Tuesday, May 31, 2011

Teh Hijau

Teh Hijau berbeza dengan teh yang kita biasa minum setiap hari kerana khasiatnya yang tersendiri dan pelbagai. Antara kebaikan Teh Hijau:

•Merawat sakit kepala dan kemurungan
•Antioksidan Teh Hijau lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat daripada vitamin E.
•Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
•Ada juga artikel menyebut Teh Hijau baik untuk kuruskan badan
Artikel Mengenai Teh Hijau dari Kosmo:

Nutrien Teh Hijau

Apakah alasan yang menyebabkan teh hijau harus disertakan dalam diet seharian?

KEBAIKAN teh hijau melampaui sempadan. Dari China hingga ke Barat. Kini, ia bukan lagi sejenis minuman yang diambil sewaktu makan petang atau malam. Tetapi, ia diminum pada bila-bila masa. Jika selama ini anda memakan pelbagai jenis ubat dan suplemen, masukkan satu lagi tip penting iaitu teh hijau yang dikongsi oleh RealAge.

Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. Jika anda masih lagi di zaman keremajaan, mulakan hari ini juga.

Lembutkan kulit

Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan.

Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.

Lindungi kulit

Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit.

Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.

Pelindung memori

Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya.

Kenapa? Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.

Awet muda

Lebih muda dan sihat arteri anda, maka lebih muda dan sihat kita rasa dari luar. Helahnya ialah kita harus melawan plak yang terbina dalam saluran darah lalu meningkatkan risiko penyakit jantung, strok serta menambah usia biologikal. Ia juga mengurangkan tenaga di dalam badan.

Menurunkan berat badan

Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. – SUBASHINI RAJANDRA

1 kotak Teh Hijau HPA mengandungi 20 uncang.

Harga
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak: RM 18

CARA PEMBAYARAN

Monday, May 30, 2011

Sekadar peringatan


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, semoga Allah limpahkan kurnia kepada kita semua untuk terus beribadah kepadaNya dengan penuh ketaqwaan dan juga bersyukur kepadaNya atas limpah rahmat nikmat iman, masih dapat menikmati udara yang Allah berikan tanpa bayaran satu sen pun, dapat terus hidup di muka bumi ini dengan penuh nikmat yang tidak pernah putus dari Allah SWT. Dari itu wahai saudara saudari yang dikasihi sekalian ingatlah bahawa kita hidup di muka bumi ini tidak akan kekal, akhirat jualah tempat tinggal kita buat selama-lamanya, oleh itu ingatlah segala pesan Imam Al-Harith Muhasibii:-

1. Perelokkan atau perkemaskan persiapan kamu untuk hidup di akhirat.


•Jangan abaikan segala apa jua kebaikan dan masa yang Allah sediakan di dunia.
•Berpegang teguhlah dengan sunatullah.
•Lihatlah aib atau kelemahkan diri kita.
•Bila ada kelebihan yang Allah kurniakan haruslah berjaga-jaga.
•Jangan gunakan kedudukan (pangkat) untuk kepentingan diri.
•Jangan meminta sesuatu yang bukan hak kita.
•Jangan bermegah-megah atas kurniaan Allah yang menyaluti tubuh badan kita.
•Berikan kemaafan kepada orang-orang yang melakukan dosa kepada kita moga Allah angkatkan darjat kita.



2. Bersungguh-sungguhlah untuk memperelokkan bekalan ke akhirat.

3. Jadikanlah diri kita sendiri tempat untuk dinasihat serta tanyakanlah diri akan amalan-amalan kita dalam menuju redha Allah SWT dan lazimkanlah diri kita dengan amalan-amalan yang baik.

4. Fahamilah diri sendiri iaitu dengan sibuk menasihati diri serta urusan dengan masyarakat dalam perkara agama, kehidupan, pergaulan dan sebagainya. Lakukanlah perkara-perkara yang kita yakini dan tinggalkan perkara-perkara yang samar-samar.

5. Bangunlah dari kelalaian kita.

6. Gunakanlah sepenuh masa yang Allah peruntukkan untuk kita di dunia ini dalam perkara-perkara yang baik, kerana umur adalah amanah dan kita akan dipersoalkan nanti bagaimana ianya dihabiskan serta harta yang dibelanjakan untuk tujuan apa dan bagaimana kita perolehi.

7. Amalkan tegur menegur dalam perkara kebaikan kerana itu tandanya kita berkasih sayang.

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan ALLAH?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan ALLAH sangat dekat.

Wallahu'alam...moga ada manfaatnya




Sunday, May 29, 2011

RASKO TAMARA



Kesesuaian: Minuman alternatif tanpa kafeina. Sesuai diminum oleh semua peringkat umur termasuklah wanita pramenopaus dan menopaus.Juga membantu masalah osteoporosis.

Cara Penyediaan:
Tuang air panas ke dalam cawan. Gunakan 1 sachet untuk satu saiz hidangan. Kacau sehingga larut. Tambahkan gula atau susu jika perlu.

Apakah Rasko TAMARA?
Serbuk minuman alternatif yang dibuat daripada biji kurma (Phoenix dactylifera) iaitu sejenis tumbuhan dari famili Palmae. Ia mengandungi mineral dan sumber kalsium yang tinggi yang baik untuk kesihatan.

HARGA
RM25.00

CARA PEMBAYARAN

Saturday, May 28, 2011

Dia Takdirmu Di Syurga



Hati manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras.

Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu.

Mampu, dalam erti kata berpecak silat menentang badai, dan mahu, berubah.

Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-'e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya.

Justeru itu, masalah akan ada di mana-mana tanpa dipinta, cuma kita disarankan agar berhati-hati, sedia, sabar, dan belajar dari masalah tersebut.

Jodoh, adalah hal berkaitan dengan fitrah, mahu tidak mahu setiap daripada kita pasti dipaksa bergelumang meredah mehnah, suka duka, jerih perih sebelum bahagia dalam rumahtangga direalitikan.



Manusia tidak selama-lama akan kebal, pasti ada satu saat dia akan tunduk, jatuh. Oleh kerana itu, Islam mengajar agar kita tidak sombong untuk belajar daripada alam, pengalaman, sirah buat pendinding kalis kecewa, sengsara, dan lara.

Kita kian tenang dalam damai ketika mencari cinta Ilahi nan abadi.

Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi.

Keluarga ibarat sebuah negara, suami ialah seorang pemimpin menerajui sebuah kerajaan besar, tidak boleh dipandang enteng.

Berjaya atau tidak seorang suami itu dilihat berjaya atau tidak anak buah di bawah jagaannya.

Perkahwinan yang sempurna bukanlah sentiasa sempurna, melainkan ketidak-sempurnaan yang ditangani dengan kemahuan pada agama, syari-'at aturan daripada al-Quran dan as-Sunnah.

Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini kerana ini hanyalah dunia. Tidak penting di mana kita bermula, tetapi lebih penting di mana kita akan berakhir.

"Kali ini sudah dua kali peluang saya berikan, tapi abang masih tidak mahu berubah..." rintih seorang isteri bila mana tahu si suami main kayu tiga.

Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain.

Salah kita juga, dulu bercinta bagaikan hilang waras manusia normal, bibir hanya berbicara kebaikan pasangan sahaja, memuji kecantikan pasangan.

Bila dah akad, pasti kebaikan juga diharapkan, namun panas tidak selalu sampai ke petang, bila ada step tersilap, maka mulalah persoalkan ini dan itu.

