Saturday, April 30, 2011

Radix (Herba Tenaga)

Produk ini menggunakan bahan utama Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali) yang bersaiz besar. Produk ini sesuai diamalkan oleh semua peringkat golongan dan jantina. Radix dapat merangsang proses biosintesis terhadap hormon endrogen khusus untuk lelaki dan estrogen khusus untuk perempuan. Radix yang mengandungi pelbagai herba ini amat baik untuk lelaki yang menghadapi masalah lemah tenaga batin (aphrodisiac). Dalam satu kajian menunjukkan kepekatan sperma lelaki akan bertambah khusus bagi lelaki yang menghadapi masalah sperma cair. Flavanoid yang terdapat dalam Radix berfungsi sebagai anti oksida, anti virus, anti peradangan dan anti keracunan. Radix tergolong dalam herba diuretik yang membantu memperbanyakkan pengeluaran urine dan memperbaiki ginjal. Radix juga bertindak untuk mempengaruhi metabolisma kalogen bagi memperbaiki tendon, ligamen, rawan, dan sendi yang rosak akibat penyakit gout, arthritis dan rhuematik. Radix bersama Minyak but-But amat sesuai untuk mereka yang menghadapi permasalahan ikatan silang kalogen pada sendi. Mereka yang menghadapi patah tulang atau terseliuh dapat mengatasi dalam masa yang cepat. Bagi mereka yang demam di tahap awal gunakan Radix dan Malac. Flavanoid dalam Radix amat baik untuk mengatasi penyakit seperti athma sekiranya disinergikan bersama pelawas. Radix juga bertindak sebagai karminatif (penolak angin) amat baik untuk mereka yang menghadapi gastrik dan ulser. Radix baik untuk keseimbangan hormon wanita agar tidak dingin bersama suami. Komposisi (75 Kapsul per botol) : 1. Ardisia Crispa 2. Cinnamomum Iners 3. Morinda Eliptica 4. Eurycoma Longifolia 5. Smilax Myositiflora 6. Alyxia Reinwardtii 7. Alyxia Indica 8. Freycinetia Malaccencis Dos : 2 kapsul malam dan 2 kapsul pagi Harga Semenanjung Malaysia: RM 20 Sabah & Sarawak: RM 22 CARA PEMBAYARAN

Friday, April 29, 2011

Kenapa Istighffar

Kita sering dianjurkan beristighfar dalam menjalani kehidupan seharian kita. Ia dikatakan sunnah Rasulullah kerana Nabi Muhammad sendiri selalu beristighfar. Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: "Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih." (Hadis Riwayat Abu Dawud, Turmidzi dan Ibnu Majah, dishohehkan oleh Imam Turmidzi) Kita memandang istighfar sebagai suatu amalan yang perlu dilakukan selepas melakukan dosa, sepertinya selepas sedar dari mengumpat. Ada juga yang menjadikan istighfar sebagai ayat "melatah". Seperti dalam keadaan terkejut. Kasihan sungguh kita, selama ini kebanyakan istighfar yang dilafazkan di luar kesedaran kita!. Bila ditanya pada diri sendiri, mengapa kita perlu istighfar? Maka timbullah jawapan berdasarkan logik akal fikiran. "Agar tenang", "Agar dosa diampunkan", "Agar hidup diredhai Allah" dan seterusnya... Tapi adakah kita berpuas hati dengan jawapan berdasarkan logik akal fikiran kita saja? Dalam setiap persoalan, kita hendaklah mendasarkan penilaian kita berdasarkan al-quran dan as-sunnah. Mari kita bertanya kepada dua bahan rujukan kita iaitu sunnah Rasulullah s.a.w dan ayat Al-Quran. Istighfar agar memperoleh pengampunan dari Allah s.w.t dalam surah an-nisa, ayat 110 "Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Ini adalah asas kepada istighfar, dan setiap muslim sepatutnya memahami fungsi istighfar ini. Istighfar agar memperoleh perlindungan dari Allah s.w.t Dari surah Al-Anfar, ayat 33 "Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu (muhammad) berada dianatara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminda ampun" dan dari surah Gharfir/Al-Mukmin, ayat 7-10 "(Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arasy dan (malaikat) yang berada di sekelilingnya bertasbih dengan memuji Tuhanny dan mereka beriman kepada-Nya serta memohonkan ampunan untuk orang-orang yang beriman (seraya berdoa): "Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu yang ada pada-Mu meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan-Mu dan periharalah mereka dari azab neraka. "Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga "Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka, dan orang yang soleh diantara nenek moyang mereka, isteri-isteri(dan suami), dan keturunan mereka. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" "Dan peliharalah mereka dari kejahatan. Dan orang yang Engkau pelihara dari kejahatan pada hari itu, maka sungguh, Engkau telah menganugerahkan rahmat kepadanya dan demikian itulah kemenangan yang agung." Lihatlah, bagaimana mulianya manusia yang memohon ampun kepada Allah. Sehingga para malaikat mendoakan mereka sedemikian. dan doa para malaikat bukan hanya untuk individu yang memohon ampunan Allah, bahkan untuk nenek moyang (ahli keluarganya yang telah meniggal), pasangannya, dan zuriat mereka (anak, cucu, cicit dan seterusnya). Istighfar agar mendapat kesenangan dan terlepas dari keadaan risau dan resah. Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu 'anhuma, bahwa Rasulullah telah bersabda: "Barangsiapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup, dan jadikan setiap kegundah-gulanaannya menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka." (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah) Mari dengarkan sebuah kisah dari sebuah kitab Tafsir Al-Maraghi hasil tulisan seorang ulama bernama Ahmad Musthafa al-Maraghi. kisah tentang seorang tabi'in (generasi ulama selepas sahabat rasulullah) yang bernama Hasan Al-Basri. Hasan sering didatangi mereka yang bertanya hukum agama dan meminta nasihat atas segala persoalan. Suatu hari Hasan didatangi seorang lelaki yang mengadu tentang kelaparan yang dihadapinya. Hasan dengan penuh perhatian menjawab "Istighfarlah kepada Allah swt" Datang lagi seorang lelaki meminta Hasan untuk mendoakannya agar dia mempunyai zuriat. Hasan menjawab "beristighfarlah kepada Allah swt" Kemudian datang lagi seorang lelaki yang kebunnya mengalami kekeringan. Hasan terus menjawab "Beristighfarlah kepada Allah swt" Kelakuan Hasan tadi amat menghairankan penduduk sekitarnya. sehingga seorang dari penduduk itu bertanya kepada Hasan "Beberapa orang lelaki mendatangimu mengeluhkan berbagai persoalan, tetapi engkau hanya menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar!" Maka Hasan menjawab "Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah SWT berfirman (seperti itu)". Firman Allah yang dimaksudkan oleh Hasan adalah surah an-nuh ayat 10-12 yang bermaksud "Maka aku (nabi Nuh) berkata (kepada kaumnya) "Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun, Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, Dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu" Contohilah Hasan al-Basri kerana sikapnya dan pemikirannya yang sentiasa berdasarkan al-quran dan as-sunnah. Istighfar sebagai usaha memakbulkan doa. Firman Allah dalam surah Al-Hud, ayat ke-3 "Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan ) keutamannya. jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya aku(Muhammad) takut kamu akan ditimpa seksa hari kiamat" Kali ini, kita bacakan kisah tentang seorang alim yang bernama Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu 'Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali. Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya (kurangnya teknologi ketika itu). keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi. Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut. Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut. Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam. Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, "Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi". Imam Ahmad bertanya "Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?. Jawab lelaki itu " Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal" Maka kata Imam Ahmad : " Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu." (Sumber: majalah Qiblati, indonesia. edisi ke 8) Besarnya kuasa Allah! Kerana sayangnya Allah kepada si pembuat roti, dibawanya Imam Ahmad kepadanya. Dalam kisah ini kita juga patut mencontohi akhlak Imam Ahmad. Walaupun beliau mengetahui nama beliau amat terkenal dan dihormati, tetapi beliau tidak membanggakan namanya agar memperoleh pertolongan dari manusia. Beliau tidak mengungkit kebaikan yang telah beliau lakukan. Kerana jika beliau mengungkit kebaikan yang telah beliau lakukan dengan memberitahu namanya dengan mengharapkan balasan, maka khuatir Allah akan membalas dengan memadam segala amalan yang dibanggakan tadi. "Jauhilah olehmu akan mengungkit-ungkit pemberian karena yang demikian itu dapat menggagalkan kesyukuran dan menghilangkan pahala." (HR.Muslim) Inilah antara kebaikan yang kita perolehi jika kita selau beristighfar kepada Allah. Sekarang kita boleh lebih menghayati lafaz astaghfirullah hal azim dan yang seteru dengannya. Bagaimana dan apakah lafaz zikir yang digunakan untuk beristighfar? ucapkanlah apa yang kamu inginkan selagi ianya membawa maksud mengharap pengampunan dari Allah swt, kerana istighfar itu sendiri membawa maksud memohon ampunan dari Allah. Sesungguhnya Allah swt dan Rasulnya juga lebih mengetahui. Beramallah kita seperti seorang muslim Sehingga kita berupaya melaungkan "Saksikanlah! aku seorang muslim!" tanpa ragu.

