi-Tea, Bengkel Kecantikan, Seminar Keusahawanan dsb.

APA ITU HARIJADI AHLI

Pada hari kelahiran setiap Ahli Club, Ahli akan diberi ekstra diskaun sebanyak 10%. Ini bermakna jika sekiranya Ahli membuat belian RM50 sahaja maka Ahli layak menerima diskaun sehingga 25%.


APA ITU GANJARAN MATA BELIAN

Setiap RM1 = 1 mata x 2%. Contoh Belian Anda RM2000 = 2000 mata x 2% = RM40.00. Belian Anda akan dikumpul sehingga jumlah 2000 mata (tiada had masa) & bayaran akan dibuat melalui Baucer Kredit. Baucar tersebut hanya sah untuk 2 bulan sahaja & Baucar Kredit tidak boleh ditukar dengan wang tunai.

APA ITU GANJARAN MATA PELANCONGAN

Mana-mana Ahli Club Royale DNV yang berjaya memperkenalkan Ahli Kelab yang baru di bawahnya maka Ahli akan diberi ganjaran 50 mata.

Contoh: Anda berjaya memperkenalkan 50 org Ahli baru: 50 Ahli x 50 mata = 2500 mata x 5% = 125 mata. Ganjaran Mata yang diperolehi boleh dikumpul sehingga mata berjumlah 4700 mata dan anda telah melayakkan diri untuk mengerjakan UMRAH secara percuma.