Cabaran hidup berkeluarga tidak seindah yang diimpikan, khabar tidak seindah rupa.

Tidak boleh menjadi idealistik. Banyak tanggungjawab harus dipikul, banyak keseronokan masa bujang yang terpaksa dikorbankan, karenah anak-anak yang bisa menggugat kesabaran.

Bila dah berumahtangga suami isteri bukan sahaja berkongsi satu bilik, satu katil, satu almari, tapi juga satu rasa, satu tanggungjawab. Bebanan kewangan diatasi, dikoreksi bersama.

Di sini, cinta akan mekar berputik, kekurangan ada di sebelah pasangan dilengkapkan pasangan lain.

Usia perkahwinan juga akan melalui pra-matang, maka dalam tempoh demikian, terlalu banyak agenda perlu dirangkumkan, apa patut didahulukan, dan mana patut dikemudiankan.

Sebelum Kahwin

Berusaha menjadi terbaik untuk mendapat yang terbaik, bukan menilai orang lain baik tapi diri sendiri tiada usaha menjadi baik.

Maka segalanya dilakukan dengan usaha dan niat yang ikhlas, niat baik akan dipertemukan dengan takdir-Nya yang baik-baik. Kebaikan kita dinilai oleh masa, kalau umur dah berginjak 20-25 tahun, tapi masih bermain PSP, baca majalah mangga, belek komik bersiri, bukankah teramat jauh untuk jadi baik.

Allah Taala berfirman, bermaksud: "...perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.

Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat)" an-Nur (24:26)

Benar kita boleh berlakon, depan orang cerah perut ibu mengandung, tapi sampai bila, tembelang kalian pasti dapat dihidu, bila dah kahwin semua itu sudah tiada lagi, kembali pada perwatakan sebelumnya.

Kalian berhak memasang cita-cita, memiliki isteri mampu menjaga pakaian dan makan minum, mendamba isteri rajin bertadarrus al-Quran dan bertahajjud malam, isteri rajin dalam kerja-kerja dakwah, mengimpikan isteri melahirkan zuriat soleh dan solehah, menginginkan isteri berkongsi suka dan duka, kalian boleh buat demikian, tapi sanggupkah kalian juga menjadi seperti apa seorang isteri harapkan, menemani di kala tahajjud, menyediakan pakaian dan makan minum, menjadi pemimpin baik buat dirinya dan anak-anak yang soleh dan solehah.

Mereka bertadabbur, dan memahami kalam Allah satu ini;

Allah Taala berfirman, bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan..." an-Nisaa' (4:34)

Menetapkan niat untuk menjadi lelaki yang baik untuk keluarganya serta hasrat untuk melahirkan generasi baru yang membawa ad-Deen merupakan usaha yang murni.

Sudah tentu usaha sedemikian memerlukan keteguhan dan kecekalan serta usaha yang berterusan sambil memohon pertolongan Ilahi. Niat yang baik akan menatijahkan hasil yang baik.

Seorang lelaki menyukai perempuan yang mempunyai sedikit sentuhan maskulin manakala perempuan yang akan menjadi isteri juga menyukai lelaki yang mempunyai sentuhan feminin.

Ringkasnya, suami akan suka isteri yang boleh berdikari menyelesaikan beberapa tugasan atau kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh suami, manakala isteri juga menyukai suaminya sekali sekala buat kerja rumah dan memasak untuk keluarga.

Ada kalanya suami memerlukan isteri membantunya dalam menyelesaikan kerja-kerja yang selama ini suami yang lakukan, adakalanya si isteri memerlukan suami untuk ringan tulang dalam hal berkaitan house-chores.

Tiadalah itu satu harapan yang melangit, melainkan rasa ingin merealisasikan sesuatu yang sudah berkurangan dalam kehidupan insan hari ini.

Rasulullah s.a.w dalam kesibukannya berdakwah dan menjadi penghulu ummat juga mampu memenuhi hak-hak keluarganya, dan membina satu keluarga Islami yang bahagia, maka kita juga berusaha untuk menjadi seperti baginda.

Saya tidak setuju kalian bercinta sebelum kahwin. Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta. Kalau sudah rasa tidak mampu, maka jauhilah maksiat cinta.

Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu.

Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar.

Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, kalian terkejut selepas berkahwin.

Sanggupkah kalian bercinta?

Selepas Kahwin

Kehidupan adalah realiti yang memotretkan pelbagai palitan warna emosi, suka duka sebagai diari dibaca, dicermati pada hari muka, hal baik-baik sudah pasti diulang dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Kehidupan adalah lautan yang dipenuhi gelombang, taufan dan goncangan, membawa pelbagai cuaca, sudah pasti memberi kesan membekas di hati manusia.

Hati manusia ibarat sebuah sampan kecil yang dipaksa berlayar dalam lautan luas. Mahu atau tidak, manusia perlu benar-benar memahami, belajar dari lautan kehidupan sebaik sahaja mereka membuka mata, dan bersedia memulakan pelayaran.

Suri teladan para pelayar sudah ada di hadapan kalian, tinggal lagi kalian memilih cara mereka atau membentuk kaedah pelayaran tersendiri berdasarkan pengalaman mereka.

Pelayar terbaik, tidak lain dan bukan adalah baginda s.a.w.

Cinta itu bukan alasan utama untuk dapat bahagia, kerana ramai juga bercerai kerana cinta.

Ramai orang bercinta bagai hilang ingatan, tapi bercerai berai juga.

Ramai yang kahwin suka sama suka, tapi rumahtangga kecoh.

Ini bukan soal cinta atau suka.

Ini soal sejauh mana kebergantungan suami isteri pada Allah Taala dalam setiap urusan, Sejauh mana mereka sepakat dalam mencari berkat dalam rumahtangga.

Dengan kehendak Allah sahaja, rumahtangga akan berjaya dan bahagia.

Pohonlah kebaikan pada-Nya, serta terus menerus menjadi baik.

Andai ombak kuat melanda bahtera, jangan disangka tiada harapan dapat berlabuh dengan selamat.

Ingatlah semakin kita diuji, itu tandanya kasih sayang Allah Taala kepada kita dan Dia tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan sesuai dengan apa yang daya kekuatan.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah (2:286)

Makin banyak kita diuji, makin dekat kita kepada-Nya dan semakin matang dan penuh hikmah kita menyelesaikan sebarang masalah dengan kaedah terbaik, dipersetujui bersama.

Bersabarlah para isteri dengan suami yang kebanyakannya akan diam dalam membatu, dan bersabarlah para suami dengan leteran dan bebelan para isteri yang adakalanya untuk menyedarkan anda.

Dialah satu-satunya insan yang terbaik untuk diri kalian, bukan kedua, bukan ketiga.

Berusahalah melengkapi kekurangan antara satu sama lain dengan segala kelebihan dan kebaikan pada diri masing-masing.

Bukannya untuk meruntuhkan masjid yang dibina dan memisahkan ikatan yang terjalin.

Carilah salah sendiri kenapa tidak mencari yang kurang baik tapi bisa diasuh menjadi baik.

Rumahtangga bahagia, bukan bahagia cukup material dan keperluan jasmani bahkan keperluan rohani.

Maka bercintalah kalian sepuas-puasnya, kerana kalian adalah halal bagi pasangan.

Setiap hembusan cinta kalian, pasti berbuahkan pahala di kebun cinta Ilahi di taman syurga nanti.

Bukankan ironi sangat aneh, bercinta sebelum kahwin lebih hebat berbanding bercinta selepas akad, jelas sekali kalian hipokrit.