Thursday, April 28, 2011

NOMO SKINDIS (UTK PENYAKIT KULIT)

Kandungan:60 Biji (SKINDIS A & SKINDIS B) Tempoh Guna:Bergantung kepada kekerapan mengambilnya. Jenis:Utk penyakit kulit spt Ekzema dll. Keterangan: Penyakit kulit adalah penyakit yang paling meluas terjadi di kalangan manusia di seluruh pelusuk bumi ini. Hampir setiap orang ada menghidap penyakit kulit, ataupun setidak-tidaknya pernah menghidapnya. Tindakan menghapuskan masalah kulit dengan menggunakan aneka jenis ubat-ubatan konvensional, sama ada yang dimakan atau disapu, tidak akan dapat menyelesaikan masalah, malah akan memudaratkan lagi keadaannya. Kita hendaklah mengerti bahawa timbulnya simptom penyakit kulit adalah akibat kotoran dan keracunan yang terlampau tinggi di dalam tubuh. Tubuh yang sihat akan bertindak menghapuskan kotoran dan racun yang terhimpun di dalam tubuh dengan mengalirkannya keluar. Lazimnya kotoran dan racun tubuh akan dinyah keluar daripada tubuh melalui saluran biasa seperti buah pinggang, usus, hidung, mulut dan liang peluh. Antara saluran yang dapat menyalirkan racun ialah melalui kulit. Apabila timbul keadaan gatal di kulit, kita menggaru menyebabkan berlaku calar-calar dan kemudian mengalir cairan tubuh (air nenes atau air bisa) atau nanah. Melalui calar, air nenes dan nanah itulah kotoran tubuh yang mengandungi racun akan keluar. Apabila tubuh dapat mengeluarkan kotoran dan racun, maka tubuh akan berada dalam keadaan sihat. Malangnya penggunaan ubat-ubatan konvensional akan menekan kotoran dan racun tubuh daripada dapat keluar dan memerangkapnya terus di dalam tubuh. Akibatnya tubuh akan bertambah teracun dan kotor, dan akhirnya akan terjadi penyakit yang lebih berat (keadaan mudarat). Perubatan seharusnya ke arah mempercepatkan proses pembuangan kotoran dan racun tubuh. Apabila tubuh be bas daripada kotoran dan racun maka akan segera pulih keadaan kesihatan dan kulit pun akan menjadi elok semula. Perubatan alamiah (natural), seperti Homeopati dapat membantu mempercepatkan proses pembuangan kotoran dan racun ini. Khasiat kegunaan: Gatal kulit atau gatal di mana sahaja Terasa merayap dan merenyam di kulit Erupsi dan ruam Kulit berwarna merah Panau, kurap dan kayap Sengkela celah paha Kudis-kudis Masalah kuku Ekzema, kering atau basah Kulit merekah, jerawat Kudis buta ' Bisul Demam campak Kemungkinan kesan mudarat ringan (Minor adverse reaction) a.Penyakit itu hilang terus, tanpa mendatangkan apa-apa kerumitan, atau b.Akan timbul sedikit kemelaratan simptom sebelum penyakit sembuh Apa yang harus anda lakukan dalam menghadapi hal-hal tersebut? Jika (a) di mana penyakit anda itu terus sahaja sembuh tanpa mendatangkan sebarang kerumitan, maka anda boleh berhenti buat seketika daripada mengambil NOMa SKINDIS. Kemudian selang seminggu, anda boleh sam bung semula mengambilnya, hanya buat 2-3 hari sahaja. Lepas itu berhenti langsung dan simpan ubat. Jika anda langgar pantang, kemungkinan timbul sedikit masalah kulit tatkala itu sambunglah semula mengambilnya. Jika (b) di mana timbul sedikit kemelaratan simptom masalah kulit itu, jangan pula anda resah dan bimbang. Keadaan ini adalah suatu hal biasa yang digelar krisis penyembuhan (healing crisis) dan keadaannya adalah sementara dan singkat. Apabila timbul krisis penyembuhan, maka anda perlu berhenti seketika, daripada mengambil ubat tersebut. Krisis itu akan berlalu dan anda akan mengalami kesembuhan. Apabila simptom kulit sudah kelihatan reda, anda cubalah makan ubat tersebut selama 2-3 hari. Kalau tidak timbul kemelaratan, maka itu tandanya bahawa masalah kulit anda sudah pulih. Simpanlah ubat dengan elok untuk kegunaan apabila timbul semula masalah kulit tersebut yang selalunya akibat langgar pantang. Pantang Larang Masalah kulit sering berkait rapat dengan pemakanan. Memang ada benda-benda tertentu yang merupakan alergen (benda yang menjadi alahan pad a tubuh). Apabila seseorang makan atau terdedah pada alergen, maka akan menimbulkan simptom kulit. Sebenarnya alergen adalah racun pada orang itu, yang sepatutnya dijauhi ataupun sekurang-kurangnya dikurangkan. Antara alergen kulit adalah benda-benda yang menimbulkan gatal seperti daging, ikan-ikan tertentu, udang, ketam, sotong, belacan dan seumpamanya. Alergen bagi seseorang itu tidak semestinya merupakan alergen pad a orang lain. Panduan yang paling baik, iaitu jika anda terdedah kepada sesuatu habuk, asap, wap-wap, wangian tertentu misalnya, dan ia menimbulkan gangguan pada kesihatan, maka kenalah anda jauhi ataupun berpantanglah dengan benda itu. Cara Makan : Dikemam atas lidah. Tablet A - 1 tablet (pagi) Tablet B - 1 tablet (malam) Makan 3 hari berturut-turut dan berhenti 3 hari. Ulangi sedemikian sehingga habis, jika perlu. HARGA RM 29.00 CARA PEMBAYARAN

Wednesday, April 27, 2011

SYILING EMAS

Mengumpul syiling emas atau gold coins adalah satu amalan yang menarik dan patut di terokai. Klip video diatas adalah seorang pengumpul syiling emas. Adakah ini akan menjadi hobby anda? Jika jawapannya ya, ia akan menjadi hobby yang sangat berbaloi.... Mengapa saya katakan begitu? Mari kita lihat statistics dari Bank Negara Malaysia: Harga Kijang Emas 1oz (31.1gram) pada 18/07/2001 = RM1,082 Harga Kijang Emas 1oz (31.1gram) pada 24/04/2009 = RM3,464 Dalam tempuh kurang dari 9 tahun, peningkatan harganya amat ketara sekali. Peningkatannya sebanyak 220.15% atau 24.46% setahun. Samada harga emas meningkat atau nilai ringgit menyusut, saya pulangkan persoalan ini untuk anda menjawabnya. Mengapa Perlu Menyimpan Emas: - Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value) - Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide) - Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase) - Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation) Mengapa Nilai Ringgit Menyusut? - Ia terdedah kepada inflasi - Ia tidak dicagarkan dengan logam bernilai Simpan ringgit atau emas? Terpulang kepada anda...... BERMINAT TENTANG PELABURAN EMAS EMAIL KE rahsiakecantikan@yahoo.com

Tuesday, April 26, 2011

KEBAIKAN JUS QASEH ADINDA & KEKANDA

Qaseh membantu dari Sudut Jasmani: 1. Membantu memperelokkan fungsi sistem tubuh seperti sistem pencernaan, sistem saraf, aliran darah dan sebagainya 2. Membekalkan tenaga dan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh 3. Membantu mempertingkatkan sistem ketahanan tubuh badan 4. Membantu meningkatkan kecerdasan minda Qaseh membantu dari sudut Ruhani: 1. Dari dudut penyediaan produk; dengan amalan doa dan bacaan Al-Quran serta piawaian IMP menyumbang kepada ketenangan jiwa 2. Dari sudut saintifik, kandungan tryptophan dalam kurma, habbatus sauda' dan za'faran dapat membantu memperbaiki mood & memberi kelegaan emosi Menjaga kesihatan disamping dapat menghidupkan amalan pemakanan sunnah dengan Qaseh... . CARA PEMBAYARAN

Monday, April 25, 2011

Lepat pisang

Bahan - bahan 20 biji pisang Awak masak ranum 300 gm tepung gandum 1 sudu besar pasir 2 sudu besar santan daun pisang garam Cara - cara 1) Potong daun pisang berukuran 15 x 15 cm dan layur di atas api hingga layu. 2) Pisang dilecek hingga lumat. Kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit bersama-sama gula. Kacau hingga sebati. 3) Masukkan santan dan garam dan kacau lagi. Jika lembik, tambah sedikit tepung. 4) Letakkan 2 sudu besar adunan tadi ke atas daun pisang dan balut memanjang. Lipat kedua-dua belah hujung daun. Seelok-eloknya biarlah sama saiz. 5) Kukus sehingga masak dan hidangkan.