Kenapa perlu mengembalikan cinta?

Saya merasakan setiap manusia itu entitled dan deserved untuk hidup dalam tenang dan bahagia.

Hidup tanpa cinta ibarat burung yang terbang dalam sangkar.

Selagi ada ruang untuk bercinta, maka sirami dan bajailah cinta itu.

Cinta selepas Ijab dan Qabul, sesungguhnya mampu untuk diluahkan dan masih ada untuk dihadiahkan bersama.

Selepas kahwin anda tetap sebagai nakhoda. Nakhoda kepada para kelasi di bawah tanggungan anda.

Baik buruk kesudahan perjalanan mereka berada di tangan kalian.

Prinsip dan paradigma utuh sahaja akan selamat mengemudi badai dunia.

Rujukan: Rezza Khanafiah



Friday, May 27, 2011

PATI KRISTAL GARAM MINERAL SOLE



Larutan tepu bersama kristal Sole didatangkan khas dari Pergunungan Himalaya hanya untuk anda!

Dengan 84 elemen mineral semulajadi yang seimbang, Sole menyumbangkan keperluan mineral harian, mengeluarkan toksik, memperbaiki sistem badan dan menyihatkan anda secara optimum.

Hanya titiskan ke dalam air minuman mineral anda untuk kesegaran dan kecergasan sepanjang hari!


Tubuh sihat dan cantik dengan Sole!

HARGA
RM52.00

CARA PEMBAYARAN

Thursday, May 26, 2011

Emas Dan Wanita



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua.

‘Besi berharga’ jadi buruan sejak berzaman terus digilai hingga kini

TIADA sebarang kenyataan rasmi mengenai emas yang perlu dikaitkan dengan wanita, namun masyarakat sejak dulu memperakui emas adalah barang paling akrab dengan golongan hawa itu kerana tanpa secalit kilauan emas pada wanita, penampilan mereka dirasakan seperti tidak sempurna.

Bahkan, pepatah hanya jauhari mengenal manikam wajar ditujukan kepada wanita kerana lazimnya mereka arif mengenai ‘kelas’ barang kemas terutama jika dinilai dari sudut pertukangan, potongan batu dan nilai batu yang digunakan sama ada serasi atau tidak dengan mereka.

Walau seribu tahun akan datang, emas tetap menjadi pilihan wanita kerana kerlipan emas mampu menaikkan seri wanita, melonjakkan nilai kewanitaan pemakai dan meletakkan wanita dalam keadaan selesa untuk tampil yakin.

Hakikatnya, kerlipan emas dikatakan menjadi tarikan sejak beribu tahun dulu, malah ketika itu barang kemas yang diperbuat daripada emas bukan saja menghiasi wanita, bahkan lelaki. Lebih banyak seseorang itu memakai barang kemas, lebih tinggi darjatnya di kalangan masyarakat.

Begitu pun, kedatangan Islam menetapkan bahawa lelaki tidak dibenarkan memakai emas menyebabkan kegunaannya lebih cenderung untuk wanita dan kekal ke hari ini.


Antara mitos popular membabitkan emas, bandar purba di lembah Amazon, Brazil yang dikatakan diperbuat sepenuhnya daripada emas dan diketuai wanita. Walaupun sehingga kini tiada siapa dapat mengesahkan cerita itu, bandar mistik berkenaan popular hingga ke hari ini dan menjadi buruan penjarah harta karun kerana tiada siapa tahu lokasi sebenarnya.

Selain itu, kaum Inca di Peru yang dikatakan rakyatnya disaluti emas turut menjadikan emas sebagai barang keperluan sehinggakan ada cerita yang mengatakan masih banyak lagi harta karun masyarakat yang sudah pupus daripada bumi itu, tersembunyi.

Zaman silih berganti, apabila konsep perdagangan diperkenalkan, emas menjadi antara mata wang utama masyarakat ketika itu untuk berdagang kerana keunikannya. Hari ini, emas masih lagi kekal diminati masyarakat dan di Malaysia, wanita Kelantan antara golongan yang dikatakan pencinta barang kemas itu.

Kecenderungan itu dilihat apabila kebanyakan wanita di negeri Cik Siti Wan Kembang menyuburkan budaya pemakaian barang kemas diperbuat daripada emas sehingga ada yang berjenaka ‘tangan dan leher wanita Kelantan sentiasa disaluti perhiasan emas’ bagi menggambarkan minat mereka.


Sebenarnya bukan saja wanita di Kelantan, sebaliknya wanita Pulau Pinang juga antara pencinta emas. Bukan seurat dua, bahkan penuh di leher dan tangan dihiasi gelang besar atau rantai emas panjang bersaiz besar.

Bagi mereka yang meminati emas, pembelian barang kemas tidak dianggap suatu pembaziran sebaliknya pelaburan kerana jika keadaan terdesak, barang kemas berkenaan boleh dijual balik terutama ketika harga emas meningkat.

Pelengkap penampilan

Bagi Nor Rilly Azmi Hashim, Zaharah Tan Sri CM Hashim dan Toh Puan Zakiah Che Din, perhiasan daripada emas sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada mereka sejak dulu kerana yakin perhiasan berkenaan menjadi sebahagian daripada aksesori yang melengkapkan penampilan mereka khususnya dan wanita lain secara amnya.

Dilahirkan di Pulau Pinang pada 1939, Zaharah kali pertama memakai set perhiasan emas ialah ketika majlis perkahwinan beliau. Set barang kemas berkenaan dihadiahkan bapanya kepada beliau memandangkan beliau menghadapi hari penting dalam kehidupan untuk bergelar isteri.

“Ketika itu saya berusia 17 tahun. Bapa membeli satu set barang kemas seperti rantai leher, cincin, gelang dan subang untuk dipakai pada hari perkahwinan saya.

“Mungkin memikirkan saya sudah dewasa dan bakal memasuki gerbang perkahwinan, bapa memberi hadiah barang kemas kepada saya. Sebenarnya beliau memberikan semua anak perempuannya hadiah barang kemas kerana kami akan memakainya,” katanya ketika ditemui di ruang pameran saudagar barang kemas Habib di Ampang Point, baru-baru ini.

Pendapat Zaharah disokong Nor Rilly yang juga gemar memakai barang kemas dalam bentuk set kerana baginya, alang-alang memakai barang kemas, biarlah tampil sedondon dan tidak caca-marba.

Menggemari perhiasan lama seperti intan, Nor Rilly tidak begitu cerewet mengenai reka bentuk kerana menganggap cita rasa setiap individu adalah berbeza, justeru beliau menghargai sama ada barang kemas berkenaan dihasilkan mengikut potongan klasik atau kontemporari.

“Sebagai peminat barang kemas, saya tidak kisah mengenai potongan tetapi sudah tentu himpunan yang lama lebih digemari kerana ia susah untuk diperoleh selain seni pertukangan barang kemas dulu dan kini jauh berbeza.

“Lagipun saya tidak menunggu musim promosi untuk membeli barang kemas kerana ketika promosi lazimnya ramai wanita menyerbu kedai emas, jadi saya tidak selesa untuk memilih atau melihat barang yang dipamerkan. Lebih baik saya datang ketika orang tidak ramai, mudah untuk saya membuat pilihan terhadap barang kemas yang dicari,” katanya.

Antara nama yang diberikan kepada bentuk potongan dan pertukangan barang kemas klasik ialah buah kana, cincin kapal terbang, matahari, anggur, potong wajik, rantai sauh, subang penyapu, bunga cengkih, tampuk manggis dan pelbagai lagi yang diambil daripada unsur alam.

“Saya dan keluarga sejak dulu memilih saudagar permata Habib sekiranya ingin membeli barang kemas kerana yakin dengan mutu yang ditawarkan kepada pelanggan. Ringkasnya, reka bentuk barang kemas di Habib memenuhi cita rasa pelbagai peringkat usia.

“Begitupun, saya ada juga mengunjungi saudagar emas yang lain untuk melihat reka bentuk dan pertukangan kerana setiap tukang berbeza hasil kerjanya. Saya juga tidak kisah sama ada membeli barang kemas siap atau terpaksa merekabentuk sendiri mengikut kehendak kerana apa yang penting, kita akan membeli sekiranya kita minat dengan sesuatu barangan itu,” katanya.

Bagi Zakiah pula, beliau melihat barang kemas sebagai suatu aksesori yang berupaya membawa elemen positif kepada wanita selain cantik dipandang, barang kemas juga boleh menjadi topik perbincangan utama.

“Saya memilih membeli barang kemas di Habib kerana ada pelbagai pilihan. Berbanding dulu, Habib kini semakin banyak pilihan yang itulah yang membuatkan saya sentiasa memilih Habib sekiranya bercakap mengenai barang kemas.

“Selain itu, Habib juga menjadi lokasi perjumpaan saya dan Zaharah serta Nor Rilly kerana mereka juga adalah pelanggan Habib. Sekurang-kurangnya kami dapat bertemu dan bertanya perihal lain daripada barang kemas kerana antara kami ada ikatan kekeluargaan,” katanya yang juga gemar kepada perhiasan lama.

Sementara itu, Penolong Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Habib, Yasheedah Yashaiya, berkata sempena ulang ke tahun 51 Habib, terdapat pelbagai tawaran menarik diadakan untuk pelanggan Habib sejak dari dulu.

“Kami amat menghargai pelanggan Habib yang sentiasa memberi sokongan tanpa berbelah-bagi. Sempena ulang tahun kali ini, Habib membuat kejutan dengan menawarkan banyak kejutan sebagai menghargai pelanggan yang memilih barangan Habib sebagai pelengkap penampilan mereka.

“Pelanggan diberi peluang selama empat hari bermula 22 hingga 25 Oktober ini di kiosk KLCC untuk membuat ‘pre-shopping’ sebelum promosi 51 Tahun berlangsung pada 30 Oktober hingga 1 November. Pelanggan juga boleh mendapatkan khidmat penilaian barang kemas berlian, permata dan juga membuat tempahan untuk berlian bersijil GIA, HOF serta HRD yang ditawarkan.

“Untuk hari pertama, 51 pelanggan pertama yang datang ke ruang pameran Habib di Ampang Point berpeluang membeli 51 loket pada harga RM51. Jadi anda tidak wajar melepaskan peluang seperti ini yang julung kali diadakan,” katanya.

Untuk hari kedua promosi, pelanggan yang berbelanja sebanyak RM500 di ruang pameran barang kemas berpeluang memiliki baucar tunai berharga RM51. Tawaran ini hanya tersedia untuk 51 pelanggan saja, manakala pada hari ketiga, 51 jenis barang kemas akan dilelong pada harga rizab.

“Ada lagi tawaran menarik untuk pelanggan yang berbelanja RM5,000 ke atas, mereka berpeluang memiliki beg duit ekslusif bersaiz sederhana dan untuk yang berbelanja sebanyak RM3,000 ke atas pula, mereka akan mendapat beg yang sama, tetapi saiznya kecil sedikit.

“Untuk ketiga-tiga hari itu juga, harga emas ditolak sebanyak RM5.10 untuk setiap gram dan ada sesetengah barangan yang harganya dikurangkan sebanyak 51 peratus. Kami juga menerima barang lama yang ingin dijual pelanggan,” katanya.

Yasheedah berkata, antara faktor kenapa pelanggan menjadikan Habib sebagai tempat untuk mereka membeli barang kemas ialah kerana mutu yang dipamerkan pada setiap barang kemas selain Habib menawarkan barangan bertaraf antarabangsa, tetapi mampu milik.

“Habib mempunyai kumpulan pereka sendiri yang sudah berpengalaman merekabentuk barang kemas sama ada berciri tempatan, kontemporari ataupun potongan moden, tapi dijual pada harga tempatan walaupun mutunya setanding barang kemas jenama tersohor lain,” katanya.

Habib yang ditubuhkan di Pulau Pinang sejak 1958 kini mempunyai 17 cawangan seluruh negara antaranya di Ampang Point, Suria KLCC, Semua House, Pasar Seni, The Curve dan Bangsar Village.

INFO:

Keunikan emas:

# Air rendaman emas dikatakan mampu menaikkan seri wajah sekiranya anda mengamalkan membasuh muka dengan air berkenaan.

# Emas juga sering digunakan dalam persolekan dan rawatan wajah. Ada salun spa memperkenalkan rawatan wajah berteraskan emas kepada pelanggan yang ingin menaikkan seri wajah.

# Pada zaman Firaun, segala harta benda termasuklah emas akan dikebumikan bersama tuan punya hak milik kerana emas dianggap sebagai barang berharga yang wajar dibawa bersama oleh pemiliknya.

# Lantaran kuasa emas, ada individu yang taksub dengan kecantikan wajah memasukkan susuk diperbuat daripada emas pada wajah mereka walaupun hal ini diharamkan dalam Islam.

# Terdapat pelbagai panggilan untuk emas antaranya emas paun, emas kuning, emas merah dan emas putih yang setiap jenis mempunyai nilai berbeza.

# Emas 916 sesuai digandingkan dengan batu permata seperti kecubung, delima, zamrud dan nilam, tapi tidak boleh digandingkan dengan berlian kerana ia menenggelamkan seri dan kilau berlian yang bersifat karbon itu.




Oleh Shaidah Shafie
shasha@bharian.com.my

Sumber : www.bharian.com.my

Tuesday, May 24, 2011

Tips Untuk Pelaburan Dinar Emas

Setiap pelabur mengharapkan keuntungan bagi setiap pelaburan yang dibuat. Untuk pelaburan dengan Dinar Emas ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama.


- beli saiz besar lebih menguntungkan dari saiz kecil

10 dinar PD - RM4655 / 42.5gm = RM109.53 per gram

5 dinar PD - RM2338 / 21.25gm = RM110.02 per gram

1 dinar PD - RM470 / 4.25gm = RM110.59 per gram

- pilih dinar yang menawarkan harga rendah

Public Dinar - 1 dinar RM470 - RM110.59 per gram

Dinar Kelantan - 1 dinar RM472 - RM111.06 per gram

- pilih spread yang rendah untuk memaksimakan keuntungan

Public Dinar - 1 dinar RM470 / RM442 - spread RM28 - 5.96%

Dinar Kelantan - 1 dinar RM472 / RM429 - spread RM43 - 9.11%

Nota: Catatan diatas berdasarkan harga dinar pada 19/06/2009


Kenapa perlu simpan emas dan dinar?