Saturday, April 23, 2011

Rahsia Kangkung

Rahsia Perubatan Semulajadi-Kangkung Kali ini kita tengok khasiat sayur. Ramai yang tak suka makan sayur kan? Ha..rugila macam tu. Selain membekalkan khasiat seperti vitamin dan zat galian, sayur juga mempunyai khasiat dalam menyembuhkan beberapa penyakit atau masalah kesihatan. Siri kali ini, saya huraikan khasiat sayur kangkung atau nama saintifiknya Ipomea reptans. Kangkung mudah diperolehi dan murah plak tu. Di kawasan kampung, kangkung mudah tumbuh secara meliar di tepi-tepi sumber air. Tapi, pastikan anda bersihkan dulu ye kangkung tu walau di mana pun anda daptkannya. Edisi kali ini, saya nak bagitau anda empat rahsia perubatan kangkung; merawat buasir, merawat insomnia, sakit kepala dan melebatkan rambut! 1. Merawat buasir Bagi anda yang menghidap penyakit ini, mungkin anda merasa malu untuk berjumpa doktor. Mungkin kangkung boleh bantu anda. Setidak-tidaknya membantu proses penyembuhan penyakit anda. Untuk merawat buasir, anda boleh gunakan kangkung sebagai ulam. Bagi anda yang tak suka makan mentah, anda boleh celur atau rendam seketika kangkung ke dalam air panas. Ingat, jangan lama-lama ye. Nanti khasiatnya hilang. Amalkan selalu ulam kangkung. Pasti ada perubahan! 2. Merawat Insomnia atau susah tidur Amalan kangkung sebagai makanan bersama nasi dapat membantu anda yang susah untuk tidur. Pelbagai cara boleh dilakukan sama ada makan sebagai ulam ataupun buat sayur goreng ataupun sebagai sayur berkuah. Terpulang kepada selera anda. Yang penting, jangan masak dalam jangkamasa yang lama bagi memastikan khasiatnya. 3. Merawat sakit kepala Yang selalu sakit kepala, kaedahnya sama seperti kaedah 1 dan 2 di atas. 4. Melebatkan rambut Bagi yang kurang rambut di kepala tu, ha..ini kaedahnya. Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Sediakan semangkuk/sebesen kecil air. Kemudian, ramas kangkung tai di dalam rendaman air tersebut. Ramas sehingga keluar lendir-lendir dari kangkung tersebut. Ambil lendir tersebut, sapukan kepada kulit kepala anada yang kurang rambut tu! Kemudian, balut dengan tuala dan biarkan sehingga 30minit. Setelah 30minit, buka tuala dan bersihkan kepala anda. Untuk hasil yang optimum, amalkan seminggu sekali. Pesanan : Kangkung mempunyai batang yang berongga ataupun ruang kosong. Ruang kosong ini mudah untuk dimasuki cacing ataupun ulat. Sebaiknya, jika kangkung yang anda beli/perolehi mempunyai batang yang besar, anda bolehlah membelah batang tersebut dan cuci.

Friday, April 22, 2011

TESTIMONI HI GOAT

Saya menghadapi masalah Gastrik yang serius. Menurut doktor kandungan asid dalam perut saya cukup tinggi. Berikutan dengan itu saya tidak dapat makan makanan yang pejal, pedas dan masam — contohnya, saya tidak dapat makan nasi semenjak 6 bulan lepas.Saya mencuba beberapa produk kesihatan yang ada dalam pasaran tetapi tidak memberi kesan yang positif.Setelah diperkenalkan Higoat saya meminumnya 2 kali sehari (disebelah pagi dan malam). Selepas 1 minggu meminumnya saya tidak menghadapi masalah sakit perut lagi dan masalah gastrik saya sema kin pulih - saya dapat makan nasi dan makanan yang lebih pejal semula seperti biasa.Bersyukur saya kepada tuhan kerana dipertemukan dengan produk Higoat keluaran HR Marketing ini dan terima kasih banyak2 kepada En. Saaya kerana memperkenalkannya. NAMA: Rakiah Bt Yunus UMUR : 51 Tahun MASALAH TERDAHULU: Gastrik

Thursday, April 21, 2011

Doa perisai hadapi sebarang bencana

DOA adalah satu permintaan atau permohonan seseorang Muslim kepada Allah SWT bertujuan memperoleh sesuatu yang dihajati. Doa sebagai satu senjata umat Islam sering kita lupakan terutama ketika menghadapi pelbagai masalah sepanjang kehidupan di dunia ini. Doa seperti ditegaskan oleh Rasulullah sebagai ’senjata’ kepada orang mukmin perlu disedari dan dihayati sepenuhnya oleh umat Islam. Doa menjadi tanda kepada perhambaan seorang manusia kepada Allah iaitu dengan cara merintih dan merayu kepada-Nya serta mengadu segala hal dan permasalahan dengan air mata berlinangan tanpa mengharapkan pertolongan selain daripada Allah sebagai Tuhan yang Maha Mendengar dan Mengasihani hamba-Nya. Sesungguhnya, persoalan doa bukan sekadar fungsinya sebagai cara pengaduan kepada Allah tetapi juga turut diiktiraf sebagai ibadah yang amat agung. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan katakanlah (wahai Muhammad), berdoalah kepada-Ku. Nescaya Kumakbulkan permintaanmu. Sesungguhnya mereka yang takbur dan enggan beribadat kepada-Ku akan dicampakkan ke dalam neraka Jahanam yang perit azabnya.” (Surah al-Ghafir: ayat 60) Dalam ayat itu, Allah menerangkan doa adalah satu wasilah pengaduan seseorang hamba kepada Tuhannya yang dijamin akan diperkenankan permintaan itu sama ada di dunia ini disegerakan permintaan itu) atau di akhirat (ditangguhkan atau diberikan pahala kepadanya atas ibadah doa dikerjakan). Doa memainkan peranan penting melembutkan hati dan dibukakan jalan untuk mendapat hidayah Allah. Bukan semua orang yang Allah berikan keinginan untuk berdoa dan menadah tangannya di hadapan Allah, bahkan ramai malas dan berdoa hanya sekadar untuk mencukupkan syarat tanpa rasa gerun dan takut kepada Allah; tunduk dan merasai kehebatan dan keagungan-Nya serta penuh pengharapan di hadapan Allah. Apabila malas berdoa mula melebar dalam diri kita, perlu melakukan muhasabah ke dalam hati kita, mungkin ada yang tidak kena atau ada perkara menghalang sehingga kita tidak dapat merasai kemanisan berdoa. Doa dilafazkan oleh seseorang Muslim itu amat mustajab dan mampu mendatangkan kesan dengan izin Allah. Selain itu, seseorang Muslim harus sedar keengganannya untuk berdoa kepada Allah akan menyebabkan kemurkaan Allah kepadanya. Apabila seseorang itu memohon kepada selain daripada Allah ketika dalam kesulitan, dia dianggap mensyirikkan Allah. Di samping itu, keengganannya juga menggambarkan takbur dan merasakan diri sudah cukup tanpa memerlukan pertolongan daripada Allah. Ia jelas bertentangan dengan prinsip kehambaan seorang hamba terhadap tuannya apatah lagi terhadap Allah yang Pencipta sekalian alam. Allah menjadikan doa sebagai perisai kepada golongan mukmin dan mereka yang sentiasa mengharapkan keredaan-Nya. Dalam beberapa riwayat ada dinyatakan golongan yang doa mereka amat mustajab dan dikabulkan oleh Allah. Antara yang tergolong dalam golongan ini ialah : Pertama, mereka yang dizalimi. Ia termasuklah golongan yang dihina, dihalau daripada tempat kediaman mereka tanpa hak atau bentuk kezaliman yang lain; Kedua, golongan yang bermusafir untuk tujuan yang baik; Ketiga, doa kedua-dua ibu bapa kepada anaknya, Keempat, doa mereka yang menunaikan ibadah haji atau umrah. Di sini jelas betapa mereka yang berada dalam situasi sedemikian sememangnya Allah muliakan dan doa mereka juga dijanjikan oleh Allah akan dimakbulkan selagi tidak membawa kepada maksiat atau kejahatan. Selain itu, doa yang mustajab juga ialah doa daripada seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah; dan sahabatnya itu tidak mengetahui bahawa dia sedang didoakan oleh seseorang. Di samping itu, individu yang mendoakan sahabatnya itu juga akan diberikan ganjaran dan diberikan kebaikan seperti dia mendoakan sahabatnya itu. Setiap Muslim perlu memahami doa dimakbulkan oleh Allah atas permintaan hamba-Nya itu adakalanya dikurniakan berdasarkan apa yang dimintanya atau dipaling iaitu menjauhkan daripadanya sesuatu kejahatan setaraf dengan doanya itu atau Allah menangguhkan dahulu permohonan hamba itu untuk dijadikan sebagai pahala pada akhirat kelak. Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Tiada seorang Muslim berdoa tidak mengandungi dosa atau mengarah kepada pemutusan hubungan kekeluargaan, melainkan Allah akan mengurniakan baginya salah satu daripada tiga keadaan, iaitu (1) segera dikabulkan doanya; (2) disimpan untuk diberikan di akhirat; (3) atau kerana doanya itu maka Allah menjauhkan dia daripada kesulitan.” Oleh Ahmad Tarmizi Zakaria

Wednesday, April 20, 2011

Untung Melabur Dengan EMAS 20-30% Setahun


Bukti Kenaikan Harga Emas vs ASB Gold Bar Suatu Ketika Dahulu (10/4/2009)

Gold Bar Kini (29/12/2010)


Peratus Kenaikan dalam SETAHUN + + Untung 47.10% Dinar Emas Suatu Ketika Dahulu (5/02/2009)


Masa Berlalu Pantas (29 Disember 2010)


Peratus Kenaikan dalam SETAHUN + + Untung 41.84% Bandingkan Dengan ASB


Tahun 2010 Dividen + Bonus = 8.75% Yang Mana satu UNTUNG? Keputusan Di Tangan Anda

Tuesday, April 19, 2011

Aveana - Hydrating Mask

Aveana - Hydrating Mask (15gms) Fungsi : Berfungsi membersihkan kotoran dan debu di wajah. Menegangkan kulit, mengecilkan liang roma serta menghilangkan garis-garis halus. Menjadikan kulit lebih lembap, tegang dan anjal. Deep cleansing mask to remove impurities and dead cells caused by environmental damage and inflicted on the skin during the day. Leaves skin fresh and radiant. Cara Penggunaan: Ratakan ke seluruh wajah dan leher. Biarkan kering selama 10 - 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Gunakan 3 kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang lebih baik. Directions of use: Apply on clean face. Leave masque for 10 - 15 minutes. Rinse with water. Use 1-3 times a week for best result. harga SeUnit: RM29.00 CARA PEMBAYARAN

Monday, April 18, 2011

Mutiara Kata - Tangis & Tawa

Kata suatu mustika pemikiran India,
Ketika engkau lahir, engkau menangis dan dunia bergembira. Hidupilah hayatmu supaya tatkala engkau mati kelak, dunia akan menangis dan engkau bergembira."

Sunday, April 17, 2011

PAKEJ SLIMMING YUSMIRA 1

PAKEJ SLIMMING YUSMIRA 1 LOSYEN HALIA, LIMAU NIPIS + KAPSUL HALIA HARGA RM 61.00 PROMOSI RM 55.00 (POS LAJU PERCUMA) CARA PEMBAYARAN