- Dinar merupakan wang sunnah

- Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)

- Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide)

- Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase)
- Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)

Monday, May 23, 2011

TESTIMONI SpyHru Café

Saya telah mengalami masalah sakit tulang belakang.Tidak dapat berdiri dan duduk, malah berbaring pun hanya mampu diatas kerusi malas yang melengkung sahaja. Saya dikejarkan ke Hospital Seremban untuk rawatan dan kemudian dipindahkan ke Hospital Sg. Buluh. Menurut doktor tulang belakang saya mengalami pereputan dan perlu dibuat pembedahan segera dengan kos tinggi (RM15,000).Semasa proses rawatan tersebut saya diperkenalkan dengan SpyHru Café dan mencuba meminum 3 peket - terasa sesuai dan sedikit bertenaga, Kemudian saya terus membuat belian 8 kotak dan meminumnya 4 @ 5 kali sehari. Saya mengamal meminumnya sehingga ke hari ini dan akan susah hati bila berlaku 'putus stok' (tiada stokis HR di Melaka)Kesannya keadaan kesihatan saya bertambah baik, boleh berdiri, berjalan dengan 'walker', kemudian bertongkat dan sekarang boleh bergerak seperti biasa. Malah pembedahan yang disarankan oleh doktor sebelum ini tidak perlu dilakukan apabila didapati berlaku pertumbuhan sel tulang yang baru.Bersyukur kepada Allah swt dan amat berterima kasih kepada Puan Meriam kerana merekomenkan produk yang amat berkesan kepada masalah saya ini.
NAMA : Maimunah Bt Mansor
UMUR : 49 Tahun
MASALAH TERDAHULU : Tulang Belakang Reput

Sunday, May 22, 2011

Puding Roti Kukus

Bahan-bahan:


1 camca besar magerin

1/2 cawan gula(kalau suka manis lebihkan)

1 biji telur

1 cawan susu segar

1 camca besar serbuk milo

2 camca besar tepung jagung

6 keping roti dipotong enam

secubit garam



Cara-cara:

1. Gaulkan gula dan magerin sehinggga sebati.

2. Masukkan telur dan pukul sehingga sekata.

3. Masukkan susu, serbuk milo, tepung jagung dan garam. Gaul sehingga sebati.

4. Masukkan roti yang telah dipotong dan kacau.

5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 45min dengan menggunakan api yang sederhana.

Saturday, May 21, 2011

Aveana - Green Tea Soap



Fungsi :

Green Tea Soap membantu meratakan tonasi warna kulit

Membuang sel-sel kulit mati secara lembut

Menghilangkan garis-garis halus dan

Mengembalikan keanjalan kulit muka.



Cara Penggunaan :
Buihkan sabun dan ratakan serta urut pada bahagian muka dan leher.

Elakkan di bahagian mata.

Bilas sehingga bersih.

Gunakan 3 kali sehari.

Sesuai untuk semua jenis kulit.



CARA PEMBAYARAN

Friday, May 20, 2011

Khasiat Buah Jering

Pelbagai jenis ulam segar menjadi pilihan sama ada dari jenis buah, biji dan daun tumbuhan atau herba.

Ulam-ulam tradisional itu termasuklah petai, kerdas, daun pegaga, ulam raja, pucuk gajus, kacang botor, pucuk betik dan daun tenggek burung.

Dalam pada itu, satu lagi ulam yang begitu popular dan menjadi kegemaran ramai sebagai pembangkit selera makan ialah biji JERING.

Buah atau biji benih jering yang masih muda selalunya dimakan mentah atau dikunyah begitu saja
Ramai juga yang mencecahnya dengan sambal selain ditumbuk atau dihiris untuk dicampurkan dalam masakan terutama gulai lemak cili api.
Walaupun jering mengeluarkan bau yang sangat kuat dan kurang disenangi oleh sesetengah orang, namun bagi peminat ulam tersebut, ia mempunyai kelebihan dan tarikan untuk memakannya.


Malah ada yang memeram biji jering di dalam tanah atau timbunan habuk kayu untuk beberapa hari semata-mata inginkan bau yang lebih menusuk.


Pokok jering atau nama saintifiknya Pithecellobium jiringa (Jack) Prain dari keluarga Leguminosae, besar dan rendang manakala daunnya berpasangan tanpa berbulu.
Bunganya pula berwarna putih dan berjambak manakala buahnya dalam bentuk lenggai panjang tetapi tidak lurus dengan ukuran lazim antara 20 dan 26 sentimeter (sm).

Kulit jering tebal dan berwarna coklat tua sementara bijinya bersaiz besar lebih kurang 3 hingga 5sm tetapi leper.
Pokok jering biasanya tumbuh di kawasan hutan atau ditanam oleh penduduk kampung.

Di sebalik keistimewaan buah jering sebagai ulam, ia juga sebenarnya mempunyai khasiat yang tersendiri untuk perubatan dan kesihatan.
Kurator Muzium Negara, Zainal Abidin Jamaluddin memberitahu, jering mempunyai kandungan protein yang agak tinggi iaitu sehingga 10.5 peratus.
Menurut beliau, kandungan pemakanan lain ialah 84.1 peratus karbohidrat, 52 peratus air, 1 peratus abu, 0.8 peratus lemak dan 3.6 peratus gentian.

“Buah jering mempunyai nilai perubatan dan khasiat kepada manusia iaitu dapat mengurangkan tekanan darah tinggi,” kata Zainal Abidin.

Thursday, May 19, 2011

Emas dan Inflasi


Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Kepada pembaca yang setia, dan yang baru nak setia... Bagi yang baru "fresh" dalam dunia "Emas" anda mesti tertanya-tanya, kenapa la aku selalu cakap emas penyelamat aset? Meh aku nak cerita...

Tahukah Anda?
Wang kertas (wang fiat, duit yang hari-hari kita guna) tidak mempunyai nilai sebenar, tak disandarkan pada logam beharga seperti emas...Wang kertas hanyalah sehelai KERTAS


Apa pula EMAS?
Berat sungguh kalau orang tak tau emas tu apa? Logam berharga yang tahan karat, tidak boleh dicipta oleh manusia, sudah digunakan oleh manusia seawal zaman Firaun.


EMAS vs Wang Kertas
Emas dinilai berdasarkan ketulenan dan berat
Emas tidak boleh dicetak seperti wang kertas
Emas kalis inflasi
Emas adalah EMAS




Wang kertas disandarkan kepada nilai keyakinan
Wang kertas boleh dicetak mengikut suka seperti negara Zimbabwe
Wang kertas mengalami inflasi (susut Nilai)
Wang kertas adalah KERTAS


Kalau dah cakap wang kertas tak ade nilai, kenape kau still guna wang kertas? So, dia ada nilai la...
Ya ada la nilai setakat ni, ingat tak George Soros melambakkan Matawang Ringgit sehingga Ringgit jatuh....


Apa tu Lambakkan Matawang Ringgit?
Benda lambak sapa nak beli mahal? Kalau pergi kat pasar malam orang lambak buah durian, sini durian sana durian, kalau jual mahal, sapa mau beli. Macam tu la dengan duit Ringgit, kalau dah kena lambak, mau beli mahal atau murah? Mesti la benda lambak orang beli murah...


EMAS dan Inflasi
Kalau kita melabur dengan ASB, tahun ni kita dapat dividen + bonus sebanyak 8.75%, walaupun bonus naik kita perlu ambil kira inflasi dan inflasi matawnag Ringgit setahun (2009) sebanyak 7%, ringgit anda susut nilai sebanyak 7%, (8.75-7.00)% = 1.75% (keuntungan sebenar dan kuasa beli anda). Harga emas semakin naik. Jika inflasi semakin tinggi maka makin banyak wang kertas yang anda perlukan


Apa itu kuasa beli dan Susut Nilai?
Kuasa beli bermaksud, barang yang anda boleh beli dengan Ringgit. Susut nilai pula... hhmmmm kita ambik situasi ni ye... Dulu mak ayah tahun 50-an bawak 10 sen saja... tu pun macam-macam boleh beli, tapi sekarang tahun 2010 kalau bawak 10sen, apa barang boleh beli? Itu la "susut nilai"


Semua "puzzle" di atas mungkin dapat memberi jawapan kenapa EMAS sebagai PENYELAMAT ASET ANDA!