Saturday, April 16, 2011

Kerana Indahnya Pelangi

Petang itu hujan lebat menyimbah bumi Shah Alam, Selangor, salah sebuah negeri yang terletak di selatan tanah air semenanjung Malaysia. Kedudukan yang strategik ini menjadikan Selangor negeri yang paling pesat, dek kerana jumlah penduduk yang ramai dan pembangunan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan setiap tahun. Tidak hairanlah negeri ini agak panas berbanding negeri-negeri lain, kerana terjadinya pulau haba bandar. Sudah hampir setahun aku di negeri ini, menjadi penuntut di UiTM Shah Alam dalam program asasi kejuruteraan. Cuaca sejuk semasa hujan ini sememangnya dinikmati sebaiknya oleh semua penuntut. Ada yang sudah menarik selimut, bersedia untuk memejamkan mata, ada yang meneruskan 'study' namun tidak kurang pula yang mengambil kesempatan untuk duduk seorang diri sambil merenung ke arah hujan, memikirkan rahmat di sebalik hujan itu dan penciptanya. Subhanallah, sesungguhnya setiap yang diturunkan oleh Allah ada rahmat dan kebaikan di sebaliknya. Guruh yang berdentum dan kilat sabung-menyabung benar-benar menggangu konsentrasiku untuk belajar. Aku lantas menutup tingkap dan menurunkan langsir, bimbang sesuatu yang buruk berlaku. Aku kemudian duduk kembali di meja studyku dan beristighfar panjang, moga-moga hatiku ini tidak terlintas untuk memarahi Allah kerana menjadikan guruh dan kilat. Terus aku teringat akan kata-kata Heliza dalam filem Syurga Cinta... "Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah" Aku tersenyum sendirian, kerana ungkapan inilah yang menjadikan aku disini hari ini. Aku punya kisah di sebalik kata-kata itu. Mungkin bagi orang lain, ungkapan ini nampak biasa, tapi bagiku ia besar maknanya. Ciptaan Allah yang begitu indah Hingga hari ini, tidak ada seorang saintis pun yang mampu menyaingi pelangi ciptaan Allah. Sesungguhnya, dari situ kita dapat lihat betapa Allah tuhan yang Agung dan Esa. Segala memori lalu masih segar dalam ingatanku. Kisah bermula semasa di alam sekolah menengah lagi. Dengan izin Allah, berbekalkan keputusan UPSR yang cemerlang, aku ditawarkan ke salah sebuah SMKA di negeri utara tanah air. Pada mulanya aku agak terperanjat. "Adoiii... sekolah agama lah pulak... Confirm tudung labuh ni... parah-parah... "Aku mengharapkan agar ditawarkan ke salah sebuah sekolah berasrama penuh, kerana kakak sulungku juga bersekolah di sekolah berasrama penuh. Ummi dan abahku bertanya sama ada aku mahu masuk sekolah itu atau sebaliknya. Lidahku kelu untuk bersuara. Nak diikutkan hati, tidak sangat tetapi kalau tak dapat tawaran lain, tak ke malu dengan kawan-kawan yang dah dapat masuk asrama. Lantas aku menjawab "Macam ni lah ummi, abah... kak ngah nak tunggu sampai minggu depan... kalau tak dapat tawaran mana-mana jugak, kak ngah pergi sekolah tu. " Ummi dan abahku tersenyum, dan aku pula serabut memikirkan apa yang bakal berlaku. Benar seperti apa yang sering dikatakan, janji Allah tidak siapa yang bisa mengubahnya, walau sekuat mana kuasa sesorang itu. Sudah ditetapkan oleh Allah sejak azali, aku ditempatkan di sekolah agama tersebut. Selama 5 tahun berada di sekolah itu, aku diajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan baru. Di sana, kami didedahkan dengan solat jemaah, usrah, tazkirah, majlis-majlis ilmu dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan. Seperti salah satu ayat Al-Quran "Ingatlah sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." Aku benar-benar terkesan dengan ayat ini. Benar, aku sendiri akui aku bukanlah baik sangat sebelum ini, cuma aku bersyukur kerana dibesarkan dalam keluarga yang amat mementingkan agama dalam kehidupan. Justeru, mudah untuk aku terima semua yang berkaitan agama suci ini. Semakin lama mempelajari semua ini, aku sendiri dapat menyedari perubahan dalam diri. Hatiku menjadi sangat lembut, mudah tersentuh dengan apa sahaja dan yang paling aku syukuri hati ini juga yang kadang-kadang menangis memikirkan dosa-dosa lalu dalam solat-solat malamku. Syukran Ya Allah... Syukran... terima kasih kerana menganugerahi aku hati ini dan semoga kau lindungi dan pelihara hati ini dari terjerumus ke jalan-jalan yang tidak diredhai olehmu. Amin... Langit tak selalunya cerah Hidup tak selalunya indah, kerana hidup ini umpama roda. Ketika berada di atas, jangan terlalu bermegah kerana kita mungkin berada di bawah, dan ketika di bawah, percayalah suatu hari nanti kita boleh berada di atas. Akan tetapi fitrah manusia biasa, mahukan yang baik dan indah belaka. Semakin kita mendekatkan diri kepada Allah, semakin banyak ujian dan dugaan yang datang, untuk menguji sejauh mana keimanan dan kebergantungan kita kepada Allah. Kata orang, ujian itu sebenarnya tanda kecintaan Allah kepada kita. Tahun 2009 adalah tahun yang amat penting bagiku dan juga rakan-rakan sebayaku. Tahun ini, kami akan menjalani satu peperiksaan yang bakal menentukan hidup kami, iaitu SPM. Tahun ini juga menjadi titik-tolak pengislahan sebenar kepada diriku. Dugaan pertama datang ketika keputusan peperiksaan percubaan SPM diumumkan. Aku merasakan seperti ada yang tidak kena. Hatiku gundah gulana, resah memikirkan apakah keputusan peperiksaanku. Biarpun hanya peperiksaan percubaan, ia amat penting kerana soalan-soalan merangkumi semua topik tingkatan 4 dan tingkatan 5. Justeru, aku anggap ia seperti SPM sebenar. Ketika keputusan dipaparkan, aku lihat dari jauh rakan-rakan ku berebut-rebut mencari nama dan melihat keputusan. Lantas sahabat baikku, Izzah Hanani mengajakku melihat keputusan. "Eh Ira, hari ni result keluar kan. Jom kita pergi tengok nak. Izzah rasa dah ramai yang tau result diorang. Kita je belum tau. Jomla.." Aku berhenti menulis dan memasukkan pen yang dari tadi rancak bergerak untuk menulis nota syariah islamiah di dalam 'pensel case' biru kesayanganku. Kalau diikutkan hati, entah mengapa agak berat untuk aku pergi namun memikirkan sahabat baikku sejak tingkatan satu itu beriya-iya mengajak, aku gagahkan jua kaki ini. Kami bersahabat sejak tingkatan satu. Ketika di tingkatan 3, Alhamdullillah kami berdua berjaya mendapat 9A dalam PMR dan diletakkan di kelas yang sama juga di tingkatan empat. Ketika dalam perjalanan melihat result, sahabatku bertanya; "Kenapa ngan Ira hari ini, senyap je... selalu dia yang banyak mulut... time result plak selalu dia orang yang semangat... hari ni monyok je" Aku tersenyum kelat. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Sebetulnya fikiranku kosong. "Entahlah Izzah, hati ni rase tak sedap je... takut dapat result teruk... hari tu jawab macam tak yakin jew... " "Oh... itu sebabnya monyok je... takpelah Ira... Ira dah buat yang terbaik... dah usaha dan doa... sekarang tinggal tawakkal je... apa pun keputusan Ira, anggaplah ia yang terbaik dari Allah... kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya... ingat tu..." lantas memeluk bahuku dari belakang. Begitulah indahnya berukhwah, andai diikhlaskan kerana Allah. Pasti Allah menghadiahkan kita seseorang yang dapat membuat kita tersenyum ketika dalam kesedihan. Ketika dalam perjalanan itu, kami berselisih dengan Ayu, rakan kami dari kelas 5 Al-Khawarizmi, yang juga roommateku. Nampak tersenyum-senyum bahagia je Ayu tu. Mesti result ok, fikirku. "Ayu, dah tengok result ke?"Izzah memulakan bicara, sekadar menyapa kerana kami bukanlah rapat sangat. "Dah... korang belum ke? aku dapat 8A... no dalam form no 7... saiful pun dapat 8A, no dalam form no 5... beza sikit je... yahoo!!sukanya aku... tu lah, sekarang terbukti kan... walaupun korang sibuk-sibuk nasihat kat kita orang yang couple-couple ni, result kita orang maintain tau... lepas ni kan ira, bolehla kau cakap kat kawan-kawan BADAR (Badan Dakwah Dan Rohani) ko tu... tak yah sibuk-sibuk nak nasihat dan cegah-cegah maksiat ni... buang masa... terbukti couple ni taklah salah seperti yang korang suka hebohkan tu... silap hari bulan, lepas ni ahli-ahli badani yang jadi 'hot couple' kat sini... haha..." Ayu ketawa besar lantas melangkah meninggalkan kami. Aku tunduk dan beristighfar panjang atas tuduhan yang dilemparkan. Benar kata orang, rambut sama hitam, hati lain-lain. Meskipun bersekolah di sekolah yang ada tertulis A (SMKA), tidak semua penuntut akhlaknya "A". Kerap kali dihidangkan dengan tazkirah dan perkongsian ilmu yang membincangkan azab Allah akan sesiapa yang melakukan larangannya, namun sebahagian dari kami masih tegar malah tanpa segan silu ber 'couple', berkirim surat dan lain-lain yang membawa kepada zina hati. Nauzubillah, semoga aku terlindung dari golongan itu. Izzah yang menyedari perubahan air muka di wajahku terus memujuk. "Alah... biarlah Ayu tu nak cakap apa... macam la Ira tak tahu mulut dia memang laser... sabar je... Allah sayang tau orang yang sabar... tak baik kalau Ira simpan dendam... nanti ada titik hitam dalam hati... jom cepat kita pergi tengok... masa rehat tinggal 10 minit je lagi ni... kejap lagi time fizik... Teacher Haniza tu kang, kalau masuk lambat... tahu-tahu jela... silap-silap belajar kat luar kelas kita hari ini..." Aku tersenyum mendengar kata-kata Afiqah. Aku tersentak dan terus terduduk di atas kerusi batu yang diletakkan berhampiran dengan papan kenyataan peperiksaan itu. Apa? 5A je aku dapat? Astaghfirullah... biar betul ni... Ya Allah, hebatnya ujian kau kali ini... berilah aku kekuatan... Sesampainya kami di sana, kawan-kawanku masih ramai. Dengan bersesak-sesak, aku berusaha mencari nama ku. Aku mencari namaku di helaian pertama di penjuru kanan, yang memaparkan nama pelajar-pelajar dari no 1 hingga no 20... kira 'top20' dalam form lah... Hah! nama aku tak de? Biar betul ni, tak kan tercicir kot. Selalu nama aku dalam senarai top 10, paling tidak top 20. Kenapa kali ni tak de? Dalam helaian itu, dapat aku lihat nama Izzah berada di tempat ke-3 dengan 10A... Oh, tahniah sahabatku... macam mana pulak ngan aku? Aku terus melihat ke helaian seterusnya di sebelah dan aku terkejut melihat namaku berada di atas sekali, bermakna aku dapat no 21 dalam form!! Ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku. Seolah-olah aku mahu menjerit sekuat hati. Mahu menangis dan meraung sepuasnya... Biar semua orang tahu betapa kecewanya aku dengan result itu. Pada mulanya hanya beberapa titik air mataku gugur, namun ketika melihat Izzzah melangkah gembira ke arahku, mutiara jernih yang aku tahan-tahan sejak dari tadi turun lebat membasahi pipiku. Oh sahabatku, seandainya kau tahu perasaanku ketika ini... "Ira, Izzah dah tengok result kita dua. Ira sabar ye, mungkin bukan rezeki Ira kali ini... "ucap Izzah tenang "tapi kenapa Ira, Izzah??... kenapa Ira... kenapa bukan orang lain, kenapa? Apa salah Ira? Apa dosa Ira? Cakap Izzah, cakap..." "Ira, ingat Allah, tak baik Ira macam ni. Seolah-olah Ira tak redha dengan apa yang Allah bagi. Kan semua ni datang dari Allah, siapalah kita untuk mempertikaikannya. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Ira kena sabar dan kuat" "Memang Ira tak redha, memang Ira marah, marah sangat-sangat, Izzah cakap senangla. Izzah dapat result ok, sesiapa yang dapat result ok memang akan cakap macam tu!!!!!!" Aku menjerit sekuat hati, melepaskan perasaan yang dari tadi terbuku. Aku tidak menghiraukan lagi rakan-rakan kami yang melihat aku menjerit. Pasti mereka terkejut, tidak pernah melihat aku dalam keadaan sebegitu. Aku berlari pergi membawa diri sambil menangis, kemana harus aku membawa diri, aku sendiri pun tidak tahu, biarlah... biarlah apa orang nak kata... biarlah kaki ini yang menentukan arah langkahku... Cuma dalam fikiranku, ada satu tempat yang terlintas. Tempat yang menjadi penenang hati buat setiap insan. Tempat yang menjadi rumah kedua selain asrama kepada pelajar di sini, untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Aku pasti, aku pasti akan ke situ, lantas mempercepatkan langkah sambil mengelap air mata yang masih lagi turun. Izzah yang aku tinggalkan terpinga-pinga, melangkah longlai masuk ke dalam kelas. Bukan tidak mahu memujuk, tapi melihat aku dalam keadaan begitu, dia lebih matang dalam membuat keputusan. Moga-moga kau dapat tenangkan diri sahabatku, doanya untukku. "Ok kelas, saya mintak maaf. Hari ni saya tak dapat mengajar sebab ada mesyuarat dengan pengetua tentang rumusan peperiksaan percubaan kamu semua. Saya nak nanti Zulhilmi, pergi meja saya dan ambil 'worksheet'. Saya dah siapkan, ada 25 soalan semuanya merangkumi topik-topik tingkatan lima. Dan saya nak, kerja tersebut mesti dihantar atas meja saya apabila masa saya tamat. Jelas kan arahan saya?" "Bermakna kamu semua tak boleh keluar dari kelas dan mesti siapkan kerja yang diberi. Kalau boleh buat sendiri dan jangan tiru kawan, kerana dari situ kamu dapat tahu kelemahan kamu dimana. Kelas berikutnya saya akan bincang soalan-soalan yang tak dapat dijawab." "Faham semua? saya tak nak lepas mesyuarat nanti saya dengar ada cikgu-cikgu yang komplen kelas 5 Al-Farabi bising. Kamu kelas yang terbaik, mesti tunjukkan peribadi yang elok juga, saya keluar dulu" tegas kata-kata yang dituturkan oleh cikgu fizik yang kami panggil Teacher Haniza itu. Di sebalik ketegasannya itu, dia seorang yang yang sangat penyayang. Berkat ketegasannya juga, keputusan fizik kelas kami tidak pernah mengecewakan. Di masjid, aku duduk menyandar di dinding sambil memeluk kaki. Meskipun sudah berhenti menangis, aku belum bersedia untuk ke kelas, di tambah pula dengan mata yang bengkak dan muka yang merah. Di saat keseorangan sebegini, bermacam perkara bermain di fikiranku. Aku pantas mengingat kembali peristiwa yang berlaku. Yang pasti, aku mendapat result yang teruk hari ini. Ya Allah, besarnya ujian yang kau berikan hari ini. Apakah dosaku Ya Allah? Aku study, aku solat, aku doa, aku hormati guru malah aku tidak pernah terlibat dengan couple-couple, serba- serbi aku jaga. Apa lagi yang tidak cukup? Aku bermonolog sendirian. "Benar kau sudah study, doa, solat... tapi mungkin Allah belum kabulkan permintaan mu. Sabarlah.. dia akan makbulkan, cuma masanya belum tiba. Dia mahu kau terus berdoa dan meminta daripadanya. Sesungguhnya Allah rindu untuk mendengar rintihan hambaNya. Dugaan ini untuk mendekatkan diri kau dengannnya" suara imanku berbicara. "Ahh... lagi-lagi usaha, balik-balik doa, bosanlah kalau macam ni, kau dah buat semua tu, sepatutnya kau dapat ganjaran yang setimpal!.." syaitan mula membisikkan kata-kata hasutan "Astaghfirullahalazim... tak baik kau marah sebegini, andai kau marah, pada siapa kau marah? pada Allah bukan? layakkah kita untuk memarahiNya, sedangkan Dia yang mencipta dan memberi nikmat kepada kita? Setiap yang datang itu dari Allah, sepatutnya kau bersyukur, bukan mengeluh sebegini. Masih ada kawan-kawan yang lain dapat result lagi teruk dari kau, tapi mereka sabar dan redha" Iman masih cuba memujuk. "Alah... kau tu je yang kononnya baik sangat... solat jemaah, join usrah, hormat guru, tak nak couple-couple, bukan apa sangat pun... cuba kau lihat kawan-kawan kau yang lain, couple juga tapi result lagi gempak dari kau... kalau betul Allah sayangkan kau, Dia tak bagilah ujian macam ni, sedarlah sikit... " "Jangan terpedaya dengan kata-kata syaitan itu. Kuatkan iman, ingat apa yang kau pelajari dan dengar dalam tazkirah-tazkirah . Ujian yang datang mungkin sebagai teguran lembut dari Allah. Mungkin cara study salah, dan mungkin juga ada kesalahan-kesalahan kecil yang kau abaikan... Allah mahu kau muhasabah diri... Andai tak diberi ujian begini, kau tidak akan sedar, kau akan rasa kau selalunya betul sedangkan tidak... kerana kau hanya insan biasa yang lemah, kau bukan seperti nabi yang maksum!!" "Tapi Allah sendiri dan janji dengan firmannya.. berdoalah kepadaku, nescaya akan ku perkenankan doamu... Hah, Allah sendiri dah janji tapi tak bagi pun. Allah dah memungkiri janji kepada kau!! Allah tak adil! buat apa lagi kau ikut perintahnya, Dia tak pedulikan kau lah..."syaitan belum mahu mengalah. "MasyaAllah, sekali lagi jangan kau marah pada tuhan, mengucap... beristighfar... Yaa... Allah memang sudah berfirman akan memperkenankan doamu... namun kau harus ingat, Allah juga ada 99 sifat mulia. Dia tuhan Yang Maha Mengetahui dan Yang Memberi Rezeki.. Kaji pula firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 284-286. Antara firmannya:- "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala( dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa(dari kejahatan) yang dikerjakannya..." Allah mengetahui yang kau boleh memikulnya... Yakinlah, jangan kau berputus asa.. Ini baru dugaan yang kecil... Lupakah engkau, semasa zaman rasulAllah dahulu, lebih hebat ujian yang ditempuh oleh nabi kita dan sahabat-sahabat... kemiskinan, kematian keluarga, sahabat di medan perang... tapi mereka tidak kecewa, tidak resah... malah redha dengan ketentuan Allah, hingga sebahagian dari mereka telah pun dijanjikan masuk syurga... " Aku tersentak ketika mendengar suara seseorang yang cukup aku kenali memberi salam. "Assalamualaikum... Izzah dah agak Ira kat sini" katanya lembut sambil menyusun langkah kearahku. "Waalaikumsalam... Teacher tak masuk kelas ke?" soalan pertamaku kepada Afiqah... "Tak, cikgu-cikgu ada mesyuarat, tapi teacher ada tinggalkan kerja dan mesti dihantar hari ni... jomla kita balik kelas, nanti Ira tak sempat nak siapkan kerja tu. Ira ok kan? Izzah yakin kawan baik Izzah ni kuat orangnya." "Entahlah Izzah... kadang-kadang Ira rasa Allah tak sayang kat Ira... Dia tak bagi apa yang Ira nak... Buat apa Ira study lagi, study bagai nak pecah kepala, tengok-tengok result dapat 5A je..." Entah kenapa, kata-kata itu lancar sahaja keluar dari mulutku. "Ira, sekali lagi Izzah cakap... Ira kena redha, memang susah untuk capai redha ni, tapi usahalah kearah itu. Mungkin hari ni rezeki Izzah, esok lusa siapa tahu rezeki Ira pulak... bumi Allah ni luas Ira, rezeki ada di mana-mana... Yakinlah dengan janji Allah, ingat prinsip hidup kita." "Put our trust to allah and remember.. allah always be our side" Serentak kami menyebut pegangan hidup kami bersama. Kata-kata inilah yang banyak menjadi pendorong kejayaan aku dan Izzah hingga hari ini. "Hah... macam tulah orang yang kuat... kuat melawan tipu daya syaitan... kuat juga melawan hawa nafsunya... bukan sekadar kuat fizikal, tapi yang lebih penting kuat untuk bangun setelah jatuh. Dah, jom cepat. " "Hah... padan muka kau syaitan... hari ni seorang anak adam tak berjaya kau hasuti..." Aku berkata sendirian... Aku menadah tangan tanda kesyukuran kepada Allah, menganugerahi aku seorang sahabat yang bukan sahaja cantik, bijak, malah membantu aku mencari semula cahaya disebalik kegelapan. "Kalau Izzah tak datang tadi, mesti aku dah ikut cakap syaitan untuk terus 'stay' kat masjid dan ponteng kelas. Syukur Alhamdulillah... " Malam itu seperti malam-malam rabu yang biasa, jadual aktiviti masjid adalah ceramah agama. Dalam organisasi BADAR, aku dilantik menjadi timbalan ketua biro lajnah masjid. Semua yang berkaitan masjid dibawah tanggungjawabku seperti kebersihan, keceriaan, peralatan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di masjid, termasuk ceramah. Malam itu, aku berasa tidak sedap badan. Maklumlah, sudah seharian aku menangis. Namun, amanah harus dijalankan. Dengan bantuan Izzah, aku memanggil Hafiza, AJK di bawahku untuk memberi pesanan. "Hari ni akak tak berapa sihat la. Fiza 'handle' masjid ye. Panggil semua pelajar berkumpul dan rapat kehadapan... Pastikan mereka tidak bising semasa ceramah. Pesan pada mereka, sesiapa yang bising akak akan panggil untuk bagi kesimpulan dari ceramah ustaz masa perhimpunan ahad nanti. " "Oh... itu kerja senang je... selalu nampak akak je handle, teringin jugak berada depan semua pelajar... Hehe... Akak jangan risau, Fiza akan buat dengan baik" "Terima kasih" ucapku ringkas. Ceramah dari Ustaz Zukilan, salah seorang ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Al-Quran dan Sunnah di sekolahku merupakan antara ceramah yang digemari oleh kami pelajar-pelajar kerana cara penyampaiannya yang menarik dan bersahaja. Sebelum menunggu ustaz datang, aku menoleh ke arah belakang, meninjau keadaan pelajar puteri. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik dan terurus. Hampir separuh dari mereka memegang pen dan kertas, bersedia untuk mencatat isi-isi penting dari ceramah ustaz. Pastinya mereka tidak mahu dipanggil untuk memberi ulasan. Aku tersenyum. Nampaknya Fiza menjalankan tanggungjawab yang aku berikan dengan baik. "Assalamualaikum anak-anak sekalian..."Ustaz Zukilan memulakan bicara. "Waalaikumsalam ustaz..." kami ramai-ramai menjawab salam yang diberikan, kerana semua orang tahu menjawab salam itu wajib hukumnya. "Alhamdulillah, dengan limpah dan kurnianya kita dapat bertemu seperti malam-malam rabu yang lepas. Hari ni ustaz nak membincangkan tajuk yang ustaz rasa, sangat menarik. Tajuknya adalah 'Qada' dan Qadar dari Allah, sejauh manakah kita beriman dengannya?" Aku begitu terkejut dengan tajuk yang dibincangkan malam ini lantas terus menoleh dan memegang tangan Izzah. Sebolehnya aku mahu keluar sahaja dari masjid. Dia yang memahami keadaan diriku, mengeratkan genggaman dan mengusap-usap belakang tubuhku. Mengapa mesti tajuk ini? Seolah-olah ada kaitannya dengan apa yang berlaku dalam hidupku hari ini. "Hah... ustaz pasti setiap orang pasti diuji oleh Allah kan... Cuma bentuk ujian yang diterima oleh setiap insan itu tidak sama. Dan masa seseorang menerima ujian itu juga tidak sama. Kita mugkin lebih dari segi ini, tetapi kurang pula pada bahagian lain. Kalau kita kekurangan dalam sesuatu, jangan rasa lemah, kerana Allah telah menjadikan kita dengan sebaik-baik penciptaan. Pastinya kita boleh memperbaiki diri untuk menjadi orang yang berjaya... InsyaAllah... Ketika kita ditimpa ujian, jangan kita mengeluh kerana ujian itu boleh bertukar menjadi rahmat seandainya kita redha menerimanya." "Ustaz bagi satu contoh, katakanlah kamu 'plan' nak keluar dengan kawan-kawan masa cuti penggal nanti... Kira plan yang habis-habisan la... nak shopping, tengok wayang, main bowling dan macam-macam lagi la... Last-last masa hari yang dijanjikan tu kamu tak dapat pergi sebab hujan lebat... kamu mesti rasa sedih, frust, kecewa dan marah. Kiranya ini ujian untuk kamu la... tapi, sebenarnya kamu tak sedar di sebalik hujan itu ada rahmatnya." "Mungkin seandainya Allah tak turunkan hujan, kamu akan pergi dan memandu dalam keadaan laju. Akibatnya terlibat dengan kemalangan. Nah... itulah rahmatnya, Allah sayangkan kamu dan mahu memanjangkan nyawa kamu... tidakkah kamu sedar?" "Namun kondisi kita hari ini jauh berbeza dengan konsep islam yang sebenarnya. Setiap ujian yang datang, manusia akan mula menyalahkan orang lain. Kadang-kadang yang lebih dahsyat menyalahkan Allah." Ingat firman Allah yang berbunyi, "Mungkin sesuatu yang kamu rasa baik bagimu adalah buruk di sisi Allah dan sesuatu yang buruk bagimu adalah baik di sisi Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui" Oleh itu, kita kena anggap ujian yang Allah bagi pada diri kita ni sebab dia sayang dekat kita. Dia nak hambanya tak terpesong jauh, kembali mengingati diriNya. Sepatutnya kita seronok bila dapat ujian, tandanya Allah masih ingat dekat kita walaupun kita dah banyak buat dosa. "terang Ustaz Zukilan panjang lebar. Kata-kata ustaz membuatkan aku berfikir kembali dan timbul rasa penyesalan. "Tak sepatutnya aku marah atas apa yang berlaku... aku kena redha dan muhasahabah diri... Ya Allah... aku bertaubat kepadamu... ampunkan dosa hambaMu ini... " Selasai ceramah ustaz, kami solat isya' berjemaah. Itulah uniknya bersekolah di sekolah yang mementingkan aspek agama dalam kehidupan seharian. Di sebelah pagi, kami berusaha bersunguh-sungguh mencari ilmu duniawi, sebelah malamnya mula diisi dengan pelbagai aktiviti kerohanian untuk memperoleh ilmu akhirat. Barulah stabil kedua-duanya, selain membantu pelajar-pelajar di sini mencapai kejayaan yang sebenar dalam hidup. Malam itu aku solat sunat taubat. Memohon bersungguh-sungguh kepada Allah agar diampunkan dosa, kerana siang tadi aku mengeluarkan kata-kata yang boleh membawa syirik kepada Allah. Itulah hebatnya godaan syaitan, andai iman tidak kuat untuk melawannya, entah kemana diri ini dibawa ke jalan yang sesat. Dua bulan berlalu, aku tinggalkan kesedihan atas keputusan peperiksaan percubaanku dan bangun menjadi insan yang lebih kuat. Aku gandakan usaha dan doa, moga Allah permudahkan segala urusan. Hari ini hari bersejarah dalam hidup aku dan rakan-rakan. Persiapan sudah rapi, senjata sudah diangkat, tunggu masa untuk digunakan. Kami melangkah masuk menuju medan perang yang sebenar, iaitu Dewan Saidina Ali. Dewan yang menjadi tempat untuk kami berjuang, juga dewan yang menjadi saksi atas kejayaan cemerlang pelajar-pelajar ketika keputusan diumumkan. Kami menjawab dengan sehabis baik, berbekalkan ilmu yang diperoleh selama 5 tahun. Kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang belajar 5 tahun disini, biarlah pulang membawa berita gembira. InsyaAllah. Selasai peperiksaan selama 2 minggu, kami pulang ke rumah masing-masing. Sebelum berpisah, kami mengadakan salam ukhwah yang begitu sinonim disini. Kami berpelukan, memohon maaf dan berterima kasih sesama sendiri. Selama 5 tahun tinggal di bawah satu bumbung, pastinya banyak kenangan pahit dan manis yang tidak akan kami lupakan. Aku dan Izzah sempat bertukar hadiah, memandangkan dia akan berpindah ke Rawang atas urusan kerja ayahnya. Aku menangis, tidak sanggup berpisah dengan sahabat yang sudah aku anggap seperti ahli keluarga sendiri. Dalam suasana begitu, Izzah sempat membuat lawak dengan mengatakan dia berpindah di dalam Malaysia sahaja, bukan ke luar negara. Masa berlalu begitu pantas. Cuti 3 bulan selepas peperiksaan SPM sudah tamat. Tibalah masa yang dinanti-nantikan, iaitu keputusan peperiksaan SPM. Pagi itu, aku bersiap untuk ke sekolah. Jantung di dada berdegup kencang, sehinggakan malam sebelumnya aku sukar melelapkan mata. Izzah sudah ada di salah sebuah rumah kawan kami. Jika dia bertolak dari Rawang pagi itu, mungkin dia tak sempat untuk berjumpa dengan aku dan kawan-kawan yang lain. Aku menutup perlahan pintu kereta setelah sampai. Debaran di dada masih terasa. "Ummi, kak ngah nak baliklah. Takut lah ummi" "Lah, kan dah sampai ni. Tak nak tengok result pulak. Apapun yang terjadi, ingat itu yang terbaik dari Allah. Cepatla, nanti tak sempat jumpa kawan-kawan. " "Macam mana kalau result tak ok?Ummi marah kak ngah tak?" "Ya Allah budak sorang ni. Banyak sangat tanya. Ummi tak marah, kak ngah dah usaha dan doa. Result tu tetap kena ambil, walau jauh mana kak ngah nak lari sekalipun. Jom ummi temankan masuk dewan" Di dewan, aku dapat lihat pelbagai reaksi. Ada sahabat-sahabat ku yang ketawa gembira, ada yang sedang menelefon dan ada juga yang sedang berpelukan dengan ibu bapa mereka sambil menangis. Menangis? Gembira atu duka? "Alamak, macam mana pulak dengan aku nih." Dari jauh, aku lihat guru kelasku, Puan Azliza melambai tangan kearahku. Aku menyusun langkah kearah beliau. Sesampainya di sana, aku dipersilakan duduk. "Cikgu, result saya ok tak?" aku tak dapat lagi membendung rasa ingin tahu. "Agak-agak kamu macam mana?" itu jawapannya. Aduh cikgu ni, main teka-teki pulak. Aku dah la nak terkencing ni, jantung pulak rasa nak tercabut. "Kalau saya, apapun result saya, saya terima dengan redha. "jawabku ringkas, sekadar menghilangkan perasaan gemuruh. Guruku tergelak kecil, lantas meletakkan sebuah fail dihapanku. "Bukalah, result kamu ada dalam fail tu. " Aku memandang guruku dan kemudian menoleh kearah ummi disebelahku. Ummi tersenyum dan mengangguk perlahan. "Bismillahirrahmanirrahim... . dengan tangan kanan, aku membuka perlahan fail merah itu. Serentak itu juga, guruku berkata; "Tahniah, kamu dapat 7A. Walaupun tak dapat straight A, itu dah cukup bagus dan cikgu bangga dengan pencapaian kamu. Untuk pengetahuan, kamu juga antara pelajar cemerlang sekolah. Saat itu, tak dapat aku gambarkan perasaan ini. Ummi terus memelukku lantas mengucapkan tahniah. Aku pula tidak henti-henti mengucapkan syukur dalam hati. Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih atas nikmatmu hari ini. Selesai bersalaman dengan guru kelasku, aku pergi mencari rakan-rakan ku. Guruku juga memberitahu bahawa Izzah memperoleh straight A, 12A. Tahniah sahabatku. Di suatu sudut, aku nampak Izzah dan rakan-rakanlain. Kami berpelukan, mengucapkan tahniah sesama sendiri. Kami berbual seketika, menunggu rakan-rakan yang lain sambil bercerita arah tujuan selepas ini. Masing-masing dengan pilihan mereka. Ada yang nak sambung form 6, ada yang nak apply maktab dan tidak kurang juga yang mahu terus dalam bidang sains. Dalam perjalanan pulang, hujan lebat turun. Hujan rahmat, fikirku. Tanganku pula tidak henti-henti membalas SMS yang dikirimkan rakan-rakan dan juga menjawab panggilan dari saudara-mara. Meraka juga ingin berkongsi kegembiraan yang aku peroleh. Seperti selalu, selepas habis hujan, aku akan menuggu pelangi muncul. Aku bertuah hari itu, aku berpeluang melihat pelangi. Pelangi yang begitu indah. Subhanallah. Hari ini juga aku dapat pelangi yang baik, iaitu keputusan exam SPM. Benar lah disebalik ujian, ada hikmahnya. Di sebalik hujan, ada pelanginya. Aku suka kau pelangi! Aku tersedar ketika telefon bimbitku berbunyi mengalunkan lagu SegenggamTabah dari kumpulan UNIC. "Eh, bukan no Malaysia ni... Izzah Hanani!!!" Hanya itu yang terlintas difikiranku... Sudah lama dia tidak menelefon, kerana itu aku tidak 'save'kan nombornya. Selama ini, kami hanya berhubungan di Facebook atau YM. Selepas keputusan SPM diumumkan, dia ditawarkan melanjutkan pelajaran ke negara timur tengah dalam bidang kejuruteraan. Selepas membuat persediaan selam 3 bulan di INTEC Shah Alam, dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar... Pada hari pemergiannya ke sana, aku tidak dapat menghantar ke KLIA kerana terikat dengan peperiksaan, cuma dia sempat menelefon beberapa jam sebelum pergi. Katanya "Ingat, pelangi itu indah, ia pasti akan muncul, lebih indah jika kita sabar menunggunya." Kerana Indahnya Pelangi..