Simpan emas sekarang!


sumber: blog kilauan dinar

Tuesday, May 17, 2011

Yusmira Cappucino Collagen Guarana plus Goji


Citarasa masa kini, Yusmira Cappucino Collagen Guarana plus Goji amat sesuai untuk semua golongan tanpa mengira usia.

Khasiat guaran dan goji yang terkandung di dalam cappucino ini dapat membantu menguatkan fungsi perut dan usus, menurunkan kepanasan badan, memperbaiki sistem penghadaman dan struktur tisu organ dalaman, melindungi hati, merendahkan kolestrol dan lemak, awet muda, mencegah penyakit bengkak hati, mencegah kerosakan saluran darah dan membantu menormalkan gula dalam darah. Selain itu, collagen pula dapat membantu mencerahkan, mencantikkan dan menegangkan kulit jika pengambilan berterusan.

HARGA
RM23.00

CARA PEMBAYARAN

Monday, May 16, 2011

Kosmo-Lonjakan Harga Emas

LONDON – Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram). Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

“Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini,” kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.

Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu. “Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan.

Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas. “Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi,” kata Klapwijk.

Sunday, May 15, 2011

25 pesanan Luqmanul Hakim

01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. 02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga. 03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH. 04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman. 05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam. 06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH. 07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti. Read more… or Read more right here… » 08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat. 09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan. 10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya. 11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja. 12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja. 13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan. 14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka. 15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya. 16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah. 17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga. 18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu. 19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu. 20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya. 21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain. 22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu. 23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal. 24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan. 25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Saturday, May 14, 2011

Minuman Roselle (Teh Uncang)

Produk Minuman Roselle ini berbentuk teh uncang (35 uncang). Ia menggunakan herba Hibiscus Sabdariffa iaitu tumbuhan yang mempunyai kandungan Vitamin C yang sangat tinggi. Roselle amat berkhasiat untuk segenap lapisan umur khususnya untuk proses penjagaan kesihatan dan sebagai pencegah dari sebarang jangkitan kuman atau virus yang menyerang tubuh manusia. Khasiat Herba Roselle : 1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya. 2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ’silent killer’. Keadaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL (Low-Density Lipoprotein) akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengelakkan dari terjadinya penyakit tekanan darah tinggi. 3. Pencegah Kanser. Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser. 4. Demam Panas/Selesema. Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas. 5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma). Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini. 6. Stress / Sukar tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah stress, dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur. 7. Masalah lain. Amat baik untuk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam, kecederaan, mengatasi masalah penyakit kulit, penenang dan sebagainya. Komposisi: 35 uncang Harga Pengguna Semenanjung Malaysia : RM 18.00 Sabah & Sarawak: RM20.00 CARA PEMBAYARAN

Friday, May 13, 2011

1 Dinar Setiap Bulan Untuk Masa Depan

SIMPAN 1 DINAR 1 BULAN. Pasti para pembaca sedia maklum mengenai dinar. Bagi yang belum tahu atau belum pasti, Dinar ialah emas berbentuk seperti duit syiling dengan ketulenan 91.6 % emas atau 22k dan mempunyai berat 4.25 gram. Walaupun harga emas tidak tetap iaitu turun dan naik tetapi itu bukanlah penghalang kepada para pelabur untuk tidak menyimpan atau menabung dalam bentuk emas. Ini kerana emas adalah pelaburan alternatif dan ianya merupakan pelaburan yang paling selamat dan sejarah membuktikan bahawa harga emas kalis inflasi semenjak 1400 tahun dahulu lagi.

Sekiranya para pembaca yang mampu untuk menabung RM500 hingga RM700 secara tetap setiap bulan, bertukarlah kepada pelaburan dalam bentuk DINAR EMAS. Cuba bayangkan menyimpan secara tetap dalam bentuk dinar emas ini setiap bulan, para pelabur akan dapat mengumpul 12 dinar setiap tahun dan puratakan harga untuk 1 dinar (kerana harga 1 dinar berubah setiap masa). Pada tahun 2020, insyaAllah harga untuk sekeping 1 dinar ialah RM1758. Jika bermula pada masa sekarang (19/8/2010) iaitu RM586. Cuba bayangkan harga 1 dinar dalam 10 tahun kemudian… Sila lihat contoh harga 1 dinar pada tahun ini dan pada tahun-tahun yang seterusnya hingga ke tahun 2020: Bagi yang tidak mampu mengumpul 1 dinar 1 bulan..Tak mengapa..Ikut kemampuan anda & cubalah mengumpul dinar emas sekurang-kurangnya 2 dinar setahun. Harus diingat bahawa emas adalah kalis inflasi dan peranannya yang sebenar selain sebagai pelaburan ialah perlindungan kepada kekayaan kita kerana emas merupakan pemegang nilai yang unggul.

Wednesday, May 11, 2011

Zinnirah: Matanya Buta Hatinya Celik

Zinnirah, wanita yang tidak mempunyai degree, tidak terkenal, tidak mempunyai harta apatah lagi memiliki pangkat besar. Tetapi, Allah telah memberi penghormatan kepadanya kerana pengorbanannya yang begitu hebat. Zinnirah, seorang wanita suci, mempunyai akidah yang begitu jitu di dalam jiwanya. Biarpun fizikalnya diseksa dengan berbagai kesakitan, penderitaan dan kesusahan tetapi hatinya tetap dengan Allah. Dia menerima penyeksaan itu dengan redha dan tenang walaupun seluruh tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan demi sepakan, hantukan demi hantukan.Tapi demi Islam, demi Allah, Zinnirah tidak akan menyerah kalah. Jiwa tauhid telah menebal di dalam dirinya, tidak ada satu pun yang memberi bekas melainkan Allahlah yang berkuasa. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar gunung Uhud dia tdak akan menukarkan akidah yang telah bertunjang di hatinya. Dia merupakan seorang wanita yang nampak lemah fizikalnya tapi sebenarnya dia mempunyai jiwa yang kuat. Biarpun ujian datang bertubi-tubi, bahkan penderitaan yang diterima itu sebenarnya mematangkan lagi jiwanya, menguatkan lagi akalnya dan menambahkan lagi keyakinan dan cintanya pada kesucian agama Islam. Penderitaan yang diterimanya itu menambahkan lagi rasa cintanya pada Allah. Semakin banyak sujudnya, semakin deras air mata yang mengalir di pipinya. Itulah Zinnirah, wanita yang mendapat pimpinan dan kasih sayang Allah. Menurut riwawat silam, Zinnirah adalah diantara orang yang awal memeluk Islam. Zinnirah menerima berbagai penderitaan, kecaman kata nista dan berbagai penindasan. Beliau yang berketurunan Rom telah ditawan dan dijual di Kota Mekah. Umar membelinya dengan harga yang murah dan kini menjadi hamba Umar sekaligus menjadi orang tawanan Umar. Islam pada awalnya dijalankan di dalam keadaan sembunyi-sembunyi. Ketika itu, Rasulullah berdakwah hanya untuk kaum keluarganya. Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya sebab dia bimbang kalau-kalau diketahui Umar. Dia bersembahyang, membaca Quran, atau apa sahaja ibadahnya yang lain dilakukan ketika orang lain tiada di rumah atau di waktu tengah malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur. Maka di waktu itulah dia sujud pada Allah, membaca Quran dan bila tiba pada ayat tentang dahsyatnya api neraka, maka dia menangis hingga pengsan. Rahsia yang cuba disembunyikan itu akhirnya diketahui musuh. Umar dengan perasaan bengis segera mendapatkan hambanya. Sebelum ini, Umar juga mengesyaki Zinnirah telah bertukar agama kerana telah dilihatnya banyak perubahan pada Zinnirah. Sebelum Umar memeluk agama Islam, beliau terkenal sebagai orang paling kejam, bengis, ganas, garang dan sebagainya. Menurut sebuah riwayat Umar telah menyeksa 11 orang hambanya kerana memeluk agama Islam. Umar juga telah membunuh anaknya sendiri kerana benci dan merasa rendah diri mendapat anak perempuan. Tetapi apabila beliau telah memeluk Islam, segala sifat buruknya telah ditukar dengan sifat-sifat terpuji. Zinnirah telah ditampar, ditendang, diikat kedua belah kaki dan tangan dan dijemur di tengah panas mentari. Tetapi, semua itu tidak sedikit pun memberi bekas di hati Zinnirah. Bibirnya yang merekah kerana lapar dan dahaga itu masih mampu menguntum senyuman, hatinya tidak putus-putus mengucapkan: "Allah...Allah...Allah...Allahu Akbar, Allahlah Yang Maha Besar." Dan hatinya berbisik, "Ini untukMu ,Wahai Tuhan, aku membeli kesusahan untuk kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini memang berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapatkan syurga terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu ribuan nikmat." Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah matanya telah dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangannya. Hatinya berbisik lagi: "Tuhan, walaupun aku dibunuh sekalipun aku rela daripada menjual agamaMu ini Tuhan, makin aku diuji makin terasa kehebatan, keagunganMu Tuhan. Cuma satu sahaja permintaanku berilah petunjuk kepada orang yang menyeksaku ini." Dia tetap sabar walaupun buta melihat alam maya tetapi hatinya tidak buta untuk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, orang-orang Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana laknat Tuhan mereka, Latta dan Uzza. Zinnirah menolak penghinaan itu dan baginya Latta dan Uzza sedikitpun tidak ada kena mengena. Zinnirah cuba meyakinkan mereka bahawa buta ini datangnya dari Allah dan Allahlah yang berkuasa untuk mengembalikan pancainderanya seperti biasa. Orang-orang Quraisy mencabar Zinnirah kerana mempertahankan dirinya. Zinnirah dengan yakin tetap mengatakan Allah sebenarnya menentukan dia buta hasil perbuatan Umar. Maka turunlah ayat Quran yang memuji sikap Zinnirah itu yang disampaikan melalui Rasulullah. Umar berhenti menyeksa kerana bosan dengan ketabahan hatinya, walaupun diseksa dengan berbagai rupa tapi keyakinannya tidak sedikit pun berubah. Malah semakin kuat penyeksaan yang dilakukan semakin kuat pautan hatinya pada Allah. Allah memberi karamah kepadanya, mata yang buta telah diganti dengan mata yang lebih baik. Dia dapat melihat seperti biasa, lebih terang dari matanya yang asal. Bahkan sinaran matanya menyilau pandangan orang-orang Quraisy. Begitulah pertolongan Allah kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Saidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga yang tinggi. Akhirnya selamatlah dia dari penindasan orang-orang kafir. Hatinya dipimpin oleh Allah, setiap tutur katanya, perbuatannya bahkan tingkah lakunya adalah benar-benar terpimpin. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperoleh oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit. Sumber: Dipetik daripada Buku Peribadi Wanita Salafussoleh

Tuesday, May 10, 2011

BEDAK KOMPEK 14G

Dirumus khas untuk memberi perlindungan kepada kulit muka anda daripada pancaran UVA & UVB matahari. Mudah diratakan, menyerikan warna kulit asal dan menghindari kulit muka anda daripada kelihatan berkilat. HARGA RM 25.00 CARA PEMBAYARAN

Monday, May 9, 2011

Mutiara emas - Objektif

"Jika mencari siput dan tiram di lautan, anda akan menemui siput dan tiram; jika membukanya, anda akan memperoleh mutiara" Al-Ghazalli

Saturday, May 7, 2011

Air Mata Malam Pertama

Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni. "Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu." Ujar ayah padaku. Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan. Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik. Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu. Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam. "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami." "Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami." "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin." Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman. Aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. "Bang, maafkan Ana!" Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus. "Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang." Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku. Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah. "Abang nak ke mana tu?" Soalku. "Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi." Jawabnya. "Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi."Aku kesian melihatnya, keletihan. "Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah." Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu. "Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya." Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah. Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja. "Bila Ana turun?", soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja, "Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang." "Maafkan abang sayang", Dia menghampiriku. "Sayang tak marahkan?" Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat. Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku. "Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita", Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku. "Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang." Jawabnya tersenyum. "Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi." "Betul ni?" Soal suamiku cepat-cepat. "Ish..Gatal la abang ni!", Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku. Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri. Walaupun begitu, masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku. "Apa yang Ana menungkan ni?" Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang. "Abang ni, terkejut Ana tau!" Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk. "Alaa..sayang ni..macam tu pun nak marah." Usiknya sambil mencubit pipiku. "Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!" Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku. "Sayang…" Seru suamiku sambil merangkul tubuhku, "Sayang nak honeymoon kemana?" Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu. "Ana ikut aje ke mana abang nak bawa." "Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?" Guraunya. "Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?" Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa. "Nanti sayang nak berapa orang anak?" Soalnya lagi setelah ketawanya reda. "Abang nak berapa?" Soalku kembali tanpa menjawab soalannya. "Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?" "Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?" Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa. "Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan." "Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup." Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira. "Ni yang buat abang tambah sayang ni." Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku. Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi. "Zul, Ana! Jom kita makan dulu!" Suara mak memanggil. "Mari bang! Ana pun dah lapar ni." Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam. Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik. Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukenali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apatah lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan. "Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?" Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya. "Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku." "Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan." Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti? Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil. "Masuklah, pintu tak berkunci." Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku. Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku. "Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?" Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku. Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu. "Habis tu apa yang sayang menungkan ni?", "Ana takut bang!" Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai rambutku. "Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita." Pujuk suamiku. "Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut.." Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya. "Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! "Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku. "Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit." Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya. -------------------------------------------------------------------------------- "Ayah, mak! Ana dah buat keputusan." Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari. Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri. "Keputusan tentang apa?" Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat. "Pasal peminangan tu." Ujarku. Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku. "Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih." Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari. Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya. "Syukurlah, moga Ana bahagia nanti." Ucap ayah padaku. Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku. "Nanti mak kenalkan dia pada Ana." Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka. "Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje." Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat. "Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya." Ayah mempersoalkan keputusanku itu. "Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?" Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu. Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku. "Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah." Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan. "Baik bang. Bang, ni baju abang." Ujarku sambil bangun untuk ke dapur. Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi. "Patutlah." Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang. Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik. Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya. "Bang…."Seruku. "Ada apa sayang?" Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya. "Malam ni abang nak…..nak….."Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya… " Nak apa sayang?" Soalnya lagi sambil tersenyum. "Ah..abang ni…"Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku. "Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?" Bisiknya ketelingaku. Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu. "Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!" Bisik suamiku. "Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia." Jawabku. Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul. Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk mempraktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya. Rasulullah bersabda: "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada." Rasulullah bersabda: "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia." Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu." Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali. Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang. Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya. "Abang tak apa-apa?" Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui. "Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot."Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam. "Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu." Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pijama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu. "Nakallah abang ni." Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu. Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. "Kenapa ni bang?" Soalku sewaktu bersalaman dengannya. " Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni.." "Zul sakit ke?" Tanya ayah. "Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot."Jawabnya. "Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak." Sampuk mak. "Nanti Ana ambilkan ubat." Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air. Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan. "Terima kasih." Ucapnya perlahan. Aku angguk. "Abang berehatlah." Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam. "Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang." " Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah." "Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan." "Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.", Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya. "Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan sayang. Sayanglah satu-satunya buah hati abang." Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja. Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik. "Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea" "Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya." Ujarnya perlahan. "Abang tidurlah." Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat. Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku. Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku. "Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana." Pujuk emak. Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjenguk dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku. "Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku."