Friday, April 15, 2011

Teh Herba (Pegaga)

Produk ini menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica). Herba yang mempunyai ciri pahit ini mengandungi antioksidan (sejenis ester gluko peiranosil) yang amat baik untuk merawat luka luar (kulit) dan luka dalam (radang usus dan pendarahan otak). Teh Herba juga mujarab untuk radang tenggorokan, batuk, radang usus serta mengandungi anti oksidan yang tinggi. Kelebihan Teh Herba:- 1. Mengatasi penyakit kencing manis dan darah tinggi. 2. Mengurangi kadar lemak setelah mengambil secara berterusan selama 2 minggu. Badan akan terasa ringan dan segar. 3. Mengatasi masalah sembelit dan angin. 4. Melancarkan pembuangan air besar dan membantu mengeluarkan toksid akibat sembelit. 5. Menurunkan kadar asid urik yang berlebihan akibat penyakit kulit. 6. Menghilangkan sakit kepala akibat migrain. 7. Menghaluskan kulit dan mengatasi masalah penyakit kulit 8. Menguatkan imunisasi bagi mencegah penyakit. 9. Menguatkan sel otak dan baik untuk minda. 10. Sangat baik untuk wanita yang mengandung dan setelah melahirkan anak. 11. Mengatasi maslah kencing manis dengan menurunkan kadar glukosa dan menyembuhkan gengren. 12. Mencegah masalah kardiovaskular. 13. Baik untuk wanita yang menopouse dan osteoporosis. Komposisi (35 uncang per kotak) : Hydrocotyle Asiatica Dos : Minum sekurang-kurang 1 uncang setiap hari dan masukkan ke dalam air panas (60 darjah celcius). 1 uncang boleh menghasilkan 3 gelas. Jangan gunakan air mendidih kerana ini akan memusnahkan klorofil. Amat berkhasiat jika dicampur dengan Madu Asli. Harga Semenanjung Malaysia: RM 20 Sabah & Sarawak: RM 22 CARA PEMBAYARAN

Thursday, April 14, 2011

Apa itu Dinar

Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab. Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram. Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut. ‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’- Sourse Public Dinar .

Tuesday, April 12, 2011

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan. Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo. Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki. Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui. Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin. Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama. Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri. Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai. Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Monday, April 11, 2011

HABBATUS SAUDA' - MAKANAN SUNNAH


HABBATUS SAUDA' - MAKANAN SUNNAH
PENAWAR SEGALA JENIS PENYAKIT)

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan As Sam.” Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah, apakah itu As Sam.?” Jawab Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam; “As Sam itu adalah mati..” HAdis Riwayat Bukhari

Mengejutkan Minda Pakar Kesihatan..!

Menurut Dr. Danial Zainal Abidin, hebatnya khasiat Habbatus Sauda’ sebagai penawar ini sehingga ia merupakan batu asas dalam merawat pesakit AIDS dan kanser atau barah! Habbatus Sauda’ terus menerus memberikan kejutan kepada pakar perubatan atas keberkesanannya dalam merangsang sistem pertahanan badan atau immune system merawat masalah kesihatan yang kronik yang pada pemikiran mereka sebelum ini adalah mustahil untuk dirawati dan tiada penawarnya..!

Dalam kitab ‘At-Tib An Nabawi’ (Kitab Perubatan Nabi) dan Perubatan Ibnu Sina, Habbatus Sauda’ disebut dengan tegas sebagai penawar. Ia memberi tenaga berulangkali kepada tubuh sekaligus mengatasi masalah mudah keletihan dan tidak bermaya. Keupayaannya dalam melawan bakteria dan hampir semua masalah kesihatan kronik berkaitan kulit, saraf, darah, gula, jantung dan organ-organ dalam yang lain, pakar perubatan mengakui daya penawar yang terdapat padanya.

Manfaatnya

Membantu mengatasi Asma dan serangan pernafasan
Menghentikan jangkitan kulat, fungus dan parasit
Mengatasi tekanan darah tinggi ‘hypertension’
Membantu masalah kekejangan otot & pelawasan

Harga : RM 39.90

CARA PEMBAYARAN

Sunday, April 10, 2011

Pesanan Untuk Orang Cantik


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.

Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.

Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.

Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.



Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.

Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.

Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.

Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.

Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!



Wednesday, April 6, 2011

Dinar Emas Kelantan



Dinar Emas Kelantan dikeluarkan oleh Permodalan Kelantan Berhad dan pelancarannya telah dibuat pada 20 September 2006. Dinar Emas Kelantan dikeluarkan dalam 4 saiz iaitu 1/4 Dinar, 1/2 Dinar, 1 Dinar dan 2 Dinar.


* Satu Dinar merujuk kepada emas 22 Karat atau emas 916 yang beratnya 2.25 gram.

Syiling Dinar Emas berbentuk bulat, senang untuk dibawa atau disimpan. Kilauan kekuningan emas tentu sekali membuatkan anda terpesona.

Ar-Rahn merupakan pejabat jualan Dinar Emas Kelantan yang berada diseluruh Semenanjung. Bagi anda yang berada di Selangor dan Wilayah Persekutuan, anda boleh dapatkan Dinar Emas Kelantan di cawangan Ar-Rahn seperti berikut:



Ar-Rahn Raja Laut
No. 44G, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
Tel : 03-26933433
Fax : 03-26933431

Ar-Rahn Kajang
No. 10 Jalan Raja Harun
43000 Kajang
Selangor
Tel: 03-87361517
Fax: 03-87367552

Ar-Rahn Rawang
No. 49, Jalan Maxwell,
48000 Rawang, Selangor.
Tel : 03-60928441
Fax : 03-60928429

Anda boleh melihat cawangan2 Ar-Rahn dari laman web resmi Dinar Emas Kelantan.

Harga belian dan jualan dapat dilihat dari laman web yang sama. Perbezaan harga belian dan jualan ialah RM5, RM10, RM20 dan RM40 mengikut kategori masing2. Pandangan peribadi saya, spread yang rendah membuatkan ramai yang berminat terutama untuk tujuan pelaburan. Di Ar-Rahn juga anda boleh memajak emas, jika anda hendak menggunakan wang sementara.

Kebaikan Emas Dinar Kelantan:
- harga lebih murah berbanding emas 999.9 atau emas 24 karat
- sifatnya lebih keras, jadi tidak mudah calar atau bengkok
- boleh digadai, jika hendak gunakan wang sementara
- boleh dijual untuk mendapatkan wang anda semula

Kenapa perlu simpan dinar?
- Ia merupakan wang sunnah
- Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
- Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide)
- Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase)
- Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)

Selamat menyimpan@melabur - DINAR EMAS

Monday, April 4, 2011

TESTIMONI HI - GOAT TABLET



Masalah saya adalah saya sering berasa letih dan tidak bermaya, manakala anak-anak pula rnernpunyai rnasalah kulit seperti ruam, rnerah-merah dan gatal-gatal. Mereka sering rnenggaru-garu kulit sehingga menimbulkan kesan merah-merah.Saya mula amalkan memakan Goat's Milk tablet dengan 10 biji sehari yang ketika itu kandungan saya telah berusia 7 bulan. Manakala anak-anak juga saya berikan seorang 5 biji sehari. Kesannya, badan berasa cergas, rnernpunyai selera makan, tiada lagi alahan, tiada penyakit darah tinggi. Manakala kulit anak-anak pula tidak bermasalah ruam dan gatal-gatal lagi dan yang paling rnenggernbirakan saya, anak yang baru dilahirkan rnernpunyai kulit cantik, halus dan sihat.Saya mengaku bahawa produk ini amat berkhasiat bagi kulit dan memberikan kecergasan
kepada semua peringkat umur.

NAMA : Hafizah Bt Ismail
UMUR : 37 Tahun
ALAMAT: No. 14, Lrg. Sg. Karang Damai 6, JIn. Pengkalan Darnar, 26100 Kuantan, PAHANG
H/P: 012-9527557
MASALAH TERDAHULU : Keletihan & Kulit (anak)


HARGA RM28.00 (INCLUDE POSTAGE)

CARA PEMBAYARAN

Friday, April 1, 2011

Ayam Goreng Percik


Bahan A:
1/2 ekor ayam - diperap dengan kunyit dan garam

Bahan B:

3 ulas bawang merah,
2 ulas bawang putih,
1/2 inci halia dan
1/2 inci kunyit hidup (dikisar halus)
1 batang serai (dititik)
Cili giling Santan
2 asam keping
Garam secukup rasa

Cara-cara:


1. Gorengkan ayam (jangan terlalu garing) dan ketepikan.




2. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.


3. Masukkan 1 sudu besar cili giling & serai dan tumiskan hingga naik minyak.


4. Masukkan santan, ayam goreng, asam keping, garam secukup rasa dan masak hingga kuah pekat.