Friday, May 6, 2011

TESTIMONI Asthma (Lelah)

Saya telah mengalami penyakit Asthma yang serius sejak 28 tahun yang lalu. Keadaan kesihatan saya akan menjadi lebih bermasalah apabila cuaca dingin terutamanya sebelah malam atau ketika hujan. Disebabkan berlaku kekerapan serangan asthma saya dibekalkan dengan 2 jenis alat bantuan 'Inhaler' oleh pihak hospital — jenis 1 untuk serangan biasa dan jenis 2 untuk serangan yang lebih teruk. Melalui En. Halim saya diperkenalkan dengan Hi goat, saya meminum 2 kali sehari disebelah pagi dan malam. Tidak sangka selepas 2 hari meminumnya saya terbatuk-batuk sambil mengeluarkan kahak yang berketul-ketul dan bercampur dengan darah. Walaupun beg itu kesannya amat bagus sekali, terasa ringan apabila bernafas. Sehingga ke hari ini keadaan kesihatan saya sema kin stabil dan 'Inhaler' sudah jarang digunakan.Bersyukur kepada Allah swt dan banyak2 terima kasih saya kepada En. Halim kerana memperkenalkan Higoat keluaran HR Marketing ini. NAMA: Rafiah Bt Taib UMUR : 54 Tahun ALAMAT: No. 8, JIn. Besar, Taman Kajang Baru, Sungai Jelok,43000 Kajang, Selangor MASALAH TERDAHULU: Asthma (Lelah)

Thursday, May 5, 2011

Beli Emas atau Beli Handphone

Bersyukur pada Allah Taala kerana dengan izinNya terbuka dihati aku untuk mengenali pelaburan emas dan menceburkan diri dalam pelaburan emas.Rasa rugi pulak kerana baru menyedari akan potensi pelaburan emas untuk masa depan.Insyallah kalau tidak ada halangang , minggu depan aku akan mula bergiat secara aktif dalam pelaburan emas di Malaysia. Cuba anda renung dan fikir-fikirkan . Pada suatu hari anda ingin membeli handphone / hp baru . Mesti handphone yang anda inginkan glamour . bergaya dan mempunyai ciri-ciri yang canggih seperti mempunyai camera , wifi , 3g dan sebagainya.Dengan ciri-ciri seperti itu tentu harganya bernilai ribuan ringgit.So apa tindakan yang anda lakukan adalah mengeluarkan duit dan terus membeli. Selang beberapa bulan anda telah jemu menggunakan handphone tersebut dan ingin menjualnya.Adakah nilai handphone tersebut sama dengan nilai semasa anda membelinya.Tentu sama sekalinya tidak.So anda akan kerugian. Nilai emas yang anda miliki tersebut akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.So marilah kita sama-sama menjadi seorang yang bijak dalam mengurus kewangan dan aset masa depan.Emas adalah cara terbaik menyeleasaikan segala masalah kewangan anda.Selamat berjumpa kembali…

Wednesday, May 4, 2011

Aveana - Lightening Cleansing Milk

Aveana - Lightening Cleansing Milk (30 ml) Fungsi : Diperkaya dengan ekstrak Teh Hijau untuk menanggalkan make-up, kekotoran dan debu. mengurangkan minyak berlebihan dan menjadikan wajah bersih dan segar. Helps remove make-up and impurities. Leaves skin feeling fresh, smooth and supple. Cara Penggunaan : Urut pada seluruh muka dan leher (elakkan bahagian mata). Bilas dengan air suam. harga SeUnit (Botol): RM29.00

Tuesday, May 3, 2011

Gulai Tempoyak Ikan Patin

Sesetengah orang memang tak tahan dengan bau ikan darat (sungai, paya, tasik). Apatah lagi ada yang tidak pernah pun merasainya. Gulai Tempoyak Ikan Patin salah satu gulai kampung kegemaran aku sejak dulu hingga kini, lebih-lebih lagi jika ikannya adalah dari sungai Pahang. Kalau yang belum pernah rasa patut mencubanya. Pasti tak menyesal, sudah rasa pasti nak lagi. Insyaallah. Bahan-bahan 10 ketul ikan patin (saiz sederhana) 3 ulas bawang merah (jangan terlalu banyak, nanti kurang sedap) 1 cm kunyit hidup (jika itiada, boleh guna serbuk kunyit) 5 cm lengkuas 3 kuntum bunga kantan (saiz sederhana) 15 tangkai cili padi (jika tidak mahu pedas,boleh kurangkan) 10 tangkai daun kesum 3 keping asam gelugur @asam keping 5 sudu tempoyak (lagi banyak, lagi sedap dan kuahnya pekat) air secukupnya (untuk kuah banyak, masukkan air banyak) garam secukup rasa 3 batang serai Cara-cara 01. Basuh ikan patin hingga bersih. (Basuh dan rendam dengan limau nipis, asam gelugur/asam keping dan tepung gandum selama sejam untuk menghilangkan hanyir. 02. Buang duri/bisa ikan patin yg ada dekat insang semasa basuh ikan) Tumbuk bawang merah, kunyit hidup, lengkuas dan cili api hingga lumat. serai diketuk. 03. Masukkan air secukupnya di dalam periuk dan masukkan serai, bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama dengan tempoyak serta asam gelugur. Biarkan mendidih. 04. Masukkan ikan satu persatu. Hati-hati ya, kernan tekstur isi ikan patin lembut dan mudah terlerai/hancur jika dipegang terlalu kasar. 05. Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih di atas api yang sederhana. 06. Bila kuah pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan. Enak dimakan ketika ikan patin gulai tempoyak ini masih panas. Ohh ya.. untuk menambahkan lagi nikmat masakan Gulai Tempoyak Ikan Patin ini juga boleh ditambahkan beberapa lagi jenis bahan antaranya sayur Timun Tua, Terung Bulat dan beberapa lagi jenis sayur-sayuran lain mengikut selera anda. Cubalah ye! Rujukan: MyResepi.Net, SaujanaUtama3.Com

Monday, May 2, 2011

yusmira - kapsul resdung


merawat masalah resdung


harga


rm48.00


promosi rm40.00 (free postage)


CARA PEMBAYARAN

Sunday, May 1, 2011

Kenali lelaki kacak ini

Assalamualaikum… Alhamdulillah syukur nikmat Allah SWT atas segala limpah kurniaNya, selawat dan salam pada Nabi Muhammad SAW. Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Riwayat Muslim) Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat. Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi." Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga" Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat pun. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Wallahua'lam